Monday, September 29, 2008

Kad Ucapan Kirimanmu....

Di pejabat hari ini seperti kerja yang tidak bekerja. Cuti yang tidak cuti. Tak ada kerja yang perlu disiapkan dan ramai yang telah mula bercuti. Nasib baik ada kejutan istimewa untuk saya hari ini. Nak tahu apa? Sebenarnya; hari ini saya telah menerima 2 Kad Ucapan Hari Raya yang istimewa yang saya ingin kongsi bersama. Dan kedua-dua kad ini belum sempat saya membalasnya lagi. Lantaran itu saya mengambil keputusan untuk paparkan di blog ini dahulu. Bolehkan..?




Kad yang pertama datangnya dari Alif OIAM sekeluarga. Terima Kasih Alif, kerana ingat jugak pada abang ye... Ingatkan bila dah glamer giler ni dah lupakan kat abang... ahaks. Lawak jer, jangan majuk ye. Kali terakhir saya bertemu dengan Alif ialah semasa rakaman program Dia... Alif untuk siaran Aidil Fitri di TV1. Rakaman tersebut dibuat di rumah ibu bapa beliau di Kota Damansara. Saya tidak sempat untuk membuat entry berkenaan program tersebut akibat kekurangan gambar sebenarnya. Ye.. lah mana lagi nak makan dan bersembang, pulak tuu terikat dengan rakaman. Tetapi tunggulah siaran rancangan ini di mana saya juga telah ditemubual. Entah apa yang saya perkatakan saya tak tahu. Apa yang ingin saya katakan di sini ialah, antara kelebihan Alif selain daripada mempunyai tone suara yang merdu dan sedap di dengar; beliau amat petah bercakap dan juga boleh memahami dan berkomunikasi dengan bahasa isyarat. Ini adalah bonus jika ingin menjadi penghibur yang baik. Apa yang pasti perjalanan karier seni Alif masih jauh kerana beliau masih muda lagi. Sekali lagi untuk Alif, insyaAllah kad ini akan di balas selepas cuti hari raya kelak. Ataupun abang bagi 'by hand' sajalah ye, itupun kalau ada jemputan ke 'Open House'. Kan...Kan.. Kan


Kad yang kedua pula datangnya dari Iqwal Hafiz. Jika ditanya Iqwal yang mana satu. Jawaban yang pasti ialah Iqwal yang telah membuat Malaysia berbangga dengan kejayaan beliau memungut 4 Pingat Emas, 1 Pingat Perak & 1 Anugerah Industri Hollywood di World Championship of Performing Arts baru-baru ini. Pertandingan yang pernah disertai oleh penyanyi dari Malaysia di tahun-tahun yang lalu seperti Syafinaz, Dina, Deja Moss dan Toi AF6. Penyanyi muda ini, kalau tak silap saya umurnya baru 16 tahun ini saya kenal rasanya 2 tahun lalu ketika saya aktif menonton persembahan pentas. Menjadi rapat setelah persembahan muzikal kerohanian SEROJA di POGH. Kali terakhir berbual dengan Iqwal di awal bulan puasa tahun ini ketika menanyakan tentang kemenangan beliau di LA. Belum ada kesempatan untuk bertemu lagi sebenarnya. Untuk Iqwal... insyaAllah abang akan balas kad ini selepas rayalah juga. Biar lambat asal selamat. Boleh klik IQWAL untuk maklumat lanjut berkenaan diri beliau.


No comments: