Ternyata sekali tajuk entry saya kali ini memang 'exegerating'. Saya sebenarnya bukanlah menjejakkan kaki ke hujung dunia memandangkan bumi kita yang berbentuk hemisfera ini memang tiada hujungnya. Namun untuk berdiri di 'lantai', bermain dengan air dan menyedut udara di hujung Kepulauan Borneo (sedikit pelajaran Geografi : Pulau Borneo adalah Pulau Ketiga besarnya di dunia. Paling besar; Greenland dan kedua, Kepulauan Guinea (PNG & Irian jaya) memang sudah lama bermain di kotak fikiran saya sejak beberapa tahun dahulu. Bukan sekali saya merancang untuk ke sini pada setiap kali singgahan saya di Negeri di Bawah Bayu. Sudah banyak kali. Namun dalam setiap singgahan pasti ada aral yang melintang. Selalunya masa tidak mengizinkan lantaran untuk tiba di sini ia mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam pemanduan sederhana dari Kota Kinabalu (lebih kurang 200 km).
Apa yang menariknya Tip of Borneo ini? Hujung yang paling utara bagi Kepulauan Borneo ini letaknya di Tanjung Simpang Mengayau di daerah Kudat, Sabah. Lebih tepat lagi 40 kilometer dari Kudat. Daerah yang paling hujung ini adalah pertemuan dianatara Laut Sulu dan Lautan China Selatan. Sebuah Globe Raksasa Gangsa telah dibina di latitud 7 darjah utara dan longitud 116 darjah timur. Nama tempat ini berasal dari dialek Bajau Laut iaiu Sampang = Tempat Bertemu & Mangayau = Serangan/Rampasan. Lokasi ini menjadi salah satu destinasi pelancongan di Sabah sejak awal abad ke 21. Yang paling menarik di sini ialah merasai dan menikmati pemandangannya yang amat indah. Kita akan dapat melihat bagaimana desiran ombak memukul gigi pantai dan batuan. Menginsafi diri akan kejaiban ciptaan tuhan, Allah s.w.t. Jika berkesemapatan untuk melihat matahari terbit dan terbenam akan menambahkan ilmu mengenai rahsia alam kita. Selain itu juga kita boleh melihat rumah api dan Pantai Kalapunian dari sini. Di sini juga ada cafe, penginapan, kedai cenderamata (meskipun agak kekurangan cenderamata Tip of Borneo) dan tandas.
Dalam perjalanan ke sini, kita juga boleh berhenti di beberapa destinasi menarik iaitu Kampung Gombizau (madu), Kampung Sumangkap (gong), Kampung Tinanggol (manik), Pantai Bak-Bak, Pantai Tanjung Simpang Mengayau (dimana banyak kerangan laut dijual dan juga ada surau untuk bersolat) dan Kampung Bavanggazo (Rumah Panjang Kaum Rungus). Saya cuma singgah di Kampung Bavanggazo, Pantai Bak-Baik & Pantai Tanjung Simpang Mengayau..
Akhir sekali, saya ke sini dengan Lisa pada 30 Ogos 2008 yang lalu dan, terima kasih Air Asia (untuk penerbangan), PETRONAS (untuk Primax3) dan Proton (untuk Gen2); begitu juga Abang Dan & Kak Tanti.
2 comments:
yeayyy...
saya dah sampai kat situ..
best kan..
Tu.. laaa Sue, memang dah lama teringin nak menjejakkan kaki ke sini. Alhamdulillah sampai juga akhirnya...
Post a Comment