Wednesday, September 17, 2008

Apa Yang Panas Terawang-awangan di Udara?


28 Jun 2008 (maaf... ini memang entry siaran tertunda) yang lalu sebenarnya telah mencatatkan lagi satu sejarah dalam hidup saya. Bukanlah hebat sangat 'fenomenanya' tetapi sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama. Pernah dengar Belon Udara Panas? Belon Udara Panas atau Hot Air Balloon bukanlah amat asing dalam kehidupan kita meskipun ia tidak berlaku setiap hari. Selalunya jika ada karnival, jika bernasib baik pasti ada acara yang agak 'lumayan' ini. Ini juga merupakan pengalaman kali kedua saya untuk 'terbang' bersama belon udara panas ini. Seingat saya kali pertama lebih kurang 10 tahun yang lampau juga di tempat yang sama - Lembah PERMATA Bangi. Lama tuh...

Terima Kasih kepada majikan saya dan juga Traders Hotel yang telah merealisasi impian ramai kakitangan. Bersempena dengan Karnival Keluarga di syarikat saya bekerja tahun ini antara aktiviti hebat yang disajikan yang telah menarik minat saya untuk turut serta tentulah Hot Air Balloon. Tambahan pula kali ini saya tidak berkesempatan untuk menyertai 'Treasure Hunt' dek kerana 'clique' saya semuanya 'sibuk' @pun menyibukkan diri dengan kerja lain. Jadi inilah tumpuan saya.

Seperti tuan rumah yang lain, saya telah mengajak bersama rakan sekerja yang juga 'customer' saya dari Indonesia (antaranya Daniel - sahabat baik saya dari seberang) untuk sama-sama merasai nikmat ini. Meskipun beratur agak lama sebelum dapat naik belon, kami gagahi juga. Nasib baik ada juga 'game' ala-ala tikam yang menemani kami ketika beratur; tidaklah bosan sangat. Saya juga berjaya memenangi sebuah kole tahan panas. Bila seduh berada di awang-awangan terasa tidak mahu turun pula, di tambah lagi dengan masa berada di atas amat singkat sekali, sedar-sedar kami sudah mula turun menjejaki bumi. Terasa selamat di dalam bakul tetapi sedikit panas dek udara yang di keluarkan oleh penunu gas.

Jika di tanya samaada ingin mengulangi pengalaman ini, jawabannya SUDAH TENTU SEKALI. Memang, nak berkali-kali lagi.

4 comments:

Wanpetunjuk said...

Salam bro....hahahah..tajuk entry tuh sungguh berpadanan..hehehe....

selamat bagun sahur....

emk said...

Grant me to comment , ya.

Ngapa la lama sangat baru kuar?. Anyway, we enjoy reading that!.

JaseMario said...

Hidayat : Tajuk tu..? Tu nak kasi tarik minat orang membacanya... hahaha. Selamat bersahur untuk Hidayat juga... Masih rajin memasak untuk kru2 lagi?

emk : Hmm.... tu laaa, terlupa nak update dulu, tup-tup bila check 'saved' slides ada pula slides hot air baloon ni yang dah 'eveready', nasib baik masih ada idea untuk menulis.

Anonymous said...

yeezy shoes
chrome hearts outlet
yeezy gap
a bathing ape
hermes bag outlet
kd13
kobe byrant shoes
jordan shoes
golden goose outlet
bape