Sebenarnya macam dah malas nak tulis cerita pasal berbuka puasa nii.... Tambahan pula bulan puasa pun dah nak habis dan merangkak pergi dan anak bulan Syawal telah mula menjengok dan menggamit. Tetapi di sebabkan semalam kami berbuka di Shangrila Putrajaya, maka sebab itu saya buat juga slide di atas dan cerita serba sedikitlah. Ye lah... tempat yang indah mestilah kita kongsi bersama. Di Palm Cafe - Shangrila Putrajaya; mereka menawarkan 'Buffet Ramadan' yang berharga RM75++ seorang. Mengikut 'brochure' yang dikeluarkan, setiap perbelanjaan melebihi RM260, maka pengunjung akan mendapat voucher petrol benilai RM50. Berbaloi tu... Malangnya ababila ditanya... Voucher petrol yang dimaksudkan itu dah habislah pulak. Tambah staff yang bernama Shahrul itu lagi, kalau abang datang lagi esok, saya akan bagi diskaun seorang. Hari ini tak boleh sebab saya dah 'punch' resit. Alamatlah melepaslah kami....
Makanan boleh dikatakan banyak jugalah. Seperti biasa mesti ada satay, 'roasted lamb', ABC, kuih-kuih melayu, pelbagai lauk-pauk melayu serta udang dan oyster. Kalau nak makan semuanya.. memang tak mampu. Jadi saya cuma rasa apa yang patutlah. Dalam dok sibuk-sibuk mencari makanan tuu, terserempaklah pula dengan kawan lama semasa di universiti/kolej kediaman/blok - Mihar namanya. Dia pun ambil kesempatan untuk makan di sini juga. Dah dekatpun, dia menginap di Puchong dan bekerja di Cyberjaya.
Suasana Palm Cafe memang nyaman sekali. tambahan diluar Palm Cafe kita akan dapat menikmati keindahan Putrajaya dengan didepani oleh Taman Putra Perdana dengan Mercu Tanda Putrajaya yang gagah berdiri. Yang lebih menarik, surau juga terletak di aras yang sama maka tidak perlulah berjalan jauh atau menaiki lift.
Jika ada masa mungkin boleh datang lagi untuk High-Tea, kiranya. Itupun bergantung kepada besar dan dalamnya kantung sebab inikan 5 Star Hotel !!!
No comments:
Post a Comment