Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Friday, March 16, 2012

Cinta Hidup



Ya... saya tahu saya dah melanggar prinsip. Memang CD ini mereupakan CD cetak rompak. Meskipun begitu, semasa album 'Cinta Hidup' Dato' Shake ini dikeluarkan sekitar tahun 80an; belum ada teknologi CD lagi. Semuanya dalam bentuk kaset. Saya pula tidak dapat membelinya kerana masih kanak-kanak dan tidak mempunyai peruntukan. Dan selepas itu pula; Warner Music tidak pernah mengeluarkan lagi album ini dalam apa-apa format; sehinggalah kawan sepejabat saya terjumpa dengan 'rakaman rompak' ini di Amcorp Mall beberapa minggu lalu.

Ini merupakan satu-satunya album konsep yang pernah dikeluarkan di Malaysia "CINTA HIDUP". Sesungguhnya saya memang meminati lagu-lagu dari album ini yang masih malar segar di minda saya seperti Cinta, Ingatan, Nyanyian Kalbu, Anugerah Dari Kegagalan, Hidup dan Utusan Untuk Keluarga.

Jika ada sesiapa yang memiliki Album Asli Cinta Hidup, boleh menjualnya pada saya. Memang nak sangat menjadikannya 'Collector's Item' !!!

Sunday, November 13, 2011

Yes ! Saya di AIM 18




Terima Kasih Mujes ('you know who you are') kerana telah sekali lagi menjemput saya ke AIM ! (Ataupun sebab saya yang asyik memberi 'hint' pasal AIM saban tahun. Hahaha). Tetapi apa yang lebih penting, dengan 1.8 juta muat turun untuk lagu 6ixth Sense (tentunya lebih dari 3 juta muat turun jika dicampur ketiga-tiga lagu-lagu hit mereka tahun ini), tentunya Universal boleh tersenyum lebar !!! (dan bonus? Oooops... Terlebeh sudah) Eh! ada kaitan ke? Memanglah... maksudnya, tahun depan boleh panjangkan lagi jemputan.... Kan... Kan... Kan...


Sunday, September 25, 2011

Buah Tangan Terbaru Anuar Zain



Terima Kasih kepada Mujes & Pah yang menjemput saya makan-makan lewat tengah hari tadi di Bora Ombak, Ampang. Saya bukan sahaja dapat makan dan berhibur tetapi juga telah dibekalkan dengan buah tangan terbaru anak kedua Pak Zain. Siapa lagi kalau bukan Penyanyi Lelaki Tersohor Negara - Anuar Zain (beliau memang tiada kaitan dengan Jefri Zain mahupun Maher Zain melainkan saudara seIslam sahaja...:)).

Memang telah lama kita menanti album terbaru Anuar Zain ini, meskipun semua peminat telah terubat rindu mereka dengan Anuar Zain apabila KRU Records telah melancarkan Single Anuar Zain "Sedekit Lebih" yang menjadi lagu tema Hikayat Merong Mahawangsa awal tahun ini. Tetapi itu sebenarnya tidak cukup, maka Universal Music Malasyia telah memasarkan album penuh Anuar Zain baru-baru ini yang seperti biasa, sebagaimana terdahulu; semua album Anuar Zain judulnya adalah Anuar Zain juga !!! Yang berbezanya kali ini, kulit albumnya dengan gambar hitam-putih wajah yang tak makan dek usia Anuar Zain ! Hebat kan?

Sehingga ke saat ini saya kira CD yang mengandungi 8 lagu ini telah berputar lebih daripada 10 kali, samada di rumah mahupun di dalam kereta saya ! Secara dasarnya ia sebuah CD yang memenuhi citarasa dan penggemar muzik Anuar Zain. Banyak lagu yang menarik, segar dan bakal menjadi malar hijau tidak lama lagi. Saya kira Single ulung daripada album ini telahpun mula diperdengarkan di corong-corong radio dan mula melekat di hati kita - 'Ku Berjanji Karna Cinta'. Melankolik, mendalam dan amat bermakna ! Lagu-lagu lain seperti 'Nadi Terhenti', 'Ajari Aku', 'Pernahkah' dan 'Sempurnakan Aku' mengekalkan 'trademark' Anuar Zain dengan lagu-lagu balada sentimental dengan lirik mendalam, penuh jiwa dan mencabar vokal. Mendayu tapi segar.

Secara jelas, saya kira Anuar Zain melahirkan album ini bukan untuk merebut anugerah di AIM mahupun Juara Lagu, tetapi untuk peminat dan kepuasa dirinya sahaja. Setelah dibelek-belek saya kira cuma satu lagu satu lagu sahaja milik pencipta Malaysia iaitu Simpati Cintamu ciptaan Hazami, yang boleh atau mampu bertanding di pentas AIM dan Juara Lagu.

Sesungguhnya, ini adalah salah satu daripada 5 album artis Malaysia yang saya cadangkan untuk dimiliki oleh semua rakyat 1Malaysia untuk tahun ini . 4 lagi? Akan menyusul seketika nanti....


Monday, June 13, 2011

Ceciter Lagi....

Dah lama sangat tak berceloteh dalam blog ni... dah hampir macam nak bersawang. Asyik dok upload youtube saja kerja saya... Hahaha. Hmm... semalam 'frust' jugak tak dapat gi Konsert Final AF9 kat Dataran Putrajaya, Precint 3. Jemputan yang datang itu, teramat lambatlah sekali. Patutpun... "ko ingat ko retis ke" nak dapat jemputan awal2. Aleh2 terpaksa, memaksa dan dipaksa tengok Konsert di hadapan TV LED 40 inci baruku di saluran HD Astro 188. Puas lah jugak. Tahniah kepada Hazama kerana berjaya menepati ramalan dalam penantian yang amat panjang (5 tahun beb !!!) ...Dan terima kasih pada sahabat saya, Zul yang temankan saya 'supper' malam tadi (ataupun awal pagi tadi) sebelum beliau pulang ke Mumbai (lewat pagi tadi) !!!

Minggu ini saya telah berjaya menon 2 buah filem. Super 8 - Cerita kanak-kanak ala-ala E.T. Tiada apa yang baru dengan plot filem ini. Yang ada cuma teknologi CGI yang agak muak juga kerana dapat dilihat di hampir semua filem sci-fi buatan Hollywood. Seperti ynag di duga, tentunya makhluk asing tersebut akhir nya akan pulang ke tempat asalnya.

Filem kedua yang saya tonton ialah KL Gangster. Filem komersial yang mempunyai roh hasil garapan pemngarah terbaik FFM yang lalu. Ada 4 pelakon telah berjaya menghasilkan lakonan yang mantap. Zizan Jozan yang menjadi Comic Relief untuk filem ini memang memukau habis. Semua babak yang beliau muncul mnegundang gelak ketawa yang tidak terhingga. Sofi Jikan dengan watak gangster kurus keding yang penuh dengan nilai brotherhood amat berkesan ala-ala gengster HongKong. Tidak ketinggalan watak yang hitam lagi legam yang di mainkan oleh Adi Putra. Begitu hidup dan memukau dan penuh kerakusan dan kebencian. Sesungguhnya lakon tebaik muncul daripa heor utama filem ini iaitu Aaron Aziz dengan watak hitam kelabu yang insaf untuk menjadi putih tetapi terpaksa hitam kembali dek kerana keluarganya dikacau lagi. Hampir semua sisi lakonan Aaron kali ini sempuran dengan kesedihan dalaman, keinsafan, kemarahan dll. Tahniah kepada Syamsul kerana berjaya menghasilkan filem yang lebih baik dari Khurafat !!! (Tapi adalh juga yang saya tak berkenan... dengan ending yang begitu seperti slot Gerak Kahs untuk siaran TV... Hahaha... penuh dengan tanggung jawab sosial, nasib baik dibuat secara monolog).

Ya... rumah saja sudah ada alat penghawa dingin mudah alih. Tentunya Lisa tak bad mood lagi di waktu malam. Lalala....

Dalam masa percutian yang singkat sahabat saya Zul telah membantu saya untuk menggerudi rumah... maka tiga perkara penting telah berjaya di latakkan di dinding; Jam dinding dan kotak kunci di ruamg tamu dan juga medan besi untuk meletakkan 'fridge magnet. Hmmmmm... tidak lupa juga lampu 'porch' saya sudah berganti. 'TQ so much bro... i appreciate it very much'.

Wow! Apa lagi nak catatkan. Nanti-nantilah...:)


Sunday, April 24, 2011

Banjir Buku Melanda KL Lagi...






Saban tahun ini adalah acara tahunan untuk memborong buku untuk bacaan setahun. Saban tahun juga ini adalah sanggar untuk bertemu dengan penulis yang saya ikuti karya mereka. Namun kali ini dek kerana jadual yang tidak mengizinkan saya tidak berjaya untuk bertemu dengan Dr Faisal Tehrani dan Ramlee Awang Murshid. Namun begitu buat kali pertama saya dapat bertemu dengan Amir Muhammad (Yasmin Ahmad's Films), penulis novel sejarah Islam (Tn Hj Abdul Latip Talib dimana saya turut membeli naskhah Hulagu Khan) dan juga Ustaz Personaliti TV - Rohidzir Rais dimana saya mendapatkan buku Khutbah Rasulullah. Untuk kali ketiga saya bertemu dengan En Isa Kamari (novelis Terulung Singapura, kali ini saya mendapatkan novel terbaru beliau Duka Tuan Bertakhta).

Lama juga saya dan Lisa melepak di PBAKL 2011, hampr 5 jam !!! Sudahnya 10 Novel/Buku, 2 CD Zain Bikha dan 4 Majalah telah saya borong !!!

Senarai penuhnya adalah seperti berikut :

01. Yasmin Ahmad' Films - Amir Muhammad
02. Pecah - Khairulnizam Bakeri
03. Sutera Bidadari - Ramlee Awang Murshid
04. Rindu Eropah Tawan Damascus - Munir Ramli
05. Ranah 3 warna - A. Fuadi
06. Hulagu Khan - Abdul Latip Talib
07. Khutbah Rasulullah - Rohizir Rais
08. Sebongkah Batu di Kuala berang - Faisal Tehrani
09. Travelog Syahadah - Muhammad Rashidi Abdullah
10. Duka Tuan Bertakhta - Isa Kamari
11. 1415 The Beginning - Zain Bikha (CD)
12. Faith - Zain Bikha (CD)
13. Libur Mei 2011 (Majalah)
14. Anjung Seri Mei 2011 (Majalah)
15. Anjung Seri Bonus (Bilangan 10) (Majalah)
16. Majalah I Nov 2010 (Majalah)


Berjumpa lagi di PBAKL 2012 !!!

LKBSM !!!























Akhir bulan lalu saya, Lisa, Mas, Anis, Nizam & Janna telah berkesempatan menonton Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal (jetika itu sebenarnya penat mendaki Gunung Kinabalu belum surut lagi...:)))). Bagi saya ia sebuah produksi yang menghiburkan dan menarik. meskipun bukan di tahap sempurna namun saya kira Hans & Harith tentu saja akan memperkukukhkan lagi Muzikal ini untuk musim kedua. Awie, Daughlas Lim, Omar Abdullah dan sandra Soothi telah menunjukkan lakonan yang amat berkesan. Saya cuma mempunyai masalah dengan pelakon cilik yang mememegang watak Lat. Mengikut fahaman saya, jika seseorang kanak-kanak itu dipanggil dengan nama 'Lat' atau Bulat, tentulah dia memiliki badan yang berisi @ comel ketika itu. Lakonannya mantap cuma saiz badannya terlalu 'keding'.

Saya kira, jika ada Musim Kedua, saya akan cuba melapangkan masa lagi.... InsyaAllah.



Tahniah Kepada Mawi & Ekin Yang Baru Pulang Dari Tanah Suci...


Tahniah kepada mawi dan Ekin yang baru pulang dari Mekah menunaikan Umrah pada 20 April 2011 yang lalu. Dengar ceritanya pasangan ini telah menyertai rombongan umrah bersama satu lagi pasangan terkenal iaitu Ustaz Akhil Hayy & Waheeda. Gambar di atas adalah gambar terbaru saya dengan Mawi yang diambil ketika Konsert Pengenalan AF9 di AEON AU2 baru-baru ini. Ya... benar, saya memakai baju Lat The Kampung Boy Sebuah Muzikal !!!

Saturday, April 23, 2011

Contribution to The Society (Business)

Memandangkan saya (Lisa terutamanya) adalah pengguna tegar Air Asia maka apabila saya memiliki kesempatan untuk bertembung dengan YBhg Dato' Sri Tony Fernandes tentulah saya tidak akan melepaskan peluang untuk bergambara dengan beliau. Sungguh bertuah memandangakang beliau adalah seorang tokoh korporat yang begitu mudah untuk di dekati.

Gambar ini di ambil pada 20 April 2011 yang baru lalu ketika saya menghadiri Asia HRD Congress Awards Dinner 2011 di Mandarin Oriental, KLCC. YBhg Dato' Sri Tony Fernandes menerima Anugerah pada malam tersebut berdasarkan komitmen beliau terhadap Pembangunan Modal Insan di dalam Industri Penerbangan Kos Rendah di Asia.

Wednesday, April 13, 2011

Timbunan Buku di PWTC



Antara aturcara rasmi tahunan saya ialah PBAKL. Selalunya akan menjelajah PBAKLlebih daripada 2 kali setiap tahun; iaitu di tengah minggu (yang agak kurang pengunjung) dan juga hujung minggu (yang penuh sesak dengan anak-anak sekolahan). Medan untuk bertemu Dr Faisal Tehrani (antara penulis terulung anah air). Tambahan pula tahun ini terdapat sekurang-kurangnya 4 karya beliau yang baru dipasarkan (antaranya 3 X Seminggu, Sebongkah Batu di Kuala Berang dan 1515 (English), jadi tentulah naskhah-naskhah hebat beliau akan dijual di PBAKL 2011. Bagaimana pula dengan Ramlee Awang Murshid? Saya kurang pasti. Yang pasti Rayyan Fantasi... telah habis saya baca. Masih menunggu nukilan terbaru !!! Jika hendak membeli bahan bacaan memang sedang elok kerana terdapat diskaun (atau diskon di Seberang) yang kadang kala hampir 'hilang akal' dibuatnya.


Adakah A Fuadi dan Andrea Hirata akan tampil lagi? Tunggu saja... Yaa... pertama kali jatuh cinta dengan lagu-lagu Maher Zain di sini; di PBAKL 2010 !!! Jom kita buat temu janji dari 22 April - 1 Mei 2011 di PWTC !!!

Tuesday, April 12, 2011

Jambu Yang Paling Sedap Minggu Lepas !



Ini merupakan lawak luar litar konvensyenal yang berjaya di pentaskan oleh Jambu pada minggu kedua Maharaja Lawak ! Syabas !!!

Friday, April 8, 2011

Sidang Nyawa Terakhir

Sudah lama saya tidak menonton teater naskhah berat di panggung. Istana Budaya pun sejak akhir-akhir ini asyik mementaskan Muzikal sahaja (seakan-akan terikut dengan langkah DFP yang cuma mementaskan Drama Tari). Tiba-tiba, dua hari lepas kotak e-mel saya telah di lawati dengan sebuah e-mail yang mempromosikan teater di atas - SIDANG NYAWA TERAKHIR. Lantaran itu kenangan menonton teater-teater seumpama ini satu ketika dahulu muncul kembali di benak rasa. InsyaAllah, saya akan tandakan kalendar saya samada pada 19 ataupun 20 Mei 2011 untuk untuk menjejaki MATIC. Harap-harap dapat bertemu dengan ramai peminat teater di sana. Jom lah !

Tuesday, April 5, 2011

Persembahan Paling Mantap di ABPBH 2010



Kalau nak tahu bagi saya persembahan paling mantap dalam semua persembahan pada Malam ABPBH 2010 yang baru sudah tentunya persembahan bergaya penyanyi tersohor negara Dato’ Siti Nurhaliza. Pilihan lagu Bukan Cinta Biasa, No Body (nyanyian asal Wonder Girls) dan Nirmala dengan susunan muzik ala-ala K-Pop mendapat perhatian seisi Arena of Stars !!! Memang GAMAT habis.... Siti tampil begitu elegan dengan busana rekaan Rizman Ruzaini yang turut mereka pakaian Dato' Siti di Karpet Biru.


Jika Budiey tidak sempat bergambar dengan iti di 'Post Party' secara tanpa di duga. (InsyaAllah saya akan berkongsi gambar tersebut sedikit masa lagi). Persembahan Dato' Siti bukan saya dengan Vokal yang terlalu mantap tetapi dengan gerak tari yang sungguh mengujakan. Bagi lagu Nirmala pula, Dato' Siti dibantu oleh serombolan grup 'busker' yang betul-betul memberi nafas baru kepada lagu Irama Malaysia tersebut.


Meskipun Dato' Siti memberi laluan kepada bintang lain untuk menyinar di ABPBH, beliau tetap No 1 !!!

Keputusan Penuh & Komen ABPBH 2010

1. Artis Duo/Berkumpulan Popular – 6ixth Sense (ingatkan Sohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet yang akan menang, tapi 6ixth Sense pu OK)

2.Pelakon TV Wanita Paling Popular – Fasha Sandha (Yucks !!! Membazir duit sahaja orang yang mengundi minah nih !!!)

3. Penyampai Radio Popular – Faizal Ismail (Apalah yang BEST sangat mamat ni???)

4. Artis Komedi Wanita Popular - Noor Khiriah (Yezza !!!)

5. Penyanyi Nasyid Popular – Rabbani (Tahniah & Terima Kasih Sahabat2 Rabbani !!!)

6. Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Haji Nawawi (Tersasar lagi, harap2 Zizan boleh menang tahun depan)

7. Artis Baru Lelaki Popular – Shahir (Yess !!! Meneruskan kesinambungan Juara2 AF)

8. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana (Erk !!! No Komen)

9. Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak (Alhamdulillah)

10. Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana (Lagi sekali?)

11. Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan (akhirnya !!!)

12. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato Rosnani Jamil (tak sangka Mak Nani pernah belajar kat luar negeri)

13. Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir (Hmmm... )

14. Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani (Tahniah Lisa)

15. Artis Mobile Popular – Sixth Sense (Hebat !!!)

16. Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali (Mana Kebaya/Baju Kurungmu Ana?)

17. Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam (Seperti yang dijangka Adnan akan merempit dan menyempit !)

18. Penyanyi Wanita Popular - Yuna (Tahniah. Siapa lagi kalau bukan Gadis Semasa ya?)

19. Bintang Paling Popular ABPBH2010 – Shaheizy Sam (Yezza !!!)


Ulasan siaran langsung ABPBH 2010 :


1. Tinggi giler suara Lan ni, memang dia saja yang mapu digandingkan dengan Ning yaaa

2. Pentas ABP? Macam ada yg tak kena...

3. Akhirnya... keluar jugak Kak Engku, Shira dan Zizan. Menyanyilah pulak!!!

4. Datuk Siti tarik diri semua ada peluang untuk jadi bintang paling popular !!!

5. Shah Jazsle? Jazel? Jasli? (Acara membetulkan sebutan nama beliau secara langsung !!!

6. Tema malam ni ialah Moden Klasik.

7. Zizan memang malatop habis!!!

8. Noor Khiriah pantang tapi Kak Sharifah Shahira sampaikan ucapan. Sumpah lawak.

9. Pecah perut dengan lawak Zizan, Kak Engku ngan Sharifah Shahira.

10. Kekekekek.Kelakar lawak Kak Engku nyanyi lagu Kalau Berpacaran versi omputih.

11. Mana hilang Abg Sohaimi nih? 12. Ana Raffali makin kurus yer?

13. Kah kah kah. Lawak akak Sharifah Shahira pasal Halim Othman memang kelakar.

14. Mantap gila nie persembahan Nabil, Along, Johan, Angah & Zizan (NAJAZ)

15. Siapakah lelaki yang dicium oleh FAFAIU itu?

16. Anuar Zain nail it !!!

17. Yuna dah balik dari USA? Kelakar gila tajuk lagu kedua beliau.... PENAKUT

18. Rita Rudaini sempat lagi kenenkan suami dia

19. Ella memang Ratu Rock !!!

20. Over giler Kak Nita.

21. BOSAN GILER DENGAN LAWAK USOP WILCHA. MACAM NAK BALING TOMATO !!!

22. Bagus Sam bawak mak dia naik atas. Anak Mak lah katakan...

23. Datuk Siti kill it !!! Persembahan penutup paling mantap !!!

Monday, March 21, 2011

For All The Brothers in Tunisia, Libya & Egypt



Song For Life Time ! For All the brothers and sister who fight for their freedom of their homeland. My Doa goes for all of you....

Maher Zain - Freedom ( Official Lyric )

Gathered here with my family
...My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we're not backing of
Oh God we know you hear our call

And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

Credit to Akhi Frizdan

The Most Challenging Birthday Gift !!!
















Thank You Lisa for the BESTEST & most challenging Birthday Gift for 2011 ! At last on 20 March 2011; I become the 1 Day Pilot @ Subang SkyPark !!!

The New Yasin !


Sungguh 'Gempark' yang teramat sangat... Sebenarnya saya telah berjanji untuk memuatnaik gambar saya bersama Yasin (sahabat lama saya) yang telah berambut pendek ini. Saya bertemu dengan Yasin di Stadium malawati Shah Alam pada 25 Februari yang lalu sebenarnya. Ketika itu saya ke sana untuk mengambil Tiket Konsert Maher Zain. Ya... saya menonton Konsert Maher zain pada 26 Februari 2011, pada malam kedua persembahan. Seperti biasa kamera Samsung PL 151 saya sentiasa mendapat perhatian ! (Untuk Yasin... "Good Luck Bro" untuk persembahan di KLCC Convec hujung bulan depan ! - InsyaAllah aku datang...)

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul





I wish our dear prophet, Nabi Muhammad (s.a.w.) could still be here with us to advise us and help us. So much of the world is weakened in their faith. If only it could be like the days of Nabi Muhammad (s.a.w.) and the sahabat where people were dedicated to Allah (s.w.t.) fully and completely that it would bring tears to their eyes. That people would fall to their knees in prayer even while in pain .

May Allah Bless Bro Maher Zain for bringing us the reminder of our beloved prophets good and kind character.MashaAllah and Ameen.

Salam Maulidur Rasul untuk semua pembaca The World of Jasemario, di mana jua anda berada.

Wednesday, January 12, 2011

My Favourite Snapple !


The very last time I bought my favourite drink Snapple was in the above bottle. It was in 2008. It has been 2 years until recently I found again the outlets that sell Snapple. RASA @ Level 4, Suria KLCC and also Coffee Bean, Level 1, Suria KLCC. The bottle has changed as below. Thanks to Along for intriducing me to Snapple in 1998. I love the taste since then. (Wow... that long?). Although it is my favourite drinks, I don't drink it daily or heavily. Hahaha... it is expensive OK.




One interesting about Snapple is the Real Fact that beeing prinrted inside the its cap. The one that I got recently is Real Fact # 845 'A lemon contains more sugar than a strawberry' and Real Fact # 840 'The only food that does not spoil is honey'. Hmm... may be somebody want to start new hobby? Collecting Snapple Cap may be? But for me, I collect Snapple Bottle !!!

Tuesday, January 11, 2011

Sungguh Puitis : Tolong Ingatkan Aku





Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Oo ooh.. oo ooh...

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku

Nota Jase :
Begitu indah lirik lagu 'Tolong Ingatkan Aku' ini yang mengisahkan tentang cinta meskipun begitu indah dan sempurna lantas membuatkan insan terleka dan terlena; namun ia sebenarnya terdedah dan mudah untuk dilukai lantaran akan musnah begitu sahaja. Sebelum ianya berlaku, 'Tolong Ingatkan Aku'. Lagu-lagu cinta beginilah yang harus kita sokong dan hayati. Tahniah untuk Ana Raffali kerana menjuarai AJL Edisi 25 !!!

Thursday, January 6, 2011

Edisi Perdana Santai



Setelah sekian lama ditunggu dan menunggu maka akhirnya majalah yang kawan saya menjadi editornya ini akhirnya muncul juga di pasaran. Terima kasih tidak terhingga kerana terselit juga muka saya di halaman 101 meskipun kecil dan tanpa nama. (InsyaAllah jika ada kesempatan, jemoputlah lagi untuk menyertai aktiviti ya...) SANTAI, majalah ini di beri nama tentunnya akan menambahkan lagi saingan sihat di dalam majalah Travelog yang ada di pasaran tanahair. Masing-masing tentunya memiliki keistimewaan tersendiri.

Namun yang menjadi tanda-tanya sekarang ialah kerana agak sukar untuk mendapatkan majalah ini di di kedai-kedai majalah sekitar ibu kota. Saya amat berharap agar cetakan edisi kedua akan dipertingkatkan jumlahnya dan ditambah lokasi jualannya. Di dalam edisi perdana ini banyak juga peraduan dan pertandingan yang menarik di adakan. Banyak juga aktiviti yang membuatkan saya teruja, antaranya ialah acara Team Eko Kembara 1 Malaysia bulan Mac 2011 !!!

Selamat Maju Jaya untuk Santai !!!

Nota Jase :
1. Bila Edisi Januari 2011 akan dietbitkan ya?
2. Klik di sini untuk mengikuti Santai