
Syawal...
Bisikanmu seakan menggamit suasana
Ada rindu yang melambai
Ada nostalgia yang menggapai
Lantas hatipun terkulai
Suara takbir hening bergema
Mengajak setiap dari kita
Sujud menyembah yang esa
Meraikan saat kemenangan
Dari jerih kepayahan mujahadah
Pada rahmat nan melimpah ruah....
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI LEBARAN, MINAL AIDIN WAL FAIDZIN kepada semua pembaca aktif mahupun pasif blog saya yang tidak seberapa ini. Begitu juga kepada mereka yang saya kenali secara nyata ataupun cuma di alam maya sahaja. Jika ada silap salah samada sengaja ataupun tidak sengaja, sedar mahupun di bawah sedar - MAAF ZAHIR BATIN. Semoga kita dapat merasai kemanisan Bulan Ramadan & Syawal yang mulia ini dan dipertemukan lagi dengan kemanisan ini di tahun hadapan, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment