Showing posts with label Jalan-Jalan Cari Makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan Cari Makan. Show all posts

Sunday, October 7, 2012

Minuman Kegemaran Saya...


"Apapun makanannya, Teh Botol minumannya"
Ini merupakan minuman kegemaran saya. Jika ada kesempatan ke Indonesia saya pasti akan merasa keenakan minuman ini tika menjamu selera baik tengah hari mahupun malam. Baik yang asli dalam botol mahupun dalam pek kotak dan edisi kurang gula. Semuanya sama enak sahaja. Adakalanya saya sanggup untuk membeli stok untuk di bawa pulang ke tanah air. Ada juga di jual di restoran tertentu di Malaysia ni. Dulu, kedai runcit milik orang Aceh berdekatan dengan kediaman saya ada menjual teh botol di dalam kotak, tetapi sejak akhir-akhir ini mereka pun putus bekalan. Sekadar berkongsi, jika belum pernah mencuba, baiklah cari kesempatan. 

Thursday, September 6, 2012

Barbie? Nope.... Borbie Laa...



Semalam saya dan Lisa terjumpa satu outlet makan terbaru di Mines. Macam menarik lantas kami pun terasa ingin mencuba. Tapi sebenarnya (sebenar-benarnya sebab Old Town tutup dek kerana rengah renovasi). Restoran makanan segera ini menghidangkan makanan berasaskan kentang yang di jadikan menu utama dan ditambah dengan 'lauk-lauk'lain seperti daging, ayam, makanan laut dan juga sayur-sayuran. Yang paling utama semuakan akan diletakkan keju ! Enak sehingga menjilat jari, jomlah cuba meskipun sekali....:)

Monday, January 3, 2011

Seharian di Pulau Ketam





Pulau Ketam, jika diterjemahkan di dalam Bahasa Ingeris akan berbunyi seperti ini - 'Crab Island'. Ia adalah sebuah pulau kecil yang terletak di lepas pantai Port Klang, Selangor Darul Ehsan. Mengikut sejarahnya ia ditemui sekitar tahun 1880an. Pulau ini mudah di akses/di lawati dari dermaga Pelabuhan Klang oleh feri/tongkang/sampan. Lokasinya dari tanah besar ialah sekitar 10 kilometer dan berdirinya pulau ini setinggi 10 meter di atas permukaan laut.

Jalan umum utama di pulau ini adalah konkrit yang sempit, sementara di daerah perumahan, yang lebih tua reyot pula dihubungi oleh titi papan kayu tua yang separa utuh. Tidak ada kereta di Pulau Ketam untuk meninjau dan menjelajahi samada berjalan kaki ataupun berbasikal saja. basikal boleh di sewa dengan kos RM5 untuk sebuah basikal sehari. Ada juga di kalangan penduduk tempatan yang memiliki basikal bermotor dan motosikal.

Penduduk tempatan terutama dari keturunan Teochew dan Hoklo (Hokkien) dari Negara China, dengan Teochew, Hokkien dan Mandarin adalah dialek utama diucapkan. Sudah tentunya mereka juga boleh berbahasa Melayu dialek pasar.

Terdapat hanya sebuah restoran yang menghidangkan makanan halal yang dikendalikan oleh orang muslim berbangsa campuran cina (terima kasih kepada seorang anggota polis yang menunjukkan kami akan kedai ini) dan seorang Pak Cik yang menjual makanan kegemaran saya 'apam balik/terang bulan'. Ada ais krim berbentuk telur yang bukan sahaja cantik tapi enak yang dikenali sebagai 'the perfect ice cream'. bekas plastik yang berbentuk telur ayam ini boleh dikitar semula sebagai bekas simpanan kelip kertas, butang baju melayu dsb.

Kemudahan asas di sini boleh di katakan lengkap. Ada Balai Islam (untuk menunaikan solat), Balai Polis, Pusat Kesihatan, Maybank dan Bomba. Jika ingin bermalam terdapat sekurang-kurangnya 2 buah inapan yang murah.

Bagaimana hendak ke sini? Mudah sahaja. Gunakan perkhidmatan awam. Gunalah perkhidmatan Komuter dari tempat anda dan berhenti di destinasi terakhir iaitu Pelabuhan Kelang. Dermaga untuk ke Pulau Ketam letaknya cuma di sebelah stesen ini. Perjalanan menaiki feri dari dermaga ke Pulau ketam mengambil masa kira-kira 40 minit. Feri terakhir dari Pulau Ketam bertolak kira-kira jam 6.00 petang. Jika lambat, bermalamlah di sini. Bolehlah menjamah makanan laut di sini.

Memancing? Bukan bidang saya tetapi saya kira ia boleh dilaksanakan di sini...

Kenangan saya dan Lisa, saya kira kami sudah lama tidak berbasikal, jadi ini merupakan peluang terbaik untuk berbasikal mengelilingi pulau. Kepulangan kami ke tanah besar lewat hari pertama tahun 2011 baru lalu di sambut dengan hujan yang agak lebat sehingga membasahi tubuh yang telah keletihan namun kepuasan...

Saturday, December 25, 2010

Nasi Ambeng...:)


Nasi Ambang Makan Bersama,
Menambah Berkat Kaum Kerabat,
Saya Kepingin Sudahlah Lama,
Baru Sekarang Saya Mendapat.

Saturday, June 12, 2010

Manis Berbicara
















Sementelah menunggu untuk menonton Killers minggu lalu saya dan Lisa sempat untuk menjamu selera (kira-kira seperti Tea Break Afternoon lah ni) di Cafe Sweet Chat. Ini merupakan cafe francais jadi boleh di katakan terdapat banyak juga cafe ini pusat membeli belah di sekitar Kuala Lumpur. Cuma kami yang baru berkesempatan untuk datang. Deko yang indah. Tambah-tambah lagi suasana di Mines lebih menarik kerana ial terletak di pinggir terusan. Seperti Venice lagaknya. Menu yang menarik, banyak pilihan sehingga rambang mata. Yang lebih penting, cafe ini mendapat Sijil Halal daripada JAKIM !!! Jom...

Wednesday, June 2, 2010

Daily Kopitiam @ Pavilion




Jika tiada tempat lain untuk menjamu selera bolehlah ke sini... Huhuhu... Jangan marah ye Daily Kopitiam !!!

Sunday, May 30, 2010

Kenduri Cokelat Beryls




Sesungguhnya saya memang bukan penggemar cokelat sebenarnya. Tetapi jika ada buffet makan cokelat secara percuma apa salahnya mencuba. Terima Kasih Beryls (salah satu pengeluar cokelat terkenal tanah air) kerana selama 3 hari berturut-turut telah sudi menjamu kami (kita semua yang sudi) dengan cokelat yang dihasilkan oleh kilang mereka. Bermula sejak 28hb Mei yang lalu dan tamat kira-kira jam 6.00 petang tadi (30 Mei 2010) kita semua di ajak untuk makan cokelat secara percuma di sini. Saya dan Lisa cuma sempat untuk menjamah cokelat Beryls kira-kira waktu makan tengah hari tadi. Boleh tahan kenyanglah juga. Nasib baik ada jual air mineral dapatlah juga membasah tekak yang 'lekat' dek cokelat (terutama bagi mereka yang terlebih 'rasa').

Ini merupakan promosi dan tarikan terbaru Beryls di Bangi. Kilang ini baru sahaja beroperasi sebenarnya. Sebelum ini kita semua pasti tahu bahawa Beryls berpengkalan di Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Seperti biasa, sesudah merasa semua jenis cokelat. Semua pengunjung pasti akan teruja untuk mendapatkan sedikit buah tangan. Tetapi buah tangan ini perlulah di beli di kedai cokelat yang sedia beroperasi. Bukankah begitu?

Selepas ini, jika masih berminat untuk berkunjung, Kedai Cokelat di Kilang Cokelat terbaru Beryls ini akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dari hari Isnin hingga Sabtu. Lapang-lapangkan hari kita ya... !

Friday, May 21, 2010

Laju Makanan Ku Laju...











Jom kita makan dan sambil santai di Instant Cafe, Taman Puncak Jalil. Saya sebenarnya sudah tidak ada modal untuk menulis... kira-kira macam 'writers block' lah konon... Hehehe. Servis di restoran ini boleh di katakan laju... seiring dengan nama restoran ini 'Instant' gitu. Makannan juga boleh tahan sedapnya. Saya dan Lisa baru pertama kali mencuba. InsyaAllah akan datang lagi.

Tuesday, April 20, 2010

Perkampungan 1Malaysia @ MKL


Semalam kami makan besar di Restoran Seri Angkasa, Menara Kuala Lumpur sempena menyambut kejayaan Nina menamatkan pengajian beliau dalam bidang perubatan. Setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke Menara Kuala Lumpur (kali terakhir saya menjamu selera di sini ialah bulan November 2009 yang lalu bersama peserta kursus dari Iraq), singgahan kali ini telah menemukan dengan sebuah produk pelacongan yang baru dan amat menarik iaitu Perkampungan 1Malaysia @ Menara Kuala Lumpur.

Perkampungan ala-ala Perkambungan Budaya Sarawak ini memuatkan produk senibina seperti binaan Rumah-Rumah Tradisional di Malaysia seperti Rumah Kedah, Rumah Selangor, Rumah Pahang dsb. Produk kraftangan seperti demonstrasi batik dan anyaman rotan. Produk sukan tradisional seperti demonstrasi gasing, congkak dan batu seremban. Produk seni seperti tarian tradisional, muzik gamelan dan silat. Perkampungan ini dibuka dari jam 5.00 petang sehingga 9.30 malam setiap hari. Tidak syak lagi ia merupakan tarikan terbaru ibu kota. Maka, malam ini sekali lagi saya dan Lisa ke Manara KL untuk meninjau Perkampungan 1Malaysia @ Menara Kuala Lumpur ini. (Tetapi malam ini kami tidak makan di Restoran Seri Angkasalah... sekadar di sebuah kiosk di Laman Menara KL sahaja).

InsyaAllah kali ini saya akan membawa peserta kursus dari Equatorial Guinea pula ke sini bulan hadapan !!!

Saturday, April 10, 2010

Selera Thai di Kesesakan Jalanraya


Kesesakan lalu lintas pada 25 Mac 2010 yang baru lalu memaksa saya dan Lisa memakir kereta di Life Centre (ini nama lala ya... nama baru Life Centre saya pun lupa) dan berjalan kaki ke Kompleks Antarabangsa. Di dalam bangunan yang serba canggih ini terdapat sebuah restoran Thai yang tidak kurang enaknya. Bersih dan agak eksklusif. Meskipun begitu harga makanan restoran ini agak mahal (kan saya dah kata agak eksklusif tadi). Namun begitu kami mencuba juga (sesekalikan). Restoran QThai ini sebenarnya jika kita kunjungi waktu makan tengah hari mereka ada menyediakan 'Value Meal' yang berharga RM10.00. Yang ini menarik.

Flea Market & Carboot Sales @ MAEPS


Usai memakir kereta kita akan disambut dengan dentuman engin 'go-kart'. Ya, cabaran 'go-kart' ini memang menanti pengunjung setipa minggu. Seikhlasnya saya memang tidak meminati 'go-kart' tetapi saya memang pernah mencubanya sekali. Dan hanya sekali ya...


Awal bulan ini kita dikejutkan dengan jangkitan air kencing tikus. Maka berpusu-pusu e-mail mengenai virus tersebut yang memenuhi kotak e-mel saya. Di sini juga ada dijual racun tikus, cicak, lalat dan sebagainya. Kata penjualnya racun-racun ini memang dibuat untuk warga kota. Hmmm... kalau nak tahu lebih lanjut kenalah memanjangkan kaki ke sini.


Apakah yang dimaksudkan dengan 'Vintage Dress'? Adakah ia pakaian dengan rekaan lama? Ataupun baju terpakai yang dijual semula seperti 'bundle'?



Nasi Lemuni Sambil Tumis dikatakan adalah resipi tradisi dari Pulau Pinang. Saya juga pertama kali merasa juadah ini. Boleh tahan sedapnya. Gerai yang sama juga menjual Teh Tarik Line Clear.


Selalunya kita makan Nasi Impit sama ada dengan kuah kacang ataupun sayur lodeh. Ada lagi juadah istimewa di sini. Nasi Himpit Goreng. Kalau berani bolehlah mencuba...


Ikan Pekasam memang termasuk di dalam senarai sebagai salah satu hidangan yang menjadi minat saya. Malangnya akibat masalah kesihatan saya tidak dapat menjamah selalu ikan pekasam goreng bercili ini. Sesekali bila pulang ke kampung, insyaAllah dapatlah merasa... Untuk rekod, orang utara memang suka makan ikan pekasam.


Cenderahati yang amat menarik yang dihasilkan daripada buah hutan. Sungguh istimewa untuk dijadikan hadiah. Saya juga ada membeli satu. Tetapi masih berfikir samada untuk disimpan atau dijadikan hadiah.



Ada juga dulang tin zaman dahulu yang dijual. Dua tahun lampau saya memang mnecari dulang tin ini untuk hadiah hari raya untuk Nenek Sarah. Namun sehingga sudah tidak ketemu. Aleh-aleh terjumpa di sini. Selain daripada itu set pinggan mangkuk kaca zaman 70an juga ada. Menarik bukan?


Tidak sah jika pasar terbuka sebegini tiada pentas terbuka untuk para pengunjung berkaraoke. Jika ada keberanian, leburkan saja RM1.00 dan ekspreslah nadamu agar di dengari 'rakyat jelata' !!!

Sunday, March 28, 2010

Persediaan ke Taipei?








Little Taiwan adalah antara francais restoran yang lahir di Malaysia dan sedang berkembang pesat. Menghidangkan makanan dari Negara Taiwan yang telah diubahsuai untuk memenuhi citarasa rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan sudah semestinya halal. Untuk minuman, Taiwan sebenarnya amat terkenal dengan 'bubble milk tea'nya. Tetapi kami cuma minum 'bubble red tea' dan 'jasmine honey tea'. Seperti makanan cina yang lain maka antara 'signiture dish' adalah berasaskan bihun, bebola daging dan sup. Kami juga memilih menu yang agak terkenal juga iaitu nasi kukus dengan 'minched chicken', telur rebus yang seakan-akan telur pindang, 'kim-chee' taiwan, taufu kicap dan sup bebola daging. Ini memang terapi awal sebelum ke Taiwan.

Saya dan Lisa, merasa hidangan-hidangan Taiwan ini di Little Taiwan, e@curve. Banyak lagi cawangan yang ada seperti di 1Utama, Pavillion dan juga Ampang. Boleh cuba..

Tuesday, March 16, 2010

Petang Yang Dingin di Suria KLCC



Bukan peminat aiskrim sebenarnya. Namun begitu jika ada voucher bernilai RM30.00 apa salahnya sekali-sekala makan aiskrim kan? Tambahan lagi dengan 6 'scoop' perisa berbeza di dalam 1 mangkuk. Tentu 'terangkat !!!'. Ada yang bertanya, halalkah aiskrim di Hagaan Dasz ni? Bagi saya pilih saja perisa yang tidak mengandungi alkohol, insyaAllah selamat.

Wednesday, February 17, 2010

Jelajah Persada Episod 2 : Bandar DiRaja


Kami meninggalkan Rompin lebih kurang jam 10.00 pagi. Usai mengambil gambar terakhir di Papan Tanda Summerset Resort Rompin kereta meluncur laju bersama kenangan meninggalkan Rompin. Cuaca begitu memahami, tidak panas dan tidak pula hujan. Destinasi seterusnya adalah pilihan Mas.Tidak lain dan tidak bukan ialah Bandar Diraja Pahang, Pekan. Tetapi sebelum itu kami sempat menikmati suasana jalan persisir pantai dengan sekali sekala menoleh ke kiri untu melihat hamparan ombak Laut Cina Selatan. sedar-sedar sahaja kami sampai ke Nenasi yang merupakan salah satu kawasan pengeluar nenas di Negeri Pahang. Apa lgi, kami mengambil kesempatan untuk berhenti dan merasa nenas segar yang dikupas khas oleh kakak yang menjual. Murah, manis dan sedap. Itu yang penting. Tiada tawar menawar berlaku, lantas selepas itu kamipun meneruskan perjalanan sambil menjamah nenas yang sebenarnya cuma dapat dihabiskan dsebelah petangnya.

Pekan, Pahang adalah sebuah bandar yang begitu terkenal. Selain daripada Bandar DiRaja Pahang, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein juga berasal dari bandar ini. Mungkin ada yang tidak percaya jika saya katakan yang bandar ini mendapat namanya daripada sejenis bunga yang dinamakan Bunga Pekan. Bagaimana bentuk bunga ini juga tidak pernah saya ketahui. Antara lokasi menarik di sini ialah Masjid Abdullah (yang dibina sejak tahun 1920an lagi), Masjid Abu Bakar dan juga Muzium Sultan Abu Bakar (malangnya dalam proses membaikpulih - maka dengan itu kami cuma dapat melihat dari luar). Kami sempat 'ronda-ronda' tiga pusingan sebelum meninggalkan Pusat bandar Pekan. Di waktu tersebut juga ada Karnival IT di sini, dengar cerita di sebelah petang/malam Iqwal ada membuat persembahan malangnya saya tidak dapat untuk menunggu dan menonton.

Dalam pada itu, saya mencari Murtabak Mengkasar yang amat terkenal dan enak itu malangnya gerai yang menjual murtabak tersebut di tutup pada hari singgahan kami (31 Januari 2010). Penduduk Kampong Mengkasar, lebih kurang 2 kilometer dari pusat bandar Pekan, dikatakan adalah dari susur galur keturunan Tok Tuan Makassar, Sulawesi, Indonesia. Maka, Perdana Menteri Malaysia sekarang Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak juga berasal dari keturunan ini.

Kami meninggalkan pusat bandar untuk menuju ke Kawasan Istana. Sempat juga kami bergambar di Istana, kawasan sekitaran, Kelab Polo DiRaja Pahang & Kuliah Sultan Abu Bakar (Kolej Islam). Sedangkan Mas sibuk mengambil gambar bangunan dan rumah lama di sekeliling kawasan ini. Sebagai pengkritik hasil seni, Mas tentu mempunyai banyak alasan untuk mengumpul bangunan yang memiliki seribu keindahan seni untuk diperbincangkan nanti.

Seterusnya kami meluncur ke Kampung Pulau Keladi, tempat kelahiran Seniwati Sarimah. Hampir tersesat juga meskipun kami melalui jalan yang betul kerana Papan Tanda agak terhad. Kami cuma singgah di Pusat Tenunan Songket Pahang sahaja sambil menikmati keindahan dan keaslian hasil tenunan ini. nasib baik ketika itu poket saya memang benar-benar kosong jika tidak sudah tentu raya tahun ini akan bergaya dengan Sampin Tenunan Pahang !!!

Puas dengan singgahan-singgahan di Pekan; kamipun meneruskan perjalanan ke utara Pahang, menuju Kuantan. Cadangan asal ialah untuk ke Sungai Lembing yang terkenal dengan tinggalan lombong emas. Namun papan tanda Tasik Chini yang menunjukkan jarak lebih kurang 60 kilometer sahaja membuatkan kami mengubah haluan serta merta tanpa berfikir panjang !!! "Tasik Chini !!! Kami datang Kepadamu..."