Showing posts with label CD Milikku. Show all posts
Showing posts with label CD Milikku. Show all posts

Wednesday, August 21, 2013

Mu'adz Yang Saya Kenali...


Mu'adz Dzulkifly bukanlah 'jenama' baru di dalam arena nasyid. Kira-kira 6 tahun dahulu beliau pernah melahirkan sebuah album nasyid yang berjudul "Al-Asr... A Moment" yang mengaplikasikan Hadis Nabi s.a.w. di dalam semua 10 sepuluh lagu di dalam album tersebut. Album perdana Mu'adz itu telah diterbitkan oleh Nature Records (Saya kira syarikat ini telah tidak wujud lagi). Namun entah di mana silapnya,  meskipun album tersebut menggabungkan nama besar sebagai pemuzik; antaranya Eddie Marzuki, Hilary Ang (Search), Sham (Kamikaze) dan Ramli (Mohram) dan dengan konsep yang pada ketika itu dikatakan belum pernah dilahirkan oleh mana-mana penasyid (sebagai rekod; album "Al-‘Asr... A Moment" adalah album yang pertama di dunia mengaplikasikan hadis sebagai lirik lagu) bagaimanapun gagal meletakan nama Mu'adz sebaris dengan penyanyi nasyid yang 'top' ketika itu. Itu cerita sekitar tahun 2006/2007. Apa pula perkembangan beliau kini?

Sesungguhnya, Mu'adz kini telah tampil dengan album baru;  yang berjudul "Rindukan Cahaya". Album ini telah mula berada di pasaran seawal ketikan kita sedang sibuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri meskipun sebuah lagunya yang berjudul "Sambutlah" telah mula diputarkan sebagai lagu tema bulan Ramadan di Bernama TV sejak awal bulan puasa yang lalu. Album yang berunsur muzik Islamik progresif ini bukan calang-calang kerana ia telah di rakam di Studio Rockstar di Jogjakarta, Indonesia dan diterbitkan oleh Noe dari Kumpulan Letto yang juga telah mencipta kesemua 5 buah lagu di dalam album ini bersama Widi (juga dari Kumpulan Letto). Widi yang bertindak sebagai guru vokal kepada Mu'adz telah mentransformasikan vokal Mu'adz menjadikannya lebih indah dan sesuai dengan konsep muzik dan lagu. Bagi mereka yang pernah mendengar suara Mu'adz di dalam album yang pertama tentunya akan merasa kelainan tersebut. Maka tidak hairanlah jika ada yang mengatakan pengaruh Letto amat kuat di dalam album ini. Namun begitu perlu diingat bahawa Mu'adz yang sememangnya memiliki suara yang merdu dan mantap. Beliau menyanyikan lagu-lagu ini dengan gaya yang tersendiri. Sesekali apabila kita dengar ia seakan seperti bisikan hening yang diluahkan oleh Mu'adz kepada semua pendengar. Kesemua 5 lima lagu memiliki kekuatan masing-masing. Bunyi 'strings' yang ketara menambahkan keasyikan kita mendengar bait-bait lirik yang di adun dengan indah dengan melodinya. Secara peribadi sekurang-kurangnya saya meminati 4 buah lagu iaitu "Ampunan", "Sambutlah", "Rindukan Cahaya' & "Ketika Mencinta".

Tiada apa lagi yang mampu saya katakan kepada anda yang membaca coretan saya ini, samada anda peminat nasyid mahupun bukan peminat nasyid, memilki album ini adalah satu kewajaran kerana ia amat berbaloi dengan RM yang bakal anda laburkan ! Mengikut rencananya cakera padat Mu'adz "Rindukan Cahaya" sepatutnya berada di semua kedai muzik yang juga menjual cakera padat Hafiz Hamidun "Zikir Terapi 2" kerana kedua-kedua produk ini di pasarkan oleh Arteffects !!!

Mu'adz adalah artis yang pertama bersama pengurus beliau; Puan Syilda yang telah sudi untuk singgah meluangkan masa melawat dan bersembang dengan saya usai waktu pejabat baru-baru ini. Banyak perkara yang sempat kami bincangkan namun sudah tentu banyak juga yang tidak didapat dikongsi di sini. (Dalam bahasa wartawannya "off record").

Sunday, August 26, 2012

The OverExposed Maroon 5. See You in Singapore !!!

The Latest Single, One More Night

The Second Single, Payphone feat Wiz Khalifa

The First Single, Moves Like Jagger feat Christina Aguilera

Nota Jase :
YES !!! Setelah kecewa tidak dapat menonton Konsert Maroon 5 di Malaysia tahun lalu, akhirnya saya hampir pasti akan dapat menonton persembahan Maroon 5 secara LIVE di Singapura akhir bulan depan. InsyaAllah. Bukan Maroon 5 sahaja tetapi Katy Perry juga. Kira bonuslah. Dengan Inzin Allah, semuanya akan berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Untuk rekod, bagi album baru Maroon 5 yang bertajuk OVEREXPOSED sebenarnya telah lebih sebulan berada di pasaran, sehingga kini 3 buah Single telah dilancarkan iaitu Moves Like Jagger dari The Voice Musim pertama, Payphone yang menampilkan Wiz Khaliffa dan yang terbaru One More Night. Secara keseluruhan, ini adalah merupakan album terbaik Maroon 5 dan yang paling santai dan paling pop ! Syabas Maroon 5. Hampir kesemua lagu di dalam album ini berjaya menambat hati saya. Ini mungkin kerana album yang sebelum ini agak kurang memberansangkan jualannya di pasaran.

Have You Got Your Fortune Already?

(Fortune Promo Trailer !!!)


(Turn Up The Music - Chris Brown)


(Another Round - Fat Joe feat Chris Brown)


(Don't Wake Me Up - Chris Brown)

Nota Jase :
Saya telah memiliki Album Terbaru Chris Brown yang teklah lebih sebulan berada di pasaran. Sebuah Album yang AMAT-AMAT menarik dan easy listening dengan lagu-lagu yang AMAT-AMAT hebat. Saya amat berharap agar Chris Breezy akan berjaya mempertahankan Anugerah Album R & B Terbaik untuk kali kedua di Anugera Grammy awal tahun hadapan !!! Cuma satu, bila SONY Malaysia hendak membawa beliau untuk mengadakan konsert di Malaysia?

Wednesday, August 8, 2012

Tahniah ASMAWI !!!


Terima Kasih Mawi kerana menjemput kami 'hard core Mawi' untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Arteffects dan Pelancaran Album artis-artis Arteffects seperti Imam Muda Najdi, Fitri Haris dan tentunya Mawi sendiri. Untuk rekod, 6 hari lalu Mawi dengan kerjasama Arteffects dan MW Entertainment Sdn Bhd telah berjaya melahirkan album Asmaulhusna Asmawi. Seakan fenomena Tsumawi akan muncul kembali kerana selepas lima hari diedarkan, jualan album ini telah mencecah 5000 unit. Kami amat berharap agar album ini akan mencapai anugerah platinum bekermbar lima dalam masa kurang dari lima bulan. Jaulan yang dituju ialah 50, 000 unit !!! Tahniah dan InsyaAllah ye Mawi. Memandang ini merupakan album kategori kerohanian/ketuhanan maka untuk memilikinya ia lebih mudah untuk di cari di kedai-kedai buku agama. Salah sebuah kedai yang boleh saya cadangkan ialah Kedai Buku Sarjana Media  di Carrefour Wangsa Maju. InsyaAllah akan akan bertemu di sana.

Saya telah berulang kali mendengar album ini semenjak dua hari lalu, ada sekurang-kurangnya 4 trek yang benar-benar telah menawan hati saya. Trek no 3 - Ya Khafidz Ya Halim, Trek no 4 - Ya Ghafur Ya Mujib, Trek No 9 - Ya Mani' Ya Sobur dan akhir sekali Trek no 10 - Asmaulhusna. Tentunya kredit harus juga di beri kepada Hafiz Hamidun yang teklah menerbitkan melodi indah untuk album ini.

Anda bila lagi? Jom ber Asmaulhusna bulan Ramadhan ni.... !

Friday, March 16, 2012

Cinta Hidup



Ya... saya tahu saya dah melanggar prinsip. Memang CD ini mereupakan CD cetak rompak. Meskipun begitu, semasa album 'Cinta Hidup' Dato' Shake ini dikeluarkan sekitar tahun 80an; belum ada teknologi CD lagi. Semuanya dalam bentuk kaset. Saya pula tidak dapat membelinya kerana masih kanak-kanak dan tidak mempunyai peruntukan. Dan selepas itu pula; Warner Music tidak pernah mengeluarkan lagi album ini dalam apa-apa format; sehinggalah kawan sepejabat saya terjumpa dengan 'rakaman rompak' ini di Amcorp Mall beberapa minggu lalu.

Ini merupakan satu-satunya album konsep yang pernah dikeluarkan di Malaysia "CINTA HIDUP". Sesungguhnya saya memang meminati lagu-lagu dari album ini yang masih malar segar di minda saya seperti Cinta, Ingatan, Nyanyian Kalbu, Anugerah Dari Kegagalan, Hidup dan Utusan Untuk Keluarga.

Jika ada sesiapa yang memiliki Album Asli Cinta Hidup, boleh menjualnya pada saya. Memang nak sangat menjadikannya 'Collector's Item' !!!

Sunday, November 20, 2011

I've Met Tom in Melbourne...


...and he singed the CD for me. A New Zelander lad who is currently based in melbourne. Yes ! I have a picture with him but in my friend's camera. I will try to get the picture within this week. Help me Mas !

Sunday, November 13, 2011

Sempat Bertemu Adik Saya !

Siapa sangka Alif Satar telah menghasilkan album kedua beliau yang berjudul 'Lelaki Seperti Aku'. Meskipun menunjukkan sedikit sisi kematangan Alif tetapi masih dalam kepompong santai, 'simple', 'catchy' dan mudah di dengar. Lagu 'Lelaki Seperti Aku' meskipun bukan kesinambungan 'Jangan Nakal' tetapi seakan 'trade mark' kepada Alif pula dengan lagu-lagu sebegini. Album ini mengandungi 7 buah lagu. Sekurang-kurang ada 3 lagu yang amat saya suka iaitu 'Lelaki Seperti Aku', 'Rapuh' dan 'Dalam Sunyi'. Memang sudah lama saya tidak bertemu Alif, (janji nak makan kari kambing Alifpun belum tertunai); berjumpa di AIM dapatlah mengubat sedikit rindu. Sebelum ini kami hanya berBBM sahaja, itupun selalunya pasal 'Suria di Cordoba'. Kan... Kan... Kan...


Ezad Kembali !!!



Semasa kegemilangan Ezad bersama dengan Exist saya tidak pernah bertemu muka dengan Ezad. Begitu juga apabila Ezad mula menempah nama sebagai pelakon anak mami bersama Prof Razak Mohaideen; juga tidak berjaya menemukan saya dengan beliau. Meskipun agak lama menyepi, ucapan terima kasih perlu di hadiahkan kepada MVM dan Universal Music Sdn Bhd kerana telah memasarkan album terbaru Ezam Lazim (Ezad telah menjenamakan semula nama beliau) yang berjudul 'Mengharap Bintang' yang bukan sahaja mengandungi trek lagu-lagu hits beliau yang terdahulu (seperti 'Dirantai Digelangi Rindu', 'Mengintai Dari Tirai Kamar' & 'masih Terserlah Ayumu') tetapi juga sebuah lagu 'berhantu' PERCINTAAN INI' yang amat syahdu dan indah sekali. Juga terima kasih kepada AIM yang menemukan saya dengan Ezad yang juga orang KEDAH DARUL AMAN !





Sunday, September 25, 2011

Buah Tangan Terbaru Anuar Zain



Terima Kasih kepada Mujes & Pah yang menjemput saya makan-makan lewat tengah hari tadi di Bora Ombak, Ampang. Saya bukan sahaja dapat makan dan berhibur tetapi juga telah dibekalkan dengan buah tangan terbaru anak kedua Pak Zain. Siapa lagi kalau bukan Penyanyi Lelaki Tersohor Negara - Anuar Zain (beliau memang tiada kaitan dengan Jefri Zain mahupun Maher Zain melainkan saudara seIslam sahaja...:)).

Memang telah lama kita menanti album terbaru Anuar Zain ini, meskipun semua peminat telah terubat rindu mereka dengan Anuar Zain apabila KRU Records telah melancarkan Single Anuar Zain "Sedekit Lebih" yang menjadi lagu tema Hikayat Merong Mahawangsa awal tahun ini. Tetapi itu sebenarnya tidak cukup, maka Universal Music Malasyia telah memasarkan album penuh Anuar Zain baru-baru ini yang seperti biasa, sebagaimana terdahulu; semua album Anuar Zain judulnya adalah Anuar Zain juga !!! Yang berbezanya kali ini, kulit albumnya dengan gambar hitam-putih wajah yang tak makan dek usia Anuar Zain ! Hebat kan?

Sehingga ke saat ini saya kira CD yang mengandungi 8 lagu ini telah berputar lebih daripada 10 kali, samada di rumah mahupun di dalam kereta saya ! Secara dasarnya ia sebuah CD yang memenuhi citarasa dan penggemar muzik Anuar Zain. Banyak lagu yang menarik, segar dan bakal menjadi malar hijau tidak lama lagi. Saya kira Single ulung daripada album ini telahpun mula diperdengarkan di corong-corong radio dan mula melekat di hati kita - 'Ku Berjanji Karna Cinta'. Melankolik, mendalam dan amat bermakna ! Lagu-lagu lain seperti 'Nadi Terhenti', 'Ajari Aku', 'Pernahkah' dan 'Sempurnakan Aku' mengekalkan 'trademark' Anuar Zain dengan lagu-lagu balada sentimental dengan lirik mendalam, penuh jiwa dan mencabar vokal. Mendayu tapi segar.

Secara jelas, saya kira Anuar Zain melahirkan album ini bukan untuk merebut anugerah di AIM mahupun Juara Lagu, tetapi untuk peminat dan kepuasa dirinya sahaja. Setelah dibelek-belek saya kira cuma satu lagu satu lagu sahaja milik pencipta Malaysia iaitu Simpati Cintamu ciptaan Hazami, yang boleh atau mampu bertanding di pentas AIM dan Juara Lagu.

Sesungguhnya, ini adalah salah satu daripada 5 album artis Malaysia yang saya cadangkan untuk dimiliki oleh semua rakyat 1Malaysia untuk tahun ini . 4 lagi? Akan menyusul seketika nanti....


Monday, January 3, 2011

Knockaround Guys


Four sons of well-known gangsters come face to face with their own legacy of violence and betrayal when they travel to a small Montana town to collect a large sum of cash.




Plot :
Matty Demaret (Barry Pepper) is the son of a mob boss, but he is used as little more than an errand boy. His relative and friend Chris (Andy Davoli) shares this urge to be part of something bigger, and Matty finally convinces his father to give him a job, with the help of his father's right-hand man Teddy (John Malkovich). Matty and Chris get their friend Johnny Marbles (Seth Green) to fly up to retrieve a bag full of money for Matty's father Benny "Chains" Demaret (Dennis Hopper), as there have been mysterious shortages in their money lately.

On the way back with the cash, Marbles stops in a small Montana town to refuel his personal plane. He has been instructed to guard the bag with his life so he takes the bag with him as he goes to pay for the fuel. However, Marbles sees the sheriff & his deputy and is paranoid that they may question him about the bag's contents. Marbles is also in possession of cocaine which he dumps on the runway. He drops the bag amongst a pile of luggage waiting to be loaded onto another flight, and despite telling the cashier to keep the change, the other flight takes off before he can retrieve his bag. Unknown to him, the bag of money was taken by two local teenage pothead skateboarders who work as baggage handlers at the airport.

He calls Matty and tells him the news. Matty, though upset, knows that he must fix the situation quickly and quietly if he ever wants to work for his father. Matty, Chris, and their friend Taylor (Vin Diesel) fly to the small town of Wibaux, Montana to help Marbles search for the missing money.

While in town, Matty and the other guys attract the attention of two local law-enforcement officers (Tom Noonan and Shawn Doyle) who find out about the money and want to keep it for themselves. The mob guys then try to negotiate with the officers to get the money back but are turned away. Matty calls Teddy and Teddy arrives in Wibaux with two other mob henchmen. Chris decides to leave for home and disappears. Marbles hangs around in a bar with the two mob henchmen who secretly hate him, while Taylor and Matty wait in their hotel for word from the Sheriff. After taking him outside in a friendly manner, the two mob men throw Marbles to the ground and ask about the whereabouts of the other three. Marbles tells them he doesn't know and the two shoot him several times and throw his body in a trunk.

Later that night, a deal is arranged for the Sheriff and Deputy to meet Matty and Taylor in a warehouse. When they arrive, the lawmen are planning to kill Matty and the others and keep the money, but Teddy and the two mob men show up when Matty and Taylor do and they entire thing turns into a Mexican standoff. Chris arrives and shoots the Sheriff's cousin who came to help the Sheriff, and Matty and Taylor inquire about Marbles. Chris says that he thought he was with them. Teddy gives a signal to the two henchmen and they all fire on Chris who is killed. The Sheriff and Deputy, in the chaos, shoot the two mob men. Taylor then kills both of the lawmen but is shot in the arm by Teddy. Teddy's gun is out and Matty holds him at gunpoint. Matty says that it is Teddy that has been stealing and causing shortages from his father all along. Teddy tries to reload and shoot Matty claiming that Matty doesn't have the guts to shoot him, but Matty kills Teddy. Matty and Taylor get the money and return home.

Casting :
Barry Pepper as Matty Demaret
Andrew Davoli as Chris Scarpa
Seth Green as Johnny Marbles
Vin Diesel as Taylor Reese
John Malkovich as Teddy Deserve
Arthur Nascarella as Billy Clueless
Tom Noonan as Sheriff Stan Decker
Nicholas Pasco as Freddy the Watch
Shawn Doyle as Deputy Sheriff Donny Ward
Kevin Gage as Gordon Brucker
Dennis Hopper as Benny "Chains" Demaret
Andrew Francis as Matty (age 13)
John Liddle as Heslep the barkeeper
Kris Lemche as Decker
Dov Tiefenbach as Teeze
Catherine Fitch as Louise
Ceciley Jenkins as Claire
Jennifer Baxter as Terri
Josh Mostel as Mac McCreadle
Mike Starr as Bobby Boulevard

Nota Jase :
It is a very old movie by Vin Diesel, nearly 9 years old (it is out in DVD Format in 2003, the movie was shown on silver screen in 2002). I bought this original DVD from a sale item at Carefour Alamanda late last year (it is so cheap - only RM7.90 per piece). It quite a good move to watch during your free time (as I got additional in-lieu today). Although it is nothing new offered by Vin but his acting is very convincing (especially the action part and when he advicing Marty not to become mob anymore). Furthermore it is a feel good movie of an happy ending. Two Thumbs for Vin. Is this a new start for me to collect Vin's Movie? Let's time decide...

Wednesday, December 29, 2010

Insha Allah in 5 Languages !!!



Insha Allah in French !!




Insha Allah in English & Turkish




Insha Allah in Arabic




Insha Allah in English

'...Wait for the 5th version in Bahasa Melayu in February 2011, Insha Allah !!!...'

Nota Jase :
Bro Maher Zain speaks English and Arabic. Although he learns French when he was small back in Lebanon, he did not pick up the language as he follows his family moved to Sweden. FYI, He does not speak Turkish at all. He's hoping to get the right Language Instructor for the Bahasa Melayu version.



Thank You to his Manager for helping me taking this picture of Bro Maher Zain & Bro Jefri Zain for me in the lift of KL Tower !!! I appreciate it very much !!!

Jumlahnya Memang Banyak !!!


Sudah terang lagi bersuluh. Sudah jelas lagi terbukti. Maka dengan ini sahlah bahawa Album 'Thank You Allah' Maher Zain adalah album terlaris di Malaysia untuk tahun 2010. Dengan jualan sebanyak 125, 000 keping maka pada hari ini dengan rasminya Album 'Thank You Allah' Maher Zain telah di anugerahkan Anugerah Platinum Berkembar Lapan (8 X Platinum) oleh Syarikat Rekod yang memasarkan album ini di Malaysia iaitu Inteam Records (yang memegang hak eksklusif pemasaran album ini di Malaysia) & Warner Music Malaysia.

Tahniah Bro Maher Zain !!!

Tuesday, December 21, 2010

Akulah Sang Pemimpi



Jika aku bukan Sang Pemimpi, sudah tentu telah aku kuburkan harapanku untuk menonton Sang Pemimpi lama dahulu. Mengaku kalah. Setelah filem ini mula masuk ke panggung di Indonesia sekita Disember 2009 dan DVDnya diterbitkan sekitar Ogos 2010, aku cuma dapat menonton filem yang ditunggu ini pada Disember 2010. Genap setahun !!! Itupun setelah titipan sahabat dari seberang yang lewat sampai ke tangan meskipun sudah lama mendarat di Kuala Lumpur. Apa-apapun terima kasih banget pada Tancho (yang bersusah payah mencari DVD ini untuk aku) & Mujes !!!

Sang Pemimpi mengisahkan tentang persaudaraan, persabatan, pembentukan jatidiri, perjuangan untuk mencapai cita-cita dan hubungan pertalian darah di antara seorang bapa demi masa depan anak lelakinya.

Sang Pemimpi membuktikan kepada kita bahawa kita semua tidak kita darjat dan pangkat, bangsa dan warna kulit, tinggi atau rendah berhak memiliki mimpi dan bertekad lantas berusaha untuk mencapainya. Pantang menyerah sebelum kalah.

Sang Pemimpi adalah menifestasi kita untuk memjadi seorang yang berani.

Tidak dapat tidak... aku mahu menjadi Sang Pemimpi itu. (malam ini adalah malam kedua kalinya aku menonton DVD ini)

Monday, December 20, 2010

IDOLAKU Mawi !



Sejak bila Mawi Pandai meniup seruling ini?


Kalau Kompang memang sahlah Mawi boleh memukul rentaknya...






"Menanti Hikmah" adalah Single Terbaru daripada album ini. Lagu ini juga adalah Lagu Tema kepada Drama Berantai "Seruan Pulau Nami". Bagi tahun ini, Lagu "Menanti Hikmah" saya kira adalah antara Lagu Terbaik bagi menutup Tirai 2010. Sebuah lagu yang agak berbeza dendangan Mawi. Sentimental, ala-ala lagu Korea. Dendangan Mawi juga lebih merdu untuk lagu ini.

Ini merupakan gambar terakhir yang saya sempat rakamkan bersama Mawi tahun ini...:)

Nota Jase :
Buah nangka yang ditunggu akhirnya gugurnya. Setelah hampir 2 tahun peminat Mawi menunggu akhirnya terbit juga buah tangan Mawi yang telah lama disebut-sebut ini. Yang dimaksudkan ialah album terbaru Mawi yang diberi judul Idolaku. Memang sudah lama disebut-sebut.

Album ini mengandungi 15 trek dan ditampilkan dalam tiga kategori iaitu lagu-lagu lama yang diterbitkan semula, lagu lama yang dirakam semula secara berduet dan lagu baru. Antara lagu lama yang diterbitkan semula ialah "Lagu Jiwa Lagu Cinta" dari album perdana Mawi, Lagu Raya Mawi "Ayah Aku Rindu Padamu" dan "Ya Salam" (duet Mawi bersama Yasin) dari Album Satu Dalam Seribu. Sementara Lagu-lagu lama yang dirakamkan secara berduet dengan penyanyi asal/idola Mawi termasuklah "Dari Kekasih Kepada Kekasih (duet bersama Hattan), Rela Menanti (duet bersama Fauziah Datuk Ahmad Daud (asalnya Ogy berduet dengan Ebby Saiful)) dan 'Menyesal Tak Berguna" duet beliau bersama Jay Jay. Dalam pada itu Lagu "Geram" nyanyian asal Black Dog Bone dinyanyi semula secara berduet oleh Mawi bersama Aznil (Ya... Pak Nil). Sementara lagu baru solo dendangan Mawi ialah Menanti Hikmah dan Barangkali.

Album ini memang wajar dimiliki oleh semua peminat Mawi !!!

Sunday, December 19, 2010

Cinta & Air Mata



Sudah lama sebenarnya saya dihadiahkan CD Cinta & Air Mata ini oleh pemiliknya. Saban hari saya seperti 'terbeban' untuk memberi pandangan tentang lagu ini. Bukan di paksa atau terpaksa, cuma setulusnya saya memang berniat untuk melahirkan pandangan sekadar mampu terhadap lagu dan penampilan Bahrain untuk 'single' kali ini. Ada, pada suatu hari itu saya mendengar lagu ini lebih daripada 10 kali untuk mencari 'Faktor Wow'nya. Saya kira dari segi komersial, saya lebih menyukai lagu 'Kau Bagaikan Udara'. Namun begitu, lagu ini amat istimewa kerana pertamanya, buat julung-julung kalinya seorang penyanyi berjaya menampilkan Guru Vokal terkenal, Siti Hajar untuk berpadu suara dengan beliau. Dek kerana terpampang nama Siti Hajar di kulit cakera padat, maka tentulah kitapun menaruh harapan yang tinggi kepada lagu ini. Keistimewaan kedua pula saya kira kepada maksud tersirat yang ingin disampaikan oleh penyanyi dan penulis lirik lagu ini. Sekilas terdengar, ianya seperti lirik cinta biasa, namun jika ditelek dengan mendalam cinta sebenar yang dimaksudkan ialah kepada Kekasih Allah s.w.t., iaitu Baginda Rasulullah s.a.w. Begitulah hakikatnya.

Saya amat berharap agar lagu ini berjaya diputarkan di corong-corong radio swasta yang makin ligat mengejar 'rating'. Agar lebih ramai yang dapat menikmati hasil yang tulus mulus ini.

Untuk Bahrain - Tahniah !!!

Monday, December 13, 2010

Putarkan Semula...







I am quite lucky this year as being able to meet some of international artiste that come our our shores. There were Akon and Maher Zain. An the latest edition is Iyaz whom I met during the Shout Awards !!! Iyaz is quite a nice young chap and very humble !!! Hopefully he will be BIGGER STAR one day !!! So far his album has produced 3 hits Single namely, Replay, Solo & So Big.

The King of Pop Returns...


Ini adalah antara ole-ole yang saya bawa pulang dari Dubai. CD terbaru Raja Pop - Michael Jackson. Ini juga merupakan album terbaru Micheal Jackson yang berjudul 'MICHEAL' dan mengdungi 9 trek yang belum pernah diterbitkan sebelum ini (keseluruhan ada 10 trek). Sungguhpun begitu; Single Perdana dari album yang ditunggu-tunggu ini, 'Hold My Hand (duet bersama Akon)' telahpun 'bocor' di YouTube tahun lalu dalam keadaan separa siap (dan telahpun masuk carta JaseBoard 2009). Single ini ketika ini masih lagi mendaki Billboard Hot 100. Banyak lagu menarik di dalam album ini meskipun ia kedengaran agak 'simple' dan tidak begitu kompleks seperti album-album yang terdahulu. Antara lagu menarik selain 'Hold My Hand' ialah 'Hollywood Tonight', 'Keep Your Head Up' dan 'Monster' (menampilkan 50 Cent). Berbaloi untuk dimiliki dan menjadi koleksi (Itu saja yang mapu katakan)!!!

Sunday, October 24, 2010

My Maher Zain Collection


Kulit Album Maher Zain "Thank You Allah". Bagi saya ia adalah sebuah 'killer album', jika di suruh pilih satu lagu yang paling saya suka, jawabannya ada sekurang-kurangnya 5 !!!


Bila saya memuat naik tiket Maher Zain - Save The Soul Showcase ini teringat pula saya akan seorang kawan yang masih 'berhutang' Bumbu Suria KLCC dengan saya kerana berjaya mendapatkan tandatangan Maher Zain untuk beliau. Sekadar makluman... esok saya kan ke KLCC ya...:)



Antara kenangan yang selamat ditinggalkan oleh Maher Zain kepada Jefri Zain. Terima Kasih kepada Muaz yang memungkinkan ianya berlaku dengan izin Allah s.w.t. tentunya setelah percubaan pertama saya gagal di Rock Corner, The Curve meskipun penat beratur lebih kurang 2 jam !!!

Sunday, July 18, 2010

Potret Rendahnya Moral Bangsa Kita dalam Jamila dan Sang Presiden...






Nota Awal :
Sebagai penggemar lakonan aktor berkarisma dari tanah seberang, Fauzi Baadila saya akan cuba menonton semua filem dan sinitron lakonan beliau seboleh mungkin. Saya terpaksa menunggu hampir 1 tahun sebelum dapat filem Jamila dan Sang Presiden ini dalam format DVD kerana filem ini tidak (mungkin) ditayangkan di Malaysia. Terima Kasih kepada Bro Dan & Bung Joko yang telah menghadihakan kepada saya DVD filem tersebut ketika singgahan saya ke Jakarta baru-baru ini. Alhamdulillah penantian yang lama ini 'amat lumayan' sekali kerana lakonan Ojie sungguh memberangsangkan sekali meskipun cuma muncul dalam beberapa babak sahaja. Paling ketara lakonan beliau ialah semasa babak perbualan di dalam rumah dengan adiknya lantaran munculnya ayah beliau dan dituruti oleh ibunya. bersahaja, 'real' dan dengan jelas tampak karektornya berubah.

Sinopsis :
Plot filem ini dimukakan dengan Jamila (Atiqah Hasiholan) menceritakan bahawa beliau adalah korban dari pemerdagangan manusia. Kemudian lewat beberapa adegan, mengenalkan kita dengan kehidupan Jamila sekarang - penuh glamor, kehidupan malam, dan ketidaksenangan batin. Kemudian Jamila menyerahkan dirinya lantas mengaku telah membunuh serorang Menteri bernama Nurdin (Adjie Pangestu) tanpa diketahui oleh seorang lelaki yang cuba mendekatinya, bernama Ibrahim (Dwi Sasono). Ibrahim yang simpati dengan Jamila cuba menghubungi peguambela Jamila, iaitu Malik (Marcelino Lefrandt)dan akhirnya bekerjasama untuk membebaskan Jamila. Jamila, kemudiannya dengan arahan bapak Presiden Indonesia kemudiannya di tempatkan di penjara luar kota. Disana Jamila telah menerima layanan kasar dari seorang Warden Penjara Wanita yang amat ditakuti oleh banduan di situ bernama Ibu Ria (Christine Hakim).

Di penjara tersebut, dari buku harian Jamila yang diambil Ibu Ria beliau mengetahui kisah silam Jamila. Jamila dijual oleh ibunya kepada 'mucikari' yang menjualnya kepada sebuah keluarga kaya. pasangan suami isteri yang berusia itu memiliki seorang anak lelaki. Kedua ayah dan anak lelaki tersebut telah memperkosa Jamila setiap malam secara bergilir sehinggalah anak lelaki keluarga tersebut dibunuh oleh Jamila. Si Ibu pula (Jajang C. Noer) yang tahu kelakuan sumbang suaminya, kemudian membunuh suaminya. Kemudian Jamila melarikan diri lantas bekerja sebagai pembantu di sebuah pasar kecil, mengetahui yang dia akan diperkosa, Jamila melarikan diri sekali lagi lagi lalu melintasi sebuah disko. Malang tidak berbau, akhirnya jamila terperangkap dan ditahan pihak polis. Dipendekkan cerita, Jamila kahirnya terjebak dengan pekerjaan di disko (Pelacur/GRO?) setelah beliau di jaga dengan baik oleh pekerja disko (Pelacur/GRO?) yang baik hati bernama Susi (Ria Irawan).

Kembali kepada situasi semasa, Jamila dituntut oleh berbagai aktivis masyarakat untuk dihukum mati. Dalam penjara ia diberikan simpati oleh Surya (Surya Saputra) yang terkesan dengan nasib yang menimpa Jamila. Namun Jamila tidak mengindahkan dia, begitu juga dengan Ibrahim, malah Jamila semakin memikirkan nasib adiknya, Fatimah yang sudah lama terpisah.

Terjadi perang mulut diantara Ibu Ria dan Jamila. Jamila membunuh sang menteri atas kebenciannya terhadap politikus dan negara, yang telah membiarkan kehidupannya menjadi mangsa dan sengsara. Atas kelakuannya, Jamila dikurung di sel isolasi. Beberapa hari kemudian, Jamila dijatuhi hukuman mati dek kerana tekanan masyarakat yang prihatin dengan kes tersebut. Ibu Ria yang mula terasa hibaiba, memujuk Jamila untuk membuat rayuan untuk dibatalkan hukuman mati di ganti dengan penjara seumur hidup. Dalam masa 36 jam sebelum dijatuhkankan hukuman, jamila masih berkeras untuk bertemu dengan Presiden Indonesia kerana percaya Presiden adalah punca utama dan perlu bertanggung jawab di atas semua permasalahan yang menimpanya selama ini. Jamila kemudian menceritakan kepada Ibu Ria mengenai apa yang berlaku di Kalimantan. Saat dia membunuh seorang lelaki yang telah menyebabkan adiknya terjerumus dalam rumah 'bordil', dikala itu itu Jamila telah menyamar menjadi pelacur disana berhasil menemukan baju Fatimah walau ia tidak berjumpa dengan jasad Fatima.

Sehari sebelum hukuman Jamila, Susi menemui oleh Ibrahim. Susi lalu menceritakan, mengenai saat mula Nurdin jatuh cinta dengan Jamila lantas diberi segala kemewahan. Namun panas tidak lama, Jamila kemudian mendapat berita yang Nurdin akan berkahwin menurut kehendak orang tua beliau. Jamila kemudia memberitahu Nurdin yang beliau sedang mengandung anak Nurdin. Dalam senuah acara bidaan, Nurdin dimalukan oleh Jamila secara tidak langsung. Kemudian mereka bertemu di sebuah Hotel, Nurdin mengancam Jamila dengan pistol. Berlaku pergelutan antara mereka berdua, Jamila kemudian telah terbunuh/membunuh Nurdin dengan pistol tersebut untuk melindungi dirinya. Di penjara, Jamila tetap tidak mengubah keputusannya untuk duhukum mati (tidak mahu dibicarakan). Akhirnya ia dihantar menuju tempat perlaksanaan hukuman (eksekusi), kedengaran bunyi bedilan pistol dari luar yang secara simbolik menyatakan kepada kita bahawa akhirnya Jamila dihukum mati.

Komentar :
Jamila dan Sang Presiden adalah sebuah film layar perak perdana karya sutradara Ratna Sarumpaet, yang mungkin lebih dikenali sebagai seorang sutradara teater serta aktivis perempuan. Naskah cerita film ini sendiri diadaptasi Ratna dari karya teaternya yang berjudul Pelacur dan Sang Presiden, yang sempat meraih banyak pujian sekaligus kritikan dari beberapa pihak di Indonesia selama masa pementasannya.

Ratna sendiri pernah menceritakan bahwa kisah Pelacur dan Sang Presiden diangkat dari rasa keprihatinan beliau di atas kekurangpedulian pihak pemerintah mengenai kes-kes pemerdagangan manuasi terutama anak-anak bawah umur yang banyak terjadi di daerah-daerah terpencil di Indonesia. Ratna sendiri pernah merantau sehingga ke Batam, Solo, Indramayu, Surabaya, dan kota-kota di Kalimantan, untuk mendapatkan sendiri cerita dari ratusan ribu korban perempuan yang kemudian disatukannya dalam cerita Pelacur dan Sang Presiden untuk dijadikan nasjkhah teater.

Di negara dimana sebuah filem dengan naskah kuat dan sedikit provokatif adalah sangat jarang ditemukan, tentu Jamila dan Sang Presiden bagaikan sebuah nafas segar di dunia perfileman. Apalagi jika naskah tersebut lumayan berhasil divisualkan dengan sangat baik oleh sang sutradara, maupun oleh para pelakonnya. Di Indonesia, hal tersebut hanya terjadi sekali dalam jangka beberapa tahun. Jamila dan Sang Presiden adalah salah satu hasil yang amat hebat.

Sebagai sebuah karya teater yang diangkat ke layar lebar, Ratna tentu saja tidak akan melupakan bahwa penampilan para pelakon setiap karakter di filem ini, dapat mempengaruhi kualiti Jamila dan Sang Presiden. Maka dengan itu, Ratna memilih berbagai nama-nama besar dan dengan jaminan kualiti lakonan yang sangat menepati untuk menghidupkan setiap karakter di film ini. Nama-nama seperti Christine Hakim, Surya Saputra, Fauzi Baadilla, Ria Irawan, Ade Irawan, Marcelino Lefrandt, Dwi Sasono, Atiqah Hasiholan yang malakonkan watak utama Jamila, film ini benar-benar menjadi salah satu film dengan jajaran lakonan yang sangat memukau di filem Indonesia.

Ini merupakan filem perjuangan dari kisah benar masyarakat yang membicarakan tentang kemiskinan, pemerdagangan manuisa dan gejala seksual terhadap wanita di bawah umur yang dhasilkan dengan begitu mantap sekali. Ia telah digarap untuk mencerminkan potret kita, tentang bagaimana miskinnya moral bangsa kita sekarang ini. Dan ini bukan hanya di Indonesia malah tempiaskan juga turut terasa kepada kita di Malaysia..

Saturday, July 17, 2010

Emak Ingin Naik Haji - Kalaulah Pembikin Filem Malaysia Boleh Membuat Filem Seperti Ini..








Nota Jase :
When reading the title of this movie, and saw the posters, I am glad to know that the main star is an old actress. She is OLD because of her age, instead of intentionally created to look old by the make-up artist. I agree that she is the right choice to play the role.

ATIK KANSER is the perfect person to play the figure of a mother – called EMAK - with a simple life, who is working as a pastry cook. She lives with her son, Zein, who is working as a painter. Emak is a simple person, gentle spoken, innocent and she is fully believe in God. Her belief was smooth her days, so everything was easy. Emak’s attitude is always grateful for anything that obtained and which occured in her life. Emak's love is so clear, her tenderness in facing the only son, made his son will not dare to hurt her.

Emak has a very high spirits, she even obsessed to be able to go to the Holy Land – Mecca, but it did not make her busy earning money all the time. Patiently Emak is saving her money from selling the cakes, which in five-year accumulated just five million rupiah. Emak is still optimistic and positive thinking, that even if her body did not get to the Holy Land, but she believes that her heart had got there first.

Since they had decided to put painting of Ka'bah on their wall, Emak felt that Ka'bah was already in sight, not just in the form of mere shadows. I was trying to figure out their own plot of this movie that one day their rich neighbor would come accidentally and saw the painting, then buy it worth the cost to the Holy Land for Emak. But I must be disappointed, because the plot is not like that. Aditya Gumay successfully deceived me and this time I must admit that not all of Indonesian's movie predictable story line with ease.

Emak, a kind-hearted grandma, she even let her savings for operating costs grandchildren. This scene was a lesson for me, and hopefully also for other audiences, that we often think that we can arrange everything in our life, and we forget that the provisions of Allah who is bound to happen and that's the best. We often encounter in this life, we are not willing to lend our money or saving to someone or our relative with various reasons. In fact, we are too afraid that we won't get the money back. We forget the God's provisions has set everyone's fortune amounts not yet fully understood in the sense that truth. The fear that appears in our minds, often not congruent in line with what we should believe.

Zein, who had erred after seeing a suitcase full of money in Haji Sa'un bedroom. This errancy triggered by his confusion of surgery cost of his son, also for Emak to pay fare to go to the Holy Land. He was so lucky when he quickly realized that he has been made a big mistake before he regret it in entire of his life, and it was a great blessing because God covered that mistake, so that he survived and was not caught. Can you imagine how shocked Emak will be?

(When the next scene is about Zein filled the lucky dip coupon, quickly I thought that the ending of this movie seemed like ‘Emak win the Lucky Dip and she can go to the Holy Land’. But once again, I must admit that Aditya has successfully deceived me for the second time.) When Zein had an accident and made him unable to work for a while, I got a lesson that in the joy we should not be too excessive. The plot of story may be different, if Zein just sat at home waiting for Emak.

On the other hand, the accident like a disaster for Emak, but she believes that another joy will come after this. Fortunately, all hospital cost paid by the person who hit Zein. It seemed that Emak's sincerity during her life was got paid. I believe that good deeds that we make, can also be enjoyed by people around us, and vice versa.