Showing posts with label Hiburan Majalah. Show all posts
Showing posts with label Hiburan Majalah. Show all posts

Wednesday, January 20, 2010

Senarai Top 5 ABPBH 2009

Berikut ini adalah senarai 5 finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009(ABP 2009) yang telah diumumkan petang tadi di PGH:

1. Penyanyi Lelaki Popular
Adam
Akim
Aizat
Faizal Tahir
Mawi

2. Penyanyi Wanita Popular
Jaclyn Victor
Mila
Dato’ Siti Nurhaliza
Stacy
Yuna

3. Penyanyi Duo/Kumpulan Popular
Adam & Stacy
Bunkface
Hujan
Meet Uncle Hussain & Black
6ixth Sense

4. Penyanyi Nasyid Popular
Hijjaz
In-Team
Rabbani
Raihan
Saujana

5. Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Afdlin Shauki
Farid Kamil
Que Haidar
Zul Huzaimy

6. Pelakon Filem Wanita Popular
Diana Danielle
Lisa Surihani
Liyana Jasmay
Maya Karin
Sharifah Amani

7. Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Fahrin Ahmad
Fizz Fairuz
Fizo Omar
Remy Ishak

8. Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha
Noorkhiriah
Rozita Che Wan
Scha Alyahya
Tiz Zaqyah

9. Pengacara TV Lelaki Popular
AC Mizal
Ally Iskandar
Aznil Nawawi
Faizal Ismail
Nabil

10. Pengacara TV Wanita Popular
Cheryl Samad
Fara Fauzana
Nurul Shuhada
Raja Azura
Sarimah Ibrahim

11. Penyampai Radio Lelaki Popular
AG
Aznil Nawawi
Din Beramboi
Faizal Ismail
Kieran

12. Pengacara Radio Wanita Popular
Abby Fana
Fara Fauzana
Nana
Linda Onn
Sharifah Aleya

13. Artis Komedi Lelaki Popular
AC Mizal
Afdlin Shauki
Nabil
Saiful Apek
Zizan

14. Artis Komedi Wanita Popular
Aliza Abdullah
Didie Alias
Kenchana Dewi
Noorkhiriah
Nik Sayyidah

15. Artis Baru Lelaki Popular
Akim
Aril
Black
Gambit
Hafiz

16. Artis Baru Wanita Popular
Dira Abu Zahar
Isma
Putri Mardiana
Tiz Zaqyah
Yuna

Nota Jase : Dek kerana tuntutan kerja dan tanggujawab mencari nafkah saya tidak dapat 'menerjah' sesi pengumuman Top 5 petang tadi di PGH. Namun begitu terasa bertuah juga apabila ada juga yang bertanya tentang 'ketiadaan' kelibat saya di sesi tersebut. Boleh tahan juga saya ni yaa... Terima kasih 'banget' kepada yang bertanya. Dan saya juga angkat topi kepada Cute yang berjaya meloloskan dirinya tadi. Dia juga berjaya merakam gambar-gambar menarik. Hahaha.... Tahniah juga kepada Mawi kerana masih tercalon di dalam Top 5 Penyanyi Porpular Lelaki. Cuma kali ini untuk satu kategori tersebut sahaja. Harap-harap boleh menang lagi. Jangan harap saja, sayapun kenalah mengundi juga ya. Yang pastinya hotel di Genting Highlands telahpun ditempah untuk bersama-sama memeriahkan 4 April 2010 ini. Ini adalah merupakan aktiviti tahunan saya dan rakan-rakan sejak pertama kali Mawi dicalonkan dan MENANG BESAR !!! Jumpa di sana... di sana... di sana...

Monday, December 7, 2009

Sekali Sekala Wajahku Muncul di Dada Majalah Hiburan


Kalau diri bukan selebriti usahlah bermimpi untuk muncul di dalam majalah hiburan; itu hakikat. Tetapi kadang-kala mungkin juga terlekat wajah kita di majalah tanpa di sangka-sangka (mungkin kerana secara kebetulan kita berada di tempat kejadian). Kebetulan pada 4 November 2009 yang lalau ketika Mawi & Ekin melangsungkan Majlis Tahlil dan Sambutan Hari Lahir Ekin yang ke-30 di kediaman mewah milik mereka di Bangi dan saya turut menghadirkan diri. Tidak sangka pula jurugambar yang mengambil gambar ketika bacaan yasin & tahlil yang di adakan di sebelah petang terpapar juga wajah saya yang turut membaca yasin ketika itu. Meskipun kecil, saya tetap akan menyimpan keratan majalah ini. Sungguhpun begitu bukan wajah saya sahaja yang muncul, wajah Yeo juga turut terlekat di belakang gambar ketika Ekin & Aein sedang meniup lilin (Glamer sekejap yeo). Untuk membaca kisah lanjut dapatkan segera Majalah URTV edisi 1 - 15 Disember 2009 yang muka depannya di hiasi oleh pasangan Aizat & Stacy.


Wednesday, July 16, 2008

Rumah Terbuka Mawi di RSM (Aksi-Aksi Mawi)







Ini antara aksi-aksi Mawi yang sempat saya rakamkan selepas program rakaman Rumah Terbuka Mawi di RSM. Sebenarnya Mawi ada lagi dua atau tiga pasang baju melayu untuk sesi fotografi ini, cuma sayapun agak malas untuk menunggu lebih lama (lagipun inikan majlis orang). Baju melayu kaler merah rasanya. Ada juru gambar dan jurumekap yang bertugas. Sayapun tak pasti akan keluar di majalah mana, tapi mesti untuk keluaran Hari Raya Aidil Fitrikan . Yang lebih pasti.... ia keluar di blog saya dahulu... hehehe, jangan mare yer.

Friday, March 7, 2008

Pot Luck With Pejal @ Cerana, Cheras


Nota Jase :

Terima Kasih bebanyak pada Kak Lib (yang mensponsor program ini), Cute (yang masukkan nama kami - saya & Mus ke dalam program) & Cael (such a sporting journalist) !!!