Showing posts with label Alif. Show all posts
Showing posts with label Alif. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

Sempat Bertemu Adik Saya !

Siapa sangka Alif Satar telah menghasilkan album kedua beliau yang berjudul 'Lelaki Seperti Aku'. Meskipun menunjukkan sedikit sisi kematangan Alif tetapi masih dalam kepompong santai, 'simple', 'catchy' dan mudah di dengar. Lagu 'Lelaki Seperti Aku' meskipun bukan kesinambungan 'Jangan Nakal' tetapi seakan 'trade mark' kepada Alif pula dengan lagu-lagu sebegini. Album ini mengandungi 7 buah lagu. Sekurang-kurang ada 3 lagu yang amat saya suka iaitu 'Lelaki Seperti Aku', 'Rapuh' dan 'Dalam Sunyi'. Memang sudah lama saya tidak bertemu Alif, (janji nak makan kari kambing Alifpun belum tertunai); berjumpa di AIM dapatlah mengubat sedikit rindu. Sebelum ini kami hanya berBBM sahaja, itupun selalunya pasal 'Suria di Cordoba'. Kan... Kan... Kan...


Wednesday, December 29, 2010

2010 Year End Jaseboard Lagu-Lagu Melayu Top 25

(01) Cukup Indah (Alif Satar)
(02) Kau Bagai Udara (Bahrain)
(03) Nokhtah Cinta (Hafiz)
(04) Nadiku (Sabhi Saddi)
(05) Menyesal (Ressa Herlambang)
(06) Sofea Jane (Black)
(07) Kalau Berpacaran (Sohaimi Meor Hassan, Anna Raffali & Altimet)
(08) Tobat Maksiat (Wali Band)
(09) Kebahagian Dalam Perpisahan (Shahir)
(10) Doa Untuk Ibu (Ungu)
(11) Drama King (Meet Uncle Hussain menampilkan Black Mentor)
(12) Jahat (Stacy)
(13) Andai Ku Pergi (Mirwana)
(14) Ku Percaya Ada Cinta (Datuk Siti Nurhaliza)
(15) Menatap Matamu (Aril AF7)
(16) Belalang Oh Belalang (Mawi)
(17) Amarah (Datuk Siti Nurhaliza & Kris Dayanti)
(18) Susun Silang Kata (Aizat)
(19) Menggegar Dunia (Adam & Stacy)
(20) Penyembuh Rindu (Mawi & Diana Dianielle)
(21) Ku Ada Kamu (Adira)
(22) Tolong Ingatkan Aku (Anna Raffali)
(23) Cinta Sempurna (Yuna)
(24) Yang Sempurnakanku (6ixth Sense)
(25) Selamat Malam (Faizal Tahir)

Sunday, August 15, 2010

Hantu Malam Raya...


Ini ada e-mel yang saya terima yang mengandungi gambar di atas. Alif menjadi hantu di malam raya. Gerun juga dengan make-upnya. Ye laa... sekarang ni TV tempatan tengah musim menayangkan cerita seram. Dengarnya pagi tadi Alif balik jam 5.00 pagi 'half dead' demi mencari rezeki...:) Sabarlah, itukan cabaran bekerja di bualn puasa. Hmm... sure shooting cerita hantu kelakar ni.




Ini lagi satu gambar Alif yang saya terima. Di sebelah Alif tu ialah Erry Putra (yang dulu heboh pasal dia bersekolah di MTD Sungai Besi tuu, tup-tup diam je kes tu). Nak tahu apakah ceritanya, tunggukan saja di TV9 musim aidil fitri nanti (saya pun tak pasti bila akan ditayangkan, mungkin malam raya kot).

Sunday, May 30, 2010


Dutch Lady telah menganjurkan World Milk Day bertempat di Pusat Membeli Belah Pavilion, Kuala Lumpur hari ini. Pelancaran dan aktiviti memecah rekod acara meminum susu paling ramai di Malaysia telah dilangsungkan seawal jam 10.00 pagi tadi. Meskipun begitu saya tidak mampu untuk turut serta acara tersebut kerana masih belum pulih sepenuhnya dari 'kesakitan' dek kerana pendakian Gunung Ledang. Saya cuma dapat sampai ke Pavilion di sebelah petang kira-kira jam 4.30 petang. Lagipun saya memang ada aktiviti lain di sebelah tengah hari...:)

Dalam pada itu; artis yang terakhir yang menghiburkan para pengunjung di Pentas World Milk Day ialah Alif Satar dari OIAM1 !!! Alif sampai ke Pavilion kira-kira jam 5.00 petang. Alif memulakan persembahan kira-kira jam 5.30 petang telah menyampaikan 3 buah lagu iaitu Akan Tiba, Better Man (Robbie Williams) & Jangan Nakal (lagu porpular beliau). (Saya agak ralat kerana lagu Cukup Indah tidak dinyanyikan oleh Alif). Mungkin ramai yang tidak tahu yang Alif masih belum baik dari demam ketika membuat persembahan namun begitu beliau telah berjaya menyampaikan kesemua lagu dengan baik sekali begitu juga berinteraksi dengan para pengunjung dengan penuh yakin dan ceria. Mungkin Alif perlu minum susu untuk menghilangkan demam !!! Kan... Kan... Kan...

Usai membuat persembahan Alif sempat meluangkan masa dengan peminat untuk bergambar, menandatangani CD dan juga poster. Tahniah Alif. Keep It Real Lil Bro !!!




Thursday, January 21, 2010

Ulang Tahun Ke 2 murai.com.my





Terima Kasih kepada Slen kerana sudi menjemput. Terima Kasih kepada Cute kerana sudi memanjangkan jemputan tersebut kepada saya juga. Jika tidak tentu saya perlu 'melepaskan' majlis ini. Lantas dapatlah saya membuat liputan secara tidak rasmi. Jika nak dikiranya tujuan saya ke majlis ini selain daripada menyambut Ulang Tahun Kedua portal hiburan MURAI tentulah kerana ingin bertemu dengan Mawi & Ekin.

Lagi? Apa ko tak puas-puas ke kau ni? Bukan masalah puas atau tidak. Namanyapun memberi sokongan, jika ada kelapangan tentulah sokongan akan diberikan kepada Mawi kan?. Lagipun saya ingin mendapat penjelasan daripada mulut Mawi sendiri berkenaan dengan LambaiLambai dan jika kesempatan mengizinkan tentunya ingin membawa rombongan ke JB untuk pelancaran medan selera tersebut. Itupun begantung kepada jadual semua "Kawan Kawan Mawi" juga. Kalau nak ikut, jenguk-jenguklah selalu di sini. OK? Tunggu sahaja maklumat lanjut.

Menurut statistiknya juga ini merupakan kali pertama saya bertemu muka dengan Black. Semasa Mentor 3 saya cuma menonton di kaca televisyen sahaja. Hajat tidak kesampaian untuk memberi sokongan secara dekat. Tahniah kerana Black sekarang ini 'dijaga' oleh Man PA. Aha... Qhaud & Aishah pun ada juga. Iya lah... semasa AJL dahulu Aishah datang seorang kerana Qhaud ada penggambaran drama. Kali ini ambil kesempatanlah datang berdua. Bukankah begitu?

Yang lama saya tidak berjumpa, Alif juga ada. Selalu berbual di telefon sahaja, itupun kerana Alif tidak mempunyai FB. Kali ini baru berjumpa tetapi malangnya saya tidak sempat berbual panjang dan bergambar !!! Jangan Nakal ya Alif...


Ella yang datang agak lewat juga diserbu ramai peminat. nasib baik saya sempat bergambar meskipun tidak sempat mendapatkan tanda tangan beliau di CD Ella yang saya ada bawa bersama. Mungkin lain kali lah.. Lagipun Ella akan bersaing di HITS 1 Akhir 28 Februari ini kan..

Eh... Majlis bertemakan 80an ini tampak meriah sekali. Makanan yang dihidangkan juga sedang elok kerana menu tidak terlalu 'lavish' dan waktu makan juga mengikut jadual. Memandangkan hidangan berbentuk 'buffet', maka bolehlah berulang kali tetamu menambah. Persembahan artis juga ada yang menyentuh hati. Lagu Careless Whisper (Fazli Zainal), Lagu Ku Ke Udara Lagi (Alyah) antara dua dari banyak-banyak yang saya suka. Sekali lagi, tahniah murai.com.my !!!

Sunday, December 27, 2009

Siapa Yang Paling Nakal?

Semalam semasa saya dan Lisa lepak-lepak di Mines Shopping Fair @ MRC saya terjumpa sebuah album yang telah lama ditunggu-tunggu sebenarnya. Bila dah terjumpa, kenalah dibeli. Album apa lagi kalau bukan album terbaru Alif Satar (OIAM 1.. Ingat? Hmm.. Pengacara Idola kecil 2? YES !!!) yang berjudul NAKAL. Lebih 2 tahun sebenarnya saya menunggu buah tangan daripada Alif ini. Hmm.. Sebenarnya siapa yang Nakal ni Alif? Alif atau kekasih aLIF budak sekolah tu? Hahaha... Eh.. Eh... budak 19 tahun ni. Apapun tahniah kepada Alif kerana berjaya menghasilkan album ini yang mengumpulkan ramai komposer kreatif seperti Audi Mok, Zimi Sofaz & Aidit Alfian antaranya. Alif juga tidak ketinggalan menghasilkan sebuah lagu yang bertajuk Katamu.

Selain daripada lagu Jangan Nakal & Akan Tiba (runut bunyi Rona Roni Makaroni ciptaan Amelea AF3) yang telah lama berkumandang di radio sejak awal tahun lagi, album ini juga menampilkan lagu-lagu lain yang tidak kurang hebatnya. Secara keseluruhan terdapat 7 buah lagu dan juga satu lagu minus one "Jangan Nakal". Secara peribadi ada tiga lagu yang betul-betul menyentuh jiwa saya. Lagu yang paling saya suka ialah Cukup Indah (Zimi Sofaz/Zimi Sofaz), Lagi Lagi Cinta (Audi Mok/Shah Shamshiri) dan Katamu (Alif Satar & Farith/Alif Satar & Farith). Mengikut perancangannya lagu Cukup Indah akan dijadikan Single dalam masa terdekat. Saya harap single ini akan lahir dengan klip videonya juga. Saya harap lagu ini akan tercalon untuk Juara Lagu 2011 !!!

Album ini begitu kuat degan jalur popnya. Muziknya begitu santai dan 'easy listening'. Ada dua tiga lagu juga yang liriknya begitu mudah bak percakapan harian. Suara Alif juga telah matang dfan makin lunak, makin sedap didengar. Yang menariknya semua lagu-lagu ini bukan sahaja sesuai dengan imej Alif yang masih remaja tetapi juga sesuai dengan konsep album ini keseluruhan. Saya kira 'cover' album ini juga dibuat dengan teliti.

Akhir kata :

(1) Alif bila nak bagi kat abang satu keping CD yang ditandatangani oleh Alif ni? Yang abang beli ni untuk kereta tau... kat rumah nak simpan satu keping juga...:)

(2) ... Hanya Kerna Kau Yang Cukup Indah, Untuk Dimiliki dan 'Tuk Dicintai, Ku Tahu Kau Mahu Ada Di Hati, Untuk Didampingi Untuk Disayangi...

Wednesday, September 16, 2009

Iftar Bersama Family Alif @ Dutamas








Pada 13hb September 2009 yang lalu saya dan Lisa telah berkesempatan untuk berbuka puasa bersama Alif (OIAM - bukan Alif Aziz ye) dan keluarganya di Dutamas. Ada sebuah Restoran Kecil, Restoran Adam yang mungkin tidak begitu terkenal tetapi menghidangkan hidangan 'goreng-goreng' dan tomyam yang enak. Memandangkan saya tiba awal maka sempatlah menjengah kediaman baru kelauarga Alif, meninjau-ninjau, membaca surat khabar, tidur-tidur ayam dan bersolat asar. Pemandangan dari Kondo Alif boleh tahan cantiknya (kali pertama saya melawat sejak mereka berpindah ke sini). Banyak jugalah gambar yang saya 'snap' tetapi kebanyakannya agak privasi jadi tidak bolehlah saya kongsikan di sini. Mungkin ramai juga yang tahu yang Alif ini amat menyanyangi kucing maka keluarga beliau ada memelihara 2 ekor kucing yang mana nama kedua ekor kucing ini adalah sambungan kepada nama-nama adik beradik Alif. Alif juga sekarang memiliki mini studio (mini studio ke) untuk beliau 'bekerja'... Hahaha.

Alif sekeluarga akan berhari raya di Kuaal Lumpur. Dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekali lagi "SELAMAT BERHARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN UNTUK ALIF SEKELUARGA DAN TERIMA KASIH DI ATAS KAD HARI RAYA". Untuk para peminat, Hari raya ini Alif Satar & Alif Aziz menghidangkan kita dengan Single Hari Raya terbaru mereka "Balik Kampung". Dengar-dengarkan. Daaaaan... Album penuh alif akan menyusul selewat-lewatnya bulan Oktober ini !!!

Sunday, June 7, 2009

Tahniah Alif OIAM 1 !!!









Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH kepada ALIF OIAM 1 kerana telah mengharungi cabaran PLKN dengan berjaya sekali. Tahniah juga kerana telah di anugerahkan Anugerah Khas Komandan, Kem PLKN Princess Haliza, Kumpulan 2 Siri 6/2009. Sebenarnya, saya berkesempatan menghadiri Majlis Penutup Program Latihan Khidmat Negara Kem PLKN Princess Haliza pagi tadi bertempat di Padang Kawad, Kem PLKN tersebut. Meskipun tiba agak lewat tetapi masih sempat menyaksikan peristiwa-peristiwa penting. Kami pulang lebih kurang jam 1.00 petang setelah semuanya selasai. Terasa benar yang kehadiran Alif di dalam program ini bukan sahaja memberi impak yang positif terrhadap program PLKN itu sendiri tetapi juga membuahkan hasil yang amat lumayan buat Alif dalam menempuh kehidupan sebagai artis selepas ini. Kita nantikan sahaja...:)

Nota Jase : Lagu Alif "Akan Tiba" baru sahaja di calonkan di dalam MuzikMuzik 2009. Bagaimanakah lakaran lagu ini di dalam carta? Dari apa yang saya difahamkan Alif yang muncul dengan Album baru. Yang ini memang saya tunggu !!!

Thursday, February 5, 2009

Siapa Yang Saya Sempat Jumpa Di AJL 23?

Yang Pertama... Adik saya ni. Si Alif OIAM. Sekarang ni tengah HANGAT juga. Antaranya isu pasal di tamatkan kontrak menjadi Pengacara Bersama Remaja TV3. Hmm... Kesina juga kalau dapat nostis melalui SMS kan. Rasa sangat macam diri tak berharga. Selain daripada itu, kita telah dapat lihat Alif muncul dengan single terbaru yang menjadi lagu tema Rona Roni Makaroni. Ini yang paling best... Alif yang sekarang ini sedang menjadi Pengacara sebuah rancangan realiti bola sepak di TV2 baru pulang dari UK. YES United Kingdom !!! Dan... yang paling baru, beliau baru sahaja menandatangi kontrak dengan Sony Music untuk melahirkan satu lagi single, dan mungkin juga mini album? Kita tunggu. Satu 'copy' untuk abang ya... ALIF !!!

Farish Aziz the Dak Doyan. Hmmm... Kalau kita jengok kat FB beliau... sakan berjalan budak Sabah ni. Semasa di AJL yang lalu seingat saya beliau baru sahaja pulang dari Gold Coast, Australia dan Jepun. Bukan berjalan-jalan semata tetapi tentunya bekerja. Saya kira, memang seronok menjadi Pengacara TV sekarang ini, bidang penyiaran sekarang inimemang tanpa sempadan. Eh... ada lagi satu yang terbaru, Farish tengah 'shooting' Ponti Anak Remaja kan? Ke Pontianak Remaja? Farish... abang nak bagi 'advance' punya 'birthday wish'lah... Happy Birthday. Kan hari jadinya jatuh pada 14 Februari?


Yang ini pula Si Aiman. Bukan Aiman tak kisah tetapi Aiman Dusta Berkalang. Cepat betul dia tukar kostum. Hahaha... Saya tidak mengenali dengan rapat Aiman, jadi tak bolehlah nak bersembang. Jadi tak adalah yang dapat saya ceritakan. Tapi yang heboh sekarang pasal baju firaun dan Aiman ni dah tak mahu nyanyi lagu nasyid ke? Dengar kata tengah proses merakam album. Kita tunggu hasil Hafiz Hamidun yang juga jiran kepada ex-house mate saya ini. Alamak...

Akhir sekali... saya sempat bergambar dengan Aizat atau yang kami gelar Paus di kantor dan warung kopi. Hahaha... Jangan marah ye Aizat, kan pakai buton No War tuh. Dia yang semakin kurus bila saya tanya seseorang yang amat rapat dengan beliau satu ketika dahulu katanya hampir 6 bulan tidak makan nasi dan asyik bersenam sahaja. Alahai... mampukah saya. Juga tidak ada perkembangan terbaru mengenai Aizat selain daripada gossip entah apa apa dengan Lydia Jasmay dan sedang mencari material untuk album kedua.

Sunday, November 16, 2008

Akan Tiba The Video - Alif OIAM


Hey... Hati ku..
Selalu
Mendambakan cinta namun tak kunjung tiba

Hatimu itu
Seperti apa yg ku mahu selama ini

Ertikanlah pagi ku yg kaku tanpa kamu

Kau ku cinta
Engkaulah yg ku puja
Tertunggu selama ini takku jumpa
Denganmu ku dilamun indah
Ku harap cinta akan tiba di hati kita..

Lihat kamu
Tak ku sedari
Waktu dah mulai tinggalkan ku

Kau kau kau
Buatku lupa mengapa ku disini pada mulanya..

Ertikanlah malam ku yang sayu dingin tanpamu

Setiap hari bersama mu
Ku ingin selalu dekatmu
Ku hitung saat dan waktu
Hingga hari esok kembali lagi

(Lagu Tema 'Rona Roni Makaroni' - Muzik/Lirik : Amylea AF3)

Nota Jase :
4 hari yang lalu saya dapat SMS daripada Alif OIAM minta saya check-out YouTube untuk nikmati Single terbaru beliau; 'Akan Tiba'. Malu nak bagitahu yang saya ni 'buta' YouTube (hahaha.. jangan tak caye); saya cakap OK jer. Dah empat hari baru ada masa nak godak YouTube dan pindahkan video klip ni ke blog saya, alhamdulillah. Boleh tahan jugak lagu nii... Kalau selalu diputarkan di radio, ada harapan jadi hits. Sesuatu yang segar dari Alif meskipun muziknya agak moderate jazz. Bila 'full album' nak keluar ni Alif?

Monday, June 30, 2008

Majlis Kesyukuran Alif OIAM



Alif... akhirnya memiliki album sendiri. Meskipun cuma mini album yang mengandungi 4 lagu dan 2 minus one. Lantaran itu.. penantian para peminat Alif semenjak setahun lalupun berakhirlah... setidak-tidaknya terubat juga rindu mendengar suara Alif menyanyi... bukan suara dia berceloteh saja dalam Remaja. Tak gitu... Tahun lalu Alif muncul dengan single 'Adikku Pandai Menari' (yang juga di masukkan di dalam mini album ini), kali ini ada dua lagu baru iaitu 'Kau Pergi' dalam dua versi (satu nyanyi solo Alif dan versi kedua pula menampilkan Victor Lee (Malaysian Idol) yang menggabungkan sedikit bahasa Mandarin - dimana saya merasakan bukan satu gandingan yang menarik). Lagu baru kedua pula ialah Oh Cinta ciptaan Syed Nitrus yang rancak dan saya rasa menarik, catchy dan lebih Alif. Mungkin Oh Cinta mungkin lebih sesuai diputarkan di radio.."syalala cinta... hadirkan rasa menjelma menusuk jiwa membara..."
Sehubungan dengan itu juga... awal minggu lalu saya mendapat sms dari Abang Satar (Ayah Alif) yang menjemput saya dan Lisa untuk majlis kesyukuran... katanya dalam sms untuk memanjatkan rasa kesyukuran atas rezeki yang melimpah. Alhamdulillah. Majlisnya pada hari Ahad, 29 Jun 2008. Kami tiba agak awal... lebih krang jam 1.05 petang; meskipun jemputan cuma pada jam 1.30 ptg. Tapi... nasib baik saya tiba awal... kerana baccan yasin baru bermula... jika tidak terlepaslah saya. Usai bacaan Yasin yang di kepalai oleh Abang Satar maka kamipun dijemput makanlah...


Ramai juga yang hadir... Ini yang sempat saya snap lah


Dah lepas membaca yasin... bersantailah pulak... Alif dengan gitarnya, bersama sahabatnya Johan dan... yang berbaju t kelabu sebelah Alif itu ialah Mark OIAM2 (yang sekarang ini diuruskan oleh Meor; yang juga Pengurus Alif).


Laksa Penang adalah speciality Kak Fiza (Ibu Alif)... menu utama nasi lah.. Laksa Penang ni sampingan jer...

Pix terbaru saya bersama Alif yang baru membuka braces