Monday, September 10, 2012
Singgahan ke Bandar Dunia
Monday, August 27, 2012
Masjid Kotak Bandung
Monday, August 13, 2012
Cerita Awal Ramadhan...
Jadual Waktu Berbuka & Imsak yang diedarkan di kebanyakan masjid di Yangon, Myanmar. |
Sunday, February 6, 2011
Saya Telah Merentasi Garisan Khatulistiwa !
Lewat 29 Januari 2011 yang baru lalu, satu lagi pencapaian peribadi saya untuk 'Salam Benua' tercipta dimana saya telah berjaya merentasi Garisan Khatulistiwa di atas tanah. Dimana idea saat akhir Lisa telah membawa saya, Lisa dan Angah untuk memijak bumi Bonjol, Sumatera Barat setelah hampir 1 1/2 jam menaiki kereta melalui jalan seribu liku dari Bukittinggi bersama pemandu pelancong kami 'Bung Jupri'. Kenangan ini lebih manis kerana ia tiba dua minggu awal daripada perancangan sebenar!
Tanah Bonjol bukan hanya terkenal nagi mereka yang berhenti dan melepasi Garisan Khatulistiwa secara fizikal tetapi di sini juga letaknya Muzium Imam Bonjol yang terkenal sebagai salaha seorang daripada Pahlawan di Indonesia. Jadi sebenarnya lawatan ini menjadi dua dalam satu.
Jika ingin menikmati nikmat ini, saya kira jika anda melancong ke Padang/Bukittinggi selain daripada sibuk membeli belah di Pasar Atas, boleh juga bertanyakan Agensi Pelancongan anda untuk melencong ke sini untuk lebih kurang 3 jam !!!
Thursday, January 6, 2011
Edisi Perdana Santai

Setelah sekian lama ditunggu dan menunggu maka akhirnya majalah yang kawan saya menjadi editornya ini akhirnya muncul juga di pasaran. Terima kasih tidak terhingga kerana terselit juga muka saya di halaman 101 meskipun kecil dan tanpa nama. (InsyaAllah jika ada kesempatan, jemoputlah lagi untuk menyertai aktiviti ya...) SANTAI, majalah ini di beri nama tentunnya akan menambahkan lagi saingan sihat di dalam majalah Travelog yang ada di pasaran tanahair. Masing-masing tentunya memiliki keistimewaan tersendiri.
Namun yang menjadi tanda-tanya sekarang ialah kerana agak sukar untuk mendapatkan majalah ini di di kedai-kedai majalah sekitar ibu kota. Saya amat berharap agar cetakan edisi kedua akan dipertingkatkan jumlahnya dan ditambah lokasi jualannya. Di dalam edisi perdana ini banyak juga peraduan dan pertandingan yang menarik di adakan. Banyak juga aktiviti yang membuatkan saya teruja, antaranya ialah acara Team Eko Kembara 1 Malaysia bulan Mac 2011 !!!
Selamat Maju Jaya untuk Santai !!!
Nota Jase :
1. Bila Edisi Januari 2011 akan dietbitkan ya?
2. Klik di sini untuk mengikuti Santai
Sunday, December 19, 2010
The Tourist

Pertama kali sebenarnya saya berjaya menonton wayang di luar negara. Harga tiket wayang di REEL Cinema Dubai Mall ini boleh tahan mahalnya iaitu AED 30/=. Nilainya lebih kurang RM30 jugalah. Saya memilih untuk menonton The Tourist pada 10 Disember 2010 yang lalu memandangkan filem ini masih belum ditayangkan di Malaysia (Pembukaan di Malaysia di jangka pada 30 Disember 2010) dan juga faktor untuk menjimatkan masa (usai makan malam bersama rakan di sana). Ini merupakan filem kedua lakonan Johnny Depp tahun ini setelah muncul di dalam Alice in Wonderland pertengahan tahun ini. Bagi Angelina Jolie pula, tahun ini beliau muncul dalam filem Salt selain The Tourist.
Sebuah filem yang amat menarik untuk ditonton. Penuh debaran yang kadang kala menyakitkan. Dengan tagline 'The Perfect Trip, The Perfect Trap' jika orang berkata sinopsisnya berbunyi seperti ini, 'Frank, an American Tourist visits Italy to mend broken heart when Elise, an extraordinary woman deliberately, crosses his path'; nasihat saya.... Jangan percaya !!!...:)
Wednesday, December 8, 2010
Catatan Bumi Pertemuan Dua Arus
Memang sudah banyak kali saya ke luar negara atas urusan kerja mahupun melancong. Namun saban kali niat saya untuk menulis blog ketika di luar negara selalunya terbantut dek kerana kesibukan tugas mahupun keseronokan menjelajah. Lantaran itu samada saya akan menulis setelah pulang atau lebih bahana lagi kekadang cerita tersebut akan basi begitu sahaja tanpa dikongsi bersama dengan pembaca.
Banyak negara juga apabila saya lawati akan membuatkan ada hati yang akan merasa 'cemburu' namun untuk bebanan tugas kali ini saya kira tidak ramai yang mampu untuk iri hati atau mengambil kesempatan untuk turut serta. Alhamdulillah, tiga perbincangan penting yang harus saya serta telah selamat belangsung meskipun ia tentunya akan dituruti dengan cabaran baru yang lebih hebat. Lewat pagi tadi sahaja dewan tempat saya menyampaiakn penerangan bagaikan gegak gempita dengan hujanan peluru pelbagai soalan yang adakalanya tidak munasabah (apatah lagi munasarawak !!!). Sungguh mencabar sekali...
Oh.. saya sebenarnya sekarang ini berada di Iraq. Yang pada dasarnya adalah sebuah negara yang berada di dalam Zon Yang Amat Mencabar. Apa tidaknya, perjalanan saya (dan rakan sekerja lain) di temani dengan anggota keselamatan, kami juga di arahkan untuk memakai jaket kalis peluru yang beratnya lebih kurang 2 kilogram, kami di angkut dengan kereta kalis peluru yang mana pemandu dan anggota keselamatan dibekalkan dengan senjata api, selang beberapa saat ada saja maklumat terkini tentang keselamatan perjalanan yang di salurkan melalui radio semua kereta terbabit, kehidupan saya di sini cumalah bilik hotel dan bilik mesyuarat dimana polisi syarikat tidak mebenarkan kami keluar hatta satu incipun di luar kawasan yang telah diwartakan !!! Di saat syarikat menghantar kami ke lokasi penuh cabaran; keselamatan aset utama syarikat ini memang langsung tidak di abaikan.
Doakan saya berjaya memikul amanah ini dengan penuh keikhlasan dan berjaya, doakan saya selamat pulang untuk bertemu yang tersayang !!! InsyaAllah.
Sunday, July 11, 2010
Is All About Meeting Frineds...
Keterujaan untuk bertemu Andrea Hirata (novelis tetralogi Laskar Mimpi yang hebat) telah memaksa Nur untuk menunggu juga hingga ke malam) Hahaha... Dalam masa yang sama juga saya sempat bertemu dengan Anuar yang juga pencinta buku yang telah berkampung di Jakarta sejak 4 hari lalu. Memang dahsyat. Alhamdulillah, antara tujuan utama ke Jakarta kali ini selain daripada bertemu sahabat dan saudara di sini seperti Daniel, Joko dan Tancho (malangnya Elyu peminat Upin dan Ipin tidak dapat turut serta kerana bertugas diluar kawasan) ialah untuk mengunjungi Pesta Buku Jakarta 2010 dan bertemu Andrea Hirata, A. Fuadi, Kang Habib & Taufiq. Alhamdulillah kerana dapat juga 1 dari 4 nya...hiks.
Kesian Bung Jok dan Nur yang terpaksa berpisah dengan Ramadan sejak awal-awal pagi untuk menemani kami ke Gelora Istora Senayan (Pesta Buku Jakarta 2010), Kota Tue Djakarta, Cafe Batavia, Plaza Senayan dan Gelora Istora Senayan (Pesta Buku Jakarta 2010) sekali lagi untuk mengikuti sesi bedah novel Andrea Hirata - Dwilogi Padang Bulan & Cinta di dalam Gelas) !!! 'Thanks Banget yaa kalian !!!
Terima Kasih Daniel yang belanja kami makan di Mbah Jongkrok, restoran makanan jawa yang buka sahaja enak tetapi sungguh indah dekonya. Dengan minuman yang namanya sungguh menggerunkan seperti jenglot, poscng, kuntilanak dsb. Sesuatu yang menarik mengenai Daniel ialah beliau adalah rakyat Indonesia pertama yang saya jumpa memiliki kereta buatan Nasinal, Proton Exora. Tabiklah Pak !!!
Pertama kali bertemu Tancho teman FB yang sebenarnya kawan Mujes di Indonesia. Terima kasih kerana sudi menemani saya dan Lisa ke Taman Mini indonesia Indah, Tugu MONAS (dek kerana Muzium Gajah di tutup), makan malam di BMK dan meredah hujan sehingga sampai ke Plaza Indonesia. Semoga persaudaraan berkekalan hendakNya.
Sunday, June 13, 2010
Petua Bermusafir ke Negara Bukan Islam
Salah satu daripada Arca yang menarik perhatian saya di tengah-tengah kepesatan Bandar Taipei, Taiwan. Lokasi arca ini juga berdekatan dengan Taipei 101.
01. Makanan Halal - Ini adalah perkara wajib. Takkanlah kita hendak makan makanan segera sahaja yang dibawa dari tanah air sahaja. Untuk mengetahui lokasi makanan halal kita bolehlah layari laman sesawang ini.
02. Arah Kiblat - Meski di mana kita berada, tunaikanlah Solat 5 waktu. Lagipun kitakan boleh ber'jamak' dan ber'qasar'. Jika terlupa membawa kompas arah kiblat; kita boleh semak di sini.
03. Waktu Solat - Untuk kepastian akan waktu solat pula bolehlah merujuk kepada laman sesawang ini.
04. Menetukan Keadaan Cuaca - Keadaan cuaca akan menentukan jenis pakaian yang perlu di bawa. Dapatkan infomasi berkenaan keadaan cuaca sesuatu bandar di sini.
05. Jika ke Negara Uncle Sam dan ingin mengetahui lokasi Masjid. Klik di sini.
06. Bekalan Makanan Segera Halal - Sebagai langkah berjaga-jaga bolehlah juga membawa bekalan makan segera (roti, rendang dalam paket, mee segera dsb) yang halal untuk beberapa hari pertama di tempat tersebut. Jagan lupa untuk membawa bekas dan peralatan mencuci juga.
07. Perbelanjaan - Duit negara yang di lawati, RM dan juga Kad Kredit !!!
08. Maklumat Kedutaan - Maklumat ini penting seandainya berlaku sebarang musibah. Ada syarikat Telco negara akan memaklumkan maklumat ini setibanya anda di negara yang dilawti tatkala anda menghidupkan perkhidmatan perantauan antarabangsa.
SELAMAT MELANCONG !!!
Sunday, March 28, 2010
Persediaan ke Taipei?
Little Taiwan adalah antara francais restoran yang lahir di Malaysia dan sedang berkembang pesat. Menghidangkan makanan dari Negara Taiwan yang telah diubahsuai untuk memenuhi citarasa rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan sudah semestinya halal. Untuk minuman, Taiwan sebenarnya amat terkenal dengan 'bubble milk tea'nya. Tetapi kami cuma minum 'bubble red tea' dan 'jasmine honey tea'. Seperti makanan cina yang lain maka antara 'signiture dish' adalah berasaskan bihun, bebola daging dan sup. Kami juga memilih menu yang agak terkenal juga iaitu nasi kukus dengan 'minched chicken', telur rebus yang seakan-akan telur pindang, 'kim-chee' taiwan, taufu kicap dan sup bebola daging. Ini memang terapi awal sebelum ke Taiwan.
Saya dan Lisa, merasa hidangan-hidangan Taiwan ini di Little Taiwan, e@curve. Banyak lagi cawangan yang ada seperti di 1Utama, Pavillion dan juga Ampang. Boleh cuba..
Sunday, November 15, 2009
Everything is Different Up There : Story Bridge, Brisbane

Brisbane Story Bridge Adventure Climb (SBAC) is a unique adventure experience that's ideal for all levels of fitness and ages. With a minimum 10 years old, that means Lisa and me are qualified !!! There's a lot of STORY actually before we can really climb this bridge. Starting with the adventure of looking for this bridge, the operator that only open 30 mins before the climbing time, having to buy Australia Mobile number for booking, surfing at cyber cafe, running out of time etc. Above all it worth every single moment !!!
You'll be rewarded with the breath-taking panorama of Brisbane and its surrounds. During the bridge climb you will hear interesting and factual commentary on Brisbane, including history and heritage information of both the city and the bridge.
2 1/2 hour bridge climb experience
Spectacular, uninterrupted 360 degree views
One of only 3 bridge climbs in the world (2 in Australia, 1 in New Zealand)
Dawn, day, twilight and night climbs - open 7 days
A great achievement on your own or with friends and family
The Story Bridge, opened in July 1940, was named after John Douglas Story - a public servant, and currently has 6 lanes of traffic, plus a footpath and bikeway either side.
These days the bridge links Fortitude Valley with Kangaroo Point. At a distance of 777 metres long, it is a steel cantilever bridge. Apart from its historical significance, there’s the great pub that takes its name, the almost under its span.
Thursday, November 12, 2009
Kejayaan 25 & Pandangan 360 Darjah
Sesungguhnya ini adalah merupakan 'entry' yang terlalu lama tertangguh. Ada macam-macam sebab yang boleh saya ungkaikan di sini tetapi mungkin yang paling utama ialah MALAS. Hahaha... memang benar menulis telah menjadi darah daging saya tetapi dalam keadaan untuk menulis yan g memerlukan otak ini di perah, adakalanya saya tertewas. namun ini merupakan perjajnjian yang perlu dimetrikan...:)
25. Adalah suatu angka yang telah lama ingin di capai dan pesawat Air Asia adalah saksi. Australia adalah bukti. Tahun 2009 adalah hakiki. Australia adalah negara 25 yang berjaya saya lawati dan angka ini sebenarnya telah berjaya menandingi rakan-rakan lama ketika mula melangkah ke alam pekerjaan lebih daripada 10 tahun yang lalu. Awir, Mus, Lan dan Aziz antaranya. Antara masih ingat atau lupa akan perlumbaan ini...:)
Pandangan 360 Darjah adalah kelebihan apabila kita manaiki menara dan dapat menikmati keindahan alam ciptaan tuhan dan mengamati kibijaksanaan manusia membangunkan tanah dan bumi ciptaan Allah s.w.t. QDeck @ Q1 memberikan jawaban kepada persoalan ini. Q1 dengan 77 tingkat ini adalah bangunan tertinggi di Australia. Letaknya di Surfers Paradise, Gold Coast. Dengan ketinggian 230 meter, bangunan ini juga telah dinobatkan sebagai bangunan ke 20 tertinggi di dunia dan bangunan resident tertinggi di dunia dan satu-satunya bangunan tinggi dengan Menara Pandang di pinggir pantai Australia.
Keputusan saat akhir untuk melawat bangunan ini sebelum pulang dari percutian di Gold Coast & Brisbane ternyata amat berbaloi. Tambahan pula kami 'terperasan' dengan keratan resit pembelian barang di sebuah kedai dengan tawaran tiket masuk harga kanak-kanak untuk pengunjung dewasa. Memang berbaloi sungguh...!!!
Tuesday, September 8, 2009
Corat Coret MATTA Fair @ PWTC
Promosi Taiwan - Touch Your Heart. InsyaAllah, tunggu kami Mac 2010 !!!
Scuba Diving? Snorkling?
Nota Jase : Seperti tahun lalu MATTA Fair kali ini juga jatuh di dalam bulan Ramadhan. Saya berkesempatan untuk mengunjunginya pada 5 September 2009 yang baru lalu. Saya ingatkan dek kerana wabak H1N1 @ Selsema Babi ini maka pengunjung ke MATTA Fair ini akan berkurangan dan menurun mendadak. Namun sangkaan saya agak meleset kerana pengunjung boleh tahan ramainya. Bersesak-sesak jugalah. Yuran masuk masih lagi RM3.00 untuk sekali masuk. Namun kali ini semua pengunjung di bekalkan dengan topeng muka dan juga cecair pencuci tangan bebas kuman. Idea yang menarik juga sebenarnya. Saya tiba di PWTC lebih kurang jam 3.30 petang dan cuma dapat keluar dari lokasi tersebut kira-kira jam 6.30 petang. Meskipun gagal untuk menempah mana-mana tawaran di Abu Dhabi (eh... macam tak ada saja promosi Abu Dhabi @ Dubai), Gold Coast mahupun Taiwan. Tetapi banyak jugalah brochure yang berjaya saya kutip. Tak mengapa... kami masih punya masa. InsyaAllah.
Saturday, May 23, 2009
Sudan... My First Overseas Business Trip in 6 Months...:)
Perjalanan ke Kompleks Penginapan memakan masa lebih kurang 20 minit sahaja - nasib baik. Alhamdulillah. Sampai sahaja di kompleks tersebut kami telah disambut oleh rakan-rakan samada yang telah di kenali ataupun tidak. Tn Haji Ayob pula kemudian mengajak kami untuk makan malam di rumahnya usai 'check-in' dan menghantar barang-barang. Kami dijamu dengan satu makanan istimewa ala-ala mee bungkus !!! Enak juga makan sambil bersembang dengan Haji Jenal dan isteri... tidak sedar pula waktu di Malaysia ia telah menunjukkan jam 2.30 pagi !!! Dan keesokannya saya ada tiga mesyuarat yang perlu di hadiri. Cabaran !!!
Pada 14 Mei 2009 saya cuma menghabiskan masa dengan bermesyuarat dengan 3 potensi klien bagi membuat perancangan untuk program latihan mereka dari bulan Ogos sehingga Disember 2009. Di samping itu sempat lagi melawat Kompleks Pejabat baru PDOC. Pizza yang dihidangkan Sudapet juga tidak habis di makan namum 'fruit punch'nya amat menyelerakan. Kami menikmati makan tengah hari di Amwaj dan sudah tentu 'kharuf' menjadi hidangan utama. Mango Juicenya... Wow !!! Marvelous. Di sebelah petang setelah kembali ke kompleks saya, Mail & Oxford membantu Mas untuk sesi temua bual dengan Pegawai No 1 di sana. Big Boss. Apa lagi, ambil kesempatan untuk bergambar jugalah saya. Lebih kurang jam 6.30 petang kami pulang untuk berehat sehinggalah kami keluar semula lebih kurang jam 8.15 malam untuk sesi supper !!! Early Supper dengan rakan-rakan baru dan lama. Ada yang mencuba Sisha Sudan di sini. Sembang punya sembang sampai mengantuk !!!
15 - 16 Mei 2009, hari-hari saya dan rakan-rakan di penuhi dengan persiapan dan finale program. Banyak jugalah kerja-keja minit terakhir yang perlu saya lakukan seperti membuat montaj, meyiapkan sijil peserta, cenderamata untuk panel, mengambil gambar dan lain-lain lagi. Banyak juga momen menarik yang tak mampu saya ceritakan di sini - ada juga yang confidential. Tapi ini semuanya pengalaman berada di Sudan yang tidak mampu saya lupakan. Di sebelah malam pada 15/5/2009 kami sempat makan malam di rumah salah seorang kawan Mail - En Paska Mia (orang besar yang minat melukis). Mas yang banyak bercakap. Bila saya sebut tentang Yusof Gajah... So Oxford buat lawak lantas bertanyakan samada Mas kenal akan Norman Tikus??? Chicken Chop & Tiramisu Kak Zuraidah enak sekali. Di sebelah petang (16/5/2009) kami sempat ronda-ronda Bandar Khartoum mencari cenderamata dan bergambar. Kami cuma sempat bergambar di Burj Al Fateh yang seakan-akan Burj Al Arab di Dubai. Saya juga membeli jubah di Souq Arabia. Sempat lagi Solat Magrib dan jamak bersama Isya' di Masjid (khabarnya Masjid ini Sumbangan kerajaan mesir - saya lupa pula namanya). Kami pulang dengan keadaan yang amat letih sekali.
17 Mei adalah hari terakhir kami di Khartoum. Di sebelah paginya saya ada lagi satu mesyuarat begitu juga dua rakan lain. Usai mesyuarat dan melawat Guest House WNPOC saya mengajak rakan-rakan lain untuk menjamah sarapan pagi tradisi Sudan (dah jam 10.00 pagi - kira 'Brunch') . Tempat 'breakfast' ini agak 'back door' - mungkin bagi yang terlampau mementingkan kebersihan tidak sanggup makan agaknya..:). Tapi makanannya cukup enak sekali. Balik semula ke Kompleks penginapan untuk mengambil Kak Jas (tour guide kami) dan meneruskan sesi berjalan-jalan dan membeli belah di Khartoum. Kami ke Omburman untuk mencari cenderamata dan rasanya hampir 4 souq yang kami jelajahi (saya lupa namanya pula tetapi salah satunya Souq Libya). Tidak banyak yang dapat di beli. kerana tidak banyak yang berkenan di hati... (tapi saya terkilan kerana tidak membeli seterika besi buatan India yang sememangnya murah). Singgahan terakhir ialah hotel milik Malaysia iaitu Holiday Villa untuk bergambar dan membeli kek buat Kak Jas yang menemani kami sepanjang perjalanan. Tiba semula di Kompleks kira-kira jam 3.30 petang untuk makan tengah hari. Saya pula perlu bergegas bertemu dengan rakan sekerja di sana kerana ada beberapa lagi pesanan. Tambahan pula Jam 5.30 petang kami sudah perlu bertolak ke lapangan terbang. Perlu mandi dan 're-pack' bagasi. Sempat ke?
Kami tiba di Lapangan Terbang Khartoum kira-kira jam 6.15 petang. 'Check-in' semula memang tiada masalah. Cuma Business Loungenya tidak menarik sangat dan Kapal terbang bertolak awal. On time cuma perlu bergerak sejam awal menaiki kapal terbang. Penerbangan mengambil masa 3 jam untuk tiba di Doha. Tansit selama lebih kurang 1 jam sebelum meneruskan perbangan ke KLIA yang memakan masa 7 jam 10 minit. Kami tiba di KLIA kira-kira jam 2.00 petang, 18 Mei 2009.
Jika ada yang bertanya kenapa sedikit sangat gambar-gambar di Sudan. Jawaban yang mudah ialah memang sukar untuk mengambil gambar di sini kerana terlalu banyak pantang larang, silap-silap hari bulan di tahan pihak berkuasa jika tersalah tempat !!!
Jika ada yang ingin membeli 'fridge magnet' pula yang saya terjumpa hanyalah 'fridge magnet' bendera Sudan di lapangan terbang. T-shirt Sudan? Jangan Mimpi hendak berjumpa. kebanyakan kraftangan pula lebih berunsur Kenya.