Showing posts with label Saya dan Novel. Show all posts
Showing posts with label Saya dan Novel. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

"Penchayat" Edisi Khas


Ya.... saya memang sedang membaca novel hasil tulisan Uthaya Sankar SB. Ini merupakan cetakan kedua. Saya kira saya mungkin telah 'ketinggalan keretapi' semasa mula-mula diterbitkan dahulu. Sebab itu terpaksa menunggu sehingga Edisi Khas. Ia adalah  sebuah cerita 1Malaysia berkenaan perompak berbilang bangsa yang mencuri berhala di sebuah kuil hindu di Kampung Gajah. Sementara Penchayat pula merupakan sebuah majlis timbang tara seperti mahkamah sebelum kes di bawa kepada pihak berkuasa. Menggunakan latar belakang semasa era 60-an, selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Macam tidak percaya pun ada, memandangkan ada seorang Melayu Islam yang sanggup berkompot untuk mencuri berhala tersebut demi untuk mendapatkan duit hasil daripada jualan kepada seorang Inggeris. (Saya ulang Orang Putih; yang ingin menjadikan patung tersebut sebagai bahan antik). Bukan bersifat perkauman, tetapi sungguh 'buruk' melayu tersebut sehingga sanggup melibatkan diri dengan kegiatan tersebut. (Namun iakan cuma cerita).

Memang belum habis membaca, insyaAllah akan menamatkan eksplorasi terhadap karya Uthaya ini dalam sehari dua lagi. Semoga mendapat jawaban yang di cari...

Sunday, July 11, 2010

Is All About Meeting Frineds...






Keterujaan untuk bertemu Andrea Hirata (novelis tetralogi Laskar Mimpi yang hebat) telah memaksa Nur untuk menunggu juga hingga ke malam) Hahaha... Dalam masa yang sama juga saya sempat bertemu dengan Anuar yang juga pencinta buku yang telah berkampung di Jakarta sejak 4 hari lalu. Memang dahsyat. Alhamdulillah, antara tujuan utama ke Jakarta kali ini selain daripada bertemu sahabat dan saudara di sini seperti Daniel, Joko dan Tancho (malangnya Elyu peminat Upin dan Ipin tidak dapat turut serta kerana bertugas diluar kawasan) ialah untuk mengunjungi Pesta Buku Jakarta 2010 dan bertemu Andrea Hirata, A. Fuadi, Kang Habib & Taufiq. Alhamdulillah kerana dapat juga 1 dari 4 nya...hiks.


Kesian Bung Jok dan Nur yang terpaksa berpisah dengan Ramadan sejak awal-awal pagi untuk menemani kami ke Gelora Istora Senayan (Pesta Buku Jakarta 2010), Kota Tue Djakarta, Cafe Batavia, Plaza Senayan dan Gelora Istora Senayan (Pesta Buku Jakarta 2010) sekali lagi untuk mengikuti sesi bedah novel Andrea Hirata - Dwilogi Padang Bulan & Cinta di dalam Gelas) !!! 'Thanks Banget yaa kalian !!!


Terima Kasih Daniel yang belanja kami makan di Mbah Jongkrok, restoran makanan jawa yang buka sahaja enak tetapi sungguh indah dekonya. Dengan minuman yang namanya sungguh menggerunkan seperti jenglot, poscng, kuntilanak dsb. Sesuatu yang menarik mengenai Daniel ialah beliau adalah rakyat Indonesia pertama yang saya jumpa memiliki kereta buatan Nasinal, Proton Exora. Tabiklah Pak !!!


Pertama kali bertemu Tancho teman FB yang sebenarnya kawan Mujes di Indonesia. Terima kasih kerana sudi menemani saya dan Lisa ke Taman Mini indonesia Indah, Tugu MONAS (dek kerana Muzium Gajah di tutup), makan malam di BMK dan meredah hujan sehingga sampai ke Plaza Indonesia. Semoga persaudaraan berkekalan hendakNya.

Sunday, March 28, 2010

21 & 27 Mac 2010 @ PBAKL


Pelancaran Novel/Antologi Puisi/Kumpulan Drama hasil karya Penerima Anugerah S.E.A. Writers 'Ustaz' Isa Kamari (Singapura) & 'Cikgu' Azizi Abdullah (Malaysia - orang kampung saya ni) serta Penerima Anugerah Seni Negara, Saudara Faisal Tehrani telah disempurnakan di Pentas Utama PBAKL 2010 pada 27 Mac 2010 yang baru-baru ini kira-kira jam 3 petang. Alhamdulillah saya telah berkesempatan untuk turut serta. 'Ustaz' Isa Kamari dengan tiga buah tangan. Dua adalah karya beliau yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris iaitu 'Intercession' (Tasawwul) & 'Nadra' (Atas Nama Cinta) sementara sebuah lagi adalah kumpulan 3 buah drama berjudul 'Pintu'. Sementara 'Cikgu' Azizi Abdullah pula melancarkan novel 'Beruk'. Saudara Faisal Tehrani pula melancarkan 2 karya beliau iaitu novel 'Bahlut' dan 'Ingin Jadi Nasrallah' sebuah antologi puisi. Ini merupakan kunjungan kedua saya ke PBAKL 2010; kunjungan pertama untuk memborong buku telah selama disempurnakan pada 21 Mac 2010 yang lalu.



Perasan tak semua saterawan hebat ini berada di dalam gerak laku (gesture) yang sama iaitu menongkat/memegang dagu? Adakah ini persamaan atau kebeutulan?


Usai menandatangani novel yang dibeli oleh saya, Cikgu Azizi dan Ustaz Isa sudi merakam kenangan bersama saya. Tidak sempat berbual panjang dengan Cikgu Azizi sebenarnya, apatah lagi Ustaz Isa kerana mereka perlu bergegas ke Gerai Al-Ameen untuk sesi seterusnya. Yang menariknya sebelum itu, sempena mengambil 'berkat' Kempen Tulisan Jawi yang mengambil tempat di Pentas Utama, Cikgu Azizi telah menulis nota di dalam novel 'Beruk' saya dengan tulisan jawi - katanya 'saja-saja sebab dah lama tak tulis jawi'. Nasib baik saya boleh membcaca jawi. Sebaliknya pula, saya membeli novel terdahulu Ustaz Isa, 'Satu Bumi' yang belum saya miliki dan bukannnya ketika-tiga hasil beliau yang dilancarkan sebelum itu. Tasawwul & Atas Nama Cinta telah saya baca dan Drama pula bukan genre yang saya minati. 'Satu Bumi' yang telah diterbitkan tahun lalu nampak menarik !!!


Saya telah membeli IJN (Ingin Jadi Nasrallah) & Bahlut minggu lalu tetapi masih belum sempat membaca kerana masih bekerja keras untuk menghabiskan 9 Nyawa (RAM). Namun kali ini saya telah membawa dua novel terdahulu FT untuk ditandatangani; Ketupat Cinta (yang amat kontroversial itu) dan Karbala (yang sungguh berat dan tersirat itu), kedua-duanya telah sempat saya habiskan tahun lalu. Oik... Business baru ka FT? Jual t-shirt IJN & MK pulak?



Pada kunjungan 21 Mac 2010 yang lalu saya cuma sempat bertemu dengan seorang lagi penulis BEST SELLER dari tanah seberang iaitu Muhammad Alexander @Wisnu Sasongko yang amat masyhur dengan karya perdana beliau 'Yakjuj & Makjuj'. Tetapi saya membeli 'Alexander Adalah Zulqarnain' kali ini. Buku semi-ilmiah setebal 727 halaman ini diterbitkan di Malaysia oleh PTS. Entah bila saya dapat menyelak halam-halaman berharga ini?

Nota Jase : Saya juga sebenarnya ada bertemu dengan RAM (Ramlee Awang Murshid) yang juga melahirkan sebuah lagi thriller terbaru berjudul 'Cinta Sufi' yang merupakan 'spin off' daripada trilogi 'Bagaikan Putri' dengan hero yang sama iaitu Laksamana Sunan (Untuk rekod, 'Bagaikan Putri telah dinobatkan sebagai Novel Terlaris Alaf 21 - TAHNIAH RAM). Malangnya saya tidak dapat bergambar dengan Novelis Ayam Terlaris ini kerana terlalu ramai orang yang beratur di Dewan Tun Husein yang disewa khas oleh Kumpulan Karangkraf ini untuk mendapatkan tanda tangan beliau. Fuyoo !!! Apa yang pasti RAM semakin botak sekarang ini dan diberitakan sedang melancarkan Kelab Peminat RAM di PWTC sekarang.

Tuesday, January 19, 2010

Tragedi Berdarah 99 Nyawa...


Awal-awal lagi penulis novel sejarah ini - Abdul Latip Talib telkah membuat 'tuntutan' yang berbunyi ' Novel ini adalah versi yang berbeza daripada filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang (LAPD), terbitan 2009 dan novel dengan tajuk yang sama terbitan tahun 1957 hasil karya Cikgu Shaharom Hussain. Menurut beliau lagi, novel ini adalah berdasarkan kepada hasil kajian beliau sendiri'.

Namun begitu novel setebal 333 halaman terbitan PTS Litera Utama Sdn Bhd ini tetap menggunakan poster filem LAPD sebagai penghias kulit. Bukan itu sahaja, kandungan novel ini juga turut menyisipkan snap shot - snap shot daripada filem terbabit. Novel ini juga menjadi novel kedua yang berjaya saya habiskan di awal tahun ini. Jadi ada kemungkinan besar saya boleh menghabiskan 24 buah novel sepanjang tahun 2010 !!! Tahun lalu saya cuma berjaya membaca 12 buah novel sahaja. Niat kena dipasak dari awal...

LADP mengisahkan tragedi berdarah yang telah mengorbankan 99 nyawa yang pernah berlaku di Parit Raja Laut Muar Johor pada tahun 1776. (Novel ini adalah novel sejarah). Kawasan ini sebenarnya terletak di bawah jajahan Padang (antara Bandar Maharani dan Parit jawa). Di namakan Padang kerana kawasan tersebut pernah terbakar menjadi padang jarak padang terkukur. Menurut sejarah, daerah ini deperintah oleh Org Kaya Aris dari keturunan Daeng Seriuk.

Awang dan Dayang adalah berpangkat sepupu mengikut nisab sebelah ibu. Awang dan Dayang yang saling menyintai telah ditunangkan akhirnya (meskipun mula-mula seperti mendapat tentangan), namun begitu keluarga Dayang meminta agar Keluarga Awang menyediakan wang hantaran $370.07 dan sehelai kain mastuli tenunan bugis (kain ini dikira amat mahal dan berharga ketika itu). Bagi membolehkan Awang menyediakan hantaran tersebut, maka mereka bersetuju untuk bertunang selama 3 tahun. Dan ini sebenarnya telah memaksa Awang merantau bagi menyediakan keperluan hantaran tersebut.

Walau bagaimanapun kepulangan Awang telah terlewat 5 bulan dan dalam masa yang sama telah membolehkan Bachok mengambil kesempatan untuk merampas Dayang daripada Awang dengan tipu segala tipu muslihat yang ada. Kepulangan Awang yang di sangka telah mati oleh keluarga dan orang kampung di saat-saat majlis perkahwinan Dayang dan Bachok akan dilangsungkan telah mengakibatkan Awang mengamuk besar.

Maka terjadilah tragedi telah dimana Lembing Awang, setelah mengorbankan 99 nyawa (termasuk bapa Dayang) akhirnya pulang ke Dayang... Dan mengikut ceritanya Dayang tidak berkahwin selepas itu dan menimpan lembing tersebut sehingga akhir usianya.

Antara yang betul-betul berbeza daripada versi filem ialah kisah ketika Awang merantau sehingga ke Makasar. Di sini Awang telah tinggal dengan Daeng Purnama yang mempunyai anak bernama Kuntum yang juga menaruh hati kepada Awang. Manakala di dalam versi filem pula Awang bekerja dengan Kompeni Belanda di mana beliau telah di goda oleh Gadis belanda benama Claudia.

Novel Sejarah ini agak mudah dibaca dan difahami kerana menggunakan lenggok bahasa yang mudah, jelas dan tanap maksud tersirat. Namun begitu jalan ceritanya agak mendatar dan tidak begitu suspen bukan kerana saya telah mengetahui kisah ini tetapi kerana penulisannya adalah seperti menghamparkan kisah silam di depan mata untu saya tatapi.

Thursday, December 3, 2009

Cinta, Rusuhan & Air Mata


Masih segar dalam ingatan saya sekitar tahun 1989, ketika itu saya masih belajar. Begitu juga Angah. Angah yang dalam ranga untuk mengambil STPM menjadikan Dewan Masyarakat sebagai salah satu bacaan wajib beliau. Meskipun majalah ini agak berat sekali, sesekali saya juga mengambil kesempatan untuk menimba ilmu mana yang boleh daripada bahan bacaan ini. Salah satu karya dan penyelidikan yang menarik minat saya adalah hasil tulisan Fatini Yaacob yang mengupas dengan begitu mendalam, terperinci dan menarik sekali mengenai Tragedi Natrah. Kini setelah 20 tahun berlalu barulah saya mampu untuk bertemu dengan Fatini lantaran itu saya mengambil kesempatan untuk bergambar dan mendapatkan senaskhah kajian beliau mengenai Natrah yang telah dikemaskini yang mengambil kira lampauan masa 1937 sehingga 2009. Karya hebat ini diterbitkan oleh Penerbitan UTM dan dijual secara promosi (dengan harga RM65.00 senaskhah) di Istana Budaya sempena Teater Natrah yang sedang dipentaskan di sini sehingga 9 Disember 2009 nanti.

Penyelidikan setebal 457 halaman ini saya kira akan mengambil masa yang lama untuk saya menghabiskannya, namun sekitar semalam saya sudahpun membaca bab akhir kerana ini mengetahui bagaikan kesudahan Natrah @ Puteh @ Nadra @ maria @ Bertha ini dari sisi pandangan Fatini. (alamak anti klimakslah pulak).

Saya sebenarnya amat tersentuh dengan tulisan Fatini di halaman 455 yang antaranya berbunyi; "Walaupun secara ideal orang-orang Islam mahu melihat Natrah kembali kepada islam, namun bagi saya, saya percaya Natrah tetap dalam kasih sayang dan keampunan Allah jua, kerana sesungguhnya yang memiliki natrah sebenarnya adalah Allah bukan kita sebagai insan. Kita tidak berhak mengatakan apa-apa pun terhadap hak dan ketentuan Allah apabila telah berakhir hayatnya, kecuali mendoakan kebaikan untuknya."

Sesungguhnya saya mendoakan segala kebaikan untuk diri saya dan keluarga serta sahabat-sahabat. Untuk Natrah semoga Allah memberikan kebaikan untuk beliau juga...

Tuesday, August 4, 2009

The Quintessential Man


Allahyarham Tan Sri Azizan Zainul Abidin memang terkenal sebagai seorang yang berintigriti tinggi. Malangnya meskipun saya sempat untuk bertemu muka dengan beliau dalam beberapa acara semasa hayat beliau tetapi saya tidak dapat mengenal beliau dengan begitu mendalam sehinggalah setelah kematian beliau barulah saya dapat menghayati segala sifat-sifat murni beliau melalui program latihan yang saya hadiri, rencana tentang kehebatan beliau serta video klip tentang diri beliau yang dapat saya tonton.

Bibliografi hasil tulisan Saudara Azam Aris (Executive Editor of The Edge) ini rasanya dapat mendekatkan diri saya dengan kehebatan beliau, insyaAllah. Saya pernah mendengar yang sewaktu hayat beliau, arwah Tan Sri akan memakai tali pinggang keledar meskipun hendak mengubah kedudukan tempat parkir kereta beliau; hebatkan? Buku ini sebenarnya salah satu daripada cenderamata yang saya dapat setelah menjadi ahli jawatan kuasa untuk sebuah forum di tempat kerja. Menjadi AJK Forum ini (yang tamat petang tadi) sebenarnya begitu mencabar keupayaan kepimpinan saya. alhamdulillah semuanya sudah selesai. Banyak yang saya pelajari, banyak juga yang boleh saya perbaiki di masa hadapan insyaAllah, jika diberi peluang lagi.

Selamat Membaca untuk Jase Mario !!!


Friday, July 24, 2009

Ketika Cinta Bertasbih The Video - Melly Goeslow feat Amee


Memang seboleh-bolehnya saya tidak ingin (lagi) menyokong lagu dari seberang. Nak patriotiklah kiranya. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah banyak sangat lagu dari seberang yang 'sedap banget'; meskipun baru pertama kali telinga ini mendengarnya ia sudah meruntun hati dan perasaan untuk terus mendengar. Melekat dan bermain-main di telinga dan kotak fikiran. Baik lagu pop, rock mahupun r & b. Apatah lagi lagu-lagu ketuhanan dari seberang - bisa bikin diri rasa kerdil. Lagu di atas salah satu contoh lagu baru yang baru sangat saya 'terdengar'. Lagu ini adalah dendangan Melly Goeslow (maestro muzik tanah seberang) yang menampilkan Amee (entah dari mana Amee ini muncul pun saya kurang pasti, tiba-tiba muncul sahaja).

Lantaran itu pula, lagu ini adalah lagu tema untuk sebuah filem terbaru di Indonesia. Ketika Cinta Bertasbih ini sebenarnya di angkat daripada novel terlaris di Asia Tenggara (bukan calang-calang, saya juga telah memiliki dan membaca novel ini) yang menggunakan judulnya. Novel Hebat ini adalah hasil tulisan Habiburrahman El Shirazy (yang juga menulis Novel Agung Ayat-Ayat Cinta). Jika di laman kertas novel ini diterbitkan di dalam 2 bahagian, tetapi saya kira untuk layar perak ianya di gabungkan menjadi sebuah filem sahaja. Saya pun belum menonton dan sudah pasti perlu mengharapkan samada Daniel atau Bung Joko untuk mengirimkan sesalinan dvd untuk saya.

"Cinta ada kekuatan yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sepi jadi ria, mengubah amarah menjadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah". Begitulah indahnya bait-bait kata-kata hikmat yang terkandung di dalam novel dan filem ini...

Saya tidak mampu untuk menulis dengan panjang lebar lagi. Saya amat berharap agar filem ini mampu di tonton di Malaysia dalam masa terdekat ini, insyaAllah.

Saturday, May 9, 2009

Siapa Mikhail Di Hatimu?


Ramlee Awang Murshid (RAM) adalah salah seorang novelis yang saya minati, ikuti, hayati dan dalami novel-novel beliau. Mikhail adalah novel ke-14 hasil kreatif RAM yang diterbitkan oleh Alaf 21 (Saya baru tamat membaca novel ini semalam setelah bertungkus-lumus selama lebih kurang 1 minggu !!!). Jika di ambil kira novel yang diterbitkan oleh penerbitan lain mungkin ada 17 naskhah semuanya. Saya cuma ada 16 buah setakat ini !!! Lewat 19 April 2009 yang lalu, seperti biasa; menjadi rutin tahunan saya (dan sekarang Lisa) mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Jika hendak di kira hasil 'urusniaga'; tahun ini merupakan yang paling sedikit sekali saya memborong. Salah satu yang saya sempat mebeli ialah Novel Mikhail ini. Seperti biasa PBAKL memanng penuh sesak dengan pengunjung terutama pada hari Sabtu dan Ahad. Seingat saya kali terakhir saya bergambar dengan RAM kira-kira 7 -8 tahun yang lalu (ketika mula-mula bertemu dengan penulis hebat ini). Satu beg penuh novel beliau saya bawa untuk ditandatangani. Lepas daripada itu sering kali juga saya dalam berbual dengan beliau meskipun saya tidak menjadi ahli RAM Club. (Nanti-nanti ya RAM... tumpuan saya ke arah lain ketika ini).

Hmm.... Mikhail. Seperti biasa... masih lagi berkisarkan thriller antarabangsa. Tetapi kali ini ia lebih tertumpu kepada situasi Malaysia dengan mengambilkira sedikit latar belakang Amerika Syarikat, New Zealand malah Israel !!! Mikhail - pembunuh upahan profesional yang telah di'brainwash' otaknya !!! Kali ini ia bertunjangkan wang ringgit dan kuasa yang menjadi punca segala kemelut. Masih ada lagi unsur 'cintan-cintun' daripada hero-heroin dengan latar yang berbeza. Ada sedikit melodrama dengan elemen ala-ala hindustan dimana cinta lahir pada pandangan pertama, membutakan, menyedarkan lantas mengatasi segala !!! RAM masih lagi suka membelit dan dibelitkan di dalam novelnya. Jika membaca perlu berhati-hati dan penuh tumpuan. Namun begitu... saya cuma di tarik untuk melekat di kerusi dan terus membaca setelah tamat 1/3 daripada keseluruhan novel. Di awal-awal halaman tidak begitu mengujakan dan diujakan. Cuma satu persoalan... Kenapakah RAM tidak melepaskan Inspektor Sharani yang menjadi mangsa keadaan dan menjadikan beliau sebagai teman hidup Inspektor Zetty? kesian dia... Hahaha....

JaseMario, Novel Mikhail & Ramlee Awang Murshid
19 April 2009 @ PBAKL 2009, PWTC

Wednesday, March 11, 2009

Thank You Angah


Pulang ke kampung hujung minggu lalu barulah saya mendapat hadiah hari jadi saya daripada Angah. Menurut kata Angah dia malas hendak mengepos sebenarnya. Seperti biasa, saban tahun Angah akan menghadiahkan saya dengan bahan bacaan. Tahun ini juga sama. Memandangkan saya sekarang ini sedang dalam proses membaca dan mengumpul hasil kreatif Paulo Coelho maka Angah telah mengambil kesempatan menambahkan koleksi saya. Manual of the Warrior of Light adalah koleksi ketiga saya setelah memiliki Like A Flowing River dan The Alchemist tahun lalu.

Izinkan saya berkongsi secebis inspirasi daripada Manual of the Warrior of Light :

"The warrior of light has learned that God uses solitude to teach us how to live with other people.

He uses rage to show us the infinite value of peace. He uses boredom to underline the importance of adventure and spontaneity.

God uses silence to teach us to use words responsibly. He uses tiredness so that we can understand the value of waking up. He uses illness to underline the blessing of good health.

God uses fire to teach us aboput water. He uses earth so that we can understand the value of air. He uses death to show us the importance of life."


Wednesday, February 18, 2009

Karnival Beramal Bersama Bintang ABPBH Untuk Gaza

Abang Rosyam sedang menandatangi Novel & CD Dewa Cintaku yang dijual untuk tujuan Tabung Gaza dengan hanya RM10. Sayapun apa lagi, beli sahaja. Alhamdulillah - saya telah habis membaca novel tersebut yang juga hasil tulisan Kak Dilla Hussain. Boleh tahan juga ceritanya meskipun sebenarnya saya kurang berminat untuk membaca novel cinta. Lagu nyanyian Kak Dilla yang menampilkan Abg Rosyam yang berentak Rock Ballad juga sedap di dengar. Selain menderma; saya juga dapat menambah koleksi CD dan Novel !!!



Ais Krim untuk Anak-Anak Palestina. Mawi dan Kikin juga turut serta melelong 3 kotak ais krim Fantasia Walls dengan hanya RM10 sahaja. macam berjanji pula dengan Abg Rosyam. Ini sebagaimana maklum adalah tujuan utama saya ke sini. Jadi dengan paksa rela perlu membeli ais krim daripada tangan World; hahaha. Yang ralatnya saya tidak sempat membeli CD mawi - Allah Habeebi di sini. Kata Mawi lagi, ais krim Fantasia wall yang paling disukainya ialah yang kotak kaler Oren - perisa Coklat !!!

Saya mungkin dapat menambahkan sumbangan jika dapat membeli EP Meet Uncle Hussain. Malangnya ketika saya tiba CD tersebut telah habis di jual. Jadi sumbangan saya cuma bergambar dengan Lan MUH sahaja... Hahaha. Lan datang agak lewat berbanding dengan ahli MUH yang lain. No comment. Tapi kita maafkan sebab dia asyik tersenyum dan tak jemu melayan peminat yang ingin bergambar.


Sempat juga saya bergambar dengan Akhtar Sahari. Pengacara Sebutan Syariah di Astro Oasis. Yang telah menjadi terkenal setelah mengendalikan Majlis Akad Nikah Mawi - Ekin yang merupakan rancangan siaran langsung pertama beliau. Akhtar juga mengendalikan Majlis Persandingan Mawi dan Ekin di POGH. Tidak saya sangka sebenarnya Akhtar cam muka saya sebagai peminat Mawi yang hadir di POGH tempoh hari, lantas menegur saya dahulu. Lantaran itu kami menjadi kawan. Saya juga membeli T-Shirt "ISRAEL = SATAN" dari Akhtar. T-Shirtnya seperti yang di pakai oleh Akhtar. RM25 sehelai. Jika ada yang berminat, masih boleh membeli di FB Akhtar. OK?


Adik Iqwal (atau yang saya panggil Iwal) juga turut hadir. Saya kira beliau berada di Gerai MUH jika tak silap sayalah. Saya tak pasti apa yang Iqwal jual @ lelong. Tetapi Iqwal yang telah mengharumkan nama malaysia di Los Angeles ini ternyata amat sporting. Good Luck Iqwal. semoga niat untuk ke pentas Antarabangsa akan tercapai. Iqwal masih muda, perjalanan masih panjang. Sekarang ini dia tengah banayak jerawat, kan dah masuk 16 tahun !!!




Kak Nita yang dipakejkan bersama Abang Mahathir mengenakan caj RM10 untuk bergambar dengan mereka. Bukan senang nak berjumpa Diva yangf seorang ini. lantaran itu, sayapun mendermalah RM10... Lagipun ini untuk Gaza kan. Ini juga menjadikan derma saya yang pertama untuk hari tersebut.

Ramai lagi artis sebenarnya yang hadir; termasuklah datuk Siti Nurhaliza. Tetapi bukan semua yang saya sempat bergambar dan berjumpa. Apa-apapun tahniah kepada NSTP dan Berita Harian atas usaha murni ini.

Sunday, October 19, 2008

Hadiah Dari Seberang

Novel Hebat dari Indonesia - Laskar Pelangi. Hadiah dari Bung Joko buat saya. Novel tentang zaman kanak-kanak. Mengimbau nostalgia 11 orang anak melayu di Belitung yang menggelarkan diri mereka Laskar Pelangi yang amat luar biasa mengharungi hidup. Siapapun akan berbekas hatinya jika membaca novel ini dan merasa berdosa jika tidak mensyukuri atas apa nikmat tuhan yang telah kita perolehi.


VCD - LOVE, yang dihadiahkan oleh Daniel. Ada lima Kisah di Kota Jakarta yang mana tiada apapun yang sempurna kecuali cinta. Sebuah Filem daripada Pengarah India yang berpengkalan di Malaysia, Kabir Bhatia dengan lakon laya oleh isteri beliau Mira Mustafa (rakyat Malaysia). Cinta yang pernah dinobatkan sebagai filem terbaik Festival Filem Malaysia satu ketiga dahulu telah dikemaskinikan untuk versi Indonesia ini. Saya amat tertarik dengan watak Rama & Iin lakonan Fauzi Baadilla & Acha Septriasa yang di bawa dengan lebih kemas dan berkesan jika diandingkan dengan Pierre Andre & Amani dalam cinta. Ada cerita baru dalam Love ini iaitu antara Restu dan Dinda; cinta pandang pertama yang sebentar cuma. Meskipun di pisahkan dengan kematian, cinta mereka tetap teguh.

Nota Jase : 15hb Oktober 2008 merupakan hari terakhir saya berkhidmat di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Kerana pada 16 hb Oktober 2008 saya telah melangkah untuk bertugas di Bangi. Dengan cabaran baru yang terpikul di bahu, insyaAllah akan saya hadapi dengan semangat membara. Kebetulan pula pada 15hb yang lalu ramai 'logistics partner' saya dari Indonesia, China, India, Thailand & Cambodia turun ke Kuala Lumpur & Bukit Tinggi untuk menghadiri "Away Day" yang dianjurkan. Alhamdulillah sempat juga saya berjumpa, bertanya khabar & mengucapkan selamat tinggal dengan rakan-rakan yang banyak membantu memudahkan tugas saya sebelum ini. Dalam suasana penuh nostalgia itu, Ada dua hadiah istimewa yang saya terima yang amat bermakna. Dua-duanya dari tanah seberang. Bung Joko memberikan saya novel paling berpengaruh di Indonesia - 'Laskar Pelangi' hasil karya Andrea Hirata. Yang juga telah difilemkan di Indonesia. Meskipun saya telah membaca novel ini dalam versi Bahasa Malaysia, namun Bung Joko masih 'memaksa' saya untuk membaca versi Bahasa Indonesia. Katanya mudah aja untuk difahami dan lebih terkesan dengan bahasa asalnya. InsyaAllah akan saya 'khatam' novel ini dalam masa terdekat. Sebenarnya sekurang-kurangnya ada 3 novel yang sedang menunggu 'q' untuk di baca !!! MasyaAllah. Hadiah kedua saya terima dari Sahabat saya yang bersama-sama naik 'belon udara panas' tempoh hari, Daniel. Daniel menghadiahkan saya VCD - LOVE lakonan 'one of my favourite actor' - Fauzi Baadilla. Ya... meskipun saya telah menonton filem ini di bioskop. Saya pasti akan re-run lagi cerita ini sebab ceritanya BEST Banget !!! Ya, kisah ini memang tidak jemu-jemu di tonton.

Untuk sahabat yang mengingati, terima kasih banyak-banyak. InsyaAllah kita akan ketemu lagi di lain 'lembaran' - sebagai sahabat dan bukannya sekadar rakan sekerja. Masih teringat lagi saya semasa mengutus e-mel mengatakan tempoh peralihan tugas saya 1 bulan yang lalu. Ramai antara 'logiostics partner' saya di luar negara yang seakan tidak percaya. Maka 'penatlah' saya melayan long distance calls yang panjang berjela-jela... Ya... lah saya sudah lebih lima tahun menjalankan tugas yang sama. Sedangkan rakan di 'sana' telah silih berganti. Yang pasti, semua antara kita pasti akan berhijrah juga suatu hari nanti. Dan saya telah memulakan hijrah saya, insyaAllah.

Monday, September 15, 2008

Cabaran Saya Ramadhan Ini




Entry ini memang menakutkan dan mendebarkan saya. Resolusi Ramadhan saya kali ini ialah untuk meng'khatam' 5 buah naskhah bahan bacaan. Sehingga 15 Ramadhan 1429H, saya baru langsai 1, 2 masih dalam pembacaan dan 2 belum lagi disentuh. Adakah saya perlu 'bertadarus' untuk mengejar waktu...? Ataupun melupakan resolusi ini dan tinggalkan ia menjadi sekadar impian cuma? Ataupun mengejar sekangkang waktu yang masih ada untuk realitikan fantasi ini? Doakan saya semoga berjaya....; insyaAllah. Antara 5 naskhah terbabit ialah :

SEBUAH TRILOGI TIGA GENRE (SASTERAWAN NEGARA ARENA WATI) Pak Arena adalah antara Sasterawan Negara yang saya ikuti juga hasil karya beliau sejak dari dulu. Ada beberapa karya Pak Arena yang telah saya hayati seperti Sakura Mengorak Langkah, Royan, Eno & Gami. Pak Arena banyak menulis berlatar belakangkan zaman Komunis dan kisah-kisah revelusi di Sulawesi yang amat mencabar minda. Pak Arena juga memang terkenal dengan 'Trilogi' beliau seperti Trilogi Sakura & Trilogi Armageddon (semuanya hebat dan mencabar intelektual pembaca santai sepeerti saya. Namun cabaran dari Angah ini bakal menilai kewajaran saya. Dalam Trilogi ini terkandung cerpen (Antara Manusia), drama (Kepala Bapak Itu) dan Novel (Samira). Angah telah menghadiahkan saya Trilogi ini sempena Ulang Tahun Kelahiran saya tahun ini pada 1 Mac 2008 yang lalu. Cerpen Antara Manusia ada cerita Jepun, Malaysia dan Indonesia tetapi seperti biasa lanskapnya berpaksikan rona antarabangsa. Pak Arena juga amat berpengetahuan tentang adat dan budaya. Membaca naskhah Pak Arena seperti membaca wacana budaya yang amat halus, prihatin, jitu dan bernyawa. Drama 5 babak Kepala Bapak Itu pula tentang perjuangan kemerdekaan yang sarat dengan keinsafan, pengetahuan baru, semangat kebangkitan dan revolusi. Ini merupakan cabaran paling hebat dalam naskhah ini. Setiap kali membaca saya harus menumpukan sepenuh perhatian. Akhirnya, Samira yang akan saya mulakan pembacaan selewat-lewatnya 17 September 2008. (Status : Sehingga 15 September 2008 di muka surat 453/722).

LIKE THE FLOWING RIVER (PAULO COELHO) Kali pertama saya melihat naskhah ini ialah semasa menunggu pesawat Air Asia ke Bangkok Julai lalu. Masa tengah membelek-belek buku di kedai serbaguna di LCCT terpandang akan buku ini lantas saya 'scan through'. Ada satu bab di muka surat 134 " Travelling Differently" yang telah menarik minat saya untuk terus membaca. Meskipun saya tidak bersetuju 100% dengan apa yang disarankan oleh Paulo, tetapi ia telah memberikan saya dimensi baru untuk saya meneruskan perjalanan ke Bangkok ketika itu. Namun saya tidak terus membeli memandangkan jadual saya dan Lisa di Bangkok padat sekali dan saya telahpun membawa novel Faisal Tehrani (Detektif Indigio) untuk dilangsaikan di atas kapal terbang. Adapun begitu, saya cuma dapat membeli buku ini setelah kembali dari Bangkok, juga di LCCT dan cuma berkesempatan untuk membaca hasil karya Paulo sepenuhnya ketika singgahan ke Kota Kinabalu akhir/awal Ogos/September lalu. Alhamdulillah saya cuma mengambil masa 2 hari untuk menghabiskannya. Like The Flowing River sebenarnya adalah koleksi peribadi Paulo tentang cerita-cerita pendek dan tindak balas beliau tentang apa yang berlaku di hadapan beliau sekitar 1998 - 2005. Kesemua cerita ini membawa kita untuk meneroka tentang kehidupan sebenar dari kaca mata Paulo yang ditulis secara bersahaja. Banyak ilmu dan iktibar yang dapat diambil. Apa yang menarik ialah pandangan Paulo tentang toleransi beragama, sketsa yang lelucon, saat getir menghadapi kematian, pilihan dan destini kehidupan. Seorang penulis Brazil yang menulis dalam Bahasa Portugis di mana karyanya telah diterjemahkan lebih daripada 60 bahasa dunia. Yang pastinya, "The Alchemist" karya unggul beliau pasti akan menjadi milik saya juga suatu hari nanti. (Status : Langsai di baca pada 3 September 2008)

MEN ARE FORM MARS, WOMEN ARE FROM VENUS (JOHN GRAY) Buku ini sebenarnya dicadangkan oleh Lisa kepada saya. Dia yang membelinya pun... (Yang lucunya Lisa pun belum baca lagi buku ini, saya pulak kena mendahuluinya). MAFMVAFV ialah panduan secara praktikal untuk memperbaiki komunikasi dan mendapatkan apa yang diinginkan di dalam perhubungan diantara lelaki dan wanita. Pernah dinobatkan sebagai manual untuk pasangan bercinta dalam era 90an. Buku ini mendedahkan kita tentang bagaimana lelaki dan wanita berbeza dalam soal-soal kehidupan mereka. Tidak hanya lelaki dan wanita berkomunikasi dengan cara yang berlainan tetapi cara pemikiran, deria rasa, reaksi, melihat, memberi respon, kehendak, cinta dan cara menghargai juga berlainan. Bak kata penulisnya sebab itulah lelaki berasal dari planet Marikh manakala wanita pula dari planet Waruna. (Status : sehingga 15 September 2008 di muka surat 143/286)

KETIKA CINTA BERTASBIH EPISOD 2 (KCBE2) (HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY) merupakan Novel keenam hasil nukilan penulis novel sensasi dari Indonesia ini yang bakal saya terokai. Bermula dari AYAT-AYAT CINTA (AAC) yang menjadi fenomena sekitar tahun 2005 yang juga telah membuatkan saya jatuh cinta untuk terus membaca mengakibatkan saya terus menunggu setiap karya beliau diterjemahkan ke Bahasa Malaysia. Selepas AAC muncul Ketika Cinta Bertasbih Episod 1, Kemudian Pudarnya Pesona Cleopatra diikuti pula dengan Dalam Mihrab Cinta dan akhir sekali Koleksi kisah-kisah Teladani Islami Di Atas Sejadah Cinta. Kesemua naskhah Kang Abik memiliki nilai tersendiri. Berlatar belakangkan Islam dan timur tengah dan Indonesia tentunya novel Kang Abik memang sesuai di baca untuk membangunkan jiwa. KCBE2 meneruskan kembara Azzam yang mati dipertengahan jalan di Episod 1 dalam mencari kebenaran, cinta dan membersihkan nama beliau. Tidak dapat saya cerita banyak kerana saya belum mebacanya... namun seperti biasa saya kira Kang Abik pastinya akan memaksa saya untuk terus membuka helaian demi helaian apabila saya mula membacanya kelak. (Status : belum di baca sehingga 15 September 2008).

THE OPPOSABLE MIND (ROGER MARTIN) Saya kira naskhah ini sebenarnya merupakan persediaan saya untuk berpindah ke tempat kerja baru samada Oktober/November ini (sesungguhnya tidak saya tahu tarikh sebenarnya). Buku terbitan Harvard Business School Press ini hasil tulisan Roger Martin ini menyentuh soal-soal kritikal berkenaan kepemimpinan dari sudut pemikiran secara interaktif dan tindakan serta penyelesaian masalah yang kian meruncing kini. Saya dapat buku ini secara percuma ketika menghadiri EDU Learning Forum 2008 di KLCC Concention Centre pada 14 Februari 2008 yang lalu. Ada bab-bab yang menarik seperti "Reality, Resistance & Resolution : How Interactive Thinkers Keep Their Options Open" dan "No Stomach for Second Best : How Interactive Thinkers Move Beyond Trade-offs". Memang sudah lama terperap di meja belum bersentuh dan resolusi Ramadhan ini perlu di habiskan sebelum 30 Ramadhan 1429H. (Status : belum di baca sehingga 15 September 2008).

Begitulah antara resolusi saya bulan Ramadhan 1429H kali ini. Biar Ramadhan saya kali ini dipenuhi dengan pembacaan yang sempurna, insyaAllah.

Sunday, June 22, 2008

I Have Just Finished Reading JIBAM for the Second Time

Semalam... Maka selesailah saya mengkhatam JIBAM untuk kali kedua setelah lama tertangguh. Ye... Lah, setelah sekian lama terperap di 'workstation' saya hampir 3 bulan, YES... saya memborong novel ini semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bulan April yang lalu. Tambahan pula... Joseph Brodsky, Penerima Anugerah Nobel Kesusasteraan pernah berkata, "Terdapat jenayah yang lebih buruk daripada membakar buku. Salah satu daripadanya ialah tidak membacanta", terasa amat bersalahlah pula saya. Seingat saya novel hasil tulisan Abang Ujang ini teramatlah popularnya ketika saya masih di kampus. Kalau tak silap saya, pertama kali novel ini memaut minat saya sekitar tahun 1993-94. Itupun setelah saya ternampak naskhah yang hampir lunyai di bilik serang rakan lantas membacanya sehingga tamat dalam masa sehari suntuk, yang mengakibatkan saya terpaksa skip kuliah dan tidak tidur atau makan. Ini memang 'masterpiece' Abang Ujang. Menggunakan Tagline... "Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau akan mengerti"; memang amat 'inviting' sekali. Yang menariknya lagi, saya cuma ingat ending dan beberapa wataka penting sahaja ketika membaca kali kedua novel ini. Yang lainnya kabur. 14 tahun memang suatu jangkamasa yang lama.
Dengar khabarnya, novel JIBAM telah dilayar perakkan beberapa tahun lalu. Mungkin saya ketinggalan agaknya. Tajuknya JIBAM The Movie. Siapa pengarahnya, penulis skripnya, pelakonnya? Siapa yang memegang watak Jibam, Tok Ngah Sudin, Suman, Usup Kidung, Fakir, Piah, Miah dll.
Kepada rakan seangkatan yang pernah membaca Novel ini, tentunya entry ini menggamit memori. Kepada yang belum pernah membaca... apa lagi inilah masanya untuk mengenali siapakah Jibam.