Tuesday, May 26, 2009

Kafe Baru di Taman Equine !!!






Usai mengambil Lisa di LCCT semalam kami sempat minum malam di Island Red Cafe Cawangan Seri Kembangan yang baru beroperasi di Taman Equine. Boleh tahan juga dekorasi 'eating place' ini. Bersih. Happening. Ye lah... waktu operasi sehingga jam 2.00 pagi. Pekerjanya pun ramai orang Melayu (mungkin semuanya). Servis boleh dikatakan ok. Kami cuma minum kopi ais, fresh orange & roti bakar. Kualiti makanan? Tunggu saya makan makanan berat dulu. Dengar cerita cafe ini beroperasi ala-ala MLM. Hmm... kalau nak tahu lanjut, layari saja www.IRC2U.com

Monday, May 25, 2009

Kotak Cinta

Masa berjalan-jalan dan rewang-rewang seorang diri kat Amcorp Mall tempoh hari saya terjumpa kotak kayu yang layaknya seperti bahan antik lagi cantik ni. Lantas timbul niat di hati untuk menghadiahkannya kepada insan yang dicintai dan disayangi. Macam-macam boleh di simpan dalam kotak ini sebenarnya. Barang-barang kitapun tidak bersepah. Hmm... sebenarnya, ini merupakah salah satu sifat saya yang saya warisi dari Along iaitu suka menyimpan barang di dalam kontena @ kotak @ bekas. Sebab itulah bila terjumpa dengan kotak kayu ini terus melekat di hati. Metafora untuk kotak? Mungkinkah ia menggambarkan tentang seseorang yang kemas, tersusun dan teratur? Saya sendiri tidak mempunyai jawabnya.

Saturday, May 23, 2009

Sudan... My First Overseas Business Trip in 6 Months...:)




Kami empat sekawan tiba di Lapangan Terbang Khartoum Sudan lebih kurang jam 7.50 malam waktu tempatan. Ada sedikit kekeliruan berlaku ketika 'mengadap' Imigresen Sudan mengenai Visa Masuk ke Sudan tetapi Alhamdulillah telah berjaya di selesaikan dengan aman. Kalau tidak, mungkin saya kena kuarantin !!! Baru sahaja selesai satu masalah timbul pula lagi satu masalah. Tapi sebelum itu... seperti biasa, kami disambut oleh Agen Pelancongan Olympia Travel (ini merupakan proses biasa - semua kemasukan ke Sudan perlu diuruskan oleh agen yang kemudian akan menyimpan tiket penerbangan dan passport antarabangsa anda - jadi jangan terkejut). Yaa... kejutan seterusnya ialah kesemua 4 kotak yang kami bawa (termasuk manual peserta kursus, manual ahli panel, hadiah, buku, cenderamata, alat tulis dan makanan yang dipesan oleh sahabat) di geledah oleh kastam. Penat jugalah menjawab semua persoalan sebelum di lepaskan 20 minit kemudian tanpa sebarang cukai.

Perjalanan ke Kompleks Penginapan memakan masa lebih kurang 20 minit sahaja - nasib baik. Alhamdulillah. Sampai sahaja di kompleks tersebut kami telah disambut oleh rakan-rakan samada yang telah di kenali ataupun tidak. Tn Haji Ayob pula kemudian mengajak kami untuk makan malam di rumahnya usai 'check-in' dan menghantar barang-barang. Kami dijamu dengan satu makanan istimewa ala-ala mee bungkus !!! Enak juga makan sambil bersembang dengan Haji Jenal dan isteri... tidak sedar pula waktu di Malaysia ia telah menunjukkan jam 2.30 pagi !!! Dan keesokannya saya ada tiga mesyuarat yang perlu di hadiri. Cabaran !!!

Pada 14 Mei 2009 saya cuma menghabiskan masa dengan bermesyuarat dengan 3 potensi klien bagi membuat perancangan untuk program latihan mereka dari bulan Ogos sehingga Disember 2009. Di samping itu sempat lagi melawat Kompleks Pejabat baru PDOC. Pizza yang dihidangkan Sudapet juga tidak habis di makan namum 'fruit punch'nya amat menyelerakan. Kami menikmati makan tengah hari di Amwaj dan sudah tentu 'kharuf' menjadi hidangan utama. Mango Juicenya... Wow !!! Marvelous. Di sebelah petang setelah kembali ke kompleks saya, Mail & Oxford membantu Mas untuk sesi temua bual dengan Pegawai No 1 di sana. Big Boss. Apa lagi, ambil kesempatan untuk bergambar jugalah saya. Lebih kurang jam 6.30 petang kami pulang untuk berehat sehinggalah kami keluar semula lebih kurang jam 8.15 malam untuk sesi supper !!! Early Supper dengan rakan-rakan baru dan lama. Ada yang mencuba Sisha Sudan di sini. Sembang punya sembang sampai mengantuk !!!

15 - 16 Mei 2009, hari-hari saya dan rakan-rakan di penuhi dengan persiapan dan finale program. Banyak jugalah kerja-keja minit terakhir yang perlu saya lakukan seperti membuat montaj, meyiapkan sijil peserta, cenderamata untuk panel, mengambil gambar dan lain-lain lagi. Banyak juga momen menarik yang tak mampu saya ceritakan di sini - ada juga yang confidential. Tapi ini semuanya pengalaman berada di Sudan yang tidak mampu saya lupakan. Di sebelah malam pada 15/5/2009 kami sempat makan malam di rumah salah seorang kawan Mail - En Paska Mia (orang besar yang minat melukis). Mas yang banyak bercakap. Bila saya sebut tentang Yusof Gajah... So Oxford buat lawak lantas bertanyakan samada Mas kenal akan Norman Tikus??? Chicken Chop & Tiramisu Kak Zuraidah enak sekali. Di sebelah petang (16/5/2009) kami sempat ronda-ronda Bandar Khartoum mencari cenderamata dan bergambar. Kami cuma sempat bergambar di Burj Al Fateh yang seakan-akan Burj Al Arab di Dubai. Saya juga membeli jubah di Souq Arabia. Sempat lagi Solat Magrib dan jamak bersama Isya' di Masjid (khabarnya Masjid ini Sumbangan kerajaan mesir - saya lupa pula namanya). Kami pulang dengan keadaan yang amat letih sekali.

17 Mei adalah hari terakhir kami di Khartoum. Di sebelah paginya saya ada lagi satu mesyuarat begitu juga dua rakan lain. Usai mesyuarat dan melawat Guest House WNPOC saya mengajak rakan-rakan lain untuk menjamah sarapan pagi tradisi Sudan (dah jam 10.00 pagi - kira 'Brunch') . Tempat 'breakfast' ini agak 'back door' - mungkin bagi yang terlampau mementingkan kebersihan tidak sanggup makan agaknya..:). Tapi makanannya cukup enak sekali. Balik semula ke Kompleks penginapan untuk mengambil Kak Jas (tour guide kami) dan meneruskan sesi berjalan-jalan dan membeli belah di Khartoum. Kami ke Omburman untuk mencari cenderamata dan rasanya hampir 4 souq yang kami jelajahi (saya lupa namanya pula tetapi salah satunya Souq Libya). Tidak banyak yang dapat di beli. kerana tidak banyak yang berkenan di hati... (tapi saya terkilan kerana tidak membeli seterika besi buatan India yang sememangnya murah). Singgahan terakhir ialah hotel milik Malaysia iaitu Holiday Villa untuk bergambar dan membeli kek buat Kak Jas yang menemani kami sepanjang perjalanan. Tiba semula di Kompleks kira-kira jam 3.30 petang untuk makan tengah hari. Saya pula perlu bergegas bertemu dengan rakan sekerja di sana kerana ada beberapa lagi pesanan. Tambahan pula Jam 5.30 petang kami sudah perlu bertolak ke lapangan terbang. Perlu mandi dan 're-pack' bagasi. Sempat ke?

Kami tiba di Lapangan Terbang Khartoum kira-kira jam 6.15 petang. 'Check-in' semula memang tiada masalah. Cuma Business Loungenya tidak menarik sangat dan Kapal terbang bertolak awal. On time cuma perlu bergerak sejam awal menaiki kapal terbang. Penerbangan mengambil masa 3 jam untuk tiba di Doha. Tansit selama lebih kurang 1 jam sebelum meneruskan perbangan ke KLIA yang memakan masa 7 jam 10 minit. Kami tiba di KLIA kira-kira jam 2.00 petang, 18 Mei 2009.

Jika ada yang bertanya kenapa sedikit sangat gambar-gambar di Sudan. Jawaban yang mudah ialah memang sukar untuk mengambil gambar di sini kerana terlalu banyak pantang larang, silap-silap hari bulan di tahan pihak berkuasa jika tersalah tempat !!!

Jika ada yang ingin membeli 'fridge magnet' pula yang saya terjumpa hanyalah 'fridge magnet' bendera Sudan di lapangan terbang. T-shirt Sudan? Jangan Mimpi hendak berjumpa. kebanyakan kraftangan pula lebih berunsur Kenya.

Ini hanyalah cebisan daripada pengalam berharga saya... Tak gitu Mas, Mail & Oxford?

Tuesday, May 19, 2009

It's Official - Qatar is the 23rd Country That I Visited !!!









I have this illusion that for the Year 2009 I want to add 3 more countries in the List of Countries that I have visited since 1997 (Yes... prior to 1997 I only "Cuti-Cuti Malaysia") Ilusi ini memang mengujakan tetapi amat mencabar kerana sejak berpindah tempat kerja saya yang baru, saya telah berhibernasi di pejabat sejak Oktober 2008. Sehinggalah bulan ketujuh barulah saya mendapat 'assignment' untuk ke luar negara yang mana memungkinkan untuk saya menambah 2 lagi koleksi negara !!! Alhamdulillah... Untuk melancong sendiri... memang boleh tetapi negara-negara jiran dan dihubungkan Air Asia hampir semua telah di jelajahi kecuali Bangladesh, Taiwan & Australia.

Syukur... tawaran untuk membantu majlis penutup sebuah program di samping bermesyaurat dengan klien-klien di Sudan merealisasikan impian saya selama ini untuk menjejakkan kaki di bumi Qatar. Tentunya 'The Winning City of Doha'.

Mencabar juga ekspedisi ini kerana semua ejen pelancongan berpusat di Doha yang saya hubungi melalui e-mel sama ada tidak menjawab ataupun cuma menjawab secara separuh masak. Lantaran itu saya terpaksa mengambil langkah 'berani mati' untuk keluar di Lapangan Terbang Doha (sebelum masuk di laounge) setelah seorang rakan tidak dapat membuat keputusan segera samada mengikut atau tidak. Bila keluar saja dari Lapangan Terbang Doha setelah membayar Visa masuk sebanyak QAR100.00 macam tak percaya saja sebab airport ni tak tourist friendly langsung. Lama juga lah saya mencari keyakinan untuk bertanya dengan pegawai keselamatan untuk membantu mendapatkan teksi yang boleh dipercayai, boleh berbahasa inggeris dan tahu selok belok Bandaraya Doha untuk saya singgah dan bergambar.

Sewaan selama 5 jam meleburkan USD70.00 saya !!! Tapi ia amat murah jika dibandingkan dengan quotation yang saya dapat daripada agen pelancongan iaitu USD110.00 !!! Dalam masa lebih kurang 5 jam tersebut dengan pemandu teksi berbangsa India beragama Islam berbahasa Inggeris sempat jugalah saya menjengah Qatar Equestrian Club, Sports City (Aspire Academy), Khalifa Sports Stadium (Host for Asian Games 2006), Althelete's Village, Pearl Qatar Project, Qatar University, Al Jazeera TV Station (cannot take pictures), Athlete’s Village, Villaggio Mall (ada 'canal' di dalam mall seperti Mines Wonderland, Doha Corniche (the inn thing for Qatari at the moment), Doha Harbour (a lot of taditional architecture), Emir’s Palace, Traditional Old Souq and Museum of Islamic Arts (masuk percuma).

Usai melancong secara fast track ke Bandaraya Doha (yang tidak digemari oleh Poulo Coelho) sayapun melangkah semula ke Lapangan Terbang Doha. Nasib baik penerbangan seterusnya 'First Class'. Maka dapatlah saya merasa untuk lepak-lepak di First Class Lounge selama lebih kurang 3 jam. Nasib baik juga airport ini kecil jadi duty free shopnya kecil sahaja, jadi tak perlu nak jalan lama-lama menjamu mata. (Saya cuma membeli CD terbaru Amir Diab yang cuma di jual dengan harga USD4.14 - murahkan !!!). Di lounge, saya mengambil kesempatan untuk mencuba jakuzzi dan sauna. Mandi dan membersih diri dan kemudian menikmati 'lunch' arab dan barat yang amat enak sekali. Tepat jam 3.15 petang (waktu Doha) kamipun berangkat menaiki pesawat Qatar Airways untuk menjalankan tugas di Khartoum, Sudan. Penerbangan mengambil masa selama 4 jam.

And... it's official now, Qatar is the 23rd Countries !!!

Sunday, May 10, 2009

It's Not A Passion Anymore... It's An Obsession !!!


Tidak dapat tidak, saya terpaksa mengakui hakikat di atas... memang saya dan Crocs sebenarnya telah melampaui batas 'passion'. Awal bulan April yang lalu saya di kejutkan dengan e-mail yang di hantar oleh seorang rakan mengenai "Crocs Sales of The Year". Ini termasuk dengan model-model Crocs yang belum di jual di Malaysia. Maka sayapun memanjangkan e-mel tersebut kepada saudara mara dan rakan-rakan. Lantaran membuat tempahan. Janjinya 3 minggu untuk proses pengiriman tetapi sehingga kini belum ada perkhabaran yang jelas. Lantas sudah tentu kecewa bersarang di hati. Bayangkan jika ini menjadi realiti maka saya (dan Lisa juga) sebenarnya akan memborong 10 pasang Crocs (dengan separuh harga ) !!! (Nota : bukan semua 10 pasang untuk kami)

Dalam masa yang sama juga saya telah 'mengorbankan' sepasang Crocs Off-Raod yang telah saya pakai lebih 6 bulan kepada Galzean. Puncanya ialah kerana sebenarnya Crocs Off-Road 'Army/Orange' saya itu satu saiz kecil daripada yang sepatutnya saya pakai (ye lah semasa beli dahulu rasa macam OK, petugas di kedai pulak tidak banyak membantu). Maka elok sangat untuk Galzean yang dengar ceritanya sudah mula terpikat dengan Crocs dan merancang untuk membuat koleksi !!!

Kedua-dua cerita tadi sebenarnya telah memungkinkan saya membeli Crocs baru !!! Satu hajat tak sampai dan satu lagi pula telah 'dikorbankan' !!! Lantas proses mencari Crocs barupun bermulalah... Setelah puas menjelajah dari IOI Mall, Lot 10, Ikano Power Centre & Mid Valley tidak juga ketemui yang berkenan. Mulanya saya mencari stok yang masih di jual 50 % tetapi akhirnya pada 10 Mei 2009 yang jatuh pada Hari Ibu Sedunia dan AEON Bukit Tinggi telah menjadi saksi di mana saya telah 'jatuh cinta' dengan Off-Road Mossy Oak/Khaki. Model baru, 'spin-off' & 'special edition' daripada orioginal Off-Road. Lisa pun berkenan. Model ini juga 'ala-ala' Crocs Winter Camo Beach yang telah saya miliki setelah pulang dari Korea tahun lalu. Hmm 'saya yang copy cat Mawi' atau 'Mawi yang copy cat saya'?

Jadi jika ada yang bertanya maka jawabnya... Hingga kini saya memiliki 5 pasang Crocs (1 kasut dan 4 sandal) yang semuanya sayang sayang !!! 2 di pejabat dan 3 di rumah. Kombinasi yang amat menarik.


Memandangkan hari ini adalah Hari Ibu maka setiap pasang Crocs Wanita akan diberikan hadiah 1 jibbitz biasa dan 1 jibbitz bunga. Maka dapatlah juga saya 1 jibbitz biasa yang baru !!! Jibbitz bunga tentulah Lisa yang ambil. Hmm.... Crocs Marry Jane Cotton Candy dia atas saya hadiahkan untuk Lisa sempena tarikh keramat 25 Mei itu. Maka... sudah berapa pasang Crocs Lisa ada?

Saturday, May 9, 2009

Siapa Mikhail Di Hatimu?


Ramlee Awang Murshid (RAM) adalah salah seorang novelis yang saya minati, ikuti, hayati dan dalami novel-novel beliau. Mikhail adalah novel ke-14 hasil kreatif RAM yang diterbitkan oleh Alaf 21 (Saya baru tamat membaca novel ini semalam setelah bertungkus-lumus selama lebih kurang 1 minggu !!!). Jika di ambil kira novel yang diterbitkan oleh penerbitan lain mungkin ada 17 naskhah semuanya. Saya cuma ada 16 buah setakat ini !!! Lewat 19 April 2009 yang lalu, seperti biasa; menjadi rutin tahunan saya (dan sekarang Lisa) mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Jika hendak di kira hasil 'urusniaga'; tahun ini merupakan yang paling sedikit sekali saya memborong. Salah satu yang saya sempat mebeli ialah Novel Mikhail ini. Seperti biasa PBAKL memanng penuh sesak dengan pengunjung terutama pada hari Sabtu dan Ahad. Seingat saya kali terakhir saya bergambar dengan RAM kira-kira 7 -8 tahun yang lalu (ketika mula-mula bertemu dengan penulis hebat ini). Satu beg penuh novel beliau saya bawa untuk ditandatangani. Lepas daripada itu sering kali juga saya dalam berbual dengan beliau meskipun saya tidak menjadi ahli RAM Club. (Nanti-nanti ya RAM... tumpuan saya ke arah lain ketika ini).

Hmm.... Mikhail. Seperti biasa... masih lagi berkisarkan thriller antarabangsa. Tetapi kali ini ia lebih tertumpu kepada situasi Malaysia dengan mengambilkira sedikit latar belakang Amerika Syarikat, New Zealand malah Israel !!! Mikhail - pembunuh upahan profesional yang telah di'brainwash' otaknya !!! Kali ini ia bertunjangkan wang ringgit dan kuasa yang menjadi punca segala kemelut. Masih ada lagi unsur 'cintan-cintun' daripada hero-heroin dengan latar yang berbeza. Ada sedikit melodrama dengan elemen ala-ala hindustan dimana cinta lahir pada pandangan pertama, membutakan, menyedarkan lantas mengatasi segala !!! RAM masih lagi suka membelit dan dibelitkan di dalam novelnya. Jika membaca perlu berhati-hati dan penuh tumpuan. Namun begitu... saya cuma di tarik untuk melekat di kerusi dan terus membaca setelah tamat 1/3 daripada keseluruhan novel. Di awal-awal halaman tidak begitu mengujakan dan diujakan. Cuma satu persoalan... Kenapakah RAM tidak melepaskan Inspektor Sharani yang menjadi mangsa keadaan dan menjadikan beliau sebagai teman hidup Inspektor Zetty? kesian dia... Hahaha....

JaseMario, Novel Mikhail & Ramlee Awang Murshid
19 April 2009 @ PBAKL 2009, PWTC

Friday, May 8, 2009

'Kenangan Di Penjara Setahun Lalu'


Jangan terkejut dengan tajuk entry saya kali ini. Sememangnya saya tidak pernah masuk penjara. Hatta disabitkan kesalahan mahupun berlakon drama apatah lagi lawatan cuti-cuti Malaysia. Bulan Mei tahun lalu saya menonton Break Out bersama Mawi di Seoul. Bukan saya seoranglah. Lisa ikut juga... dan ramai rakan-rakan Yellow Mellow @ YM. Teater Tarian Komedi Tanpa Suara ini mengisahkan tentang 5 banduan yang cuba untuk melepaskan diri dari penjara. Ia merupakan sebuah persembahan pecah panggung di Korea Selatan. Kami memang bertuah dapat menonton di sana. Kini Break Out dalam sesi lawatan ke Malaysia untuk persembahan amal di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Niat di hati memang ingin menonton lagi, namun setakat hari ini saya mempunyai dua tuntutan yang sedang menunggu. Surabaya atau Miri? Yang mana satu bakal menjadi realiti?

Persembahan amal ini akan berlangsung di Wisma MCA, Kuala Lumpur pada 23 & 24 Mei 2009. Waktu persembahan ialan jam 3.00 petang dan 8.30 malam dan harga tiket pula ialah RM63 & RM 93. Break Out juga akan di pentaskan di Dewan Sri Pinang, Pualau Pinang pada 27 & 28 Mei 2009 pada jam 8.30 malam sahaja. Harga tiket adalah sama seperti persembahan di KL. Jika ingin maklumat lanjut bolehlah melayari
sini & sini.




Wednesday, May 6, 2009

Jom !!! Rimba Jinbara Kemensah


Sebenarnya sebelum ke Mid Valley saya dan Lisa telah membawa Najib untuk mandi -manda dan berkelah di Rimba Jinbara Kemensah. Mula-mula rancangannya hendak ke Hutan Lipur Sungai Congkak tetapi memandangkan Najib ada pengalaman yang tidak begitu enak di sana maka kamipun menukar arah perjalanan dan meluncur laju ke sini yang sebenarnya lebih dekat dengan ibu kota. Rimba Jinbara Kemensah ini letaknya di belakang Zoo Negara sahaja. Jadi amat mudah untuk ke sini. Memandangkan ini merupakan kawasan persendirian maka kami perlu menyewa chalet jika mahu mandi, berkelah dan melepaskan lelah di sini. Semua kemudahan asas ada. Jika ingin menyewa perlalatan pun ada. Jika malas membawa makanan usah gusar kerana gerai makanan menyediakan makanan yang enak dengan harga berpatutan. Kami menghabiskan masa di sini lebih kurang 2 jam 30 minit. Memang tak puas dan rasa ingin ke sini lagi untuk berendam sampai kecut !!! Baru best...




Sempat lagi berposing dengan Najib tuu...


Tuesday, May 5, 2009

Backyard Monsters & Dinosours Are Back !!!



Hujung minggu lalu Najib datang bermalam di rumah kami. Najib ini jika hendak diikutkan dia berpangkat anak angkat. Tapi Najib ni tak lah memanggil saya babah ke, walid ke, ayah ke, pak cik ke, uncle ke... Najib panggil saya abang saja (Kalau dah panggil saya abang tentulah Lisa di panggil kakak ye). Macam mana Najib ni boleh jadi anak angkat? Dua tahun lalu saya mengikuti Program Sentuhan Kasih anjuran syarikat di mana saya bekerja. Program di bulan Ramadhan ini mengajak para pekerja untuk menaja hadiah hari raya kepada anak-anak yatim yang dipilih. Saya (dan Lisa) telah menaja hadiah untuk Najib yang ketika itu berumur 13 tahun. Perhubungan semasa program selama lebih kurang 5 jam tersebut kekal sehingga kini. Di mana sekurang-kurangnya 2 kali setahun Najib akan bermalam di rumah, pernah juga Najib mengikut saya pulang ke kampung bersama anak-anak saudara saya yang lain. Memandang Najib datang lagi maka kamipun merancang beberapa program dan salah satunya ialah merungkai misteri dinosour dan serangga pelik di belakang rumah.




Pameran Backyard Monsters & Dinosours Are Back ini sedang berlangsung selama sebulan ini di Pusat Konvensyen Mid Valley Megamall Kuala Lumpur akan tamat pada 17 Mei 2009. Tiket Masuk ialah RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak dari 5 - 15 tahun. Pameran di buka dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Ada lebih kurang 9 species dinosour di pameran ini. Jika ingin memegang Ikon Dinosour silakan saja kerana Trynnosaurus Rex @ T-Rex. Selain daripada itu ada juga Deinonychus, Triceraptops dan Apotosaurus. Serangga raksasa juga ada; antaranya ialah belalang mentadu, kala jengking, lebah pepatung dan semut. Antara yang paling menarik minat saya ialah 'mata kumpuan'. Telah 50, 000 orang telah mengunjungi pameran ini termasuk saya, Lisa & Najib. Anda bila lagi? Banyak maklumat yang boleh diperolehi...

Monday, May 4, 2009

AFMASUK10 QHAUD hantar ke 32999


Talian akan dibuka 10.00 malam - 4 Mei 2009.
Talian akan ditutup pada jam 9.00 malam - 9 Mei 2009.
Ayuh Derapkan Langkahmu, Hayunkan Jari Jemarimu.

Sunday, May 3, 2009

AIM 16 (5/5) : Congratulations Damian Mikhail


Ini merupakan kali pertama saya bertemu dengan Damian dengan tunang beliau. Kat Post Party AIM pulak tuu... Kebetulan Damian adalah salah seorang Penyampai Anugerah malam tadi. Alamak.. terlupa pulak saya nak tanya nama tunang Damian ni. Tapi mengikut ceritanya bukan selebriti meskipun kalau tengak gaya macam ala-ala model gitu. Hari tuu macam terbaca Damian dan tunangnya keluar shopping beli baranag persiapan majlis perkahwinan... hehehe. Oppsss... saya bukan stalker yer... bacan kat FB jer. OK... For Both of You - All The Very Best. Jangan tunggu lama-lama yer...




Layan jer lagu "Jelita" - Damian Mikhail ni... (which was released on 14/2/2009). Yang ni dah sah-sah bukan original video klip OK (saya ambil kat YouTube, ini jer yg ada). Adakah lagu ini ditujukan khas oleh Damian untuk 'fiance' dia tu? Sudah semestinyalah kan...:) (Lagi satu.. kita tunggu 'full album' Damian keluar dan dicalonkan untuk AIM 17. Mana tahu dapat Best New Artis & Best Pop Song... hehehe)

AIM 16 (4/5) : Tahniah Kepada Para Pemenang

Majlis :
Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-16 (AIM 16)
Tarikh :
2 Mei 2009
Tempat :
Dewan Merdeka, PWTC, KL
Siaran Langsung :
NTV7
Pengacara :
Bob Lokman, Adibah Noor, dan Afdlin Shauki
Persembahan :
Misha Omar, Dato' Sheila Majid, Joe Flizzow, M. Nasir, Faizal Tahir, Rossa, Hujan dan Meet Uncle Hussien.



Ini adalah ketiga-tiga Trofi yang dimenangi oleh Dato' Siti Nurhaliza. Nasib baik kami sempat bertemu Saida lantas meminta kebenaran beliau untuk mengambil gambar trofi-trofi ini tanpa kehadiran Dato' Siti sendiri yang kini sedang menunaikan umrah di Mekah. Dato' Siti memenangi Anugerah Persembahan Vokal Wanita Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), Album Pop Etnik Terbaik dan Album Terbaik. Yang saya ralat ialah apabila Dato' Siti kalah di dalam persaingan Lagu Pop Etnik Terbaik kerana saya mengharapkan lagu di Taman Teman memenangi kategori ini. Apa-apa pun segudang tahniah untuk Dato' Siti dari saya.


Janda meletup.... itulah gelaran yang sesuai untuk Nora Danish ketika ini. Saya kira Nora Danish cuma datang untuk memeriahkan majlis kerana beliau bukan penyanyi. Nora datang juga tanpa kehadiran geng-geng Gaia beliau iaitu Farish & Tam. Saya cuma ambil kesempatan untuk bergambar dengan Nora Danish kerana Cute begitu teruja untuk bergambar dengan beliau. Hahaha...


Paus memang betul-betul membuat kejutan. Sama sekali saya tidak menjangkakan yang Aizat akan memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) dengan Lagu Kita. Mengikut sejarah AIM, kemenangan selalu berpihak kepada Reshmonu apabila dicalonkan dan saya pula mengharapkan agar Bob AF2 memenangi kategori ini kerana saya kira lagu Cinta Terhalang lebih menguji kekuatan dan variasi vokal penyanyi tersebut jika dibandingkan dengan Lagu Kita yang lebih moderate.



Bertuah betul Jutawan Baru si Tomok. Baru saja menang OIAM3 semalam, sudah dipanggil untuk menyampaikan Anugerah di OIAM (sesuatu yang tak mungkin di rasai semasa New Boyz). Tomok datang bersama Aweera dan Esther. Sambil mengambil gambar saya sempat berbisik kepada Tomok agar beliau menggunakan duit kemenangan beliau untuk mengAFUNDI ISMA agar kedua beradik ini dapat mencipta sejarah menjuarai dua rancangan realiti yang berbeza di dalam tahun yang sama !!!


Tahniah Misha Omar !!! Saya sebenarnya tidak kisah Misha menang kategori Album Pop Terbaik. Tetapi untuk tiga lagi kategori lain? Saya ada pilihan lain; antaranya untuk Lagu Pop Terbaik saya memilih lagu Ketentuan - Ramlah Ram. Tetapi malam ini memang malam Misha sebenarnya kerana telah berjaya menggondol 4 Anugerah (lebih 1 dari Dato' Siti !!!). Ucapan saya - Bila nak buka Pendakap Gigi?



Kalau bertemu dengan Resh memang tak saha kalau tak mengambil gambar. Selalunya saya teruja dengan fesyen fusion yang ditampilkan oleh Resh di setiap Anugerah. Beliau tidak kisah menjadi "istimewa" !!! Dan Resh amat mesra dengan fan !!! Untuk Resh... Tahniah kerana berjaya menggondol Anugerah Rakaman Album Terbaik melalui Harapan. Akan Tetapi... Dimanakah boleh di beli album ini? Tidak pernah saya terjumpa di Speedy Video ataupun Music Valley. Adakah ia diterbitkan untuk AIM sahaja? Hmm... macam juga album Arus Qudus Yasin tuu... mana ada di CD Store?

Berikut Adalalah Senarai penuh Penerima Anugerah (Yang dibold - saya SUKA) :

1. Kulit Album Terbaik
Vignes Balasingam/Remain Unknown - Estranged

2. Rakaman Album Terbaik
Harapan - Reshmonu

3. Album Pop Etnik Terbaik
Lentera Timur - Dato' Siti Nurhaliza

4. Album Nasyid Terbaik
Nostalgia Nadamurni - Rabbani

5. Album Hip Hop Terbaik
OK-Malique

6. Video Muzik Terbaik
1000 Tahun (Mahu Hidup) - Butterfingers

7. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Pada Cintanya - Dato' Siti Nurhaliza

8. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Ayat-Ayat Cinta -Rossa


9. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Raihan- Assubhu Bada


10. Lagu Cina Tempatan Terbaik
Man Jiang Hong - Man Jiang Hong

11. Lagu India Tempatan Terbaik
Ethirrpaarakiren - Anbarasan & Anuratha

12. Album Cina Tempatan Terbaik
Will Be Good - Will Ng

13. Abum India Tempatan Terbaik
Ethirpaarkiren - Anbarasan & Anuratha

14. Lagu Pop Etnik Terbaik
Nafas Cahaya - Misha Omar

15. Anugerah Wirama
Habsah Hassan

16. Persembahan Vokal Di Dalam Lagu (Wanita)
Dato' Siti Nurhaliza - Di Taman Teman

17. Lagu Nasyid Terbaik
Bila Nur Melimpah Hati - Rabbani

18. Lagu Hip Hop Terbaik
Mentera Beradu - Malique & M. Nasir


19. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Aizat - Lagu Kita

20. Album Inggeris Tempatan Terbaik
President - Joe Flizzow

21. Artis Baru Terbaik
Meet Uncle Hussain

22. Lagu Rock Terbaik
Bila Aku Sudah Tiada - Hujan

23. Lagu Pop Terbaik
Cinta Adam & Hawa - Misha Omar

24. Album Rock Terbaik
Hujan - Hujan

25. Album Pop Terbaik
Misha Omar - Misha Omar


26. Lagu Terbaik
Nafas Cahaya - Misha Omar

27. Album Terbaik
Lantera Timur - Dato' Siti Nurhaliza

AIM 16 (3/5) : PINKY BREWSTER?

Kiranya saya seperti berjanji pula dengan Mawi & Ekin. Saya sampai di PWTC tepat pada waktu Mawi & Ekin sedang berjalan dan memperagakan busana "Pinky Brewster" di Karpet Biru (tajaan Celcom kot). Mawi yang nampak kelibat saya terus menunjukkan isyarat bertanyakan projek kecil yang sedang saya usahakan dengan PR beliau. Harap-harap jadilah. Kalau jadi baru boleh diuar-uarkan. Saya perlu banyak lagu menghantar e-mel ke sana dan ke sini untuk membuat pengesahan demi pengesahan. Waduh !!!

Tujuan utama saya ke AIM 16 ini pun kiranya untuk memberi sokongan kepada 4 pencalonan Mawi iaitu Album Nasyid Terbaik (Allah Habeebi - yang merupakan taruhan terbaik Mawi) dan tiga lagu di kategori Lagu Nasyid Terbaik iaitu Allah Habeebi, Serulah Namanya & Teman Hakiki.


Tidak dapat tidak, mesti kena bergambar jugakan... itupun nasib baik sempat menahan Mawi & Ekin ketika keluar meninggalkan dewan untuk pulang kerana seperti biasa, Mawi memang jarang turut serta dengan "Post Party AIM", seingat saya lah... tapi kali ini nak di jadikan cerita; Mawi terlupa membawa Kad Jemputan AIM juga... Mawi... Mawi...:). Lupa pula nak tanya siapa yang menaja pakaian Mawi dan Ekin kali ini haa....?

Bukan tidak puas hati. Bukan menidakkan keputusan AIM. Tetapi saya percaya Album Allah Habeebi sebenarnya adalah merupakan taruhan terbaik Mawi untuk memenangi anugerah di AIM setakat ini. Setelah Album ini tewas di tangan Rabbani (Nostalgia Nada Murni) saya seperti dapat mengagak yang lagu Rabbani "Bila Nur Melimpah Di Hati" yang dicipta lebih kurang 20 tahun lalu akan di nobatkan sebagai lagu Nasyid Terbaik !!! Saya percaya Mawi memang kuat semangat.... Harap-harap Mawi akan menerbitkan album/single yang lebih hebat untuk bertanding di AIM 17 !!!

AIM 16 (2/5) : Ayat-Ayat Rossa


Memang tidak ku sangka banget yang akhirnya dapat bertemu Rossa untuk mendapatkan tanda tangan beliau di CD-CD Rossa milikku. Tambahan pula kan Rossa baru melahirkan album terbaru yang berjudul ROSSA sahaja. Jika dibelek kulit album Rossa ini ada satu bait ayat yang ditulis oleh Rossa yang menarik minat saya, katanya untuk anak dan keluarga beliau..."because of u i still standing tall". Antara lagu-lagu menarik pula termasuklah Hey Ladies, Terlanjur Cinta (feat Pasha Ungu)... sebut pasal lagu ini, bagi saya yang paling sedap pernah di dengar ialah semalam ketika Rossa menyanyikan secara live bersama Faizal Tahir di AIM 16 !!! Sebelum ini saya dengar lagu ini seperti biasa-biasa sahaja !!!.... Tega & Tak Berpaling DariMu juga menarik. Rossa tampak seperti gembira dan berbagga sangat apabila saya menghulurkan CD ini untuk ditandatangani beliau... Apatah lagi ianya Made In Indonesia, maksudnya CD ini di beli di seberang !!!


Takkan nak mengambil tandantangan sahaja kan? Tentulah perlu merakam gambarnya juga. Baju yang Rossa pakai ni seperti ada imej rama-rama/kupu-kupu/butterfly !!! Memang tidak sempat lama untuk berbicara dengan Rossa... lagipun agar tidak 'dimarahin' oleh Pak Guard & peminat-peminat yang lain yang juga ingin mengambil kesempatan untuk mengambil gambar dengan Rossa. Kalau tidak tentu boleh buat promosi blog saya kan... Hahaha.


Ini merupakan CD pertama Rossa yang saya miliki. Sudah tentu di beli di seberang juga. Nak dapatkan yang originallah katakan.... Memandangakan ini merupakan CD kompilasi maka... tentulah banyak lagu yang menggetar jiwa di dalam CD ini. Kita tentu masih ingat akan lagu Terlalu Cinta yang telah menerima Anugerah AIM 15 bagi Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang di Nyanyikan Oleh Artis Luar Negara tahun lalu. Dan Rossa mengulangi kejayaan itu lagi tahun ini dengan lagu Ayat-Ayat Cinta bagi AIM 16. Tahniah Rossa !!! Lagu lain yang TERPILIH termasuklah Atas Nama Cinta, Pudar, Aku Bukan Untukmu (yang sebenarnya saya mulai suka lagu ini setelah mendengar Heliza menyanyikan lagu ini di AF5 satu ketika dahulu), Wanita Yang Kau Pilih dan Tegar.

AIM 16 (1/5) : Jemputan


Saban tahun, AIM menjadi acara 'rasmi' saya dan rakan-rakan. Saban tahun juga kami akan menghubungi 'sahabat-sahabat' yang ada hubungan terus dengan Industri Muzik Malaysia untuk untuk mendapatkan samada jemputan mahupun tiket. Tahun ini dek kerana kesibukan masing-masing maka acara kemuncak industri muzik tanah air tahun ini hampir tidak 'meriah' kerana kami tidak dapat turut serta (perasalah pulak). Bila disebut kami di sini; sudah tentulah merangkumi saya, Mus & Cute. Namun seperti kata pepatah melayu lama... 'Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya'... Alhamdulillah, 'jemputan' yang kami perolehi di tangga PWTC sewaktu majlis hendak bermula ini merubah segalanya. Maka dengan itu, secara rasminya tahun ini kami akan berjumpa dengan Mawi (lagi), Rossa (yang diterbangkan dari tanah seberang), Sheila Majid, Dato' Siti Nurhaliza (ataupun beliau ke tanah suci?) dan tidak lupa juga Jutawan Muda Baru - Tomok !!! (Nak dijadikan cerita tiba-tiba sahaja SMS di HP saya 'jam' sejak petang semalam yang implikasinya saya tidak mendapat sms dari sahabat yang berada di Indonesia yang meminta saya mengambil jemputan AIM dari adiknya di Ampang !!!)


Friday, May 1, 2009

"Selamat Hari Pekerja Sedunia"


Anda Pekerja. Saya Pekerja. Mereka Juga Pekerja. Mesej ini untuk Kita Semua. Semoga Tanggungjawab ini Kita bawa dengan penuh Amanah. Untuk Hari Ini, Esok dan Masa Depan, InsyaAllah.