Friday, September 19, 2008

Wiwi, Kikin & Oren...?




Sudah terang lagi bersuluh yang saya bukanlah salah seorang daripada 'Pejuang' DCL. Ya... Mereka ini memang di gelar 'Pejuang'. MLM dengan saya merupakan satu kombinasi yang sukar untuk difikirkan sekurang-kurangnya sehingga kini. Untuk masa hadapan tentulah tidak dapat saya pastikan, itukan kerja Tuhan. Semalam, bertempat di Ballroom Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur telah berlangsung Majlis Jejak Jaya & Berbuka Puasa Zon Tengah Fasa 2 - DCL. Saya menghadirkan diri di majlis ini dengan tiga alasan iaitu apabila Mak Ani me'release'kan tiket anaknya Azim untuk saya, menghantar beg Cikgu Jah yang telah lama terperap di rumah saya dan tentunya kerana Mawi adalah Duta DCL yang bukan hanya sekadar hadir untuk berbuka puasa tetapi menghiburkan penonton dii majlis ini juga. Saya tiba agak lambat sebenarnya -ketika Azan Maghrib telahpun berkumandang di ruang udara. Usai berbuka puasa ala kadar, saya keluar untuk menunaikan Solat Jamak Taqdim Maghrib & Isyak di Surau di Tingkat 13 (ya... saya sebenarnya bertolak dari Melaka untuk datang ke program ini; jadi layaklah jamakkan?). Seperti berjanji pula, Mawi baru sampai bersama Ikin dan Nasir (oik... tetiba pulak Nasir pakai snow cap/beanie - dah tukar konsep agaknya). Sempat juga bersalaman dengan beliau dan sembang sikit lantas 'hye hye bye bye' kerana perlu bergegas ke surau (saya la) dan Mawi tentunya perlu ke dalam dewan.

Setelah kembali semula ke dalam dewan, orang ramai sibuk bergambar dengan Mawi. Saya tidak turut serta kerana perlu lebih dahulu mengisi perut. Majlis ketika itu masih dihiburkan dengan kumpulan ala-ala ghazal (entah dari mana entah). Kemudian diteruskan dengan penyampaian hadiah Pearl & Diamond Ambassador. Gamat juga seisi dewan dengan tepukan... Tapi apalah yang saya tahu mengenai ini. Apalah ertinya buat saya kan (Lupa pula... Cikgu Jah sebenarnya salah seorang daripada Pejuang Baru DCL). Puas menunggu dan mendengar Ucapan Pengasas DCL; barulah Mawi muncul dengan dua buah lagu. 'Ya Salaam' (dari album Satu dalam Seribu - trek ini dalam album tersebut dinyanyikan bersama dengan Yasin tapi seperti selalu Mawi akan menyanyikan lagu ini secara solo) dan dikuti dengan sebuah lagi lagu Yasin iaitu 'Rindu Padamu' (dari album Mimpi Laila - Yasin. Jika masih ingat... video klip lagu ini menampilkan Wardina). Lagu 'Rindu Padamu' memang sedap dan syahdu di dengar terutama lirik bahasa arabnya, zaman 'dahulu kala' ketika Mawi masih belum melahirkan album pertama rajin juga beliau menyanyikan lagu ini di dalam setiap persembahan beliau. Apa kata Mawi rakam semula lagu ini? Mungkin akan popular semula...



Memandang malas hendak berebut-rebut lagi dengan orang ramai untuk bergambar dengan Mawi di ballroom setelah selesai majlis. Maka kami (Cikgu Jah & Mak Ani) menunggu Mawi & Kikin di Lobi Crown Princess. Ya... sudah jelas lagi bersuluh (aik dua kali guna peribahasa yang sama dalam entry yang sama ni) sekarang yang Wiwi akan membawa Kikin bersama ke majlis-majlis rasmi. Kalau nak tahu cerita, Cikgu Jah telahpun meng'endorse' Ikin sebagai adik ipar beliau... hahahaha. Kan Mawi tuu 'adik' Cik Jah (Nak tahu cerita lengkap - sila tanya saya 'personally', itupun kalau saya nak ceritalah). Saya @ kami lebih tepat sebenarnya perlu menunggu Wan & Mawi untuk berbincang ringkas berkenaan program Ahad ini (insyaAllah semuanya akan berjalan lancar). Sebelum terlupa... Lihatlah gambar saya tuu... menggunakan 'self potrait mode' dengan gadget terbaru saya.... Saya pula masih mampu tersenyum meskipun jelas keletihan, Kan... Kan...Kan...


Lebih kurang jam 10.10 malam barulah Mawi turun. Sebenarnya mereka sudah hendak pulanglah tuuu. Mula-mula Mawi, Ikin dan saya bergambar bergambar bersama. Itupun setelah saya puas mengambil gambar mereka untuk Cikgu Jah & Mak Ani. Ye..lah utamakan mereka yang lebih tua.


Lepas itu tibalah giliran saya pula bergambar dengan Ikin. Eh, saya mendapat persetujuan Mawi dulu laaa... Tak semapat bersembang panjang dengan Ikinpun, tapi sempat juga memanjangkan alamat blog saya pada Ikinlah. InsyaAllah kalau betul masanya bertemulah kita di alam maya ye Ikin, hehehe.


Last but not least... aktiviti rasmi, saya bergambar dengan Mawilah. Ada ke Mawi tak percaya yang warna kegemaran saya Oren. Oh! Mawi... Bukankah warna latar blog ni Oren (atau jingga dalam bahasa rasminya), Kwang-Kwang-Kwang. Baju Melayu Mawi warna oren yang sedondon dengan Ikin ini merupakan kali pertama saya nampak dia gayakan. Ini adalah 'baju melayu cheongsam' ('chinese influence). Lihatlah butang pada lehernya, itulah 'trade mark'nya. Saya tak pasti Mawi tempah di mana, lupa pula untuk bertanya semalam. Tapi mungkin ZulClassique (Kajang) atau Kedai Abg Syed (yang saya lupa namanya) di Tingkat 1, Ampang Point (rasanya saya macam nampak kelibat Abg Syed tuu kat majlis malam tadi). Kejap jer sebenarnya nii... ya lah mawi pun nak balik kan... Nak hantar Ikin lagikan. Setelah selesai bersalam dan bertukar ucapan selamat hari raya dan terima kasih... merekapun pulang dengan SWIFT kemenangan AF3 yang telah bertukar warna dari merah ke hijau pucuk pisang !!! Dan program Ahad ini, insyaAllah akan berlangsung seperti dirancang. Tunggu...... !


No comments: