Tuesday, September 9, 2008

TuneHotels.com, 1Borneo & Borneo Rainforest (Catatan Borneo III)




Ya... saya dan Lisa menyambut Malam Kemerdekaan di Kudat. Pagi-pagi 31 Ogos 2008 selepas sarapan, kami bertolak dari Kudat ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan kami singgah di Tamu Kota Belud yang memang terkenal itu. Kami sempat membeli cenderamata kecil untuk ahli kumpulan Yellow Mellow Korea. Banyak juga barang yang dijual, tetapi kami tidak nampak pula rakyat tempatan menjual sapi. Tempat makan pun ada. Banyak juga kuih tradisional yang kami jumpa. Usai 'rewang' di Tamu Kota Belud, kami meneruskan perjalanan ke KK.

TuneHotels.com @ KK Kalau di Kuala Lumpur, lakasi TuneHotel ini letakkan di seberang jalan menghadap Maju Junction. Di KK dekat 1Borneolah. Kami agak bernasib baik kerana berjaya mendapatkan harga yang amat murah untuk inapan kali ini. Ya.. RM20.00 semalam (secara total ialah RM56.00). Istimewanya hotel ini ialah ia menggunakan konsep 'pay for usage'; lantaran itu kami perlu membayar untuk air cord (12 jam), tuala & perlatan mandi. Hatta nak menonton TV pun kena bayar !!! Lobi hotel ini sempoi habis. Hotel ini juga tidak memiliki tempat parkir sendiri maka kami terpaksa menggunakn 'jockey' untuk medapatkan petak parkir di 1Borneo dengan bayaran sebanyak RM5.00 sehari. Pengalaman menarik? Ada... usai solat terwawih, konon-kononnya kami nak mandi... malangnya air cuma ada keesokan harinya. Airpun di catu? Dengan ruang yang amat terhad, kami terpaksa bersahur di atas katil!

1Borneo 1Borneo adalah HyperMall yang terbesar di East Malaysia. Mungkinkah juga Borneo? Banyak francais yang telah lama bertapak di Semenanjung Malaysia mula membuat debut di sini. Antara yang paling menarik minat saya ialah Crocslah. Jangan risau... harganya sama dengan Semenanjung Malaysia. Besar juga 'concept storenya di sini. Body Shop, Hush Puppies, Watson, Orange, 7E, Starbucks juga ada. GSC juga ada. Giant (alamak... kenapalah Mall bertaraf Suria KLCC ini ada Giant... hehehe, kalau Cold Storage oklah juga). Ada Mega TuneStore juga di sini yang konsepnya lebih kurang Marks & Spencer. Haa... ada Daiso (Kedai 100 Yen dalam versi Malaysia RM5). Ada gerai jual daging buaya. Jamilah Jewelleries (yang terkenal di KK) juga membuka cawangan di sini (cawangan asal di Bandar KK). Jangan risau harganya sama !!! Ada 4 buah hotel di sini. Ada Free Shuttle dari bandaraya KK. Kalau nak bermewah & galmer boleh singgah di sini dengan Helikopter & Hovercraft.

BorneoRainforest Kami berjumpa dengan Cafe Pelancongan ini secara tidak sengaja. Tiba-tiba sahaja kami di sapa oleh pekerja tempat ini untuk masuk. Kita perlu membeli tiket yang berharga RM10.00 yang akan ditukar menjadi kupon untuk membeli barang di dalam. Ketika itu jam menunjukkan lebih kuran 6.00 petang. Menurut pekerja tersebut sedang elok untuk masuk kerana persembahan pentas baru bermula. Konsep Cafe ini amat indah seperti Hutan Hujan Khatulistiwa di Borneo. Di hias penuh dengan pohon-pohon tiruan, ada jambatan gantung, rumah kaum etnik Sabah, Cafe dan gerai-gerai jualan kraftangan Sabah, Sarawak malah seluruh Malaysia juga. Cafe ini juga banyak menjual makanan etnik (KadazanDusun) yang saya ambil kesempatan untuk mencuba. Pentas persebahan juga menarik. Ada 'band' tradisi yang memainkan gong dan persembahan tarian pelbagai kaum etnik dan tentunya mereka akan mengajak penon turut serta. Tidak tahu apa yang nak di beli, kami menghabiskan kupon untuk membayar makanan dan 'fridge magnet' Sabah. Ketika keluar, waktu sudah hampir Isyak. Jangan risau... masih sempat berterawih di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Likas !!!

Singgahan kami di KK (Kudat & Kota Belud juga) kali ini memang bermakna. Bukan sekadar menyambut Hari Kemerdekaan ke 51, tetapi juga sempat berpuasa di perantauan. Yes.. pada 1 Ramadhan 1429H, kami berbuka puasa pada jam 6.24 petang. Jangan jeles ya... Mus, Cute, Azwan, Cikgu Jah, CBN, Suzy, Galzean, Fiza dan lain-lain.

2 comments:

Wanpetunjuk said...

Salam bro...hahahaha....sempat jugak ek bulan2 pose mcm nih..yealah xtvt tetap xtvt yang penting jgn lupa ibadat kepadanya....

Selamat berpuasa terus ke pengakhiran ramadhan dgn tawadduq...

JaseMario said...

Salam Hidayat... sebenarnya masa tukar tarikh tiket Air Asia tempoh hari tak perasan yang tarikh tersebut bakal masuk bulan puasa. Yang sedar akan long weekendnya sahaja. Tapi best jugak boleh buka puasa cepat & terawih di Masjid Terapung di KK.