Tuesday, September 16, 2008

Iftar Bersama World Gang


Satu ketika dahulu Cute, Mus, Zey, Mirose, Chot, SpiderX dan saya secara tidak rasmi menggelarkan kumpulan kami sebagai World Gang. Mana tidaknya, ketika itu pantang ada program yang melibatkan Mawi kami akan meng'available'kan diri untuk turut serta. Ianya bermula dari saban minggu menghadiri konsert AF3 di Stadium Malawati Shah Alam sehinggalah setahun selepas AF3 tamat dimana Mawi berada di zaman kemuncaknya (sehingga kinipun Mawi masih lagi berada di kemuncak). Kami sempat lagi buat t-shirt "The Other Side of The World" untuk dipakai. Itu kisah lama... kini, meskipun kini kami masih lagi menyokong karier seni Mawi, namun keghairahannya tidaklah sehebat dahulu. Aktivitipun terpaksa dipilih memandangkan ramai yang sudah ada komitment masing-masing.

Lantaran lama tidak bertemu antara satu sama lain, saya mengambil kesempatan menganjurkan Pertemuan Iftar pada 15 September 2008 yang lalu secara 'dutch' di warung Pak Maidin, Equine Park, Bandar Putra Permai. Chot tidak dapat turut serta kerana 'hubby'nya pulang lewat dari pejabat minggu ini sementara Zey dan Mirose pula tidak dapat menghadirkan diri kerana ada komitmen lain. Yang tinggal untuk memeriahkan Iftar ini ialah Cute dan Mus semestinya, SpiderX (yang kini bekerja di Cyberjaya), Yeo & Yanie serta saya dan Lisalah.

Gamat juga dibuatnya di Warung Pak Maidin, namun masih terkawal. Buffetnya juga 'affortable' cuma RM19.50 nett seorang. Ada akses Internet percuma dan ada surau untuk Solat Maghrib di tingkat 1. Makanannya boleh tahan... ada kambing + daging + ayam bakar, ABC dan Laksa Penang antara yang menarik.

Tapi, bukan makanan soalnya, pertemuan mengeratkan silaturahim di bulan penuh berkat ini yang lebih utama. Tak gitu?

No comments: