Wednesday, August 8, 2012
Tahniah ASMAWI !!!
Thursday, June 30, 2011
Hambamu - Akhil Hayy, Mawi & Imam Muda
Selamat Menonton Final Imam Muda di Astro Oasis malam esok jam 9.00 malam. Eh... rasa macam nak pergi Dewan Muktamarlah pulaaaak.... Jom !
Sunday, April 24, 2011
Tahniah Kepada Mawi & Ekin Yang Baru Pulang Dari Tanah Suci...
Tahniah kepada mawi dan Ekin yang baru pulang dari Mekah menunaikan Umrah pada 20 April 2011 yang lalu. Dengar ceritanya pasangan ini telah menyertai rombongan umrah bersama satu lagi pasangan terkenal iaitu Ustaz Akhil Hayy & Waheeda. Gambar di atas adalah gambar terbaru saya dengan Mawi yang diambil ketika Konsert Pengenalan AF9 di AEON AU2 baru-baru ini. Ya... benar, saya memakai baju Lat The Kampung Boy Sebuah Muzikal !!!
Wednesday, December 29, 2010
2010 Year End Jaseboard Lagu-Lagu Melayu Top 25
(02) Kau Bagai Udara (Bahrain)
(03) Nokhtah Cinta (Hafiz)
(04) Nadiku (Sabhi Saddi)
(05) Menyesal (Ressa Herlambang)
(06) Sofea Jane (Black)
(07) Kalau Berpacaran (Sohaimi Meor Hassan, Anna Raffali & Altimet)
(08) Tobat Maksiat (Wali Band)
(09) Kebahagian Dalam Perpisahan (Shahir)
(10) Doa Untuk Ibu (Ungu)
(11) Drama King (Meet Uncle Hussain menampilkan Black Mentor)
(12) Jahat (Stacy)
(13) Andai Ku Pergi (Mirwana)
(14) Ku Percaya Ada Cinta (Datuk Siti Nurhaliza)
(15) Menatap Matamu (Aril AF7)
(16) Belalang Oh Belalang (Mawi)
(17) Amarah (Datuk Siti Nurhaliza & Kris Dayanti)
(18) Susun Silang Kata (Aizat)
(19) Menggegar Dunia (Adam & Stacy)
(20) Penyembuh Rindu (Mawi & Diana Dianielle)
(21) Ku Ada Kamu (Adira)
(22) Tolong Ingatkan Aku (Anna Raffali)
(23) Cinta Sempurna (Yuna)
(24) Yang Sempurnakanku (6ixth Sense)
(25) Selamat Malam (Faizal Tahir)
Monday, December 20, 2010
IDOLAKU Mawi !


Sejak bila Mawi Pandai meniup seruling ini?

Kalau Kompang memang sahlah Mawi boleh memukul rentaknya...

Nota Jase :
Buah nangka yang ditunggu akhirnya gugurnya. Setelah hampir 2 tahun peminat Mawi menunggu akhirnya terbit juga buah tangan Mawi yang telah lama disebut-sebut ini. Yang dimaksudkan ialah album terbaru Mawi yang diberi judul Idolaku. Memang sudah lama disebut-sebut.
Album ini mengandungi 15 trek dan ditampilkan dalam tiga kategori iaitu lagu-lagu lama yang diterbitkan semula, lagu lama yang dirakam semula secara berduet dan lagu baru. Antara lagu lama yang diterbitkan semula ialah "Lagu Jiwa Lagu Cinta" dari album perdana Mawi, Lagu Raya Mawi "Ayah Aku Rindu Padamu" dan "Ya Salam" (duet Mawi bersama Yasin) dari Album Satu Dalam Seribu. Sementara Lagu-lagu lama yang dirakamkan secara berduet dengan penyanyi asal/idola Mawi termasuklah "Dari Kekasih Kepada Kekasih (duet bersama Hattan), Rela Menanti (duet bersama Fauziah Datuk Ahmad Daud (asalnya Ogy berduet dengan Ebby Saiful)) dan 'Menyesal Tak Berguna" duet beliau bersama Jay Jay. Dalam pada itu Lagu "Geram" nyanyian asal Black Dog Bone dinyanyi semula secara berduet oleh Mawi bersama Aznil (Ya... Pak Nil). Sementara lagu baru solo dendangan Mawi ialah Menanti Hikmah dan Barangkali.
Album ini memang wajar dimiliki oleh semua peminat Mawi !!!
Sunday, December 19, 2010
Kenangan Jalan Ipoh

Gambar tidak bertarikh ini di ambil di sebuah sekolah rendah di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Ketika itu Mawi datang sebagai Jemputan Khas untuk Hari Terbuka Sekolah Tersebut. Saya dan Galzean tumpang sekaki untuk memeriahkannya. Cikgu Jah yang menjemput kami sebenarnya. Kisahnya, saya baru mengambil gambar ini dari Cikgu Jah setelah melawat beliau petang tadi sebelum beliau menjalani pembedahan pada 21hb Disember 2010 nanti.
Selamat Menjalani pembedahan untuk Cikgu Jah; semoga selamat segalanya.
Untuk Mawi pula... dah lama menyepi ni, Huhuhu...
Saturday, September 25, 2010
Semalam Magis Telah Berlaku..

Saya dan Lisa sempat menonton MAGIKA terbitan KRU Studios semalam. Sebuah Filem Muzikal arahan Edry Abdul Halim yang amat ditunggu-tunggu oleh peminat filem Malaysia setelah ditunda tayangannya sejak bulan mac yang lalu. Sesungguhnya penantian ini amat berbaloi kerana hasilnya amat membanggakan.
Apa yang pasti segala teknologi CGI yang digunakan di dalam filem ini adalah lebih baik, cantik dan realistik jika kita hendak bandingkan dengan 2 keluaran filem KRU Studio yang terdahulu, Cicak Man & Cicak Man 2. Syabas saya ucapkan. Kita memang tidak akan malu untuk membawa filem ini untuk bertanding di Pesta Filem di luar negara.
Dari segi naratifnya pula. Sebagaimana agakan saya, filem ini sesuai untuk di tonton oleh semua golongan. Ibu Bapa patut membawa anak-anak mereka untuk bersantai sambil menonton filem ini. Meskipun watak yang muncul adalah daripada sejarah dan cerita rakyat yang tedrdahulu (kita mungkin dapat mengingatkan Shrek yang juga mengambil langkah yang sama), ia di tampilkan dengan begitu kreatif yang memungkinkan mereka yang tidak pernah hampir dengan cerita rakyat mungkin merasakan ia adalah watak yang diwujudkan hasil imiginasi penulis skrip.
Namun begitu secara jujur saya agak kesal dengan lagu-lagu yang di muatkan di dalam filem ini. Meskipun banyak lagu yang ditampilkan (sudah semestinya, ia adalah filem muzikal), namun tidak begitu banyak lagu yang merdu yang mapu meninggalkan kesan kepada kita. Antara yang masih berlagu di kotak fikiran saya tentunya cuma lagu Penyembuh Rindu (Mawi & Diana Danielle), Lagu Kita Bersaudara (KRU), Lagu Tidur Dahulu (Diana Danielle, Fimie Don, Dato' Jalaluddin Hassan & Ogy Ahmad Daud) dan Lagu Selamat Tinggal Magika (para pelakon magika). Yang lain tidak dapat terserap di kotak fikiran secara terus ketika menonton filrm tersebut.
Lakonan? Sungguh ramai bintang yang membuat 'cameo' di dalam filem ini. Ziana zain menampilkan lakonan yang paling berkesan. M. Nasir yang cuma membuat kemunculan di 'hampir garis penamat' juga amat berbekas. Pak Nil, Ogy Ahmad Daud, Dato' Jalaluddin Hassan dan Adibah Noor sungguh mengujakan. Lakonan peneraju utama; Mawi, Diana Danielle dan Fimie Don berada di atas garisan piawai. Lakonan Mawi sesungguhnya jauh lebih baik berbanding dengan kemunculan pertama beliau di dalam Jin Notti !!!
MAGIKA mungkin memerlukan lebih dari MAGIS untuk mencapai sasaran kutipan yang diuar-uarkan oleh sebuah filem lain iaitu RM 40 juta. Tetapi sudah tentu saya tidak ada masalah untuk menonton sekali lagi !!! Jom !!!
Wednesday, August 25, 2010
Selamat Ulang Tahun ke 29 untuk Mawi !!!
Majlis Berbuka Puasa, Preview Telemovie "Pak Nil... Ibu Kirim Salam", Preview Drama Bersiri "Seruan Pulau Nami", Preview Single Terbaru Mawi "Menanti Hikmah" dan Sambutan Ulang Tahun Mawi yang ke 29. Terima kasih Kepada mawi dan Ekin kerana sudi memanjangkan jemputan. Semoga di berkati Allah, di panjangkan umur, di murahkan rezeki dan di beri kesihatan yang baik. Ameen...
Monday, August 2, 2010
Tak Mungkin Berpaling Kerana Mawi?

Ini adalah antara klip video yang sedang menjadi sebutan ramai ketika ini. Bukan kerana kecanggihan klip video ini yang menampilkan teknik CGI yang maha indah dan penuh dengan 'wow' tetapi adalah kerana video ini memaparkan 'story board' yang agak 'berpaling' daripada bait-bait lirik lagu ini. Jika di tatapi, lirik lagu 'Tak Mungkin Berpaling' ini memang adalah lagu cinta 100% yang tiada langsung maksud tersirat (penulisan lirik lagu rock balada awal 90an memang sebegitu). Namun begitu jika diteliti klip video versi baru Mawi yang menampilkan Zamani ini (yang juga penyanyi asal lagu ini ketika bersama Slam) agak lari dan mengelirukan. Kisahnya berkenaan sekumpulan perompak. Tafsirannya membuatkan kita berpaling 180 darjah daripada kebiasaan kemungkinannya. Namun begitu mungkin ini adalah tindakan paling kreatif dan wajar yang boleh dihasilkan daripada tenaga kreatif terbabit. Mungkinkah begitu?
Apa-apapun tahniah Mawi kerana berjaya mngembalikan nostalgia lagu ini buat saya. Bagi mereka yang ingin memiliki lagu ini secara original, sila dapatkan CD terbaru Mawi "The Best of Mawi" dengan harga RM 26.90 yang baru sahaja beredar di pasaran. Banyak lagi lagu-lagu menarik yang terdapat di dalam album bekembar ini. Antaranya ialah Mungkin Langitmu Lebih Biru, Doa Dalam Lagu (duet bersama Heliza), Talally Maak ('live' duet bersama Salima), Kian, Aduh Saliha, Hanya Untukmu (dari filem Pesona Non Grata) Saksi (duet bersama Rabbani) dan Gadis Melayu ('live' duet bersama Jama Abdillah).
Saya sudah memilikinya... Anda bila lagi?
Saturday, June 12, 2010
Saturday, May 8, 2010
AIM 17 - Coretan Saya... Maaf Terlambat
Antara trivia-trivia yang perlu saya ketengahkan termasuklah :
(01) Persembahan pembukaan CTKD dengan lagu Jika Kau Tak Datang sungguh mengkagumkan dan memukau. Mendapat tepukan gemuruh bukan sahaja di dewan malah di rumah bagi mereka yang menonton di kaca tv.
(02) Persembahan kedua oleh kedua pengacara AIM 17 - Afdlin & Adibah sungguh-sungguh 'Unsangkarable'. Tindakan mereka mengubah lagu Pagi dan Gelap (Hujan) dan Lagu Ku untukmu (Meet Uncle Hussain) membuatkan kita ketawa sihingga tak kering gusi dan hampir pecah perut.
(03) Persembahan 1Malaysia oleh Sheila Majid, Jaclyn Victor & Karen Kong (Siti Nurhaliza Cina) dengan lagu Cinta Ada juga akan menjadi antara persembahan yang akan disebut-sebut sehingga tahun depan. Sheila memang pukul habis...
(04) Mawi tak kena boo. Alhamdulillah....:). Tapi Mawi balik awal yaa malam tersebut. Huhuhu...
(05) Kedua-kedua artis Cina dan India yang membuat persembahan pada saya belum layak untuk beraksi di Pentas AIM.
(06) GLee Malaysia !!! Deangn lagu Satu Harapan (nyanyian asal Jac). 8 penyanyi muda telah berpadu suara, tenaga dan langkah tari untuk menutup AIM 17 dengan 'Da Bomb'. Namun yang paling menonjol tentulah Iqwal (WCOPA 2008) dan Alif Satar (OIAM 1).
Berikut Adalah Keputusan penuh AIM 17 :
Artis Baru Terbaik
Yuna
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Hazami (Survivor) (Saya sokong keputusan ini !!!)
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Dato Siti Nurhaliza (Ku Percaya Ada Cinta) (Seperti yang telah ku duga !!!)
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Dato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti (Amarah)
Kulit Album Terbaik
Sarah Joan Mokhtar (To Prevent The Earth From Moving With You – Disagree)
Rakaman Album Terbaik
Akasha (Into..Akasha)
Video Muzik Terbaik
Oh! Sizuka (Pop Shuvit)
Lagu Pop Etnik Terbaik
Enjut (Noraniza Idris)
Album Nasyid Terbaik
Allahu Rabbi (InTeam) (Akhirnya... dapat juga InTeam anugerah !!!)
Lagu Nasyid Terbaik
Dia Muhammad (InTeam)
Album Rock Terbaik
Adrenalin (Faizal Tahir)
Lagu Rock Terbaik
Situasi (Bunkface) (Yes !!! Yes !!! Yes !!!)
Album Pop Terbaik
Dayang Live (Dayang Nurfaizah) (Congrats Dayang. Saya akan cari CD ini selepas ini)
Lagu Pop Terbaik
Dan Sebenarnya (Yuna)
Album Hip Hop Terbaik
K.O. The Mixtape (DJ Fuzz & Malique)
Lagu Hip Hop Terbaik
Cerita Kedai Kopi (DJ Fuzz & Malique)
Album Inggeris Tempatan Terbaik
To Prevent The Earth From Moving With You (Disagree)
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Deeper Conversation (Yuna)
Album Cina Tempatan Terbaik
I’m Karen (Karen Kong)
Album India Tempatan Terbaik
Life Is A Mystery (Shruthi)
Lagu India Tempatan Terbaik
Uyartinthidu Thozha (Jey Raggaveindra, Ashokan, Dr Ombala, Sidhartan, Jegathisan)
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Aku Wanita Biasa (Kris Dayanti) (Lagu ni memang best !!!)
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Jenny Chin (Karen Kong/Dato Sheila Majid/Jaclyn Victor)
Lagu Terbaik
Dan Sebenarnya (Yuna) (Tak sangka, tapi suka)
Album Terbaik
Adneralin, Faizal Tahir
Anugerah Kembara
Bunkface
Anugerah Wirama
Adnan Abu Hassan
Monday, April 26, 2010
Rakaman Konsert Istimewa MAWI @ Astro Ria
Promo Konsert Istimewa Mawi di Astro Ria. Rakaman dibuat pada 25 April 2010 sesudah Debaran AF berakhir. SMS daripada Nasir (PA Mawi) dan juga Cikgu Jah telah memaklumkan kepda saya tentang program ini. Alhamdulillah, ada juga kelapangan untuk turut memeriahkan. Apatah lagi dapat duduk di kerusi paling hadapan sebaris dengan Ekin (OK) & Cik Bahar....Oh... Tidak. Tarikh siarannya? Entahlah... Sayapun kurang pasti.
Semasa siara langsung Debaran AF saya nampak kelibat Reza. Tidak sangka pula beliau adalah Pengacara bagi Konsert Istimewa Mawi @ Astro Ria ini. Untuk rekod, Reza yang saya maksudkan ialah Reza DJ ERAfm yang juga bekas Pelajar AF3.
Mawi telah memilih lagu Sujud sebagai pembuka tirai konsert. Lagu ini pada asalnya didendangkan oleh Mawi dengan menampilkan adik-beradik KRU (Ya... Abg Long @ Norman ialah Pengetua AF8 !!!). Untuk Konsert ini, Zahid AF2 telah dijemput untuk menyanyikan bahagian KRU. satu tindakan yang amat bijak.
Mawi meneruskan persembahan dengan menyampaikan Lagu Nasyid Serulah NamaMu yang dipetik daripada Album Allah Habibi. Lagu ini agak kurang berkumandang di corong-corong radio. Lagipun stesen Radio sekarang memang AMAT KURANG SEKALI memutarkan Lagu Nasyid. Saya pun hairan. Tetapi Lagu Religi dari Band Seberang kerap juga diputarkan.
Mawi tampil lagi dengan Lagu Duet iaitu Penyembuh Rindu. Lagu Tema Filem MAGIKA (hasil nukilan Edry dari adik beradik KRU, lagi?). Lagu ini dinyanyikan bersama pasangan duet sebenar iaitu Diana Danielle. Ini saya kira sebagai salah satu usaha untuk mempromosi habis-habisa MAGIKA yang bakal berputar di skrin cineplex untuk Musim Aidil Fitri tahun ini. Semoga Sukses KRU, Mawi & Diana !!!
Zahid AF2 sekali lagi dijemput untuk menggantikan pasangan duet Mawi untuk single terbaru Mawi dari Album Idola iaitu Tak Mungkin Berpaling. Lagu ini telah berputar di sekurang-kurangnya ERAfm, saya berkata begitu kerana belum terserempak dengan lagu ini dimainkan di HOTfm. Lagu ini terpaksa dirakamkan dua kali untuk mencapai kepuasan maksima setelah Zahid telah terlupa lirik pada suntingan pertama... Ok, Ok aja Zahid. Lagipun ini bukan lagu awak kan...
Mawi melabuhkan tirai konser dengan sebuah lagi Lagu Nasyid iaitu Allah Habibi. Dinyanyikan oleh Mawi dengan penuh perasaan. Ya... Lagu ini memang sedap juga didengar.
Puas bersembang dengan Mawi malam ini. Yang ralatnya Mawi tidak sempat mendendangkan lagu Hijab & Belalang (lawak je). Hampir setengah jam jugaklah kami berborak-borak sambil ditemani oleh Ekin, Nasir dan Cikgu jah dan anak murid beliau. Pokok bicara terutama tentang Jiwa Kacau, Drama Salam Pulau Nami (saya lupa tajuk sebenar), ABP yang lalu dan macam-macam lagi. OK... InsyaAllah berjumpa lagi di AIM. Aduh...Mana Kad Jemputanku? Belum dapat lagi. Huhuhu..
Tuesday, March 16, 2010
Aiskrim Lagi?
Monday, March 15, 2010
Malam Bersama Bintang !!!
Nota Jase : Tetiba sahaja dapat SMS yang mengatakan Mawi akan mengikuti promosi KRU Berhad di Malam Bersama Bintang di Dataran FINAS pada 12 Mac 2010 yang lalu. Lantaran kerana dah lama tidak berjumpa dengan Mawi maka sayapun merangka rancangan untuk menjengah ke Dataran FINAS. Beberapa SMS dan panggilan telefon susulan telah saya buat kepada Cute, Yeo, Rezza, Mus, Galzean, Cik Bedah, Cikgu Jah dsb. Cuma Galzean sahaja yang dapat menyahut ajakan. Cikgu Jah juga sebenarnya. Sementara Cute yang 'kata OK' tiba-tiba tak jadi datanglah pula. Perancangan saya dengan Galzean terpaksa ditukar di saat akhir dek kerana 'macet' yang teramat sangat. Aklhirnya kami pergi dengan menaiki motosikal Galzean sahaja. Sementara Cikgu Jah pula datang dengan teksi bersama dengan anak-anak murid beliau.
Saya tiba kira-kira jam 9.15 malam. Lebih kurang 5 minit lebih lewat sedikit sahaja daripada Mawi dan Ekin. Di pentas ketika itu Ruhil sedang menyampaikan lagu antaranya termasuk lagu KAWAN. Usai Ruhil saya kira Nash mengambil pentas dengan tiga buah lagu termasuk KU DI HALAMAN RINDU (yang sungguh syahdu dan mendayu-dayu, teringat semasa 'sekolah' dahulu). Maknanya saya telah terlepas Joey BPR dan Aris Ariwatan. DARI SINAR MATA dan LAMUNAN TERHENTI?
Kemudian tibalah giliran Ayu KRU Berhad tampil untuk mempromosikan filem-filem KRU seperti JIN NOTTI, MAGIKA (yang penuh dengan bintang-bintang, mawi menjadi BADANG) dan HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA. Mawi muncul dipentas untu kuiz dan sayapun dipanggil untuk menjawab soalan; maka dapatlah saya goodie bag yang penuh dengan barang-barang. Mawi kemudian berduet dengan Diana Danielle. Kemudian Diana menyambung promosi sebelum berduet sekali lagi dengan Mawi. Malam ini amat bertuah kerana kami juga turut berpeluang untuk menonton Trailer MAGIKA dan HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (yang trailernya sungguh mengujakan !!!).
Untuk malam ini, KRU telah berbaik hati dengan menayang semula secara percuma JIN NOTTI !!! (Untuk rekod saya telah menonton 2 X.)
Saya, Cikgu Jah & Galzean cuma dapat bertemu Mawi (dan Ekin) setelah tamat sesi autograf Mawi bersama peminat. Seketika cuma kerana Mawi perlu bergegas ke Kuala Terengganu untuk promosi ABPBH. Jumpa lagi ya Mawi !!!
Monday, February 1, 2010
Jelajah Persada Episod 2 : Perjalanan Bermula Lagi & Cendol Pak Man
Episod kedua kami dirancang dalam keadaan yang tergesa-gesa dan amat singkat. Persetujuan awal di atara Mas, Oxford dan saya ialah kali ini kami akan menjelajah Negeri Pahang. Antara hentian yang difikirkan secara dasar termasuklah Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu (sempadan Negeri Pahang), Raub (Kuala Lipis - daerah kelahiran Datuk Siti Nurhaliza), Tekam Plantation Resort, Temerloh (untuk menikmati Ikan Patin Masak Tempoyak), Tasik Bera/Tasik Chini, Bandar Baru Rompin, Pekan & Sungai Lembing. Tetapi sehingga saat akhir tiada keputusan jitu dan kami masih berbalas-balas e-mel sehingga ke malam sebelum bertolak, 28 Januari 2010.
Keadaan bertambah parah keesokkannya, apabila lebih kurang jam 6.43 pagi, 29 Januari 2010; saya mendapat panggilan telefon daripada Mas mengatakan yang Oxford (sms daripada Oxford kepada saya cuma masuk ke telefon bimbit saya kira-kira jam 7.15 pagi) tidak dapat turut serta kerana anak saudara beliau telah dimasukkan ke hospital disyaki demam denggi berdarah (Alhamdulillah ketika saya menulis artikel ini semuanya telah selamat). Dalam perkiraan kami untuk mengajak rakan sekerja lain kami juga membuat keputusan untuk menukar 'rendezvous' dari Old Town Rawang kepada Surau PERMATA. Dek kerana sukar mendapat pengganti, maka kami mengambil keputusan untuk meneruskan EXPLORE dengan tiga orang (Mas, Lisa dan saya) dengan menggunakan 1 kereta sahaja. Dan Perodua Myvi Mas telah menjadi pilihan kerana ia lebih menjimatkan minyak !!!
Perjalanan cuma dapat bermula kira-kira jam 9.15 pagi dari Surau PERMATA. Hentian pertama kami ialan PSS (PETRONAS Service Station) NKVE untuk mengisi minyak (kereta) dan minum pagi (kami). Saya dan Lisa telah terlebih dahulu bersarapan, maka kami hanya menemani Mas dengan minum pagi dengan menu serawa pisang dan bubur kacang sementara Mas yang masih belum makan mengambil peluang untuk bersarapan dengan lontong. Kemudian Myvi meluncur laju menuju Pahang kira-kira jam 10.30 pagi.
Dalam sibuk kami bersembang dan mendengar lagu di dalam kereta tiba-tiba sahaja kami telah melepasi Rawang untuk menuju Kuala Kubu Bharu. Mas yang memang tahu saya peminat Mawi tiba-tiba teringatkan Gerai Cendol Pak Man. Mengikut ceritanya Mawi pernah singgah untuk minum di sini dan Pak Man pula telah mencetak gambar beliau bersama Mawi dan mempamerkan gambar-gambar tersebut di gerai milik beliau. menurut kisahnya lagi, lali terakhir Mas yang teringin menjamah cendol tersebut sebaliknya gagal berbuat demikian ialah ketika dalam perjalanan pulang dari urusan rasmi dari Perak bersama Oxford dek kerana Oxford telah kekenyangan. Tentunya kali ini kami tiada halangan untuk singgah. Dan cendol? Ya... saya sudah lama tidak makan cendol.
Apa yang pasti, Cendol Pak Man memang sedap (santan asli dan segar saya kira). Memang berbaloi untuk singgah dan menikmati Cendol Pak Man ini. Selain cendol dari pelbagai tambahan perisa seperti kacang, jangung dan pulut; gerai ini juga ada menjual Laksa Kedah (yang kelihatan amat enak sekali, tetapi sayang saya tidak mampu untuk makan laksa di waktu pagi) dan juga beberapa jenis mee. Pengunjung Gerai Cendol Pak Man ini juga boleh tahan ramainya.
Usai menjamu selera dan perutpun sudah kenyangan (ingat bidalan lama... Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Suka Hati - begitulah kami) maka kamipun mengambil kesempatan untuk mengambil gambar. Saya secara peribadi mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan Pak Man dan juga bergambar kenang-kenangan dengan beliau. Entah bila dapat makan cendol di sini lagikan....
Perjalanan di teruskan kira-kira jam 11.59 minit pagi. Singgahan seterusnya ialah Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu. Sebelum kami secara rasmi akan memasuki Negeri Pahang Darul Makmur !!! Nantikan saja...
Thursday, January 21, 2010
Ulang Tahun Ke 2 murai.com.my
Terima Kasih kepada Slen kerana sudi menjemput. Terima Kasih kepada Cute kerana sudi memanjangkan jemputan tersebut kepada saya juga. Jika tidak tentu saya perlu 'melepaskan' majlis ini. Lantas dapatlah saya membuat liputan secara tidak rasmi. Jika nak dikiranya tujuan saya ke majlis ini selain daripada menyambut Ulang Tahun Kedua portal hiburan MURAI tentulah kerana ingin bertemu dengan Mawi & Ekin.
Lagi? Apa ko tak puas-puas ke kau ni? Bukan masalah puas atau tidak. Namanyapun memberi sokongan, jika ada kelapangan tentulah sokongan akan diberikan kepada Mawi kan?. Lagipun saya ingin mendapat penjelasan daripada mulut Mawi sendiri berkenaan dengan LambaiLambai dan jika kesempatan mengizinkan tentunya ingin membawa rombongan ke JB untuk pelancaran medan selera tersebut. Itupun begantung kepada jadual semua "Kawan Kawan Mawi" juga. Kalau nak ikut, jenguk-jenguklah selalu di sini. OK? Tunggu sahaja maklumat lanjut.
Menurut statistiknya juga ini merupakan kali pertama saya bertemu muka dengan Black. Semasa Mentor 3 saya cuma menonton di kaca televisyen sahaja. Hajat tidak kesampaian untuk memberi sokongan secara dekat. Tahniah kerana Black sekarang ini 'dijaga' oleh Man PA. Aha... Qhaud & Aishah pun ada juga. Iya lah... semasa AJL dahulu Aishah datang seorang kerana Qhaud ada penggambaran drama. Kali ini ambil kesempatanlah datang berdua. Bukankah begitu?
Yang lama saya tidak berjumpa, Alif juga ada. Selalu berbual di telefon sahaja, itupun kerana Alif tidak mempunyai FB. Kali ini baru berjumpa tetapi malangnya saya tidak sempat berbual panjang dan bergambar !!! Jangan Nakal ya Alif...
Ella yang datang agak lewat juga diserbu ramai peminat. nasib baik saya sempat bergambar meskipun tidak sempat mendapatkan tanda tangan beliau di CD Ella yang saya ada bawa bersama. Mungkin lain kali lah.. Lagipun Ella akan bersaing di HITS 1 Akhir 28 Februari ini kan..
Eh... Majlis bertemakan 80an ini tampak meriah sekali. Makanan yang dihidangkan juga sedang elok kerana menu tidak terlalu 'lavish' dan waktu makan juga mengikut jadual. Memandangkan hidangan berbentuk 'buffet', maka bolehlah berulang kali tetamu menambah. Persembahan artis juga ada yang menyentuh hati. Lagu Careless Whisper (Fazli Zainal), Lagu Ku Ke Udara Lagi (Alyah) antara dua dari banyak-banyak yang saya suka. Sekali lagi, tahniah murai.com.my !!!
Wednesday, January 20, 2010
Senarai Top 5 ABPBH 2009
1. Penyanyi Lelaki Popular
Adam
Akim
Aizat
Faizal Tahir
Mawi
2. Penyanyi Wanita Popular
Jaclyn Victor
Mila
Dato’ Siti Nurhaliza
Stacy
Yuna
3. Penyanyi Duo/Kumpulan Popular
Adam & Stacy
Bunkface
Hujan
Meet Uncle Hussain & Black
6ixth Sense
4. Penyanyi Nasyid Popular
Hijjaz
In-Team
Rabbani
Raihan
Saujana
5. Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Afdlin Shauki
Farid Kamil
Que Haidar
Zul Huzaimy
6. Pelakon Filem Wanita Popular
Diana Danielle
Lisa Surihani
Liyana Jasmay
Maya Karin
Sharifah Amani
7. Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Fahrin Ahmad
Fizz Fairuz
Fizo Omar
Remy Ishak
8. Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha
Noorkhiriah
Rozita Che Wan
Scha Alyahya
Tiz Zaqyah
9. Pengacara TV Lelaki Popular
AC Mizal
Ally Iskandar
Aznil Nawawi
Faizal Ismail
Nabil
10. Pengacara TV Wanita Popular
Cheryl Samad
Fara Fauzana
Nurul Shuhada
Raja Azura
Sarimah Ibrahim
11. Penyampai Radio Lelaki Popular
AG
Aznil Nawawi
Din Beramboi
Faizal Ismail
Kieran
12. Pengacara Radio Wanita Popular
Abby Fana
Fara Fauzana
Nana
Linda Onn
Sharifah Aleya
13. Artis Komedi Lelaki Popular
AC Mizal
Afdlin Shauki
Nabil
Saiful Apek
Zizan
14. Artis Komedi Wanita Popular
Aliza Abdullah
Didie Alias
Kenchana Dewi
Noorkhiriah
Nik Sayyidah
15. Artis Baru Lelaki Popular
Akim
Aril
Black
Gambit
Hafiz
16. Artis Baru Wanita Popular
Dira Abu Zahar
Isma
Putri Mardiana
Tiz Zaqyah
Yuna
Sunday, January 17, 2010
Yang 'Sempat-Sempat' di AJL 24
Cute terpaksa menarik diri saat akhir. Deman dan tiada suara katanya. Lagipun Cute telah datang malam sebelumnya menonton raptai penuh. Begitu juga dengan 'protege' beliau. Sudahnya tinggal saya, SpiderX (Bro... bila nak e-mail gambar aku kat kamera canggih ko tuh? Jangan lambat sgt ya...), Zey & Mirose yang meneruskan niat menonton AJL secara 'live' malam tersebut.. Dek kerana ketiga mereka datang lambat kira-kira jam 8.15 malam maka kami terpaksa ke Aras 4 dan duduk di tempat mana yang ada. Sudahnya saya terpaksa duduk di bawah kamera !!! Tapi tak mengapa, janji 'live'. Lain benar jika hanya menonton di kaca TV. Dalam pada menunggu mereka sampai, saya sempat bertemu dengan Mawi & Ekin tetapi tidak dapatlah mengambil gambar kerana tiada juru kamera (SpiderX lah tuh). Terlepaslah peluang kali ini. Cuma sempat berbual sekejap saja dengan Mawi, yang sempat juga bertanya "mana yang lain?". Lantas di hawab oleh saya "masih dalam perjalanan". Mawi dan Ekin juga perlu mengejar 'Red Carpet'. Jadi saya pun tidak mahu bersembang panjang lagipun kalau lama-lama sangat nanti ramai pulak yang menahan mereka untuk bergambar!!!
Usai AJL maka saya dah SpiderX masih menunggu untuk mengambil gambar sekeliling. Dalam pada itu cuba mendapatkan gambar mana-mana artis yang masih ada. Para pemenang jangan haraplah kerana sehingga jam 1.15 pagi ketika kami melangkah keluar untuk pulang mereka masih belum keluar lagi. Jadi saya cuma sempat merakam gambar kira-kira 10 orang sahaja. Yang paling lama saya bersembang ialah Farish yang baru pulang dari RSA (South Africa) bagi penggambaran rancangan BOLA yang akan menemui kita di ASTRO bulan April ini sempena 'World Cup'. Tunggu saja yaa... Selain daripada itu, Lutfya yang kini menjadi artis terbaru Manan Ngah. Hmm apa lagi... yang lain macam lupa saja sebab dah lama ni, Hahaha..
Thursday, January 7, 2010
meLambai-lambai Kepada Siapakah Itu?
Mawi dan memasak seperti saya juga seperti langit dengan bumi. Tetapi saya kiranya boleh memasak juga jika di dalam keadaan tersdesak terumaka jika saya mengutip semua pengalamaman berkhemah di tahun-tahun ketika di Menara Gading dahulu. Jadi menurut Mawi, dia lebih senang menyediakan tapak kepada para peniaga untuk menjual makanan mereka dan membiarkan mereka. Tapi rasanya Mawi juga perlu mengawal tentang jenis makanan yang akan di niagakan, konsep dan kebersihan. Tambah beliau lagi, "Saya ingin namakan food court itu ‘Lambai-Lambai’".
Saya sudah mencongak untuk mengajak rakan-rakan singgah, tetapi alamak... Lokasinya di Jalan Mariamah, Johor Bahru. Dekat benar dengan KL... Bukan boleh main gitu-gitu jer nak singgah... Kenalah merancang betul-betul jika ingin menyokong Mawi ni...
Lambai Lambai akan memuatkan 10 gerai makan dan bakal disewakan kepada orang ramai yang berminat untuk berniaga. Mawi telah membelanjakan hampir RM40, 000 untuk projek terbaru beliau ini. Wow... boleh tahan besar juga pelaburan ini ya...
(Terima kasih kepada Jedi yang memberikan saya hint akan berita sensai dan terkini ini, jika tidak saya mungkin akan terlepas kereta api lah apabila semua orang meLambai Lambai...:))
Sunday, January 3, 2010
Juadah Terbaru dari Istana Budaya Tahun 2010

Gema Zafana menjadi penutup tirai kepada hidangan Istana Budaya (IB) bagi tahun 2009. Meskipun niat murni di hati ini ingin sangat menonton persembahan tersebut namun tanggungjawab terhadap pekerjaan menandingi segala-galanya dek kerana saya perlu melangsaikan tugas di Bukit Tinggi, Pahang dan Miri, Sarawak. Untuk itu saya akur akan ketentuan yang telah direncanakan.
Aha... Godak punya godak akhirnya saya bertemu dengan beberapa perencanaan terbaru dan menarik Istana Budaya (IB) untuk sepanjang tahun ini. Antaranya yang mencuit hati saya dan jika jadual tidak berubah ialah :
(01) Makyung Anak Raja Dua Serupa (22 - 24 Januari 2010) yang mana kemungkinan besar saya terpaka melupakan persembahan ini kerana mengikut jadual saya akan berada di luar negara. Huhuhu... 'maaf karto' ya Rosnan. Memang nak nonton sangat Makyong ni...
(02) Konsert Syahadah Sempena Maulidur Rasul (30 - 31 Mei 2010) yang telah saya sematkan di hati nurani akan cuba menonton persembahan ini setiap tahun. Jika umur panjang dan tiada aral melintang tahun ini akan menjadi tahun ketiga berturut-turut saya menonton. Terima Kasih 'banget' Kak Erma kerana membawa sebuah pementasa yang sangat menyedihkan dan menginsafkan. Mawi ada lagi tak tahun ni?
(03) Konsert Datuk Shake (4 - 6 Jun 2010) yang pasti akan membangkit nostalgia lama. Along juga tentu akan teruja. Terutama kerana ketika remaja dahulu Along amat 'menggilai' Dato' Shake. Pernah satu ketika Along akan duduk di hadapan radio kaset dan mengulang berkali-kali lagu 'Tell Me Why' tanpa henti-henti dan.... (saya pun masih sangsi sehingga kini?). Harap-harap menjadilah perancangan ini. Dapatlah nanti saya menikmati alunan lagu-lagu seperti Pulanglah, Umi, Kau Bungaku, Anugerah Dari Kegagalan, Cinta, Hidup, Bicara Tentang Cinta, Utusan Untuk Keluarga dan banyak lagi...
(04) Estet The Muzikal (18 - 27 Jun 2010) Hmmm.... Filemnya belumpun di tayangkan kepada khalayak, Mamat Khalid telah merancang Muzikalnya? Saya akan masukkan di dalam diari tetapi keterujaan masih 50-50.
(05) Teater Uda dan Dara (10 - 20 Julai 2010). Romeo & Juliet versi Melayu. Drama yang menjadi salah satu warisan seni negara ini memang ditunggu-tunggu akan pementasannya oleh saya. Sudah 'berabad' tidak dipentaskan di mana-mana sanggar teater. Saya harap IB dapat memilih para pelakon yang mantap untuk merealisasikan karya agung Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang ini dengan jujur.
(07) Cucu The Muzikal (27 Julai - 10 Ogos 2010). Yang paling penting kita semua berharap agar kontroversi AC & Hans telah tamat waktu ini dan AC kembali semula ke pentas Cuci kerana cuma AC sahaja yang mampu membawa watak tersebut. Biarlah Reefa dengan watak asal beliau yaa...:) sebab Reefa pun amat mantap sekali jadi waiter & juru acara olimpik cuci tuu..
(08) Muzikal Che Det (24 Ogos - 2 September 2010). Teater Muzikal yang ditujukan khas untuk Bapa Pemodenan Malaysia ini pastinya menarik. Kita tunggu sahaja siapakah yang akan menggalas watak Tun Dr Mahathir nanti. Adakah dia Remy Ishak? Adakah dia Fahrin Ahmad? Kita juga pasti akan menunggu kehadiran replika Menara Kembar PETRONAS, Litar Antarabangsa Sepang & KLIA di bawa ke pentas IB !!! Tidak lupa juga Pekan Rabu & Klinik Maha.
(09) Impak Maksima The Muzikal (26 November - 6 Disember 2010). Zul kita jumpa lagi ya !!! Mesej untuk Ahmad Idham... Kami mahu Zulhuzaimy Marzuki kembali menggantikan Kamal Adli. Kami juga mahu Dina & Adeep kekal. Kami juga masih mahu dengar Slot Akasia di pentas Impak...
(10) Muzikal Budak Kampung (17 - 31 Disember 2010). Adakah ini muzikal khas untuk Allahyarham Datuk Sudirman? Saya pun kurang pasti. Tetapi ia sangat menarik untuk menyambut ambang tahun baru di Istana Budaya kan !!!
Ini senarai saya. Kita boleh sama-sama merancang untuk membeli tiket-tiketnya nanti bila tiba masanya... InsyaAllah.
p/s : En Juhari, sila jawab kenapa Teater Natrah Musim Ke-2, PGL Musim ke-4 & P. Ramlee The Musical Musim Ke-3 tiada dalam Jadual Persembahan 2010 IB ?