Saturday, September 8, 2012
Orang Memberi, Saya Merasa
Monday, August 27, 2012
Masjid Kotak Bandung
Sunday, August 26, 2012
Ngunjung Lebaran 1433H
Sunday, December 19, 2010
Kenangan Jalan Ipoh

Gambar tidak bertarikh ini di ambil di sebuah sekolah rendah di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Ketika itu Mawi datang sebagai Jemputan Khas untuk Hari Terbuka Sekolah Tersebut. Saya dan Galzean tumpang sekaki untuk memeriahkannya. Cikgu Jah yang menjemput kami sebenarnya. Kisahnya, saya baru mengambil gambar ini dari Cikgu Jah setelah melawat beliau petang tadi sebelum beliau menjalani pembedahan pada 21hb Disember 2010 nanti.
Selamat Menjalani pembedahan untuk Cikgu Jah; semoga selamat segalanya.
Untuk Mawi pula... dah lama menyepi ni, Huhuhu...
Tuesday, August 10, 2010
Hanya Kerana Kau Sahabat (Khas Buatmu Di Ramadhan Ini)

Izinkan Aku
Lewat ke Daerah Damaimu
Berehat di Laman Kasihmu
Menumpang Teduh, Melepas Lelah
Menikmati Situasi Indahmu
Lantas,
Memanjat Kemaafan dalam Kesyukuran
Menafsir Kerelaan dalam Keizinan
Pada Semua Kemesraan dalam Persaudaraan
Pada Semua Ungkap Kata, Senda Gurau dan Usik Kias Berbaur Lelucon
Pada Semua Yang Telah Engkau Hulurkan
Pada Semua Yang Telah Engkau Kongsikan
Antara Cinta, Kasih dan Sayang
Pintaku Satu Cuma
Ikhlaskan dan Halalkan
Hanya Kerana Kau Sahabat
Titipkanlah Restumu Mengiringi Kembaraku
Buat Ramadhanku Yang Kesekian Kali Ini
Sulami Kemaafan dan Keampunanmu
Pada Setiap Kekhilafan, Keterlanjuran, Ketidakwajaran
Agar Derap Langkah Ramadhanku kali ini
Ditaburi Bait Doa dan Murni Silaturahim
Antara Kita….
Nota Jase :
(1) Terima Kasih kepada Mas dan bait puitis beliau yang telah menjana otak kreatif saya untuk melakarkan sajak ini.
(2) Kepada semua sahabat di mana jua anda berada. Semoga Ramadhan anda kali ini penuh barakah dan Ramadhan yang terbaik untuk kesekian kalinya; InsyaAllah.
Sunday, July 18, 2010
Potret Rendahnya Moral Bangsa Kita dalam Jamila dan Sang Presiden...

Nota Awal :
Sebagai penggemar lakonan aktor berkarisma dari tanah seberang, Fauzi Baadila saya akan cuba menonton semua filem dan sinitron lakonan beliau seboleh mungkin. Saya terpaksa menunggu hampir 1 tahun sebelum dapat filem Jamila dan Sang Presiden ini dalam format DVD kerana filem ini tidak (mungkin) ditayangkan di Malaysia. Terima Kasih kepada Bro Dan & Bung Joko yang telah menghadihakan kepada saya DVD filem tersebut ketika singgahan saya ke Jakarta baru-baru ini. Alhamdulillah penantian yang lama ini 'amat lumayan' sekali kerana lakonan Ojie sungguh memberangsangkan sekali meskipun cuma muncul dalam beberapa babak sahaja. Paling ketara lakonan beliau ialah semasa babak perbualan di dalam rumah dengan adiknya lantaran munculnya ayah beliau dan dituruti oleh ibunya. bersahaja, 'real' dan dengan jelas tampak karektornya berubah.
Sinopsis :
Plot filem ini dimukakan dengan Jamila (Atiqah Hasiholan) menceritakan bahawa beliau adalah korban dari pemerdagangan manusia. Kemudian lewat beberapa adegan, mengenalkan kita dengan kehidupan Jamila sekarang - penuh glamor, kehidupan malam, dan ketidaksenangan batin. Kemudian Jamila menyerahkan dirinya lantas mengaku telah membunuh serorang Menteri bernama Nurdin (Adjie Pangestu) tanpa diketahui oleh seorang lelaki yang cuba mendekatinya, bernama Ibrahim (Dwi Sasono). Ibrahim yang simpati dengan Jamila cuba menghubungi peguambela Jamila, iaitu Malik (Marcelino Lefrandt)dan akhirnya bekerjasama untuk membebaskan Jamila. Jamila, kemudiannya dengan arahan bapak Presiden Indonesia kemudiannya di tempatkan di penjara luar kota. Disana Jamila telah menerima layanan kasar dari seorang Warden Penjara Wanita yang amat ditakuti oleh banduan di situ bernama Ibu Ria (Christine Hakim).
Di penjara tersebut, dari buku harian Jamila yang diambil Ibu Ria beliau mengetahui kisah silam Jamila. Jamila dijual oleh ibunya kepada 'mucikari' yang menjualnya kepada sebuah keluarga kaya. pasangan suami isteri yang berusia itu memiliki seorang anak lelaki. Kedua ayah dan anak lelaki tersebut telah memperkosa Jamila setiap malam secara bergilir sehinggalah anak lelaki keluarga tersebut dibunuh oleh Jamila. Si Ibu pula (Jajang C. Noer) yang tahu kelakuan sumbang suaminya, kemudian membunuh suaminya. Kemudian Jamila melarikan diri lantas bekerja sebagai pembantu di sebuah pasar kecil, mengetahui yang dia akan diperkosa, Jamila melarikan diri sekali lagi lagi lalu melintasi sebuah disko. Malang tidak berbau, akhirnya jamila terperangkap dan ditahan pihak polis. Dipendekkan cerita, Jamila kahirnya terjebak dengan pekerjaan di disko (Pelacur/GRO?) setelah beliau di jaga dengan baik oleh pekerja disko (Pelacur/GRO?) yang baik hati bernama Susi (Ria Irawan).
Kembali kepada situasi semasa, Jamila dituntut oleh berbagai aktivis masyarakat untuk dihukum mati. Dalam penjara ia diberikan simpati oleh Surya (Surya Saputra) yang terkesan dengan nasib yang menimpa Jamila. Namun Jamila tidak mengindahkan dia, begitu juga dengan Ibrahim, malah Jamila semakin memikirkan nasib adiknya, Fatimah yang sudah lama terpisah.
Terjadi perang mulut diantara Ibu Ria dan Jamila. Jamila membunuh sang menteri atas kebenciannya terhadap politikus dan negara, yang telah membiarkan kehidupannya menjadi mangsa dan sengsara. Atas kelakuannya, Jamila dikurung di sel isolasi. Beberapa hari kemudian, Jamila dijatuhi hukuman mati dek kerana tekanan masyarakat yang prihatin dengan kes tersebut. Ibu Ria yang mula terasa hibaiba, memujuk Jamila untuk membuat rayuan untuk dibatalkan hukuman mati di ganti dengan penjara seumur hidup. Dalam masa 36 jam sebelum dijatuhkankan hukuman, jamila masih berkeras untuk bertemu dengan Presiden Indonesia kerana percaya Presiden adalah punca utama dan perlu bertanggung jawab di atas semua permasalahan yang menimpanya selama ini. Jamila kemudian menceritakan kepada Ibu Ria mengenai apa yang berlaku di Kalimantan. Saat dia membunuh seorang lelaki yang telah menyebabkan adiknya terjerumus dalam rumah 'bordil', dikala itu itu Jamila telah menyamar menjadi pelacur disana berhasil menemukan baju Fatimah walau ia tidak berjumpa dengan jasad Fatima.
Sehari sebelum hukuman Jamila, Susi menemui oleh Ibrahim. Susi lalu menceritakan, mengenai saat mula Nurdin jatuh cinta dengan Jamila lantas diberi segala kemewahan. Namun panas tidak lama, Jamila kemudian mendapat berita yang Nurdin akan berkahwin menurut kehendak orang tua beliau. Jamila kemudia memberitahu Nurdin yang beliau sedang mengandung anak Nurdin. Dalam senuah acara bidaan, Nurdin dimalukan oleh Jamila secara tidak langsung. Kemudian mereka bertemu di sebuah Hotel, Nurdin mengancam Jamila dengan pistol. Berlaku pergelutan antara mereka berdua, Jamila kemudian telah terbunuh/membunuh Nurdin dengan pistol tersebut untuk melindungi dirinya. Di penjara, Jamila tetap tidak mengubah keputusannya untuk duhukum mati (tidak mahu dibicarakan). Akhirnya ia dihantar menuju tempat perlaksanaan hukuman (eksekusi), kedengaran bunyi bedilan pistol dari luar yang secara simbolik menyatakan kepada kita bahawa akhirnya Jamila dihukum mati.
Komentar :
Jamila dan Sang Presiden adalah sebuah film layar perak perdana karya sutradara Ratna Sarumpaet, yang mungkin lebih dikenali sebagai seorang sutradara teater serta aktivis perempuan. Naskah cerita film ini sendiri diadaptasi Ratna dari karya teaternya yang berjudul Pelacur dan Sang Presiden, yang sempat meraih banyak pujian sekaligus kritikan dari beberapa pihak di Indonesia selama masa pementasannya.
Ratna sendiri pernah menceritakan bahwa kisah Pelacur dan Sang Presiden diangkat dari rasa keprihatinan beliau di atas kekurangpedulian pihak pemerintah mengenai kes-kes pemerdagangan manuasi terutama anak-anak bawah umur yang banyak terjadi di daerah-daerah terpencil di Indonesia. Ratna sendiri pernah merantau sehingga ke Batam, Solo, Indramayu, Surabaya, dan kota-kota di Kalimantan, untuk mendapatkan sendiri cerita dari ratusan ribu korban perempuan yang kemudian disatukannya dalam cerita Pelacur dan Sang Presiden untuk dijadikan nasjkhah teater.
Di negara dimana sebuah filem dengan naskah kuat dan sedikit provokatif adalah sangat jarang ditemukan, tentu Jamila dan Sang Presiden bagaikan sebuah nafas segar di dunia perfileman. Apalagi jika naskah tersebut lumayan berhasil divisualkan dengan sangat baik oleh sang sutradara, maupun oleh para pelakonnya. Di Indonesia, hal tersebut hanya terjadi sekali dalam jangka beberapa tahun. Jamila dan Sang Presiden adalah salah satu hasil yang amat hebat.
Sebagai sebuah karya teater yang diangkat ke layar lebar, Ratna tentu saja tidak akan melupakan bahwa penampilan para pelakon setiap karakter di filem ini, dapat mempengaruhi kualiti Jamila dan Sang Presiden. Maka dengan itu, Ratna memilih berbagai nama-nama besar dan dengan jaminan kualiti lakonan yang sangat menepati untuk menghidupkan setiap karakter di film ini. Nama-nama seperti Christine Hakim, Surya Saputra, Fauzi Baadilla, Ria Irawan, Ade Irawan, Marcelino Lefrandt, Dwi Sasono, Atiqah Hasiholan yang malakonkan watak utama Jamila, film ini benar-benar menjadi salah satu film dengan jajaran lakonan yang sangat memukau di filem Indonesia.
Ini merupakan filem perjuangan dari kisah benar masyarakat yang membicarakan tentang kemiskinan, pemerdagangan manuisa dan gejala seksual terhadap wanita di bawah umur yang dhasilkan dengan begitu mantap sekali. Ia telah digarap untuk mencerminkan potret kita, tentang bagaimana miskinnya moral bangsa kita sekarang ini. Dan ini bukan hanya di Indonesia malah tempiaskan juga turut terasa kepada kita di Malaysia..
Sunday, July 11, 2010
Is All About Meeting Frineds...
Keterujaan untuk bertemu Andrea Hirata (novelis tetralogi Laskar Mimpi yang hebat) telah memaksa Nur untuk menunggu juga hingga ke malam) Hahaha... Dalam masa yang sama juga saya sempat bertemu dengan Anuar yang juga pencinta buku yang telah berkampung di Jakarta sejak 4 hari lalu. Memang dahsyat. Alhamdulillah, antara tujuan utama ke Jakarta kali ini selain daripada bertemu sahabat dan saudara di sini seperti Daniel, Joko dan Tancho (malangnya Elyu peminat Upin dan Ipin tidak dapat turut serta kerana bertugas diluar kawasan) ialah untuk mengunjungi Pesta Buku Jakarta 2010 dan bertemu Andrea Hirata, A. Fuadi, Kang Habib & Taufiq. Alhamdulillah kerana dapat juga 1 dari 4 nya...hiks.
Kesian Bung Jok dan Nur yang terpaksa berpisah dengan Ramadan sejak awal-awal pagi untuk menemani kami ke Gelora Istora Senayan (Pesta Buku Jakarta 2010), Kota Tue Djakarta, Cafe Batavia, Plaza Senayan dan Gelora Istora Senayan (Pesta Buku Jakarta 2010) sekali lagi untuk mengikuti sesi bedah novel Andrea Hirata - Dwilogi Padang Bulan & Cinta di dalam Gelas) !!! 'Thanks Banget yaa kalian !!!
Terima Kasih Daniel yang belanja kami makan di Mbah Jongkrok, restoran makanan jawa yang buka sahaja enak tetapi sungguh indah dekonya. Dengan minuman yang namanya sungguh menggerunkan seperti jenglot, poscng, kuntilanak dsb. Sesuatu yang menarik mengenai Daniel ialah beliau adalah rakyat Indonesia pertama yang saya jumpa memiliki kereta buatan Nasinal, Proton Exora. Tabiklah Pak !!!
Pertama kali bertemu Tancho teman FB yang sebenarnya kawan Mujes di Indonesia. Terima kasih kerana sudi menemani saya dan Lisa ke Taman Mini indonesia Indah, Tugu MONAS (dek kerana Muzium Gajah di tutup), makan malam di BMK dan meredah hujan sehingga sampai ke Plaza Indonesia. Semoga persaudaraan berkekalan hendakNya.
Sunday, July 4, 2010
Lets 2View with...

Terdapat dua model kamera Samsung yang mempunyai teknologi ini. PL151 & PL101. Teknologi ini mempunyai 4 keterujaan. 'Self Potrait' (untuk mereka yang suka mengambil gambar sendiri), 'Couple Shot' (tak payahlah minta orang ambilkan gambar lagi... Hehehe), 'Children Mode' (Siap dengan bunyi dan gambar badut di LCD Hadapan untuk menarik minat kanak-kanak) dan akhir sekali 'Self Timer' (Hebatnya sebab semuapun boleh melihat hasilnya di LCD hadapan !!!).
Saya telahpun memiliki Samsung 2View PL151.
01. Dual LCDs (1.5" front & 3.0" back)
02. 12.4 megapixels
03. 27 mm wide angle
04. 5X optical zoom
05. 7 percent Tilt-back body (memudahkan untuk mengambil gambar sendiri menggunakan self timer tanpa menggunakan tripod.
06. 720P@30fps H.264 Movie Recording
07. Smart Filter (lens effect : miniature, vignetting, fish eye 1 & 2) (colour effect : sketch, defog)
08. Smart Auto (additional features includes zoom-in-potrait, macro colour, blue sky, natural green & fireworks)
09. Smart Face Recognition (exposure up to 20 faces)
Dua kawan saya Cikgu Jah (yang terus memasukkan duit ke akaun bank saya sejak pertama kali melihat saya mengguakan kamera ini untuk memilikinya juga) & Mat (mula tertarik semasa di pendakian Gunung Ledang) telah mengikut jejah langkah saya dengan membeli kamera Samsung 2View ini. Ada beberapa lagi kawan yang menyatakan minat. Anda bila lagi...? Terdapat 2 pilihan warna iaitu hitam/meroon & hitam/ungu.
Eh... Harganya bagaimana?
01. PL151 = RM 799 seunit
02. PL101 = RM 699 seunit
Berbaloi... Memang Berbaloi-baloi... Hiks !!!
Sunday, May 30, 2010
Alhamdulillah... Akhirnya Ku Tawan Juga Puncak Ledang
Alhamdulillah.... setelah lebih kurang 13 tahun meninggalkan 'arena pendakian' akhirnya saya tewas dengan ajakan rakan-rakan sekerja untuk menawan Puncak Gunung Ledang yang belum pernah saya jejaki lagi (Kali terakhir saya menyertai XPDC Pendakian ialah pada 31 Ogos 1997 ke Gunung Datuk). Setelah hampir gagal XPDC ini akibat kesibukan bekerja dan tuntutan kerjaya (setelah berkali-kali ditunda) akhirnya kami mengambil kesempatan sempena Cuti Umum Hari Wesak untuk memula dan menmatkan pendakian Gunung Ledang. 28 Mei 2010, jam 11.00 pagi telah menjadi saksi kepada kejayaan 12 pendaki amatur sampai ke puncak. Terima Kasih kepada En Azam dan geng beliau yang membantu kami merealisasikan impian. Terima Kasih kepada Anis yang memastikan XPDC ini berjaya dilangsungkan akhirnya. Kepada rakan-rakan pendaki lain (terutama Mas, Faisya, Marry Anne & Nazam), insyaAllah Kita Bertemu Lagi di lain pendakian. Jom Broga minggu depan...? Hahaha...
Monday, May 24, 2010
Jemputan Rakan2 Baru Geng BlackBerry

Sementelah Rabbani mengadakan Persembahan di Majlis Hari Ibu bersama Rabbani di Hotel Singgahsana pada 23 Mei 2010 dari jam 1 - 6 petang yang baru lalu, maka saya telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis (dengan menepuk tangan) dan sambil makan Hi-Tea (menjamu selera) di sana. Terima Kasih kepada En Lan yang memajangkan jemputan, dapat juga saya bersua muka dengan En Lan, Kak Shima dan En Basha (yang merupakan ahli 'Geng Blackberry'). Rakan-rakan BBM 'Geng BlackBerry' yang lain insyaAllah panjang umur kita ketemu yaa...:)
Saturday, May 15, 2010
Suratku Untukmu
Lirik Suratku Untukmu
Nombor anam puluh anam
Jalan Seremban
Tampin
Negeri Sembilan
Kekasihku yang jauh di mata
Kasihku sayang mengapa membisu
Berpucuk surat suratku untukmu
Mungkinkah kini rindu padaku
Rindu padaku
Oh oh rindunya ingin kuberikan
Apa khabarnya orang di sana
Mungkinkah kini jemu padaku
Jemu padaku
Kirimkan aku berita
Untuk menghiburkan hati rindu uuu...
Rindu uuu...
Oh oh rindunya ingin kuberikan
Apa khabarnya orang di sana
Mungkinkah kini jemu padaku
Jemu padaku
Kirimkan aku berita
Untuk menghiburkan hati rindu uuu...
Rindu uuu...
Kasihku sayang mengapa membisu
Berpucuk surat sudah untukmu
Mungkinkah kini rindu padaku
Rindu padaku
Nota Jase : Saya tujukan 'entry' ini untuk Mas & Oxford. Kenapa? Hahaha... Semasa Jelajah Persada Negeri Sembilan pada bulan Mac yang baru lalu (yang tidak dapat disertai oleh Oxford di saat-saat akhir) kami telah akhirnya tanpa di sangka-sangka dan di rancang bertemu dengan alamat 'No 66, Jalan Seremban, Tampin, Negeri Sembilan" seperti di dalam lirik lagu popular J. Sham "Suratku Untukmu" yang amat terkenal di Zaman Pop Yeh Yeh dulu. Ironinya kami memang ada 'berbincang kedai kopi' berkenaan dengan lagu ini sebelum merealisasikan jelajahan tersebut. Sementelah bertemu dengan 'tugu' tersebut saya pun mengambil kesempatan untuk mengabadikan kenangan. Tugu ini memang tidak memberi signifikasi apa-apa kepada saya. Tetapi bagi mereka yang membesar di Zaman Pop Yeh Yeh ia memang memberi impak yang besar dan nostalgia yang amat bermakna kepada mereka, lebih-lebih lagi para peminat J. Sham. Terima Kasih Pos Malaysia !!!
Monday, April 26, 2010
Rakaman Konsert Istimewa MAWI @ Astro Ria
Promo Konsert Istimewa Mawi di Astro Ria. Rakaman dibuat pada 25 April 2010 sesudah Debaran AF berakhir. SMS daripada Nasir (PA Mawi) dan juga Cikgu Jah telah memaklumkan kepda saya tentang program ini. Alhamdulillah, ada juga kelapangan untuk turut memeriahkan. Apatah lagi dapat duduk di kerusi paling hadapan sebaris dengan Ekin (OK) & Cik Bahar....Oh... Tidak. Tarikh siarannya? Entahlah... Sayapun kurang pasti.
Semasa siara langsung Debaran AF saya nampak kelibat Reza. Tidak sangka pula beliau adalah Pengacara bagi Konsert Istimewa Mawi @ Astro Ria ini. Untuk rekod, Reza yang saya maksudkan ialah Reza DJ ERAfm yang juga bekas Pelajar AF3.
Mawi telah memilih lagu Sujud sebagai pembuka tirai konsert. Lagu ini pada asalnya didendangkan oleh Mawi dengan menampilkan adik-beradik KRU (Ya... Abg Long @ Norman ialah Pengetua AF8 !!!). Untuk Konsert ini, Zahid AF2 telah dijemput untuk menyanyikan bahagian KRU. satu tindakan yang amat bijak.
Mawi meneruskan persembahan dengan menyampaikan Lagu Nasyid Serulah NamaMu yang dipetik daripada Album Allah Habibi. Lagu ini agak kurang berkumandang di corong-corong radio. Lagipun stesen Radio sekarang memang AMAT KURANG SEKALI memutarkan Lagu Nasyid. Saya pun hairan. Tetapi Lagu Religi dari Band Seberang kerap juga diputarkan.
Mawi tampil lagi dengan Lagu Duet iaitu Penyembuh Rindu. Lagu Tema Filem MAGIKA (hasil nukilan Edry dari adik beradik KRU, lagi?). Lagu ini dinyanyikan bersama pasangan duet sebenar iaitu Diana Danielle. Ini saya kira sebagai salah satu usaha untuk mempromosi habis-habisa MAGIKA yang bakal berputar di skrin cineplex untuk Musim Aidil Fitri tahun ini. Semoga Sukses KRU, Mawi & Diana !!!
Zahid AF2 sekali lagi dijemput untuk menggantikan pasangan duet Mawi untuk single terbaru Mawi dari Album Idola iaitu Tak Mungkin Berpaling. Lagu ini telah berputar di sekurang-kurangnya ERAfm, saya berkata begitu kerana belum terserempak dengan lagu ini dimainkan di HOTfm. Lagu ini terpaksa dirakamkan dua kali untuk mencapai kepuasan maksima setelah Zahid telah terlupa lirik pada suntingan pertama... Ok, Ok aja Zahid. Lagipun ini bukan lagu awak kan...
Mawi melabuhkan tirai konser dengan sebuah lagi Lagu Nasyid iaitu Allah Habibi. Dinyanyikan oleh Mawi dengan penuh perasaan. Ya... Lagu ini memang sedap juga didengar.
Puas bersembang dengan Mawi malam ini. Yang ralatnya Mawi tidak sempat mendendangkan lagu Hijab & Belalang (lawak je). Hampir setengah jam jugaklah kami berborak-borak sambil ditemani oleh Ekin, Nasir dan Cikgu jah dan anak murid beliau. Pokok bicara terutama tentang Jiwa Kacau, Drama Salam Pulau Nami (saya lupa tajuk sebenar), ABP yang lalu dan macam-macam lagi. OK... InsyaAllah berjumpa lagi di AIM. Aduh...Mana Kad Jemputanku? Belum dapat lagi. Huhuhu..
Sunday, April 25, 2010
Cover Guy?

Sekadar menyokong rakan-rakan dari Team Libur yang saya baru kenali semasa program Libur di Lost World of Tambun bersama Iqwal pada 14-15 Februari 2010 yang baru lalu, maka bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PBAKL 2010) di 'Dunia' Karangkraf tempoh hari saya pun menawarkan diri untuk menjadi 'cover' olok-olok Majalah Maskulin. Penat jugaklah melaram. Boleh jual ke majalah ni kalau saya jadi lelaki muka hadapan?
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat bertugas di tempat baru kepada En Azlie Halim bekas Editor Libur yang kini telah berhijrah sebagai Editor e-Siswa sejak 1 April 2010 yang lalu. Akan bertambah mudalah Azlie selepas ini. Hahaha...
Thursday, April 15, 2010
Saya Telah Buat Yang Terbaik !!!
Yang Terbaik - Marsha
Ku selalu memikirkan tentang kita
Apa pun yang harapan yang dikejar
Kerna aku masih penuh rasa ragu
Melihat kau seperti tak bersungguh
Chorus
Jika kau mencinta
Berikanlah ku rasa
Diriku dah berikan yang terbaik
Dan bukannya nak mengungkit
Siapa benar siapa salah
Siapa menang siapa kalah
Dah berikan yang terbaik
Memaksa hati merisik
Mungkin kau bukan teman hidup
Yang terbaik untukku
Memang benar ku amat mencintai mu
Dan harapkan di sana pun begitu
Tetapi kau tak luahkan perasaan
Apa lagi memberikan ku kasih
Ulang Chorus 2X
Nota Jase :
Ada 2 'posting' di FB sahabat saya Hazwan yang menyebabkan saya teringat akan lagu Marsha "Yang Terbaik". Yang pertama "preparing my gun to fight with auditors", sementara yang kedua pula ialah "Aku berada di pihak yg benar,kalau dia byk songeh,aku tembak jer dorg..dgn ko skali aku tembak hehe". Itulah hakikatnya, musim-musim auditor datang ini mahupun musim-musim penilaian prestasi (bagi syarikat yang menilai prestasi kakitangan mengikut Tahun Kewangan 1 April - 31 Mac setiap tahun) kita semua akan teringatkan pengorbanan dan semua hasil kerja yang telah kita laksanakan selama setahun dengan penuh dedikasi. Apa yang pasti kita memang telah melakukan yang terbaik. Setidak-tidaknya pada pandangan kita sendiri. Pihak yang menilai pula seharusnya menilai dengan penuh tanggungjawab, amanah dan berwawasan dengan tunjang untuk membangunkan segenap garis, batas dan lapisan. InsyaAllah...
Sunday, April 11, 2010
Sambutan Jubilee Perak Sheila Majid
Sempena 25 tahun penglibatan Sheila Majid di dalam industri hiburan, Syarikat Rakaman EMI dan Warner Music telah melancarkan satu set kotak kompilasi kesemua 7 album solo Sheila Majid iaitu Dimensi Baru, Emosi, Warna, Legenda, Ratu, Ku Mohon dan Cinta Kita dengan bonus sebuah Single istimewa berjudul "Dengarkanlah"(Acis/Sheila) yang dijual dengan harga RM99.90 (alhamdulillah saya berjaya mendapatkannya dengan cuma RM80.00 di Flea market Amcorp Mall).
Saya memang mula mengenali Sheila sejak album pertama lagi meskipun bukanlah peminat setia beliau. Tetapi saya memang mengikuti lagu-lagu Sheila (kerana memang ada lagu beliau yang sungguh malar segar). Ketika menuntut di universiti saya ada mengenali seorang rakan yang fanatik dengan Sheila iaitu Khai (yang lebih dikenali sebagai Kapai). (Apa khabar beliau sekarang?). Jalur muzik yang di bawa oleh Sheila memang moden tetapi santai (sebab itu enak di dengar). Beliau pernah di gelar sebagai Ratu Jazz Negara (mungkin masih lagi sekarang) dan mula mengecapi populariti apabila album Emosi yang diterbitkan pada tahun 1986 meletup-letup di Indonesia (dengan lagu Dia & Antara Anyer dan Jakarta).
Antara Lagu-lagu Sheila yang melekat di hati saya ialah :
01. Legenda
02. Sinaran
03. Memori
04. Jentayu (bersama Nora & Johan Nawawi)
05. Antara Anyir dan Jakarta
06. Di Dalam Emosi Ini
07. Pengemis Muda
08. Gerimis Semalam
09. Mengapa Kasih
10. Kerinduan
11. Cinta Jangan Kau Pergi
12. Ku Mohon
13. Jatuh Cinta
14. Dia
15. Kepergianmu
Langkah Pertama mendapatkan set kompilasi ini = Sudah !!
Langkah Kedua = Mendapatkan tandatangan Sheila... Hmmmm... Bila lagi?
Tuesday, March 23, 2010
Selamat Pengantin Baru Shahrul & Sue

"Ini Kad Jemputannya" - Teringat saya bersusah payah betul Shahrul mendapatkan kad jemputan ini daripada tunangnya Sue (sekarang isteri beliaulah) untuk memanjangkan undangan ini kepada saya. Tambahnya lagi no telefon sayapun telah hilang dalam simpanan beliau dek kerana telefon bimbit beliau hilang. Berdasarkan bil-bil terdahulu beliau dapat menjejak nombor saya semula, lantaran di pendekkan cerita saya memang berada di KLCC semasa beliau menelefon. Jadi memang patut sangatlah saya meluangkan masa dan ketika, Sabtu lalu (20/3/2010) untuk menghadiri majlis persandingan ini. Tahniah ya Shahrul & Sue. Semoga Berbahagia sehingga di hujung nyawa...
"Ini pula hadiahnya" - Macam-macam di kotak fikiran. Macam-macam hendak dibeli. Antara faktor yang difikirkan tentulah yang lain daripada yang lain. Maka akhirnya 'yang satu ini' menjadi pilihan. Maka, ucapan daripada saya cuma sebaris ayat mudah dan padat. "Selamat bertukang di rumah baru". Mesti cuma dapat satu set saja kan... hehehe.
"Ini pula Pelaminnya" - Alamak lupa pula nak tanya konsep majlis tersebut, kalau tidak pasti saya akan buka almari cari baju dan seluar biru juga bagi berseri bila bergambar. Tak gitu. Atas pelamin pasangan mempelai ini tampak serasi. Senyuman manis tak lekang dibibir. Hmm... macam pepatah lama; bagai cincin dengan permata. Bagai sirih dengan pinang. Bagai sarong pelikat dan kain batik? Ini merupakan majlis di sebelah keluarga Sue, Majlis Menyambut Menantu di rumah keluarga Shahrul di Kelantan akan di adakan hujung minggu ini.
Tuesday, March 16, 2010
Tarikan Sementara Putrajaya
Monday, March 15, 2010
Malam Bersama Bintang !!!
Nota Jase : Tetiba sahaja dapat SMS yang mengatakan Mawi akan mengikuti promosi KRU Berhad di Malam Bersama Bintang di Dataran FINAS pada 12 Mac 2010 yang lalu. Lantaran kerana dah lama tidak berjumpa dengan Mawi maka sayapun merangka rancangan untuk menjengah ke Dataran FINAS. Beberapa SMS dan panggilan telefon susulan telah saya buat kepada Cute, Yeo, Rezza, Mus, Galzean, Cik Bedah, Cikgu Jah dsb. Cuma Galzean sahaja yang dapat menyahut ajakan. Cikgu Jah juga sebenarnya. Sementara Cute yang 'kata OK' tiba-tiba tak jadi datanglah pula. Perancangan saya dengan Galzean terpaksa ditukar di saat akhir dek kerana 'macet' yang teramat sangat. Aklhirnya kami pergi dengan menaiki motosikal Galzean sahaja. Sementara Cikgu Jah pula datang dengan teksi bersama dengan anak-anak murid beliau.
Saya tiba kira-kira jam 9.15 malam. Lebih kurang 5 minit lebih lewat sedikit sahaja daripada Mawi dan Ekin. Di pentas ketika itu Ruhil sedang menyampaikan lagu antaranya termasuk lagu KAWAN. Usai Ruhil saya kira Nash mengambil pentas dengan tiga buah lagu termasuk KU DI HALAMAN RINDU (yang sungguh syahdu dan mendayu-dayu, teringat semasa 'sekolah' dahulu). Maknanya saya telah terlepas Joey BPR dan Aris Ariwatan. DARI SINAR MATA dan LAMUNAN TERHENTI?
Kemudian tibalah giliran Ayu KRU Berhad tampil untuk mempromosikan filem-filem KRU seperti JIN NOTTI, MAGIKA (yang penuh dengan bintang-bintang, mawi menjadi BADANG) dan HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA. Mawi muncul dipentas untu kuiz dan sayapun dipanggil untuk menjawab soalan; maka dapatlah saya goodie bag yang penuh dengan barang-barang. Mawi kemudian berduet dengan Diana Danielle. Kemudian Diana menyambung promosi sebelum berduet sekali lagi dengan Mawi. Malam ini amat bertuah kerana kami juga turut berpeluang untuk menonton Trailer MAGIKA dan HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (yang trailernya sungguh mengujakan !!!).
Untuk malam ini, KRU telah berbaik hati dengan menayang semula secara percuma JIN NOTTI !!! (Untuk rekod saya telah menonton 2 X.)
Saya, Cikgu Jah & Galzean cuma dapat bertemu Mawi (dan Ekin) setelah tamat sesi autograf Mawi bersama peminat. Seketika cuma kerana Mawi perlu bergegas ke Kuala Terengganu untuk promosi ABPBH. Jumpa lagi ya Mawi !!!