Seperti yang telah dipersetujui bersama Iftar Kedua Yellow Group di adakan di Quality Hotel, Shah Alam pada 20 September 2008 dan ditaja sepenuhnya oleh Abang Burn dan Kak Husna (ABKH). Terlebih dahulu... Terima Kasih Daun Keladi ye... ABKH.
Saya dan Lisa tiba di Shah Alam seawal jam 4.00 petang sesudah menghantar Najib pulang ke rumah beliau di Kuang. Kami melalui Lebuhraya Guthrie dari Kuang untuk ke Shah Alam. Seperti yang diiklankan, cuma 15 minit untuk tiba di Shah Alam. Setelah mengisi minyak di Stesen Servis PETRONAS berdekatan Stadium Shah Alam kami meluncur ke SACC seperti yang dicadangkan oleh KY dalam rentetan e-mel2 beliau. Tujuan utama kami ialah untuk 'Retail Theraphy' sahaja, tapi lain pula jadinya. Memandangkan ia adalah hari Sabtu maka pencarian untuk mencari petak parkir bukanlah suatu tugas yang mudah. Tambahan lagi, Saha Alam adalah 'Buana Melayu'.
Demi untuk membunuh masa kami menyusur tingkat demi tingkat di SACC. Memang banyak lot kedai menarik di sini. Sempat juga bertanya kiosk kunci untuk membuat duplikasi anak kunci kereta, membaca secara percuma di MPH, melihat pelbagai tawaran Hari Raya, membeli VCD Cerita Hindustan di Speedy Video (masyaAllah... masih banyak VCD/DVD yang belum ditonton sebenarnya...). Usai Solat Asar, saya turun ke pentas sementara menunggu Lisa. Disitulah saya bertemu dengan Vokalis Nitrus, Eddy dan bertanyakan tentang album terbaru Nitrus. Timbul minat untuk membeli, malangnya... tak cukup tunailah pulak. Terpaksa beratur di ATM yang maha panjang. Memandangkan kami ada agenda lain iaitu untuk ke Kompleks PKNS maka saya meminjam dulu duit Lisa untuk menadapatkan CD Nitrus - 2 (RM 25.00 sahaja). Selesai bersembang pendek dengan Eddy dan rakan-rakan, bertukar alamat blog dan bergambar.... PKNS 'Here we Come'.
Tiba di Kompleks PKNS.. Lagilah ramai manusia. Tapi ATM yang di cari dahulu. Nasib baik ATM Bank Islam tak ramai orang, maka bolehlah mengeluarkan 'uang belanja' dengan pantas. Dalam asyik berjalan-jalan tuu terpandang akan 'design' baju melayu terbaru untuk raya ini... Menggunakan Kain Pelikat untuk baju dan seluar. Menarik... Tertarik... & Da Bomblah jawabnya. Memandangkan Lisa tak mahu menambahkan koleksi baju raya lagi... maka saya beli seoranglah... Dia nak 'barang' lain sebenarnya, hehe. Yang akan saya beli keesokkan harinya. Saya membeli baju melayu telok belanga kain pelikat ini dengan warna kuning cair... meskipun seluarnya agak ketat, yang penting bajunya sebab untuk di pakai pada majlis keesokan harinya (tunggu entry mendatang ya). Secara total, saya telah memiliki 4 pasang baju melayu untuk tahun ini. Sepasang telahpun di pakai semasa Program Sentuhan Kasih (juga belum ditulis entry ini) maka tinggal lagi 3 pasang lagi untuk Lebaran. Itu tidak termasuk 2 helai baju kokok yang di beli di Jakarta (hmm.... yang ini simpan untuk majlis rayalah). Jam telah menunjukkan hampir pukul 6.50 petang... kamipun bergegas ke Quality Hotel yang sepelaung sahaja jaraknya dari Komplek PKNS.
Sampai di Quality Hotel.... masyaAllah lautan manusia !!! Macam tak percaya sahaja. Nasib baik terserempak dengan Kak Husna, maka tahulah kami di mana lokasi meja yang telah di tempah. Dalam mengejar waktu berbuka itu... berlaku pula insiden yang tidak diingini... Meja ketiga kami telah di'snatch' oleh orang lain. Mereka tidak mahu berundur, pihak hotel pula tidak tegas dalam membuat keputusan. Lantaran itu... KY & 'all the gadis2' terpaksa makan di luar (ala-ala konsep tumah terbuka) dan Mael & Nadia pula terpaksa menjadi 'anti sosial' makan di meja panjang yang di buat khas. Demi bulan yang mulia kami pasrah dalam ketidakpuasan... Menu? Boleh tahan banyak juga meskipun ada 'buffet line' yang berulang-ulang. Lisa tertarik dengan kuah mee udang (sebab meenya dah habis). Saya dengan ketayap yang dibuat panas-panas. Nasi briyani pun ada... lauk pauk melayu juga sedap rasanya.
Orang jauh datang lambat, begitulah kiranya. Puas saya, KY & Chah menunggu di lift... Mak Wan, Pak Wan & kawan mereka tidak muncul-muncul. Kamipun dah tak tahan, masuk ke dalam dan sambung makanlah. Tup-tup tiba-tiba dengan gaya ranggi, jubah berbunga besar dengan rantai manik koran sebesar buku lima menghiasi dada Mak Wan itu datang dengan gaya angggun dan diberikan tepukan gemuruh seisi dewan. Hebat Mak Wan... ada aura Mawi juga beliau.
Memandangkan ahli kumpulan yang terakhir telahpun tiba... salam-salaman dengan Mak Wan pun sudah, Mak Wan dan suami pun dah kenyang menjamu selera... Maka kamipun menuju ke 'highlights' of the event. Sambutan Hari Ulang Thaun Kelahiran 'Dara & Maka Dara'. Ana & Kak Husna. Biar gambar dalam slide yang bercerita tentang kemeriahan, keseronokan, keenakan kek coklat, kecantikan bunga dan hadiah, kekreatifan kad ucapan dan lain-lain lagi. Bagus juga Ana membuka kad ini di khalayak... jika tidak kamipun tak tahu bagaimana rupanya. Kadang-kadang kata-kata sukar untuk di tulis dan lebih baik melihat gambar yang menafsir seribu makna. Kegembiraan itu dilatari dengan lagu 'Happy Birthday' nyanyian Yellow Group yang sumbang mambang dan di tokok tambah oleh 'in-house band'... nasib baik.
Selain daripada Ahli Kumpulan Yellow... Tour Guide Kumpulan Yellow juga turut serta kali ini. Siapa lagi kalau bukan Siti. Siti datang dengan banyak misi. Selain mengeratkan silaturahim, Siti juga memberikan perkhabaran gembira. Mana tidaknya... Gambar Yellow Group telah digunakan untuk 'phamplet' promosi untuk Muslim Tour ke Korea yang di cetak oleh Korean Tourism Board. Hebatkan? Saya juga dapat Ginseng Tea (Trimas ya Siti), sementara ahli kumpulan wanita pula mendapat kotak gincu dari China. Selain daripada itu.. Siti dan KY meneruskan bicara soal 'Tour Jakarta/Puncak/Bandung' yang hampir pasti saya dan Lisa tidak akan turut serta.
Apa yang lainnya pertemuan kali ini? Jika di Legend dulu kami seakan bergegas juga untuk pulang bila jam menunjukkan pukul 8.30 malam tetapi di Quality Hotel ini meskipun dimulakan dengan insiden yang kurang enak... kami seakan melakat di kerusi yang tidak bergam. Lantaran sehingga jam 9.30 malam kami masih meriuhkan suasana. Meskipun begitu, Arnie pulang dahulu (mungkin kerana Galzean tak hadir kot... ahaks). Sebelum beredar... sempat lagi cari makanan untuk 'last round' dan apa lagi bergambar sakan dengan 'in-house band'. Tak sia-sia kami datang yaa... Meskipun ketika mereka menyampaikan lagu... kami buat endah tak endah pun... jangan cakap orang.
Ada lagi... Abang Burn buat kezutan (terminologi AF) lagi... dan lagi... kali ini keluarga beliau mengajak kami untuk menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri... katanya sehari suntuk untuk Yellow Group sahaja untuk meriuh rendahkan suasana!!! Rezekimu pasti bertambah mudah ABKH, insyaAllah. Kami cuma menunggu tarikh konformasinya sahaja untuk SERBU !!!
OOppss... sebelum itu Abang Everland mengajak ke Genting Highland untuk program Pasca Lebaran. Ok, Ok... nanti kita rancang baik-baik ya !!! Siti... nak jadi 'tour guide' lagi?
No comments:
Post a Comment