Showing posts with label Cuti Cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti Cuti Malaysia. Show all posts

Sunday, September 2, 2012

Lepaskanlah... Biar mereka MERDEKA di Samudera









Nota Jase :
Sungguh simbolik acara ini. Melepaskan 25 ekor anak-anak penyu agar di 'Turtle Sanctuary' Cherating pada 1 September 2012 yang baru lalu. Sehari selepas ulang tahun sambutan kemewrdekaan Malaysia ke 55; saya juga 'memerdekakan' anak-anak penyu ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan (Kak FABby, Anis, Oxfod, Kak Moon, Cik Yah dan Angah) yang sudi menyumbang RM10 untuk seekor anak penyu. Jika tidak tentu 10 ekor sahaja yang mampu kami lepaskan. Sebenarnya ini adalah salah satu aktiviti impian Lisa, saya cuma mengikut sahaja pada mulanya. Apabila sudah betul-betul hendak memulakan acara perlepasa ini maka keterujaan semakin tinggi. Apabila membawa bekas yang berisi anak-anak penyu yang baru berusia 3 minngu ini ke pantai, kita dapat rasakan yang anak-anak penyu ini tidak sabar untuk meneroka samudera Lautan Cina Selatan yang luas. InsyaAllah jika ada yang hidup panjang (mengikut statistik cuma 5 % yang berjaya hidup selepas dilepaskan), maka sudah tentu akan ada yang kembali untuk bertekur di pantai ini. InsyaAllah...

Thursday, January 6, 2011

Edisi Perdana Santai



Setelah sekian lama ditunggu dan menunggu maka akhirnya majalah yang kawan saya menjadi editornya ini akhirnya muncul juga di pasaran. Terima kasih tidak terhingga kerana terselit juga muka saya di halaman 101 meskipun kecil dan tanpa nama. (InsyaAllah jika ada kesempatan, jemoputlah lagi untuk menyertai aktiviti ya...) SANTAI, majalah ini di beri nama tentunnya akan menambahkan lagi saingan sihat di dalam majalah Travelog yang ada di pasaran tanahair. Masing-masing tentunya memiliki keistimewaan tersendiri.

Namun yang menjadi tanda-tanya sekarang ialah kerana agak sukar untuk mendapatkan majalah ini di di kedai-kedai majalah sekitar ibu kota. Saya amat berharap agar cetakan edisi kedua akan dipertingkatkan jumlahnya dan ditambah lokasi jualannya. Di dalam edisi perdana ini banyak juga peraduan dan pertandingan yang menarik di adakan. Banyak juga aktiviti yang membuatkan saya teruja, antaranya ialah acara Team Eko Kembara 1 Malaysia bulan Mac 2011 !!!

Selamat Maju Jaya untuk Santai !!!

Nota Jase :
1. Bila Edisi Januari 2011 akan dietbitkan ya?
2. Klik di sini untuk mengikuti Santai

Monday, January 3, 2011

Seharian di Pulau Ketam





Pulau Ketam, jika diterjemahkan di dalam Bahasa Ingeris akan berbunyi seperti ini - 'Crab Island'. Ia adalah sebuah pulau kecil yang terletak di lepas pantai Port Klang, Selangor Darul Ehsan. Mengikut sejarahnya ia ditemui sekitar tahun 1880an. Pulau ini mudah di akses/di lawati dari dermaga Pelabuhan Klang oleh feri/tongkang/sampan. Lokasinya dari tanah besar ialah sekitar 10 kilometer dan berdirinya pulau ini setinggi 10 meter di atas permukaan laut.

Jalan umum utama di pulau ini adalah konkrit yang sempit, sementara di daerah perumahan, yang lebih tua reyot pula dihubungi oleh titi papan kayu tua yang separa utuh. Tidak ada kereta di Pulau Ketam untuk meninjau dan menjelajahi samada berjalan kaki ataupun berbasikal saja. basikal boleh di sewa dengan kos RM5 untuk sebuah basikal sehari. Ada juga di kalangan penduduk tempatan yang memiliki basikal bermotor dan motosikal.

Penduduk tempatan terutama dari keturunan Teochew dan Hoklo (Hokkien) dari Negara China, dengan Teochew, Hokkien dan Mandarin adalah dialek utama diucapkan. Sudah tentunya mereka juga boleh berbahasa Melayu dialek pasar.

Terdapat hanya sebuah restoran yang menghidangkan makanan halal yang dikendalikan oleh orang muslim berbangsa campuran cina (terima kasih kepada seorang anggota polis yang menunjukkan kami akan kedai ini) dan seorang Pak Cik yang menjual makanan kegemaran saya 'apam balik/terang bulan'. Ada ais krim berbentuk telur yang bukan sahaja cantik tapi enak yang dikenali sebagai 'the perfect ice cream'. bekas plastik yang berbentuk telur ayam ini boleh dikitar semula sebagai bekas simpanan kelip kertas, butang baju melayu dsb.

Kemudahan asas di sini boleh di katakan lengkap. Ada Balai Islam (untuk menunaikan solat), Balai Polis, Pusat Kesihatan, Maybank dan Bomba. Jika ingin bermalam terdapat sekurang-kurangnya 2 buah inapan yang murah.

Bagaimana hendak ke sini? Mudah sahaja. Gunakan perkhidmatan awam. Gunalah perkhidmatan Komuter dari tempat anda dan berhenti di destinasi terakhir iaitu Pelabuhan Kelang. Dermaga untuk ke Pulau Ketam letaknya cuma di sebelah stesen ini. Perjalanan menaiki feri dari dermaga ke Pulau ketam mengambil masa kira-kira 40 minit. Feri terakhir dari Pulau Ketam bertolak kira-kira jam 6.00 petang. Jika lambat, bermalamlah di sini. Bolehlah menjamah makanan laut di sini.

Memancing? Bukan bidang saya tetapi saya kira ia boleh dilaksanakan di sini...

Kenangan saya dan Lisa, saya kira kami sudah lama tidak berbasikal, jadi ini merupakan peluang terbaik untuk berbasikal mengelilingi pulau. Kepulangan kami ke tanah besar lewat hari pertama tahun 2011 baru lalu di sambut dengan hujan yang agak lebat sehingga membasahi tubuh yang telah keletihan namun kepuasan...

Sunday, January 2, 2011

Projek RM570 juta !







Pertama kali saya dan Lisa memijakkan kaki ke sini. Ia memang sungguh gah sekali. Lagaknya seperti sebuah Bandara ataupun Lapangan Terbang. Projek yang menelan belanja lebih kurang RM570 juta ini sebenarnya ialah sebuah terminal bas ekspres bersepadu bagi pengangkutan dari selatan Kuala Lumpur. Ia mula dibuka pada 1hb Januari 2011. Terminal ini mengikut beritanya dapat menampung 1000 bas keluar masuk setiap hari. Sehingga kini 8 daripada 51 syarikat bas telah mula beroperasi di sini.

Apa yang menarik di sini? Tempat Letak Kereta yang berbumbung dan percuma sehingga 145 Januari 2011. Ada tempat penyimpanan bagasi yang luas dan selamat. Ada Balai Ketibaan Eksklusif. Ada Balai Polis. Ada Kaunter Tiket OKU. 150 buah perhentian teksi. Terminal utama yang berhawa dingin. Sudah ada juga kedai makan yang di buka (Restoran Mamak rasanya). Lokasi santai yang hebat jika hendak dibandingkan dengan Hentian Puduraya mahupun Terminal bas Sementara Bukit jalil yang amat kotor itu !!!

Sunday, December 19, 2010

Indahnya Hutan Hujan Tropika di Pinggir Kota









Sudah lama rasanya saya menyimpan hasrat untuk membuat 'Canopy Walk' di FRIM, Kepong. Cuma masa yang tidak diizinkan. Namun alhamdulillah pada 27 Oktober 2010 yang lalu, saya mendapat kesempatan untuk membawa segerombolan peserta kursus dari Equatorial Guinea untuk melakukan senaman pagi di FRIM dengan sedikit rentasan hutan hujan tropika lantas meneruskan perjalanan 'canopy walk'. Kami menghabiskan lebih kuran 2 jam untuk melangsaikan tugas mudah ini. Meskipun ada yang kesengsaraan, kepenatan dan kehausan, akhirnya semua tersenyum gembira menamat tugasan yang di amanahkan.

Untuk rakan-rakan dari EG - "Te Hecharemos de Menos", sementara untuk rakan-rakan dari Malaysia seperti Anis, Lina, Yani, Iwan, Mat, Hafiz dan Haziq - Terima Kasih kerana sudi menemani.

Sunday, May 30, 2010

Alhamdulillah... Akhirnya Ku Tawan Juga Puncak Ledang






Alhamdulillah.... setelah lebih kurang 13 tahun meninggalkan 'arena pendakian' akhirnya saya tewas dengan ajakan rakan-rakan sekerja untuk menawan Puncak Gunung Ledang yang belum pernah saya jejaki lagi (Kali terakhir saya menyertai XPDC Pendakian ialah pada 31 Ogos 1997 ke Gunung Datuk). Setelah hampir gagal XPDC ini akibat kesibukan bekerja dan tuntutan kerjaya (setelah berkali-kali ditunda) akhirnya kami mengambil kesempatan sempena Cuti Umum Hari Wesak untuk memula dan menmatkan pendakian Gunung Ledang. 28 Mei 2010, jam 11.00 pagi telah menjadi saksi kepada kejayaan 12 pendaki amatur sampai ke puncak. Terima Kasih kepada En Azam dan geng beliau yang membantu kami merealisasikan impian. Terima Kasih kepada Anis yang memastikan XPDC ini berjaya dilangsungkan akhirnya. Kepada rakan-rakan pendaki lain (terutama Mas, Faisya, Marry Anne & Nazam), insyaAllah Kita Bertemu Lagi di lain pendakian. Jom Broga minggu depan...? Hahaha...

Wednesday, May 26, 2010

Gunung Ledang Tunggu Aku Datang...


Gunung Ledang yang di dalam bahasa Inggerisnya di panggil Mount Ophir adalah sebuah gunung yang terletak di Daerah Ledang, Negeri Johor Darul Takzim dan bersempadan dengan Negeri Melaka. Pekan kecil yang paling hampir dengan gunung ini ialah Pekan Asahan. Ketinggian Gunung Ledang ialah 1,276 meter. Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di Selatan Semenanjung Malaysia dan kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia selepas Gunung Tahan.
Seandainya berada di puncak gunung ini pada hari yang cerah, kita boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas sekali.

Taman Negara Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.

Apa yang pasti, Gunung Ledang juga amat terkenal dengan Legendanya yang tersendiri iaitu Puteri Gunung Ledang.

Doakan saya selamat pergi, mendaki dan kembali. Telah lebih sepuluh tahun saya berhenti dari aktiviti rekreasi dan mendaki gunung. Namun ajakkan daripada rakan-rakan sepejabat membuatkan saya teruja semula. Kami, seramai lebih kuran 14 orang akan berangkat ke Gunung Ledang esok dan memulakan pendakian pada awal pagi Jumaat. Tunggukan saja perkembangannya ya..:)

Friday, May 21, 2010

Berlari Mengejar Merpati


"Jinak- Jinak Merpati
Bila Ku Dekat Engkau Terbang Tinggi
Dapat Ku Tangkap Pasti Ku Bawa Lari
Berlari Mengejar Sekumpulan Merpati
Ku Sangka Dapat Rupa-rupanya Ia Telah Terbang Pergi"


Gambar di atas hanyalah hiasan, senario di baru Caves ini telah berjaya di rakamkan oleh seorang jurugambar yang berkhidmat di pejabat saya, Irwan. Terima kasih kerana bersusah payah mencantikkan lagi senario ini lantas memberikan kepada saya. Jika anda ingin mendapatkan khidmat beliau (Irwan) bolehlah meninggalkan pesanan di blog saya. Atau boleh juga menjengok sendiri hasil kerja beliau di facebook beliau dengan klik di sini.


Saturday, May 15, 2010

Suratku Untukmu





Lirik Suratku Untukmu

Nombor anam puluh anam
Jalan Seremban
Tampin
Negeri Sembilan

Kekasihku yang jauh di mata

Kasihku sayang mengapa membisu
Berpucuk surat suratku untukmu
Mungkinkah kini rindu padaku
Rindu padaku

Oh oh rindunya ingin kuberikan
Apa khabarnya orang di sana
Mungkinkah kini jemu padaku
Jemu padaku

Kirimkan aku berita
Untuk menghiburkan hati rindu uuu...
Rindu uuu...

Oh oh rindunya ingin kuberikan
Apa khabarnya orang di sana
Mungkinkah kini jemu padaku
Jemu padaku

Kirimkan aku berita
Untuk menghiburkan hati rindu uuu...
Rindu uuu...

Kasihku sayang mengapa membisu
Berpucuk surat sudah untukmu
Mungkinkah kini rindu padaku
Rindu padaku

Nota Jase : Saya tujukan 'entry' ini untuk Mas & Oxford. Kenapa? Hahaha... Semasa Jelajah Persada Negeri Sembilan pada bulan Mac yang baru lalu (yang tidak dapat disertai oleh Oxford di saat-saat akhir) kami telah akhirnya tanpa di sangka-sangka dan di rancang bertemu dengan alamat 'No 66, Jalan Seremban, Tampin, Negeri Sembilan" seperti di dalam lirik lagu popular J. Sham "Suratku Untukmu" yang amat terkenal di Zaman Pop Yeh Yeh dulu. Ironinya kami memang ada 'berbincang kedai kopi' berkenaan dengan lagu ini sebelum merealisasikan jelajahan tersebut. Sementelah bertemu dengan 'tugu' tersebut saya pun mengambil kesempatan untuk mengabadikan kenangan. Tugu ini memang tidak memberi signifikasi apa-apa kepada saya. Tetapi bagi mereka yang membesar di Zaman Pop Yeh Yeh ia memang memberi impak yang besar dan nostalgia yang amat bermakna kepada mereka, lebih-lebih lagi para peminat J. Sham. Terima Kasih Pos Malaysia !!!

Tuesday, April 20, 2010

Perkampungan 1Malaysia @ MKL


Semalam kami makan besar di Restoran Seri Angkasa, Menara Kuala Lumpur sempena menyambut kejayaan Nina menamatkan pengajian beliau dalam bidang perubatan. Setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke Menara Kuala Lumpur (kali terakhir saya menjamu selera di sini ialah bulan November 2009 yang lalu bersama peserta kursus dari Iraq), singgahan kali ini telah menemukan dengan sebuah produk pelacongan yang baru dan amat menarik iaitu Perkampungan 1Malaysia @ Menara Kuala Lumpur.

Perkampungan ala-ala Perkambungan Budaya Sarawak ini memuatkan produk senibina seperti binaan Rumah-Rumah Tradisional di Malaysia seperti Rumah Kedah, Rumah Selangor, Rumah Pahang dsb. Produk kraftangan seperti demonstrasi batik dan anyaman rotan. Produk sukan tradisional seperti demonstrasi gasing, congkak dan batu seremban. Produk seni seperti tarian tradisional, muzik gamelan dan silat. Perkampungan ini dibuka dari jam 5.00 petang sehingga 9.30 malam setiap hari. Tidak syak lagi ia merupakan tarikan terbaru ibu kota. Maka, malam ini sekali lagi saya dan Lisa ke Manara KL untuk meninjau Perkampungan 1Malaysia @ Menara Kuala Lumpur ini. (Tetapi malam ini kami tidak makan di Restoran Seri Angkasalah... sekadar di sebuah kiosk di Laman Menara KL sahaja).

InsyaAllah kali ini saya akan membawa peserta kursus dari Equatorial Guinea pula ke sini bulan hadapan !!!

Saturday, April 10, 2010

Flea Market & Carboot Sales @ MAEPS


Usai memakir kereta kita akan disambut dengan dentuman engin 'go-kart'. Ya, cabaran 'go-kart' ini memang menanti pengunjung setipa minggu. Seikhlasnya saya memang tidak meminati 'go-kart' tetapi saya memang pernah mencubanya sekali. Dan hanya sekali ya...


Awal bulan ini kita dikejutkan dengan jangkitan air kencing tikus. Maka berpusu-pusu e-mail mengenai virus tersebut yang memenuhi kotak e-mel saya. Di sini juga ada dijual racun tikus, cicak, lalat dan sebagainya. Kata penjualnya racun-racun ini memang dibuat untuk warga kota. Hmmm... kalau nak tahu lebih lanjut kenalah memanjangkan kaki ke sini.


Apakah yang dimaksudkan dengan 'Vintage Dress'? Adakah ia pakaian dengan rekaan lama? Ataupun baju terpakai yang dijual semula seperti 'bundle'?



Nasi Lemuni Sambil Tumis dikatakan adalah resipi tradisi dari Pulau Pinang. Saya juga pertama kali merasa juadah ini. Boleh tahan sedapnya. Gerai yang sama juga menjual Teh Tarik Line Clear.


Selalunya kita makan Nasi Impit sama ada dengan kuah kacang ataupun sayur lodeh. Ada lagi juadah istimewa di sini. Nasi Himpit Goreng. Kalau berani bolehlah mencuba...


Ikan Pekasam memang termasuk di dalam senarai sebagai salah satu hidangan yang menjadi minat saya. Malangnya akibat masalah kesihatan saya tidak dapat menjamah selalu ikan pekasam goreng bercili ini. Sesekali bila pulang ke kampung, insyaAllah dapatlah merasa... Untuk rekod, orang utara memang suka makan ikan pekasam.


Cenderahati yang amat menarik yang dihasilkan daripada buah hutan. Sungguh istimewa untuk dijadikan hadiah. Saya juga ada membeli satu. Tetapi masih berfikir samada untuk disimpan atau dijadikan hadiah.



Ada juga dulang tin zaman dahulu yang dijual. Dua tahun lampau saya memang mnecari dulang tin ini untuk hadiah hari raya untuk Nenek Sarah. Namun sehingga sudah tidak ketemu. Aleh-aleh terjumpa di sini. Selain daripada itu set pinggan mangkuk kaca zaman 70an juga ada. Menarik bukan?


Tidak sah jika pasar terbuka sebegini tiada pentas terbuka untuk para pengunjung berkaraoke. Jika ada keberanian, leburkan saja RM1.00 dan ekspreslah nadamu agar di dengari 'rakyat jelata' !!!

Tuesday, March 16, 2010

Tarikan Sementara Putrajaya




Pada 9hb Mac yang baru lalu usai makan tengahari bersama Oxford dan Mas di Restoran Bonda, Precint Diplomatik, Putrajaya ketika dalam perjalanan pulang ke pejabat tiba-tiba saya telah mengusulkan idea bernas kepada mereka berdua. Ideanya ialah meninjau Pusat Informasi Precint Diplomatik di bangunan berdekatan. Dek kerana kami masih mempunyai banyak masa maka keduanya pun bersetuju. Bangunan tersebut yang masih cantik tetapi persis tiada pengunjung. Apabila tiba dipintu masuk kami diberitahu yang Pusat Informasi tersebut belum dibuka tetapi sekarang ini (sehingga bulan Julai 2010 jika tidak salah saya) Jabatan Muzium Malaysia sedang menyewa bangunan tersebut untuk dijadikan Muzium Alam Semulajadi dengan mengadakan Pameran Mamalia Malaysia. Maka kamipun mengambil kesempatan untuk melawat muzium tersebut. Banyak juga bahan pameran yang diketengahkan antaranya ialah ikan paus, gajah, harimau, tenuk/tapir, badak sumbu, beruang, rusa, memerang dan banyak lagi. Maka pengetahuan kamipun bertambah berkenaan Mamalia Malaysia pada hari tersebut.

Waktu lawatan ialah dari 9 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Ahad. Precint Diplomatik, Putrajaya lebih mudah untuk dikunjungi dengan menggunakan Pintu 1 Putrajaya dari Jalan Kampung Abu Bakar Baginda arah ke Sungai Merab. Apalagi, Jom !!!

Sunday, February 28, 2010

Jelajah Persada Episod 2 : Tasik Cini





Cerita mulanya mengenai naga. Ada yang kononnya berani sangat ingin berjumpa dengan naga. Akhirnya orang itu juga yang tidak dapat turut serta. Itulah kisahnya. Mulanya Tasik Chini juga telah dibatalkan. Kiranya kalah 'battle' dengan Tasik Bera. Ya, kami semua belum pernah sampai ke Tasik Bera sedangkan Mas telahpun sampai ke Tasik Chini satu ketika dahulu. Tetapi dek kerana kupuasan jelajahan belum sampai ke kemuncak maka kami membatalkan niat untuk meneruskan perjalanan ke Sungai Lembing di saat kereta telah meluncur ke Kuantan lantas terus menyimpang perjalanan ke Tasik Chini yang sememangnya cuma kurang lebih 60 km daripada Pekan. Dan sesungguhnya ia merupakan satu keputusan yang sungguh tepat sekali.

Pemamduan untuk sampai ke sini agak 'cuak' juga. Tambah-tamabh lagi saya yang memandu, cuak di tahap maksima. Tentunya dek kerana kondisi jalan yang kecil, sunyi dan penuh dengan belukar. Papan tanda juga seperti tidak kelihatan kecuali batu tanda lama di sisi jalan yang menjadi panduan utama. Ya... kami memang tidak memiliki GPS untuk sampai ke sini. Tapi hajat mesti ditunaikan, kan?

Namun dek kerana kesabaran makan kami sampai juga akhirnya. Namun suasana di sini amat terasing dan janggal sekali. Bukan apa, chalet sedang mengalami proses pengubahsuaian. Jalan tanah merah yang berdebu dan cuma ada sebuah gerai sahaja yang menjual makanan. Itupun cuma makan ringan yang dijual. Sedangkan kami semua sudah kelaparan jadi untuk mengalas perut kami cuma mampu untuk menjamah goreng pisang yang sudah sejuk tapi alhamdulillah juga. Airnya? Cuma air mineral lah...

Setelah sesi tawar menawar selesai maka kami akhirnya berseutuju untuk melihat 12 buah tasik, empangan, Kuala Chini dan beberapa lokasi ganjil dan menarik di Tasik Chini. Ini termasuk juga dengan perkampungan orang asli. Sepanjang perjalanan, acara utama tentulah mengambil gambar dengan bunga teratai dan lain-lain tumbuhan air yang agak asing tetapi menarik. Lisa pula agak bertuah kerana Pak Cik pemandu bot telah menghadiahkannya sebuah topi daripada daun dan bunga teratai. Perjalanan dengan bot keseluruhannya mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Mula-mula terasa lama tetapi akhirnya tidak puas !!!

Sebenarnya saya ingin memendekkan cerita sebab jelajahan ini sudah lama....:) berlaku, jadi sememangnya kami puas dan ingin datang lagi ke Tasik Chini ketika bunga teratai berkembang iaitu sekitar bulan Jun ke Ogos tahun ini tetapi dengan syarat chalet telah siap di baik pulih.

Kami cuma dapat makan tengah hari di Restoran di Kuala Sungai Chini kira-kira jam 5.00 petang dengan bihun goren kicap dengan telur mata kerbau yang mahal dan tak sedap. Aduh !!!

Wednesday, February 17, 2010

Jelajah Persada Episod 2 : Bandar DiRaja


Kami meninggalkan Rompin lebih kurang jam 10.00 pagi. Usai mengambil gambar terakhir di Papan Tanda Summerset Resort Rompin kereta meluncur laju bersama kenangan meninggalkan Rompin. Cuaca begitu memahami, tidak panas dan tidak pula hujan. Destinasi seterusnya adalah pilihan Mas.Tidak lain dan tidak bukan ialah Bandar Diraja Pahang, Pekan. Tetapi sebelum itu kami sempat menikmati suasana jalan persisir pantai dengan sekali sekala menoleh ke kiri untu melihat hamparan ombak Laut Cina Selatan. sedar-sedar sahaja kami sampai ke Nenasi yang merupakan salah satu kawasan pengeluar nenas di Negeri Pahang. Apa lgi, kami mengambil kesempatan untuk berhenti dan merasa nenas segar yang dikupas khas oleh kakak yang menjual. Murah, manis dan sedap. Itu yang penting. Tiada tawar menawar berlaku, lantas selepas itu kamipun meneruskan perjalanan sambil menjamah nenas yang sebenarnya cuma dapat dihabiskan dsebelah petangnya.

Pekan, Pahang adalah sebuah bandar yang begitu terkenal. Selain daripada Bandar DiRaja Pahang, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein juga berasal dari bandar ini. Mungkin ada yang tidak percaya jika saya katakan yang bandar ini mendapat namanya daripada sejenis bunga yang dinamakan Bunga Pekan. Bagaimana bentuk bunga ini juga tidak pernah saya ketahui. Antara lokasi menarik di sini ialah Masjid Abdullah (yang dibina sejak tahun 1920an lagi), Masjid Abu Bakar dan juga Muzium Sultan Abu Bakar (malangnya dalam proses membaikpulih - maka dengan itu kami cuma dapat melihat dari luar). Kami sempat 'ronda-ronda' tiga pusingan sebelum meninggalkan Pusat bandar Pekan. Di waktu tersebut juga ada Karnival IT di sini, dengar cerita di sebelah petang/malam Iqwal ada membuat persembahan malangnya saya tidak dapat untuk menunggu dan menonton.

Dalam pada itu, saya mencari Murtabak Mengkasar yang amat terkenal dan enak itu malangnya gerai yang menjual murtabak tersebut di tutup pada hari singgahan kami (31 Januari 2010). Penduduk Kampong Mengkasar, lebih kurang 2 kilometer dari pusat bandar Pekan, dikatakan adalah dari susur galur keturunan Tok Tuan Makassar, Sulawesi, Indonesia. Maka, Perdana Menteri Malaysia sekarang Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak juga berasal dari keturunan ini.

Kami meninggalkan pusat bandar untuk menuju ke Kawasan Istana. Sempat juga kami bergambar di Istana, kawasan sekitaran, Kelab Polo DiRaja Pahang & Kuliah Sultan Abu Bakar (Kolej Islam). Sedangkan Mas sibuk mengambil gambar bangunan dan rumah lama di sekeliling kawasan ini. Sebagai pengkritik hasil seni, Mas tentu mempunyai banyak alasan untuk mengumpul bangunan yang memiliki seribu keindahan seni untuk diperbincangkan nanti.

Seterusnya kami meluncur ke Kampung Pulau Keladi, tempat kelahiran Seniwati Sarimah. Hampir tersesat juga meskipun kami melalui jalan yang betul kerana Papan Tanda agak terhad. Kami cuma singgah di Pusat Tenunan Songket Pahang sahaja sambil menikmati keindahan dan keaslian hasil tenunan ini. nasib baik ketika itu poket saya memang benar-benar kosong jika tidak sudah tentu raya tahun ini akan bergaya dengan Sampin Tenunan Pahang !!!

Puas dengan singgahan-singgahan di Pekan; kamipun meneruskan perjalanan ke utara Pahang, menuju Kuantan. Cadangan asal ialah untuk ke Sungai Lembing yang terkenal dengan tinggalan lombong emas. Namun papan tanda Tasik Chini yang menunjukkan jarak lebih kurang 60 kilometer sahaja membuatkan kami mengubah haluan serta merta tanpa berfikir panjang !!! "Tasik Chini !!! Kami datang Kepadamu..."