Showing posts with label Yellow Group. Show all posts
Showing posts with label Yellow Group. Show all posts

Monday, September 7, 2009

Iftar YM @ Legend

Barisan Ahli-ahli YM yang hadir antaranya dari kiri belakang - Yoyo, Sheila, Lisa, Cikgu Jah, Kak Husna, Pija, Pidah, Arnie, Abg Burn, Mael, Abg Everland, Jeff, Lynn, Nadia, KY, Kak Hajar, Melissa, Anna, Chah & Galzean.

Resplendent Ramadhan @ Di-Atas Brasserie dengan RM85.00 ++ seorang. Nasib baik dapat 20 %. kalau tak parah jugak. Meskipun begitu, harga yang mahal jadi berbaloi bukan hanya kerana juadah yang enak tetapi lebih-lebih lagi dengan layanan mesra para petugas menangani karenah kami dengan senyuman dan tindakan pantas memenuhi pemintaan. Menjadikan kenangan bertambah manis untuk kali kedua !!!





Nota Jase : Di-Atas Brasserie sekali lagi menjadi lokasi berbuka puasa untuk Yellow Mellow (YM) tahun ini pada 5 September 2009 yang lalu. YM adalah Kumpulan Kuning ketika kami melancong ke Korea bersama MAWI tahun lalu. Kumpulan ini bukan hanya kekal sehingga kini tetapi tetap 'havoc' di e-mail mahupun FB. Cayalah.

Lokasi ini sekali lagi dipilih mungkin kerana ianya bersebelah dengan PWTC yang juga menjadi lokasi MATTA Fair seperti tahun lalu. Mungkin jika MATTA Fair tahun hadapan tidak bertembung dengan Bulan Ramadhan ada potensi lokasi berbuka puasa ini boleh berubah, mungkin juga tidak jika ramai yang masih ingin mengekalkan tradisi.

Semasa berbuka puasalah maka kami dapat bersua muka dan membuka cerita lama dan bertanyakan perkembangan terbaru.

Bukan sahaja juadah yang enak seperti Nasi Beriyani Gam yang menggunakan resepi Johor, pelbagai jenis laksa juga di hidangkan, Kambing Panggang sudah semestinya. Ada juga Rendang Tok, Bubur Lambung dan bayak lagi kuih mueh !!! pendek kata memang berbaloi. Jika berada di lobi pula, kita akan dihiburkan dengan instrumental pemain piano.

Jika makanan yang enak sahaja tidak mencukupi tentu layanan berkesan yang diinginkan. Memandangkan kami terpaksa menambah 3 kerusi akibat pemintaan 'tinggi'. Para pedtugas begitu komited sekali. Secara keseluruhan, bermula dengan semasa membuat tempahan sehinggalah pembayaran di buat, saya kira perkhidmatan para pekerja The legend Hotel Kuala Lumpur amat memuaskan. Bravo Legend !!!

Friday, September 4, 2009

Jemputan Mael & Nadia

Ini adalah tuan punya badan yang menjemput kami. gambar ini di ambil untuk membuktikan yang Mael dan nadia juga adalah penyokong Crocs. Lagi penyokong Crocs dari YM !!!


Saya mengambil kesempatan untuk berposing di hadapan khemah yang dipasang di hadapan rumah Mael-Nadia sempena Majlis Kesyukuran tersebut.

Sipi-sipi, sisi-sisi ruang tamu...

Ada lagi gambar kahwin tuh...:)

Saya ambil kesempatan untuk berposing di tangga ke tingkat satu.

Ruang tamu yang kemas dan teratur. Kena puji sebab dah jemput makan kan....:)

Buffet Hidangan... Antara yang dihidangkan ialah Nasi Ayam.



Nota Jase : Terima kasih Mael & Nadia. Maaf lambat update (dah lama berlalu - 15 Ogos 2009 yang lalu), Bukannya apa tunggu masa yang sesuai. Kan kita akan ada perjumpaan berbuka puasa bersama YM pada 5 September 2009 nanti di The Legend, Kuala Lumpur. Jumpa di sana... di sana... di sana. jangan lewat tau. 6.30 ptg SHARP (bukan jenama TV tau). Baru sempat sembang-sembang dulu...:)

Sunday, August 16, 2009

Catatan "Fire Burning"




DVD Video Player baru saya tengah run filem Tropic Thunder. Tapi saya x paham sepatah haram pun. Sebab utamanya memang tak boleh menumpukan perhatian. Ada banyak yang perlu di kejarkan hari ini.

Di bilik air di tingkat atas rumah pula, ada dua orang budak Giat MARA tengah memasang water heater baru untuk bilik air tersebut. Dah lama betul urusan ini tertangguh. Mula-mula ingat nak baiki yang lama tetapi memang dah tidak boleh di selamatkan lagi water heater tersebut. Jadi proses menjadi lebih lambatlah. Untuk membeli yang baru dan mendapatkan servis memasang. InsyaAllah selesai hari ini.

Dalam pada itu juga, saya sebenarnya menunggu technician Diamond Water untuk serviskan Sistem Diamond Water di rumah ini. Ini juga dah lewat 6 bulan untuk servis di tambah pula dengan tube dari sistem ke pili air bocor beberapa hari lalu. Janjinya 12.30 tengah hari nanti sampai.

Hari ini memang hari akan akan mengempiskan poket seluar saya... ahaks. Kejap tadi baru Pye SMS bertanyakan pasal bonus. Nak check akaun CIMBClicks pulak buat hal. Hmmm...

Haa... Si Hafiz, abang kepada Qhaud AF7 pula SMS nak datang rumah untuk penerangan pasal projek Brotherhood Qhaud. Tengoklah... InsyaAllah menarik dan memberangsangkan. Saya cuma akan mendengar dengan hati yang terbuka, kemudian menilai baru membuat keputusan.

Lagi satu... saya tahu saya hutang Mael & Nadia of Yellow Mellow tentang posting Majlis Kesyukuran semalam. Gambar-gambar telah di upload. InsyaAllah ya Mael..Nadia... nak kena cari ilham dulu baru boleh memulakan coretan.

Malam nanti... Ella !!! Kita ada janji di The Mist Bangsar. Jumpa di sana... di sana... di sana...

Tinggal dulu ya Blog. Kapan Bertemu lagi. Enjoy ya Fire Burning !!!

Thursday, June 4, 2009

Let's Go Ananas !!!




Teringat saya satu ketika dahalu semasa hendak memesan makanan di sebuah restoran bersama dengan Azwan, dia ada mengeluarkan kenyataan ini kepada saya; "Abang ni suka minum jus yang jarang orang minum". Sebenarnya ketika itu saya memesan jus nenas. Memang betul, jus nenas sebenarnya tidak digemari ramai, tetapi saya amat menggemarinya. Antara jus lain yang saya suka termasuklah mangga (yang ini favourite ramai), karet (tanpa susu) dan papaya (atau betik). Samada sedar atau tidak semua jus kegemaran saya berwarna OREN !!! Berbalik kepada nenas, saya kira produk utama nenas yang kita makan selalunya berkisar kepada jem nenas dan tat nenas. Tat Nenas? Sudah tentu ianya biskut No 1 kegemaran saya !!!

Hujung minggu lalu di mana 'kegilaan' saya dan Lisa menjadi-jadi, kami meluncur ke selatan tanah air selepas waktu kerja hari Jumaat. Sebagaimana yang telah di ketahui rakan-rakan YM, saya dan Lisa singgah untuk 'bertanya khabar' dan 'bertandang' ke rumah Arnie di Taman Perling JB. Memang banyak cerita, tetapi untuk entry ini saya akan fokuskan kepada 'Cuti Cuti malaysia' kami di Muzium Nenas di KM 52 Jalan Pontian. Kiranya ini merupakan perjalanan pulang kami dari Tanjung Piai setelah gagal untuk meninjau Muzium Bugis (sebab terlepas) dan makan di Restoran Kak Erna dan Abang K dek kerana hari Ahad ianya cuma di buka jam 4 petang dan Kak Erna juga ketika itu sedang berada di KL. Jadi lokasi menarik yang kami singgah ialah Muzium Nenas.

Muzium ini terletak di laluan pelancongan "JB - Kukup - Tanjung Piai" mengambil masa kira-kira 45 minit dari JB. Muzium ini menjadi rujukan utama jika kita ingan mengetahui tentang industri nenas negara. Antara pameran yang di ketengahkan ialah berkenaan sejarah nenas di Malaysia, pengenalan kepada tanaman nenas (ada banyak maklumat biologi yang cara-cara mengenal nenas). Di pameran Agronomi nenas pula kita boleh mendapatkan maklumat berkenaan penyelidikan nenas di Malaysia. Jika berminat untuk menjadi pengilang nenas tin ada pameran menunjukkan pemerosesan nenas kaleng. Tahukah anda yang terdapat 18 jenis nenas? Muzium ini dikendalikan oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor Darul Takzim. Jika tersesat di Pontian apa salahnya berkunjung ke sini, lagipun tiket masuk cuma RM2.00 seorang. Dan saya... puas meninjau muzium ini.


Sudah terang lagi bersuluh bahawa gambar ini tidak di ambil di Muzium Nenas. Apa yang pasti tiada jualan nenas di muzium tersebut. Jadi, jika ingin merasa keenakan Nenas Josephine, Nenas Moris, Nenas Sarawak dan lain-lain lagi bolehlah singgah di tepi jalan di kawasan ini yang banyak menjual hasil pertanian Negeri Johor Darul Takzim !!!

Friday, May 8, 2009

'Kenangan Di Penjara Setahun Lalu'


Jangan terkejut dengan tajuk entry saya kali ini. Sememangnya saya tidak pernah masuk penjara. Hatta disabitkan kesalahan mahupun berlakon drama apatah lagi lawatan cuti-cuti Malaysia. Bulan Mei tahun lalu saya menonton Break Out bersama Mawi di Seoul. Bukan saya seoranglah. Lisa ikut juga... dan ramai rakan-rakan Yellow Mellow @ YM. Teater Tarian Komedi Tanpa Suara ini mengisahkan tentang 5 banduan yang cuba untuk melepaskan diri dari penjara. Ia merupakan sebuah persembahan pecah panggung di Korea Selatan. Kami memang bertuah dapat menonton di sana. Kini Break Out dalam sesi lawatan ke Malaysia untuk persembahan amal di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Niat di hati memang ingin menonton lagi, namun setakat hari ini saya mempunyai dua tuntutan yang sedang menunggu. Surabaya atau Miri? Yang mana satu bakal menjadi realiti?

Persembahan amal ini akan berlangsung di Wisma MCA, Kuala Lumpur pada 23 & 24 Mei 2009. Waktu persembahan ialan jam 3.00 petang dan 8.30 malam dan harga tiket pula ialah RM63 & RM 93. Break Out juga akan di pentaskan di Dewan Sri Pinang, Pualau Pinang pada 27 & 28 Mei 2009 pada jam 8.30 malam sahaja. Harga tiket adalah sama seperti persembahan di KL. Jika ingin maklumat lanjut bolehlah melayari
sini & sini.




Saturday, November 29, 2008

Tahniah Mawi & Heliza... Dengarlah Doaku Dalam Lagu...


Usaha mendapatkan tiket beribu-liku ini tidak sia-sia. Isnin lepas saya menelpon KY minta tolong beliau mengambil tiket Semi Final Etnik Kreatif MuzikMuzik. Memandangkan kantor beliau hanya di sebelah Sri Pentas. Malangnya dia pulak tidak berapa sihat. Lantaran itu tidak dapat membantu. Tetapi dek kerana terlalu ingin menolong saya maka KY meminta tolong rakan YM juga iaitu Lynn untuk mendapatkannya. Kemudian...., bagaimana pula untuk mengambil tiket daripada mereka? Hmm... Di sinilah Cute datang menyelamat dengan menggunakan mat despatch syarikat beliau bekerja yang memang di dalam radius perjalanannya untuk datang mengambil. Akhirnya 10 tiket di dalam genggaman. Dapatlah kami menonton. '10Q' untuk KY, Lynn & Cute.

Dan akhirnya usaha menuai hasil yang amat lumayan juga kerana selain kami dapat menerobos untuk menonton di kerusi paling hadapan (saya, Cute, Zal dan rakannya). Lagu Harapan Kami - DOA DALAM LAGU berjaya melangkah ke Final bersama-sama dengan lagu Dusta Berkalang (Aiman - Akademi Nasyid 1) & Lagu Farawahida (Persoalan Cinta). Dan punyalah excitednya kami dengan Team Bereh dapat di saksikan di kaca TV !!! Tahniah untuk Ajai, Allahyarham Loloq, Mawi & Heliza.

Alamak... 18/11/2009 akan datang Mawi akan bercuti berbulan madu !!! Siapa yang akan menggantikan Mawi untuk berduet dengan Heliza beraksi di Pentas Final Juara Lagu? Adakah Zahid AF2 atau Bob AF2? Spekulasi... Spekulasi...

Sunday, September 21, 2008

Iftar Kedua Yellow Group +++ Birthday Party !!!




Seperti yang telah dipersetujui bersama Iftar Kedua Yellow Group di adakan di Quality Hotel, Shah Alam pada 20 September 2008 dan ditaja sepenuhnya oleh Abang Burn dan Kak Husna (ABKH). Terlebih dahulu... Terima Kasih Daun Keladi ye... ABKH.

Saya dan Lisa tiba di Shah Alam seawal jam 4.00 petang sesudah menghantar Najib pulang ke rumah beliau di Kuang. Kami melalui Lebuhraya Guthrie dari Kuang untuk ke Shah Alam. Seperti yang diiklankan, cuma 15 minit untuk tiba di Shah Alam. Setelah mengisi minyak di Stesen Servis PETRONAS berdekatan Stadium Shah Alam kami meluncur ke SACC seperti yang dicadangkan oleh KY dalam rentetan e-mel2 beliau. Tujuan utama kami ialah untuk 'Retail Theraphy' sahaja, tapi lain pula jadinya. Memandangkan ia adalah hari Sabtu maka pencarian untuk mencari petak parkir bukanlah suatu tugas yang mudah. Tambahan lagi, Saha Alam adalah 'Buana Melayu'.

Demi untuk membunuh masa kami menyusur tingkat demi tingkat di SACC. Memang banyak lot kedai menarik di sini. Sempat juga bertanya kiosk kunci untuk membuat duplikasi anak kunci kereta, membaca secara percuma di MPH, melihat pelbagai tawaran Hari Raya, membeli VCD Cerita Hindustan di Speedy Video (masyaAllah... masih banyak VCD/DVD yang belum ditonton sebenarnya...). Usai Solat Asar, saya turun ke pentas sementara menunggu Lisa. Disitulah saya bertemu dengan Vokalis Nitrus, Eddy dan bertanyakan tentang album terbaru Nitrus. Timbul minat untuk membeli, malangnya... tak cukup tunailah pulak. Terpaksa beratur di ATM yang maha panjang. Memandangkan kami ada agenda lain iaitu untuk ke Kompleks PKNS maka saya meminjam dulu duit Lisa untuk menadapatkan CD Nitrus - 2 (RM 25.00 sahaja). Selesai bersembang pendek dengan Eddy dan rakan-rakan, bertukar alamat blog dan bergambar.... PKNS 'Here we Come'.

Tiba di Kompleks PKNS.. Lagilah ramai manusia. Tapi ATM yang di cari dahulu. Nasib baik ATM Bank Islam tak ramai orang, maka bolehlah mengeluarkan 'uang belanja' dengan pantas. Dalam asyik berjalan-jalan tuu terpandang akan 'design' baju melayu terbaru untuk raya ini... Menggunakan Kain Pelikat untuk baju dan seluar. Menarik... Tertarik... & Da Bomblah jawabnya. Memandangkan Lisa tak mahu menambahkan koleksi baju raya lagi... maka saya beli seoranglah... Dia nak 'barang' lain sebenarnya, hehe. Yang akan saya beli keesokkan harinya. Saya membeli baju melayu telok belanga kain pelikat ini dengan warna kuning cair... meskipun seluarnya agak ketat, yang penting bajunya sebab untuk di pakai pada majlis keesokan harinya (tunggu entry mendatang ya). Secara total, saya telah memiliki 4 pasang baju melayu untuk tahun ini. Sepasang telahpun di pakai semasa Program Sentuhan Kasih (juga belum ditulis entry ini) maka tinggal lagi 3 pasang lagi untuk Lebaran. Itu tidak termasuk 2 helai baju kokok yang di beli di Jakarta (hmm.... yang ini simpan untuk majlis rayalah). Jam telah menunjukkan hampir pukul 6.50 petang... kamipun bergegas ke Quality Hotel yang sepelaung sahaja jaraknya dari Komplek PKNS.

Sampai di Quality Hotel.... masyaAllah lautan manusia !!! Macam tak percaya sahaja. Nasib baik terserempak dengan Kak Husna, maka tahulah kami di mana lokasi meja yang telah di tempah. Dalam mengejar waktu berbuka itu... berlaku pula insiden yang tidak diingini... Meja ketiga kami telah di'snatch' oleh orang lain. Mereka tidak mahu berundur, pihak hotel pula tidak tegas dalam membuat keputusan. Lantaran itu... KY & 'all the gadis2' terpaksa makan di luar (ala-ala konsep tumah terbuka) dan Mael & Nadia pula terpaksa menjadi 'anti sosial' makan di meja panjang yang di buat khas. Demi bulan yang mulia kami pasrah dalam ketidakpuasan... Menu? Boleh tahan banyak juga meskipun ada 'buffet line' yang berulang-ulang. Lisa tertarik dengan kuah mee udang (sebab meenya dah habis). Saya dengan ketayap yang dibuat panas-panas. Nasi briyani pun ada... lauk pauk melayu juga sedap rasanya.

Orang jauh datang lambat, begitulah kiranya. Puas saya, KY & Chah menunggu di lift... Mak Wan, Pak Wan & kawan mereka tidak muncul-muncul. Kamipun dah tak tahan, masuk ke dalam dan sambung makanlah. Tup-tup tiba-tiba dengan gaya ranggi, jubah berbunga besar dengan rantai manik koran sebesar buku lima menghiasi dada Mak Wan itu datang dengan gaya angggun dan diberikan tepukan gemuruh seisi dewan. Hebat Mak Wan... ada aura Mawi juga beliau.

Memandangkan ahli kumpulan yang terakhir telahpun tiba... salam-salaman dengan Mak Wan pun sudah, Mak Wan dan suami pun dah kenyang menjamu selera... Maka kamipun menuju ke 'highlights' of the event. Sambutan Hari Ulang Thaun Kelahiran 'Dara & Maka Dara'. Ana & Kak Husna. Biar gambar dalam slide yang bercerita tentang kemeriahan, keseronokan, keenakan kek coklat, kecantikan bunga dan hadiah, kekreatifan kad ucapan dan lain-lain lagi. Bagus juga Ana membuka kad ini di khalayak... jika tidak kamipun tak tahu bagaimana rupanya. Kadang-kadang kata-kata sukar untuk di tulis dan lebih baik melihat gambar yang menafsir seribu makna. Kegembiraan itu dilatari dengan lagu 'Happy Birthday' nyanyian Yellow Group yang sumbang mambang dan di tokok tambah oleh 'in-house band'... nasib baik.

Selain daripada Ahli Kumpulan Yellow... Tour Guide Kumpulan Yellow juga turut serta kali ini. Siapa lagi kalau bukan Siti. Siti datang dengan banyak misi. Selain mengeratkan silaturahim, Siti juga memberikan perkhabaran gembira. Mana tidaknya... Gambar Yellow Group telah digunakan untuk 'phamplet' promosi untuk Muslim Tour ke Korea yang di cetak oleh Korean Tourism Board. Hebatkan? Saya juga dapat Ginseng Tea (Trimas ya Siti), sementara ahli kumpulan wanita pula mendapat kotak gincu dari China. Selain daripada itu.. Siti dan KY meneruskan bicara soal 'Tour Jakarta/Puncak/Bandung' yang hampir pasti saya dan Lisa tidak akan turut serta.

Apa yang lainnya pertemuan kali ini? Jika di Legend dulu kami seakan bergegas juga untuk pulang bila jam menunjukkan pukul 8.30 malam tetapi di Quality Hotel ini meskipun dimulakan dengan insiden yang kurang enak... kami seakan melakat di kerusi yang tidak bergam. Lantaran sehingga jam 9.30 malam kami masih meriuhkan suasana. Meskipun begitu, Arnie pulang dahulu (mungkin kerana Galzean tak hadir kot... ahaks). Sebelum beredar... sempat lagi cari makanan untuk 'last round' dan apa lagi bergambar sakan dengan 'in-house band'. Tak sia-sia kami datang yaa... Meskipun ketika mereka menyampaikan lagu... kami buat endah tak endah pun... jangan cakap orang.

Ada lagi... Abang Burn buat kezutan (terminologi AF) lagi... dan lagi... kali ini keluarga beliau mengajak kami untuk menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri... katanya sehari suntuk untuk Yellow Group sahaja untuk meriuh rendahkan suasana!!! Rezekimu pasti bertambah mudah ABKH, insyaAllah. Kami cuma menunggu tarikh konformasinya sahaja untuk SERBU !!!

OOppss... sebelum itu Abang Everland mengajak ke Genting Highland untuk program Pasca Lebaran. Ok, Ok... nanti kita rancang baik-baik ya !!! Siti... nak jadi 'tour guide' lagi?



Wednesday, September 10, 2008

Yellow Mellow - Kita Bertemu Lagi


Yang dinamakan Kumpulan Kuning - Sparkling Korea tak habis-habis dengan pertemuan demi pertemuan. Sudan habis dusun durian ditebas dua kali. Kini PWTC & The Legend pula menjadi sasaran. Janjinya pada hari Sabtu, 6hb September 2008, 2.30 petang untuk bertemu di Riverside PWTC untuk sama-sama membuka "MATTA". Namun dek kerana jalan yang teramat sesak & macet di tambah pula dengan begitu sukarnya untuk mendapat tempat parkir.... saya dan Lisa cuma berjaya menjejakan kaki ke PWTC lewat jam 3.30 petang. Lantaran itu, KY, Lynn dan Abang Everland dan keluarga terpaksa meneruskan acara tanpa kami. Sedangkan Cikgu Jah dan Arnie pula cuma 'join' kemudian. Lynn dengan Gold Coastnya dan KY pula merealisasikan impian Cikgu Jah - Jakarta/Puncak/Bandung.

Kali ini saya dan Lisa ke MATTA tanpa sebarang tujuan yang spesifik. Maka dengan itu setelah hampir 3 jam menjelajah Hall 1, Hall 2 & Hall 3; kami cuma mengumpul sebanyak mungkin 'brocure' sahaja untuk diteliti di rumah (Turki sudah semestinya). Namun saya pula telah berjaya mendapat 'toy' baru. My dream Compact Digital Camera LUMIX Panasonic TZ15 yang memiliki zoom optikal 10X !!! Akhirnya berjaya dimiliki. InsyaAllah saya akan bercerita dengan lebih lanjut nanti.

'Flavours of Ramadhan' itulah tema Buffet Ramadhan di Di-Atas Brasserie, The Legend Hotel. Banyak juga makanan yelah... RM 75.00 ++ sekepala (nasib baik dapat 20% diskaun). Kalau ikut perjanjian asal ada 17 orang semuanya yang telah mengesahkan peyertaan. KY & Lynn, Abang Burn & Kak Husna serta dua anaknya, Abang Everland, Isteri dan Cha, Ecah & Yoyo, Cikgu Jah, Mael & Nadia, Arnie, Lisa dan saya... oppsss kali ni saya 'ter'ajak Galzean... dan dia pulak 'ter'setuju... hahaha. Eh... mana Suzy?

Selesai saja bacaan doa berbuka puasa & makan oleh Mael... kamipun bersantap dengan rancaknya dan ditambah pula oleh hilai tawa dan sembang-sembang dari hujung ke hujung meja. Tak kurang juga anak-anak dara dan mak-mak dara yang ingin berkenalan dengan Galzean (perasanlah dia tuh nanti). Kali ini The Legend lebih prihatin... kerana ada dua buah surau untuk menampung jemaah solat maghrib terutamanya, tidaklah bersesak sangat. Lepas solat sambung makan lagi. Sedar tak sedar jam hampir menunjukkan pukul 9.00 malam. Memang esok masih cuti, tapi seperti burung telah mula pulang ke sarang, kami juga perlu pulang kerumah. Nasib baik sempat bergambar kumpulan...kalau tidak tak dapat nak buat entry ini. Salam bersalaman sudah tentu. Tapi untuk mengambil gambar, saya masih menggunakan Canon Powershot saya yer.

Di akhir pertemuan kami dikejutkan dengan jemputan untuk lagi satu majlis berbuka puasa yang akan ditaja sepenuhnya oleh keluarga Tokey Dusun (lagi..., makin murahlah rezeki) di Kelab Golf (apa ntah nama dia) di Seksyen 13 Shah Alam (landmarknya Stadium Shah Alam dekat Giant/TESCOlah tuu..) dalam masa 2 minggu dari sekarang @ 20 september 2008. Siapa ahli Yellow Mellow yang nak join sila aktifkan e-mel anda. Hmmm... Galzean dan Azwan nak join tak?

Abang Everland... dengan ini saya telah melangsaikan hutang saya ye...

Tuesday, September 9, 2008

TuneHotels.com, 1Borneo & Borneo Rainforest (Catatan Borneo III)




Ya... saya dan Lisa menyambut Malam Kemerdekaan di Kudat. Pagi-pagi 31 Ogos 2008 selepas sarapan, kami bertolak dari Kudat ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan kami singgah di Tamu Kota Belud yang memang terkenal itu. Kami sempat membeli cenderamata kecil untuk ahli kumpulan Yellow Mellow Korea. Banyak juga barang yang dijual, tetapi kami tidak nampak pula rakyat tempatan menjual sapi. Tempat makan pun ada. Banyak juga kuih tradisional yang kami jumpa. Usai 'rewang' di Tamu Kota Belud, kami meneruskan perjalanan ke KK.

TuneHotels.com @ KK Kalau di Kuala Lumpur, lakasi TuneHotel ini letakkan di seberang jalan menghadap Maju Junction. Di KK dekat 1Borneolah. Kami agak bernasib baik kerana berjaya mendapatkan harga yang amat murah untuk inapan kali ini. Ya.. RM20.00 semalam (secara total ialah RM56.00). Istimewanya hotel ini ialah ia menggunakan konsep 'pay for usage'; lantaran itu kami perlu membayar untuk air cord (12 jam), tuala & perlatan mandi. Hatta nak menonton TV pun kena bayar !!! Lobi hotel ini sempoi habis. Hotel ini juga tidak memiliki tempat parkir sendiri maka kami terpaksa menggunakn 'jockey' untuk medapatkan petak parkir di 1Borneo dengan bayaran sebanyak RM5.00 sehari. Pengalaman menarik? Ada... usai solat terwawih, konon-kononnya kami nak mandi... malangnya air cuma ada keesokan harinya. Airpun di catu? Dengan ruang yang amat terhad, kami terpaksa bersahur di atas katil!

1Borneo 1Borneo adalah HyperMall yang terbesar di East Malaysia. Mungkinkah juga Borneo? Banyak francais yang telah lama bertapak di Semenanjung Malaysia mula membuat debut di sini. Antara yang paling menarik minat saya ialah Crocslah. Jangan risau... harganya sama dengan Semenanjung Malaysia. Besar juga 'concept storenya di sini. Body Shop, Hush Puppies, Watson, Orange, 7E, Starbucks juga ada. GSC juga ada. Giant (alamak... kenapalah Mall bertaraf Suria KLCC ini ada Giant... hehehe, kalau Cold Storage oklah juga). Ada Mega TuneStore juga di sini yang konsepnya lebih kurang Marks & Spencer. Haa... ada Daiso (Kedai 100 Yen dalam versi Malaysia RM5). Ada gerai jual daging buaya. Jamilah Jewelleries (yang terkenal di KK) juga membuka cawangan di sini (cawangan asal di Bandar KK). Jangan risau harganya sama !!! Ada 4 buah hotel di sini. Ada Free Shuttle dari bandaraya KK. Kalau nak bermewah & galmer boleh singgah di sini dengan Helikopter & Hovercraft.

BorneoRainforest Kami berjumpa dengan Cafe Pelancongan ini secara tidak sengaja. Tiba-tiba sahaja kami di sapa oleh pekerja tempat ini untuk masuk. Kita perlu membeli tiket yang berharga RM10.00 yang akan ditukar menjadi kupon untuk membeli barang di dalam. Ketika itu jam menunjukkan lebih kuran 6.00 petang. Menurut pekerja tersebut sedang elok untuk masuk kerana persembahan pentas baru bermula. Konsep Cafe ini amat indah seperti Hutan Hujan Khatulistiwa di Borneo. Di hias penuh dengan pohon-pohon tiruan, ada jambatan gantung, rumah kaum etnik Sabah, Cafe dan gerai-gerai jualan kraftangan Sabah, Sarawak malah seluruh Malaysia juga. Cafe ini juga banyak menjual makanan etnik (KadazanDusun) yang saya ambil kesempatan untuk mencuba. Pentas persebahan juga menarik. Ada 'band' tradisi yang memainkan gong dan persembahan tarian pelbagai kaum etnik dan tentunya mereka akan mengajak penon turut serta. Tidak tahu apa yang nak di beli, kami menghabiskan kupon untuk membayar makanan dan 'fridge magnet' Sabah. Ketika keluar, waktu sudah hampir Isyak. Jangan risau... masih sempat berterawih di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Likas !!!

Singgahan kami di KK (Kudat & Kota Belud juga) kali ini memang bermakna. Bukan sekadar menyambut Hari Kemerdekaan ke 51, tetapi juga sempat berpuasa di perantauan. Yes.. pada 1 Ramadhan 1429H, kami berbuka puasa pada jam 6.24 petang. Jangan jeles ya... Mus, Cute, Azwan, Cikgu Jah, CBN, Suzy, Galzean, Fiza dan lain-lain.

Sunday, August 10, 2008

Doyan Part 2


Dengan rasminya saya umumkan bahawa musim buah-buahan di Kalumpang telah tamat. 10 Ogos 2008 adalah hari terakhir untuk makan buah di dusun ABKH... hehehe. Kalau nak makan lagi kita tunggu musim depan ye.

Siapa yang tak datang kali ini memang rugi besar, terutama Cikgu Jah. Hahahaha... Siapa yang datang kali ini. Hmm.... Let me see... Abang Burn, Kak Husna & Farhana (sudah semestinyalah... kalau tak pasti pintu gate akan dikuncikan). Abg Everland & Mrs Everland menumpangkan (oopsss!!!), Yoyo dan Atehnya (yang dapat lesen kuar lagi kali ini). KY & Lynn... yang baru mengkonpomkan penertaan pagi ini. Dua kembar Rafizah & Rafidah. Zully & ayah dan ibu (yang kata papa punya dusun kurang best dari dusun ABKH.... hahaha). Dan terakhir sekali saya, Lisa, Azwan (yang teringin nak join last week tapi x dapat) dan Suzy (yang berjaya di racun untuk turut serta).

Kami menggunakan modus operandi yang sama. jadi saya malas nak update ceita untuk sampai ke sanalah. Kami berjumpa di tempat biasa dan mula bertolak lebih kurang jam 1.50 ptg, dan sampai ke Kalumpang satu jam kemudian. Kami mula beransur pulang lebih kurang jam 5.00 petang. Usai menghantar Suzy di Jln Tun Razak, kami meneruskan perjalanan untuk menghantar Azwan di Serdang dan cuma sampai di rumah jam 7.15 malam.

Puas dan terima kasih banyak-banyak Tuan Tanah !!!

Monday, August 4, 2008

4.00 Untuk Doyan ABKH !!!


3hb Ogos 2008 merupakan hari yang paling padat untuk saya. Sudahlah semalam (2/8/08) saya cuma dapat tidur lebih kurang jam 1.30 pagi kerana meng'update' blog. Pagi ini pula perlu bangun awal untuk sarapan, baca surat khabar dan bergegas ke LCCT untuk mengambil Lisa. Sampai di LCCT lebih kurang jam 10.45 pagi, kira ontimelah tu. Kemudian terus balik rumah untuk ONkan lampu 'porch' kerana dijangka akan cuma pulang semula kerumah sebelah malamnya. Lepas tuu.. terus bergegas ke Ampang untuk menghantar pesanan Meda. Tak sampai 15 minit, tak sempat bersembang panjang... dah kena hidupkan enjin semula kerana jam telah menunjukkan pukul 12.50 tengah hari. Kami perlu sampai ke Restoran Jejantas Sungai Buluh Arah Utara jam 1.30 petang (atau paling lewat 1.40 petang) setelah jadual di awalkan dek kerana ada antara kami yang perlu menonton Senandung Muhibah di Angkasapuri jam 8.30 malam.

Saya dan Lisa sampai lebih kurang jam 1.20 petang. Dek kerana lapar saya beli Donut + Kopi dahulu (aduh kenapa J.Co tak ada kat sini). Lisa terus solat. Usai solat saya terus memecut ke Esso (macam jauh sangat) sebab dah dapat sms dari KY, ada yang dah menunggu di sana. Hmm... kami akan berkonvoi lima buah kereta (sahaja?). Ada BMW, Inokom, Mitsubishi dan kereta kebanggaan rakyat Malaysia Proton. Ada Tuan tanah... Abg Burn & Kak Husna sefamili, saya dan Lisa, Mael & Nadia, Lynn + KY + Cikgu Jah dan Rafizah + Rafidah. Yang agak lambat dan terpaksa mengejar kami hingga sampai ke Tol Tanjung Malim. Kami mula memaju roda kira-kira jam 1.50 petang. "Tanjung Malim !!! Here we serbu"

Setelah menempuhi jalan yang penuh ranjau berdebu... terutama untuk kereta kami yang bukan 4WD nii... akhirnya sampai ke dusun Abg Burn & Kak Husna lebih kurang jam 2.50 petang. Masing-masing teruja melihat 'Bed of Durians' yang dah tersedia menunggu kami untuk menjamah mereka. Sebenarnya famili Abang Burn yang lain dan penjaga kebun (warga seberang) memang sudah berada di sana. Jadi tak cukup dengan durian.... kelapa pandan, rambutan, pulasan, cempedak dan manggis pun dah tersedia. Setelah menghampar tikar kamipun tanpa berlengah lagi menjamulah selera. Saya baru tahu ada yang mengosongkan perut dari pagi... ahaks, kantoi !!! Menu pertama ialah mee goreng Kak Husna... Kesian cikgu yang dok menggali taugeh. Tapi semua makan sikit jer mee goreng Kak Husna nii... bukan tak sedap, tapi panggilan Dak Doyan tuu lagi mengancam... Memandangkan saya duduk di hujung sekali... maka setiap kali abang Burn mengopek durian... sayalah yang akan jadi QCnya. Namun... semua buah yang dikopek sedap-sedap belaka. Implikasinya... saya kekenyangan paling teramat sangat sekali !!!

Seingat saya... habis pusingan pertama kami makan... semua dok sibuk berposing mengambil gambar sekitar kawasan dusun yang cantik, menarik lagi tetarik ini. Seperti biasa acara berposing pasti akan dimulakan oleh Lynn & KY; yang selalu menang 'amazing race' bab-bab mencari lokasi menarik untuk berposing ni. Sambil berposing kami mengutip rambutan dan pulasan juga. Terutama si Mael dan Nadialah.

Masuk round kedua... saya mengeluarkan beberapa petua... ooppss 'pemuda' yang berkaitan dengan durian. Antaranya ialah, kalau tak nak bagi tangan berbau durian lepas makan, kita perlu basuh tangan dengan air yang dialirkan melalui kulit durian. Untuk menyejukkan badan pula... perlu makan manggis selepas selesai makan durian. Kalau susah sangat minum jer air badak tuu...

Setelah semua kenyang.... kami bukan sahaja bergotong royong membersihkan kawasan (yo...yo... aje) kami juga membersih semua buah-buahan yang ada dengan memasukkan buah-buah tersebut ke dalam kereta kami. Baik sungguh hatimu berdua wahai Abang Burn dan Kak Husna, dah ler bagi makan free... siap boleh tapau lagi. Hahaha. Masa nak bawa balik durian ni... semua dah tak kisah dah kereta berbau...., apa nak susah... habis pokok pandan Abang Burn kami tebas !!!

Lagi satu... lupa nak cakap.... Kalau nak tahu... si KY ni makan durian pakai sudu... betul... lupa nak snap gambar !!!

Kami semua bergegas pulang lebih kurang jam 5.00 petang. Semua nak balik cepat sebab ada yang nak ke Angkasapuri iaiatu 'hard core' Cikgu Jah yang ada date ngan 'Che Wiwi' dan Kak Husnalah (calon Top 20, hehehe).

Dalam perjalanan balik yang di lead oleh Mael.... dia buat hal pulak.... mabuk durian agaknya sampai sesat kami 4 kereta yang mengekori beliau. Nasib baik saya ni teror sikit pi tanya Abang Polis yang dok tengah tension menangkap orang salah dengan parang tuu, hahaha. Selamat kami pusing balik.

Semuanya menepati masa. Sempat lagi balik rumah untuk punggah buah-buahan, mandi dan solat maghrib. Sampai di Angkasapuri jam 8.10 malam. Masuk Auditorium Perdana dan enjoy the konsert... terutama untuk dua lagu terakhir. Hehe..

Saya bagi 4.0 kat durian Abang Burn dan kak Husna (ABKH).... "Passed with flying colours".

Saturday, July 26, 2008

Perjumpaan Ketiga Pasca Korea


Maka hari yang dinanti-natikan pun tiba, Akhirnya Melting Pot @ Concorde Kuala Lumpur menjadi pilihan. Yup, sebelah Hard Rock Cafe Kuala Lumpur (hmm.. jarang beno nampak Malaysian pakai t-shirt HRC KL ye, I wonder why... hahaha). Perjumpaan kali ini macam ada 2 sesi, sesi pertama yang melibatkan kaum Hawa bermula sejak jam 9.00 pagi lagi dimana ada rombongan Cik Kiah... bukan, bukan Rombongan Cikgu Jah ke GM. yang melibatkan seramai 7 orang. Tidak bayak yang saya tahu pasal GM memandangkan saya obviously tak turut serta, yang pastinya cuma 2 kedai sempat di lawati dan melibatkan perbelanjaan berjuta Rupiah, hahaha.

Sementara perjumpaan sebenar cuma bermula sekitar 12.30 yang melibatkan lebih ramai ahli Kumpulan Yellow Korea. Kali ini tedntunya lebih merih kerana Gadis2 CSI juga turut serta. Riuh kembali dan bukan sekadar riuh dalam e-mel sahaja.

Makanan di Melting Pot memang banyak pilihan dan enak. Kalau tak, tak mungkin semua makan dengan 'lahap' sekali? Atau... ada yang dah kosongkan perut semalaman? (Sila rujuk e-mel berantai Abanag Everland). Ada juga yang sakan bershopping sampai lupa makan ni...

Kami makan, sembang, makan, sembang, ambil gambar, jual accessories, makan ambil gambar... dan... dan... tup, tup Abang Burn sefamili ajak makan raja buah (durian laaa) kat Tanjung Malim. Hmmm... BEST tuh.

Okay, saya konpomkan jemputan ini untuk Ahli Yellow Mellow sahaja. Ahad, 3hb Ogos 2008, Rendezvous @ Pertemuan di Restoran Jejantas Sungai Buluh Arah Utara, Jam 2.30 petang. Jumpa lagi minggu depan yee... Kali ni kita Makan Durian Habis-habisan !!!

Saturday, July 12, 2008

2nd Reunion of Yellow Group of Ceria Korea

Setelah berbagai dugaan untuk 'mengkonpemkan' venue akhirnya berjaya juga Kumpulan Kuning mengadakan reunion kali kedua di Kelab Tasik Putrajaya (KTP) pada 12 Julai 2008. Yang sempat melapangkan diri untuk hadir ialah Abang Everland sefamili, Suzy, Zamnah, Rafizah (tuan rumah sebab dia dok Putrajaya), Aishah, Cikgu Jah, Lynn, Yoyo, Nadia & Mael, KY dan saya Lisalah... Yang paling awal datang, saya dan Lisa dan yang paling lambat Abang Everland sefamili laaa.
Berbagai menu di order... tapi tunggu saya upload pada pada entry akan datang.... wei... org datang reunion nak sembang laa bukan nak update blog..:)