Wednesday, September 10, 2008

Yellow Mellow - Kita Bertemu Lagi


Yang dinamakan Kumpulan Kuning - Sparkling Korea tak habis-habis dengan pertemuan demi pertemuan. Sudan habis dusun durian ditebas dua kali. Kini PWTC & The Legend pula menjadi sasaran. Janjinya pada hari Sabtu, 6hb September 2008, 2.30 petang untuk bertemu di Riverside PWTC untuk sama-sama membuka "MATTA". Namun dek kerana jalan yang teramat sesak & macet di tambah pula dengan begitu sukarnya untuk mendapat tempat parkir.... saya dan Lisa cuma berjaya menjejakan kaki ke PWTC lewat jam 3.30 petang. Lantaran itu, KY, Lynn dan Abang Everland dan keluarga terpaksa meneruskan acara tanpa kami. Sedangkan Cikgu Jah dan Arnie pula cuma 'join' kemudian. Lynn dengan Gold Coastnya dan KY pula merealisasikan impian Cikgu Jah - Jakarta/Puncak/Bandung.

Kali ini saya dan Lisa ke MATTA tanpa sebarang tujuan yang spesifik. Maka dengan itu setelah hampir 3 jam menjelajah Hall 1, Hall 2 & Hall 3; kami cuma mengumpul sebanyak mungkin 'brocure' sahaja untuk diteliti di rumah (Turki sudah semestinya). Namun saya pula telah berjaya mendapat 'toy' baru. My dream Compact Digital Camera LUMIX Panasonic TZ15 yang memiliki zoom optikal 10X !!! Akhirnya berjaya dimiliki. InsyaAllah saya akan bercerita dengan lebih lanjut nanti.

'Flavours of Ramadhan' itulah tema Buffet Ramadhan di Di-Atas Brasserie, The Legend Hotel. Banyak juga makanan yelah... RM 75.00 ++ sekepala (nasib baik dapat 20% diskaun). Kalau ikut perjanjian asal ada 17 orang semuanya yang telah mengesahkan peyertaan. KY & Lynn, Abang Burn & Kak Husna serta dua anaknya, Abang Everland, Isteri dan Cha, Ecah & Yoyo, Cikgu Jah, Mael & Nadia, Arnie, Lisa dan saya... oppsss kali ni saya 'ter'ajak Galzean... dan dia pulak 'ter'setuju... hahaha. Eh... mana Suzy?

Selesai saja bacaan doa berbuka puasa & makan oleh Mael... kamipun bersantap dengan rancaknya dan ditambah pula oleh hilai tawa dan sembang-sembang dari hujung ke hujung meja. Tak kurang juga anak-anak dara dan mak-mak dara yang ingin berkenalan dengan Galzean (perasanlah dia tuh nanti). Kali ini The Legend lebih prihatin... kerana ada dua buah surau untuk menampung jemaah solat maghrib terutamanya, tidaklah bersesak sangat. Lepas solat sambung makan lagi. Sedar tak sedar jam hampir menunjukkan pukul 9.00 malam. Memang esok masih cuti, tapi seperti burung telah mula pulang ke sarang, kami juga perlu pulang kerumah. Nasib baik sempat bergambar kumpulan...kalau tidak tak dapat nak buat entry ini. Salam bersalaman sudah tentu. Tapi untuk mengambil gambar, saya masih menggunakan Canon Powershot saya yer.

Di akhir pertemuan kami dikejutkan dengan jemputan untuk lagi satu majlis berbuka puasa yang akan ditaja sepenuhnya oleh keluarga Tokey Dusun (lagi..., makin murahlah rezeki) di Kelab Golf (apa ntah nama dia) di Seksyen 13 Shah Alam (landmarknya Stadium Shah Alam dekat Giant/TESCOlah tuu..) dalam masa 2 minggu dari sekarang @ 20 september 2008. Siapa ahli Yellow Mellow yang nak join sila aktifkan e-mel anda. Hmmm... Galzean dan Azwan nak join tak?

Abang Everland... dengan ini saya telah melangsaikan hutang saya ye...

No comments: