Showing posts with label Hiburan TV. Show all posts
Showing posts with label Hiburan TV. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

Rakaman Program Raya Bersama Randy


Randy Pangalila memang makin di kenali di Malaysia. Ramai yang sudah jadi 'hantu tv' setiap petang menonton Nada Cinta, malah sebelum itu lagu; Cinta Melody. Lagu Aishiteru pun menjadi berhantu gara-gara sinetron ini. Saya mula mengenali Randy semasa secara kebetulan menonton Biar Mimpi Sampai Ke Bintang baru-baru ini. Kebetulan pula mendapat jemputan daripada rakan untuk menjadi penonton semasa rakaman Raya Bersama Randy di Kampung Damai, Kuang, Selangor Darul Ehsan. Nantikan saja siarannya di ASTRO !!!

Saturday, August 4, 2012

Dari Dua Musim Yang Berbeza.....

  •  Imam Muda Faris ada lah peserta pilihan saya untuk Imam Muda Musim Ke-3
  • InsyaAllah beliau akan menyampaikan Tazkirah di tempat saya bekerja pada 14 Ogos 2012 nanti
  • Permudahkan rancangan kami ini
  • Imam Muda Nazrul, Naib Juara Imam Muda Musim Ke-2
  • Setelah sekian lama tidak bertemu, alhamdulillah kami berjumpa kembali
  • IM Nazrul pernah mengendalikan Program Majlis Iftar di tempat saya bekerja tahun lalu. Terima Kasih dan semoga persaudaraan kita berkekalan, insyAllah.

Monday, February 27, 2012

Oscar Awards 2012 : The complete list of winners

1. Best Picture: The Artist

2. Best Actor: Jean Dujardin, The Artist

3. Best Actress: Meryl Streep, The Iron Lady

4. Best Supporting Actor: Christopher Plummer, Beginners

5. Best Supporting Actress: Octavia Spencer, The Help

6. Best Directing: Michel Hazanavicius, The Artist

7. Best Foreign Language Film: A Separation, Iran

8. Best Adapted Screenplay: Alexander Payne, Nat Faxon and Jim Rash, The Descendants

9. Best Original Screenplay: Woody Allen, Midnight in Paris

10. Best Animated Feature Film: Rango

11. Best Art Direction: Hugo

12. Best Cinematography: Hugo

13. Best Sound Mixing: Hugo

14. Best Sound Editing: Hugo

15. Best Original Score: The Artist

16. Best Original Song: Man or Muppet from The Muppets

17. Best Costume Design: The Artist

18. Best Documentary Feature: Undefeated

19. Best Documentary Short: Saving Face

20. Best Film Editing: The Girl With the Dragon Tattoo

21. Best Makeup: The Iron Lady

22. Best Animated Short Film: The Fantastic Flying Books of Mr. Morris Lessmore

23. Best Live Action Short Film: The Shore

24. Best Visual Effects: Hugo

Tuesday, April 5, 2011

Persembahan Paling Mantap di ABPBH 2010



Kalau nak tahu bagi saya persembahan paling mantap dalam semua persembahan pada Malam ABPBH 2010 yang baru sudah tentunya persembahan bergaya penyanyi tersohor negara Dato’ Siti Nurhaliza. Pilihan lagu Bukan Cinta Biasa, No Body (nyanyian asal Wonder Girls) dan Nirmala dengan susunan muzik ala-ala K-Pop mendapat perhatian seisi Arena of Stars !!! Memang GAMAT habis.... Siti tampil begitu elegan dengan busana rekaan Rizman Ruzaini yang turut mereka pakaian Dato' Siti di Karpet Biru.


Jika Budiey tidak sempat bergambar dengan iti di 'Post Party' secara tanpa di duga. (InsyaAllah saya akan berkongsi gambar tersebut sedikit masa lagi). Persembahan Dato' Siti bukan saya dengan Vokal yang terlalu mantap tetapi dengan gerak tari yang sungguh mengujakan. Bagi lagu Nirmala pula, Dato' Siti dibantu oleh serombolan grup 'busker' yang betul-betul memberi nafas baru kepada lagu Irama Malaysia tersebut.


Meskipun Dato' Siti memberi laluan kepada bintang lain untuk menyinar di ABPBH, beliau tetap No 1 !!!

Aku Mengaripap Ibunya Di Dapur !!!




Tak Sangka Kumpulan Balas boleh Lawak Antarabangsa macam ni...:). Keep it Up !!! Tapi pilihan saya masih lagi Nabil untuk menjuarai Maharaja Lawak !!! (Maharaja Lawak akan menemui kita setiap hari Jumaat jam 9.00 malam di Astro Warna)

Keputusan Penuh & Komen ABPBH 2010

1. Artis Duo/Berkumpulan Popular – 6ixth Sense (ingatkan Sohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet yang akan menang, tapi 6ixth Sense pu OK)

2.Pelakon TV Wanita Paling Popular – Fasha Sandha (Yucks !!! Membazir duit sahaja orang yang mengundi minah nih !!!)

3. Penyampai Radio Popular – Faizal Ismail (Apalah yang BEST sangat mamat ni???)

4. Artis Komedi Wanita Popular - Noor Khiriah (Yezza !!!)

5. Penyanyi Nasyid Popular – Rabbani (Tahniah & Terima Kasih Sahabat2 Rabbani !!!)

6. Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Haji Nawawi (Tersasar lagi, harap2 Zizan boleh menang tahun depan)

7. Artis Baru Lelaki Popular – Shahir (Yess !!! Meneruskan kesinambungan Juara2 AF)

8. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana (Erk !!! No Komen)

9. Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak (Alhamdulillah)

10. Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana (Lagi sekali?)

11. Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan (akhirnya !!!)

12. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato Rosnani Jamil (tak sangka Mak Nani pernah belajar kat luar negeri)

13. Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir (Hmmm... )

14. Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani (Tahniah Lisa)

15. Artis Mobile Popular – Sixth Sense (Hebat !!!)

16. Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali (Mana Kebaya/Baju Kurungmu Ana?)

17. Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam (Seperti yang dijangka Adnan akan merempit dan menyempit !)

18. Penyanyi Wanita Popular - Yuna (Tahniah. Siapa lagi kalau bukan Gadis Semasa ya?)

19. Bintang Paling Popular ABPBH2010 – Shaheizy Sam (Yezza !!!)


Ulasan siaran langsung ABPBH 2010 :


1. Tinggi giler suara Lan ni, memang dia saja yang mapu digandingkan dengan Ning yaaa

2. Pentas ABP? Macam ada yg tak kena...

3. Akhirnya... keluar jugak Kak Engku, Shira dan Zizan. Menyanyilah pulak!!!

4. Datuk Siti tarik diri semua ada peluang untuk jadi bintang paling popular !!!

5. Shah Jazsle? Jazel? Jasli? (Acara membetulkan sebutan nama beliau secara langsung !!!

6. Tema malam ni ialah Moden Klasik.

7. Zizan memang malatop habis!!!

8. Noor Khiriah pantang tapi Kak Sharifah Shahira sampaikan ucapan. Sumpah lawak.

9. Pecah perut dengan lawak Zizan, Kak Engku ngan Sharifah Shahira.

10. Kekekekek.Kelakar lawak Kak Engku nyanyi lagu Kalau Berpacaran versi omputih.

11. Mana hilang Abg Sohaimi nih? 12. Ana Raffali makin kurus yer?

13. Kah kah kah. Lawak akak Sharifah Shahira pasal Halim Othman memang kelakar.

14. Mantap gila nie persembahan Nabil, Along, Johan, Angah & Zizan (NAJAZ)

15. Siapakah lelaki yang dicium oleh FAFAIU itu?

16. Anuar Zain nail it !!!

17. Yuna dah balik dari USA? Kelakar gila tajuk lagu kedua beliau.... PENAKUT

18. Rita Rudaini sempat lagi kenenkan suami dia

19. Ella memang Ratu Rock !!!

20. Over giler Kak Nita.

21. BOSAN GILER DENGAN LAWAK USOP WILCHA. MACAM NAK BALING TOMATO !!!

22. Bagus Sam bawak mak dia naik atas. Anak Mak lah katakan...

23. Datuk Siti kill it !!! Persembahan penutup paling mantap !!!

Saturday, May 8, 2010

AIM 17 - Coretan Saya... Maaf Terlambat



Anugerah Industri Muzik ke 17 (AIM 17) telah sempurna dilangsungkan pada 4 Mei 2010 yang baru lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ada dua insan yang 'paling harus sekali' saya ucapkan jutaan terima kasih. Mujes kerana telah memanjangkn kad Jemputan V.I.P dan Asri Ubai kerana telah memanjangkan undangan 'Pos Party'. Jika tidak sudah tentu saya dan rakan-rakan tidak akan berkesempatan untuk sama-sama memeriahkan 'ibu' segala anugerah industri muzik di Malaysia ini seperti tahun-tahun lalu.

Antara trivia-trivia yang perlu saya ketengahkan termasuklah :

(01) Persembahan pembukaan CTKD dengan lagu Jika Kau Tak Datang sungguh mengkagumkan dan memukau. Mendapat tepukan gemuruh bukan sahaja di dewan malah di rumah bagi mereka yang menonton di kaca tv.

(02) Persembahan kedua oleh kedua pengacara AIM 17 - Afdlin & Adibah sungguh-sungguh 'Unsangkarable'. Tindakan mereka mengubah lagu Pagi dan Gelap (Hujan) dan Lagu Ku untukmu (Meet Uncle Hussain) membuatkan kita ketawa sihingga tak kering gusi dan hampir pecah perut.

(03) Persembahan 1Malaysia oleh Sheila Majid, Jaclyn Victor & Karen Kong (Siti Nurhaliza Cina) dengan lagu Cinta Ada juga akan menjadi antara persembahan yang akan disebut-sebut sehingga tahun depan. Sheila memang pukul habis...

(04) Mawi tak kena boo. Alhamdulillah....:). Tapi Mawi balik awal yaa malam tersebut. Huhuhu...


(05) Kedua-kedua artis Cina dan India yang membuat persembahan pada saya belum layak untuk beraksi di Pentas AIM.

(06) GLee Malaysia !!! Deangn lagu Satu Harapan (nyanyian asal Jac). 8 penyanyi muda telah berpadu suara, tenaga dan langkah tari untuk menutup AIM 17 dengan 'Da Bomb'. Namun yang paling menonjol tentulah Iqwal (WCOPA 2008) dan Alif Satar (OIAM 1).

Berikut Adalah Keputusan penuh AIM 17 :

Artis Baru Terbaik
Yuna

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Hazami (Survivor) (Saya sokong keputusan ini !!!)


Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Dato Siti Nurhaliza (Ku Percaya Ada Cinta) (Seperti yang telah ku duga !!!)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Dato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti (Amarah)

Kulit Album Terbaik
Sarah Joan Mokhtar (To Prevent The Earth From Moving With You – Disagree)

Rakaman Album Terbaik
Akasha (Into..Akasha)

Video Muzik Terbaik
Oh! Sizuka (Pop Shuvit)

Lagu Pop Etnik Terbaik
Enjut (Noraniza Idris)

Album Nasyid Terbaik
Allahu Rabbi (InTeam) (Akhirnya... dapat juga InTeam anugerah !!!)

Lagu Nasyid Terbaik
Dia Muhammad (InTeam)

Album Rock Terbaik
Adrenalin (Faizal Tahir)

Lagu Rock Terbaik
Situasi (Bunkface) (Yes !!! Yes !!! Yes !!!)

Album Pop Terbaik
Dayang Live (Dayang Nurfaizah) (Congrats Dayang. Saya akan cari CD ini selepas ini)

Lagu Pop Terbaik
Dan Sebenarnya (Yuna)

Album Hip Hop Terbaik
K.O. The Mixtape (DJ Fuzz & Malique)

Lagu Hip Hop Terbaik
Cerita Kedai Kopi (DJ Fuzz & Malique)

Album Inggeris Tempatan Terbaik
To Prevent The Earth From Moving With You (Disagree)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Deeper Conversation (Yuna)

Album Cina Tempatan Terbaik
I’m Karen (Karen Kong)

Album India Tempatan Terbaik
Life Is A Mystery (Shruthi)

Lagu India Tempatan Terbaik
Uyartinthidu Thozha (Jey Raggaveindra, Ashokan, Dr Ombala, Sidhartan, Jegathisan)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Aku Wanita Biasa (Kris Dayanti) (Lagu ni memang best !!!)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Jenny Chin (Karen Kong/Dato Sheila Majid/Jaclyn Victor)

Lagu Terbaik
Dan Sebenarnya (Yuna) (Tak sangka, tapi suka)

Album Terbaik
Adneralin, Faizal Tahir

Anugerah Kembara
Bunkface

Anugerah Wirama
Adnan Abu Hassan

Monday, April 26, 2010

Rakaman Konsert Istimewa MAWI @ Astro Ria


Promo Konsert Istimewa Mawi di Astro Ria. Rakaman dibuat pada 25 April 2010 sesudah Debaran AF berakhir. SMS daripada Nasir (PA Mawi) dan juga Cikgu Jah telah memaklumkan kepda saya tentang program ini. Alhamdulillah, ada juga kelapangan untuk turut memeriahkan. Apatah lagi dapat duduk di kerusi paling hadapan sebaris dengan Ekin (OK) & Cik Bahar....Oh... Tidak. Tarikh siarannya? Entahlah... Sayapun kurang pasti.


Semasa siara langsung Debaran AF saya nampak kelibat Reza. Tidak sangka pula beliau adalah Pengacara bagi Konsert Istimewa Mawi @ Astro Ria ini. Untuk rekod, Reza yang saya maksudkan ialah Reza DJ ERAfm yang juga bekas Pelajar AF3.


Mawi telah memilih lagu Sujud sebagai pembuka tirai konsert. Lagu ini pada asalnya didendangkan oleh Mawi dengan menampilkan adik-beradik KRU (Ya... Abg Long @ Norman ialah Pengetua AF8 !!!). Untuk Konsert ini, Zahid AF2 telah dijemput untuk menyanyikan bahagian KRU. satu tindakan yang amat bijak.


Mawi meneruskan persembahan dengan menyampaikan Lagu Nasyid Serulah NamaMu yang dipetik daripada Album Allah Habibi. Lagu ini agak kurang berkumandang di corong-corong radio. Lagipun stesen Radio sekarang memang AMAT KURANG SEKALI memutarkan Lagu Nasyid. Saya pun hairan. Tetapi Lagu Religi dari Band Seberang kerap juga diputarkan.


Mawi tampil lagi dengan Lagu Duet iaitu Penyembuh Rindu. Lagu Tema Filem MAGIKA (hasil nukilan Edry dari adik beradik KRU, lagi?). Lagu ini dinyanyikan bersama pasangan duet sebenar iaitu Diana Danielle. Ini saya kira sebagai salah satu usaha untuk mempromosi habis-habisa MAGIKA yang bakal berputar di skrin cineplex untuk Musim Aidil Fitri tahun ini. Semoga Sukses KRU, Mawi & Diana !!!


Zahid AF2 sekali lagi dijemput untuk menggantikan pasangan duet Mawi untuk single terbaru Mawi dari Album Idola iaitu Tak Mungkin Berpaling. Lagu ini telah berputar di sekurang-kurangnya ERAfm, saya berkata begitu kerana belum terserempak dengan lagu ini dimainkan di HOTfm. Lagu ini terpaksa dirakamkan dua kali untuk mencapai kepuasan maksima setelah Zahid telah terlupa lirik pada suntingan pertama... Ok, Ok aja Zahid. Lagipun ini bukan lagu awak kan...


Mawi melabuhkan tirai konser dengan sebuah lagi Lagu Nasyid iaitu Allah Habibi. Dinyanyikan oleh Mawi dengan penuh perasaan. Ya... Lagu ini memang sedap juga didengar.


Puas bersembang dengan Mawi malam ini. Yang ralatnya Mawi tidak sempat mendendangkan lagu Hijab & Belalang (lawak je). Hampir setengah jam jugaklah kami berborak-borak sambil ditemani oleh Ekin, Nasir dan Cikgu jah dan anak murid beliau. Pokok bicara terutama tentang Jiwa Kacau, Drama Salam Pulau Nami (saya lupa tajuk sebenar), ABP yang lalu dan macam-macam lagi. OK... InsyaAllah berjumpa lagi di AIM. Aduh...Mana Kad Jemputanku? Belum dapat lagi. Huhuhu..

Monday, February 1, 2010

GRAMMY 2010 RESULT


Record Of The Year
Award to the Artist and to the Producer(s), Recording Engineer(s) and/or Mixer(s), if other than the artist.
Use Somebody by Kings Of Leon

Song Of The Year
A Songwriter(s) Award. A song is eligible if it was first released or if it first achieved prominence during the Eligibility Year. (Artist names appear in parentheses.) Singles or Tracks only.
Single Ladies (Put A Ring On It) by Thaddis Harrell, Beyoncé Knowles, Terius Nash & Christopher Stewart, songwriters (Beyoncé)

Best Pop Vocal Album
For albums containing 51% or more playing time of VOCAL tracks.
The E.N.D. by The Black Eyed Peas

Best Male Country Vocal Performance
For a solo vocal performance. Singles or Tracks only.
Sweet Thing by Keith Urban

Best Female Country Vocal Performance
For a solo vocal performance. Singles or Tracks only.
White Horse by Taylor Swift

Best Rap Album
For albums containing 51% or more playing time of VOCAL tracks.
Relapse by Eminem

Best Rap Song
A Songwriter(s) Award. For Song Eligibility Guidelines see the Song Of The Year award. (Artist names appear in parentheses.) Singles or Tracks only.
Run This Town by
Jeff Bhasker, Shawn Carter, Robyn Fenty, Kanye West & Ernest Wilson, songwriters (Athanasios Alatas, songwriter) (Jay-Z, Rihanna & Kanye West)

Best Rap Performance By A Duo Or Group
For duo, group or collaborative performances of Rap only. Singles or Tracks only.
Crack A Bottle by Eminem, Dr. Dre & 50 Cent

Best Rap Solo Performance
For a solo Rap performance. Singles or Tracks only.
D.O.A. (Death Of Auto-Tune) by Jay-Z

Best Contemporary R&B Album
For albums containing 51% or more playing time of VOCAL tracks.
I Am… Sasha Fierce by Beyoncé

Best R&B Album
For albums containing 51% or more playing time of VOCAL tracks.
Blacksummers’ Night by Maxwell

Best R&B Song
A Songwriter(s) Award. For Song Eligibility Guidelines see the Song Of The Year award. (Artist names appear in parentheses.) Singles or Tracks only.
Single Ladies (Put A Ring On It) by Thaddis Harrell, Beyoncé Knowles, Terius Nash & Christopher Stewart

Best Urban/Alternative Performance
For solo, duo, group or collaborative performances, with vocals. Singles or Tracks only.
Pearls by India.Arie & Dobet Gnahore

Best Traditional R&B Vocal Performance
For solo, duo, group or collaborative performances, with vocals. Singles or Tracks only.
At Last by Beyoncé

Best R&B Performance By A Duo Or Group With Vocals
For duo, group or collaborative performances, with vocals. Singles or Tracks only.
Blame It by Jamie Foxx & T-Pain

Best Female R&B Vocal Performance
For a solo vocal performance. Singles or Tracks only.
Single Ladies (Put A Ring On It) by Beyoncé

Best Dance Recording
For solo, duo, group or collaborative performances. Vocal or Instrumental. Singles or tracks only.
Poker Face by Lady Gaga

Best Electronic/Dance Album
For vocal or instrumental albums. Albums only.
The Fame by Lady Gaga

Best Traditional Pop Vocal Album
For albums containing 51% or more playing time of VOCAL tracks.
Michael Bublé Meets Madison Square Garden by Michael Bublé

Best Solo Rock Vocal Performance
For a solo vocal performance. Singles or Tracks only.
Working On A Dream by Bruce Springsteen

Best Rock Performance By A Duo Or Group With Vocals
For duo, group or collaborative performances, with vocals. Singles or Tracks only.
Use Somebody by Kings Of Leon

Best Hard Rock Performance
For solo, duo, group or collaborative performances, with vocals. Singles or Tracks only.
War Machine by AC/DC

Best Metal Performance
For solo, duo, group or collaborative performances, with vocals. Singles or Tracks only.
Dissident Aggressor by Judas Priest

Best Rock Instrumental Performance
For solo, duo, group or collaborative performances, without vocals. Includes Rock, Hard Rock and Metal. Singles or Tracks only.
A Day In The Life by Jeff Beck

Best Rock Song
A Songwriter(s) Award. Includes Rock, Hard Rock & Metal songs. For Song Eligibility Guidelines see the Song Of The Year award. (Artist names appear in parentheses.) Singles or Tracks only.
Use Somebody by Caleb Followill, Jared Followill, Matthew Followill & Nathan Followill, songwriters (Kings Of Leon)

Best Pop Collaboration With Vocals
For a collaborative performance, with vocals, by artists who do not normally perform together. Singles or Tracks only.
Lucky by Jason Mraz & Colbie Caillat

Best Pop Performance By A Duo Or Group With Vocals
For established duos or groups, with vocals. Singles or Tracks only.
I Gotta Feeling by The Black Eyed Peas

Best Country Performance By A Duo Or Group With Vocals
For established duos or groups with vocals. Singles or Tracks only.
I Run To You by Lady Antebellum

Best Country Collaboration With Vocals
For a collaborative performance, with vocals, by artists who do not normally perform together. Singles or Tracks only.
I Told You So by Carrie Underwood & Randy Travis

Best Country Song
A Songwriter(s) Award. For Song Eligibility Guidelines see the Song Of The Year award. (Artist names appear in parentheses.) Singles or Tracks only.
White Horse by Liz Rose & Taylor Swift, songwriters (Taylor Swift)

Nota Jase :

Congrats to Beyonce (6 Awards !!! although she failed to win Album of The Year & Record of The Year), Eminem (He made it !!!), Lady Gaga (if not because of her 'Just Dance' single released during the 2009 nomination period I bet she will win best New Artiste), Jason Mraz (at last !!!), Maxwell & Taylor Swith (meskipun saya tak meminati sangat dengan si Taylor ni). Performance wise, I love the Tribute to MJ (Celine Dion, Jennifer Hudson, Smokey Robinson, Carrie Underwood & Usher) and also Eminem, Drake & Lil Wayne of thir 'Hits Collaboration'.

Tuesday, January 19, 2010

Oh!! Grammy Awards 2010


RECORD OF THE YEAR
"Halo," Beyonce
"I Gotta Feeling," Black Eyed Peas
"Use Somebody," Kings of Leon
"Poker Face," Lady Gaga
"You Belong With Me," Taylor Swift

ALBUM OF THE YEAR
I Am...Sasha Fierce, Beyonce
The E.N.D., The Black Eyed Peas
The Fame, Lady Gaga
Big Whiskey and the Groogrux King, Dave Matthews Band
Fearless, Taylor Swift

SONG OF THE YEAR
"Poker Face," Lady Gaga

"Pretty Wings," Maxwell
"Single Ladies (Put a Ring on It)," Beyonce
"Use Somebody," Kings of Leon
"You Belong With Me," Taylor Swift

BEST NEW ARTIST
Zac Brown Band
Keri Hilson
MGMT
Silversun Pickups
The Ting Tings

BEST FEMALE POP VOCAL PERFORMANCE
"Hometown Glory," Adele
"Halo," Beyonce
"Hot N Cold," Katy Perry
"Sober," Pink
"You Belong With Me," Taylor Swift

BEST MALE POP VOCAL PERFORMANCE
"This Time," John Legend
"Love You," Maxwell
"Make It Mine," Jason Mraz
"If You Don't Know Me By Now," Seal
"All About the Love Again," Stevie Wonder

BEST POP PERFORMANCE BY A DUO OR GROUP WITH VOCALS
"I Gotta Feeling," Black Eyed Peas
"We Weren't Born to Follow," Bon Jovi
"Never Say Never," The Fray
"Sara Smile," Hall and Oates
"Kids," MGMT

BEST POP COLLABORATION WITH VOCALS
"Sea of Heartbreak," Rosanne Cash and Bruce Springsteen
"Love Sex Magic," Ciara and Justin Timberlake
"Lucky," Jason Mraz and Colbie Caillat
"Baby, It's Cold Outside," Willie Nelson and Norah Jones
"Breathe," Taylor Swift and Colbie Caillat

BEST POP ALBUM
The E.N.D., The Black Eyed Peas
Breakthrough, Colbie Caillat
All I Ever Wanted, Kelly Clarkson
The Fray, The Fray
Funhouse, Pink

BEST DANCE RECORDING
"Boom Boom Pow," The Black Eyed Peas
"When Love Takes Over," David Guetta and Kelly Rowland
"Poker Face," Lady Gaga
"Celebration," Madonna
"Womanizer," Britney Spears

BEST FEMALE R&B VOCAL PERFORMANCE
"Single Ladies (Put a Ring On It)," Beyonce

"It Kills Me," Melanie Fiona
"That Was Then," Lalah Hathaway
"Goin' Thru Changes," Ledisi
"Lions, Tigers & Bears," Jazmine Sullivan

BEST MALE R&B VOCAL PERFORMANCE
"The Point of It All," Anthony Hamilton
"Pretty Wings," Maxwell
"Sobeautiful," Musiq Soulchild
"Under," Pleasure P
"There Goes My Baby," Charlie Wilson

BEST R&B PERFORMANCE BY A DUO OR GROUP WITH VOCALS
"Blame It," Jamie Foxx and T-Pain
"Chocolate High," India.Arie and Musiq Soulchild
"Ifuleave," Musiq Soulchild and Mary J. Blige
"Higher Ground," Robert Randolph and The Clark Sisters
"Love Has Finally Come at Last," Calvin Richardson and Ann Nesby

BEST R&B SONG
"Blame It," Jamie Foxx and T-Pain
"Lions, Tigers, and Bears," Jazmine Sullivan
"Pretty Wings," Maxwell
"Single Ladies (Put a Ring on It)," Beyonce
"Under," Pleasure P

BEST R&B ALBUM
The Point of It All, Anthony Hamilton
Testimony: Vol. 2, Love & Politics, India.Arie
Turn Me Loose, Ledisi
Blacksummers' Night, Maxwell
Uncle Charlie, Charlie Wilson

BEST CONTEMPORARY R&B ALBUM
I Am...Sasha Fierce, Beyonce
Intuition, Jamie Foxx
The Introduction of Marcus Cooper, Pleasure P
Ready, Trey Songz
Thr33 Ringz, T-Pain

BEST RAP SOLO PERFORMANCE
"Beautiful," Eminem
"Best I Ever Had," Drake
"D.O.A. (Death of Auto-Tune)," Jay-Z
"Day 'N' Nite," Kid Cudi
"Casa Bey," Mos Def

BEST RAP PERFORMANCE BY A DUO OR GROUP
"Too Many Rappers," Beastie Boys and Nas
"Crack A Bottle," Eminem, Dr. Dre, and 50 Cent
"Money Goes, Honey Stay," Fabolous and Jay-Z
"Make Her Say," Kid Cudi, Kanye West, and Common
"Amazing," Kanye West and Young Jeezy

BEST RAP/SUNG COLLABORATION
"Ego," Beyonce and Kanye West
"Knock You Down," Keri Hilson, Kanye West and Ne-Yo
"Run This Town," Jay-Z, Rihanna, and Kanye West
"I'm on a Boat," The Lonely Island and T-Pain
"Dead and Gone," T.I. and Justin Timberlake

BEST RAP SONG
"Best I Ever Had," Drake
"Day 'N' Nite," Kid Cudi
"Dead and Gone," T.I. and Justin Timberlake
"D.O.A. (Death of Auto-Tune)," Jay-Z
"Run This Town," Jay-Z, Rihanna, and Kanye West

BEST RAP ALBUM
Universal Mind Control, Common
Relapse, Eminem
R.O.O.T.S., Flo Rida
The Ecstatic, Mos Def
The Renaissance, Q-Tip

Nota Jase : Memang ada banyak kategori yang dipertandingkan di dalam Anugerah berprestij, 52nd Grammy Awards 2010 pada 31 Januari 2010 nanti. Tetapi bukan semua kategori yang saya tunggu, di atas tadi saya senaraikan kategori-kategori yang menarik minat saya. Yang telah saya 'bold'kan itu adalah jangkaan saya semata-mata (sila baca - yang saya inginkan untuk menang kali ini). Kita tunggu sahaja keputusannya 31 Januari 2010 nanti. Siapa yang berkesempatan bolehlah menunggu di depan kaca TV. Selalunya persembahan para artis jemputan pada malam tersebut amat menarik dan memukau sekali. Namun begitu saya mungkin terpaksa melepaskan siaran langsung kewrana sudah ada temujanji yang dipersetujui awal-awal lagi. Kita lihat saja siapa yang kenaya...:)

Sunday, January 17, 2010

Yang 'Sempat-Sempat' di AJL 24




Cute terpaksa menarik diri saat akhir. Deman dan tiada suara katanya. Lagipun Cute telah datang malam sebelumnya menonton raptai penuh. Begitu juga dengan 'protege' beliau. Sudahnya tinggal saya, SpiderX (Bro... bila nak e-mail gambar aku kat kamera canggih ko tuh? Jangan lambat sgt ya...), Zey & Mirose yang meneruskan niat menonton AJL secara 'live' malam tersebut.. Dek kerana ketiga mereka datang lambat kira-kira jam 8.15 malam maka kami terpaksa ke Aras 4 dan duduk di tempat mana yang ada. Sudahnya saya terpaksa duduk di bawah kamera !!! Tapi tak mengapa, janji 'live'. Lain benar jika hanya menonton di kaca TV. Dalam pada menunggu mereka sampai, saya sempat bertemu dengan Mawi & Ekin tetapi tidak dapatlah mengambil gambar kerana tiada juru kamera (SpiderX lah tuh). Terlepaslah peluang kali ini. Cuma sempat berbual sekejap saja dengan Mawi, yang sempat juga bertanya "mana yang lain?". Lantas di hawab oleh saya "masih dalam perjalanan". Mawi dan Ekin juga perlu mengejar 'Red Carpet'. Jadi saya pun tidak mahu bersembang panjang lagipun kalau lama-lama sangat nanti ramai pulak yang menahan mereka untuk bergambar!!!

Usai AJL maka saya dah SpiderX masih menunggu untuk mengambil gambar sekeliling. Dalam pada itu cuba mendapatkan gambar mana-mana artis yang masih ada. Para pemenang jangan haraplah kerana sehingga jam 1.15 pagi ketika kami melangkah keluar untuk pulang mereka masih belum keluar lagi. Jadi saya cuma sempat merakam gambar kira-kira 10 orang sahaja. Yang paling lama saya bersembang ialah Farish yang baru pulang dari RSA (South Africa) bagi penggambaran rancangan BOLA yang akan menemui kita di ASTRO bulan April ini sempena 'World Cup'. Tunggu saja yaa... Selain daripada itu, Lutfya yang kini menjadi artis terbaru Manan Ngah. Hmm apa lagi... yang lain macam lupa saja sebab dah lama ni, Hahaha..

Saturday, November 21, 2009

Terima Kasih Tuhan di Pengumuman Finalis AJL 24

SENARAI FINALIS AJL 24 - 10/01/2010

01. Aku Skandal - Hujan
02. Tak Mungkin Kerana Sayang - Alyah
03. Aurora - Estranged
04. Bengang - Akim AF7
05. Aku Rindu Sayang Kamu - Black Mentor3
06. Dan Sebenarnya - Yuna
07. Rindu Terhenti - Tomok OIAM3
08. Pakai Buang - Stacy AF6
09. Kau Aku - Aizat AF5
10. Pergi - Aizat AF5
11. Situasi - Bunkface
12. Bencinta - Shila OIAM2
13. Cinta Adam dan Hawa - Misha Omar
14. Masih Jelas - Hafiz AF7

Nota Jase : Tahniah kepada semua finalis yang telah dipilih oleh juri. Secara peribadi saya lebih suka Raja Gelek - ONE GangStarz2 melangkah ke final berbanding dengan Bengang - Akim AF7. Tetapi saya bukan juri, itu hakikatnya. Yang menjadi perbualan hangat sekarang ialah mengenai ungkapan "Terima Kasih Tuhan" yang menjadi ungkapan finalis sebanyak 2 kali. Hmm... Gamaknya dah semangat 1Malaysia kot, sebab itulah mereka memilih untuk menggunakan ungkapan sejagat berbanding unggapan keagamaan? Sekadar menulis, saya....

Persoalan kedua... di Final AJL nanti adakah Faizal Tahir OIAM1 akan muncul menyanyinkan Bencinta menggantikan Shila OIAM2? Hmm... kalau FT muncul ia akan mencipta sejarah kerana tiada lagi peserta AJL yang lagunya diganti penyanyi lain di Semi Final muncul untuk menyanyikan semula lagu tersebut di pentas Final. Kita Tunggguuuuu..........

Apakah lagu yang menjadi pilihan saya untuk dinobatkan sebagai Juara AJL 24? Tentunya SITUASI - BUNKFACE.

Saturday, August 8, 2009

Apa Khabar Bah? Festival Filem Malaysia ke 22 dari KK (5/5)

Anugerah Perdana
Pengarah Filem Terbaik
Yasmin Ahmad
Talentime

Ucapan Orkid? Begitu menyentuh jiwa... Alangkah baiknya jika setiap hari sebelum tidur saya juga mampu untuk memohon kemapunan dari Allah dan memberi maaf kepada semua yang menyentuh perasaan saya....

Anugerah Perdana
Filem Terbaik
Papadom
Terbitan Tayangan Unggul

Yang ini memang saya tak sangka. Lagipun saya belum menonton Papadom. Mana mungkin saya menafsir. Saya menjangkakan Talentime yanga akan menang. Papadom akan masuk panggung pada 8 Oktober 2009 !!

Apa Khabar Bah? Festival Filem Malaysia ke 22 (4/5)

Kita sambung semula ya....

Anugerah Perdana ini disampaiklan oleh Bade Hj Azmi & Farid Kamil
Anugerah Lakon Layar Terbaik : Allahyarham Yasmin Ahmad (Talentime)
Anuerah Cerita Asal Terbaik : Aflin Shauki (Papadom)
Anugerah Sinimetografi Terbaik : Mohd Noor Kasim (Setem)
Anugerah Filem Komedi Terbaik : Los & Faun

V & Fahrin dah tukar baju yaa...

Anugerah Perdana ini disampaikan oleh Umie Aida & Eizlan Yusuf. Umi akan menikah pada 5 November 2009. Oh.. Tidak, Pisau Cukur akan masuk Pawagam laa..

Anugerah Perdana Pelakon Wanita Terbaik : Liyana Jasmay (Papadom)
Anugerah Perdana Pelakon Lelaki Terbaik : Aflin Shauki (Papadom)
(Hmm... Aflin dah pernah menang anugerah yang sama dah dua kali kan? Kiranya dia dah setaraf Abang Eman dan Abg Rosyam lah yer..)

Selingan lagi... Yang ini hebat, ada Ito, Altimet & Betul, Betul, Betul Upin & Ipin. Lagunya Blues Semarak Hari Ini? Dari Filem Geng : Penggembaraan Bermula.

Kita publish post dulu ya...:)

Apa Khabar Bah? Festival Filem Malaysia ke 22 dari KK (3/5)

Sempat pula saya godak-godak internet lantas terjumpa keputusan lengkap yang telah di umumkan pada 5 Ogos yang lalu.

Filem Dokumentari Terbaik (Bumi Pribumi)
Filem Pendek Terbaik (Permata Bonda)
Filem Animasi Terbaik (My Telatori)
Filem Digital Terbaik (Aathma)
Filem Box-Office (Geng : Penggembaraan Bermula)
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik (Zahiril Adzim - Kami The Movie)
Pelakon Harapan Wanita Terbaik (Jaclynn Victor - Talentime)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Mohd Hadziq - Syurga Cinta)
Lagu Tema Asal Terbaik (Sayangku Disisimu - Jin Hutan)
Poster Terbaik (Histeria)

Keptusan Seterusnya di sampaikan oleh Datuk Maria Menado, Datuk Mustapha Maarof & Datin Rosnani Jamil :

Anugerah Penggiat Belakang Tabir (...maaf terlepaslah pulak)
Anugerah Pelakon Vateran Wanita (Seniwati Mariani Ismail)
Anugerah Pelakon Vateran Lelaki (Seniman S. Shamsuddin)

Selingan : Chapz Ayam menyampaikan lagu Hidup Satu Perjuangan dari Filem Antoo Fighter.

Que Haidar & Lisa Surihani telah menyampaikan anugerahanugerah di bawah :
Anugerah Pengarah Harapan : James Lee (Histeria)
Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Salina Saibi (Bohsia)
Anugerah Pelakon pembantu Lelaki Terbaik : Mohd Shafie Naswip (Telentime)

Sekarang pula tengah segmen memperingati Allahyarham Yasmin Ahmad dengan mopntaj dan sajak untuk memperingati karya magis beliau. Kemudian diikuti oleh Stacey menyampaikan lagu 'Angel' dan diikuti oleh Rey (Juara Bintang RTM tahun lalu) dengan lagu 'Pergi' dari filem Taletime.

OK. Saya 'stop' dulu. Nak solat sementara 'commercial break' ni...

Apa Khabar Bah? Festival Filem Malaysia ke 22 dari KK (2/5)

Tengah lagu 'Ketipang Payung' dendangan Muhaizam (siapa ni?) dan 'Gadis Melayu' Zehra Zamri (yang pernah di'orati' oleh SpiderX tetapi tidak berjaya tuu). Sebelum itu ada klip filem Nujum Pak Belalang.. Saya yang sambil makan, update blog dan menonton sedang menanti lagi keputusan seterusnya..

Anugerah PERDANA ini sampaikan oleh Hans Isaac & Julia Evans :
Penata Bunyi Terbaik : CiCak Man 2
Penyunting Terbaik : Setem
Skor Muzik Asal Terbaik : Papadom
Pereka Busana Terbaik : Cicak Man 2
Penataan Seni Terbaik : Setem

Banyaknya anugerah yang di sampaikan oleh Hans & Julia.

Selingan... Lagu Tema Filem Setem "Gagah" oleh Rashidi Ishak, Dr Syed Ahmad Faizal (Pacai) & Afdlin Shauki. Eh.. boleh nyanyi ker si Shidi ni?

Apa Khabar Bah? Festival Filem Malaysia ke 22 dari KK (1/5)

Majlis Gilang Gemilang ini di adakan di Dewan Canselor, UMS, Kota Kinabalu. Pasangan Pengacara yang mengacarakan majlis ialah Fahrin Ahmad & Vanida Imran. Di siarkan secara langsung di TV2 & Astro Ria. Persembahan pembukaan ialah Lagu Gunung Kinabalu dendangan Jo - Ann. Beberapa hari lagu Jac (Talentime) & Zahiril (Kami The Movie) telah berjaya menggondol Anugerah Pelakon Harapan Wanita & Lelaki.

8.42 malam :
Anugerah Khas Juri ": Talentime.

8.43 malam :
Anugerah Khas Juri "Mencapai Imiginasi Golongan Muda dengan Paparan Berkesan" - Kami The Movie

8.44 malam :
Anugerah Khas Juri "Olahan Kemas, Suntingan Rapi..." : Histeria

8.45 malam :
Anugerah Khas Juri "Animasi dengan watak Tersendiri" : Geng - Penggembaraan Bermula

Stop Kejap...:)

Wednesday, June 24, 2009

Rakaman-Rakaman Wajah dengan Mawi

Mawi baru pulang kepenatan kerana ada 'shooting' di sebuah Stesen Servis PETRONAS (bagus laa produksi MW Entertainment ini... 'support' produk Nasional !!!) bersama Dr Fazley. Sebenarnya semasa saya, Cute, Yeo dan Manis sampai Mawi baru keluar bersama Nasir untuk ke lokasi tersebut. Jadi bila Mawi kembali semual ke Lokasi Rumah Terbuka saya pun mengambil kesempatan untuk mendapatkan tandatangan Mawi untuk CD Joko & Blog saya (nanti saya uar-uarkan ye). Lihatlah Mawi yang kepenatan dan masih tersenyum melayan meja kami...:)


Dah tamat sign dan sembang sikit-sikit maka bermulalah sesi bergambar... Memang Mawi tak bersedia dengan baju raya. tapi kan lebih baik ada gambar sebelum dan sesudah. Begitulah kata-kata kami. Nasib baik Mawi masih spoooorrrttttting !!! Cuba teka brand t-shirt Mawi tu brand apa? Carik je kat Parkson... Ahaks.... Saya serkop jarang je. Usah bertanya lagi... Kerana saya tidak akan memberi jawabannya.

Secara peribadi saya memang jeles habis dengan trend dan fesyen baju melayu dan songkok Mawi. Kalaulah saya ada penaja juga... alahai. Tapi memang cantik giler baju melayu Mawi ini. Sudah tentu saya akan menjadi pelanggan Butik Ekin jika baju melayu seperti ini dijual di sana. Kan...Kan... Kan... Yang penting Kaler Biru Juga, jangan jeles !!! Lagipun saya memang memakai baju melayu ke pejabat setiap hari Jumaat. Teringat pula bila nak buat entry; My Baju Melayu Profile ni?


Kalau tak ambil gambar beramai-ramai tak best lah kan. Nasib baik ini dapat juga bergambar beramai-ramai bersama Mawi. Ye lah... kita bukan saja-saja datang rumah terbuka Mawi. Ini adalah rakaman telemovie. Jadi perlu peka akan keperluan lokasi penggambaran. Jika shooting berhenti rehat, pelakon pun berhenti melepaskan penat. Rasa macam tak wajar nak ganggu mereka kan? Tapi kalau ganggu Mawi untuk bergambar memang perkara wajib lah kan.


Gambar Aksi Manja terakhir yang saya sempat ambil bersama Mawi & Ekin sebelum saya berangkat meninggalkan lokasi. Sedih juga kerana perlu balik awal. Tetapi sudah ada komitment lain. Tapi tak mengapa... kan Sabtu ni ada lagi kesempatan. Dengar cerita ada yang menunggu sehingga jam 10 malam. Saya dan Lisa ketika itu sedang bertarung dengan Transformer... Hahaha.

Lagi.... Rakaman Lensa di Raya Mawi !!!


Cute yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Jutawan Nash suami Sazzy Falaq. Eh... Dah berlakon pulak ye Mamat ni. Dalam telemovie ini Nash memegang watak Iqram yang menjadi jiran kepada Mawi & Ekin. Yang hampir putus jantung melayan karenah isterinya. Cuba teka siapa yang menjadi isteri Iqram di dalam cerita ini? Okay... saya bagi klue.... Dia sedang mengandung 5 bulan !!!



Yeo pula mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Ekin. Yang menarik semasa penggambaran ini ialah apabila kumpulan anak-anak yatim juga memakai baju hijau... jadi kira macam Yeo ini menjadi bapak Yatimlah. Tak gitu? Nasib baik saya awal-awal lagi sudah merancang untuk berbaju biru dengan Lisa. Lagipun... tahun lalu kan dah warna Hujau. This Year Go Blue Deep Ocean Strategy.... Waduuuuuh !!!



Ini mungkin gambar pertama saya dengan Aein. Rasanyalah... (Siapa nak verifykan?) Inikan hari raya, apa salahnya. Jadi... sayapun mengambil kesempatan yang datang ini. Lagipun kebetulan dah pakai baju raya sakan. Hahaha. Ada saja nak dijadikan alasan. Jika telahan saya betul maka di dalam Telemovie ini Aein menjadi adik (mungkin kembar) Ekin dan tinggal bersama Mawi dan Ekin di Banglo mereka di Bangi. Beliau sama-sama dengan isteri Iqram berlawan-lawan untuk memikat Dr Fazley. Kita tunggu saja ya...



Setelah lebih setahun menghilangkan diri dari pelbagai aktiviti bersama Mawi, tiba-tiba Manis muncul kembali. Mungkinkah Manis ingin membuat comeback? Antara kenangan yang masih boleh diingati tentang Manis tentulah peristiwa semasa AGM Mawi FC di Shah Alam. Khabarnya juga Mawi pernah bergambar dengan kereta Manis ni.... Alahai (Kereta apa yang Manis pakai?). Kedatangan Manis kali ini juga membawa pesanan berat dari seseorang untuk Mawi. Banyak lagi story paparazi menarik yang saya nak cerita. Bukan di blog lah yer... Ooopppsss !!! (Saya memang sengaja mengundang spekulasi... sabo je lah).



Tentunya Mawi & Ekin masih mengekalkan tradisi lama. Tradisi yang baik perlu dikekalkan. Saya juga percaya akan pendapat ini. Pulut Kuning memang selalu menjadi penyeri majlis-majlis tradisi. Yang ralatnya cuma satu kerana saya dan Lisa harus pulang awal kerana ada komitmen lain jadi tidak sempatlah menjamah pulut kuning yang cantik, menarik, tetarik dan da bomb ini !!! Rasanya...? Macam terliur saja...

Mawi dah Beraya Rupanya...!

Mengambil gambar berlatarbelakangkan 'backdrop' adalah satu kemestian. Ini adalah untuk membuktikan kepada kawan-kawan yang kita memang benar-benar (macam lagu Adam AF2 lah pulak) hadir dan menghadirkan diri. Lantas itu sayapun tidak melepaskan peluanglah. Seperti yang di nasihatkan hari Sabtu lalu... elakkan daripada memakai baju berwarna merah... maka kira-kiranya sesuai tak warna biru ni?


Seperti sponsor lain. Kedai makan Nasi Ulam juga tidak lupa untuk membuat promosi. Dah menajakan. Mestilah ambil peluang. maka banyaklah poster-poster kecil sebegini yang dapat kita lihat di lokasi. Jika berminat untuk merasa keenakan makanan di restoran ini apa kata hujung minggu ini kita sama-sama kunjungi Kedai Makan Nasi Ulam di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.


Ada juga air terjun buatan yang menjadi sebahagian daripada lanskap menarik Banglo Mawi & Ekin ini. Sayapun tidak melepaskan peluang untuk berposing. Lantaran saya, Cute, Manis dan Yo kan tiba awal ke lokasi. Semangat gitu... !!! Tapi kami tridak lah berlawan dengan sesiapa... Dengar cerita Cikgu dan gang sampai sesat mencari lokasi... Alahai, kan alamat datangnya dari Cikgu Jah kan.

Kesempatan yang datang... maka apa lagi berposing sakan lah. Lagipun masa ini rakaman belum bermula. Makanan belum sampai. Jadi apa lagi yang boleh di lakukan?


CROCS juga menjadi pilihan Along Charm sebab itulah saya pujuk juga beliau untuk bergambar. Kira nak tambahakan informasi tentang Selebriti yang memakai CROCS. Along memilih Beach warna hijau. Kira macam daun berjalanlah..... OOOpppsss terlebih sudah. Perasan tak orang utan bergayut kat seluar Along tuh? Eh... Zila mana? Ada... jangan risau. Dalam telemovie ini mereka berdua berlakon sebagai peminat fanatik Mawi !!!

Tentu saja bila lihat barang antik saya akan teruja. peminat Muzium dan antropologilah katakan. Ooopsss lagi, Angah mesti tension ni. Pintu Dinasti Cina ini gak cantik dan menjadi tarikan di Laman Banglo Mawi-Ekin ini. Memang kerugian besar jika kita tidak merakamkan pemandangan indah ini.