Monday, September 1, 2008

Ramadhan Yang Ku Rindui...

Kalau berbuka tak ada tamar... tak best kan?
Tamar ni hadiah dari Tn Hj Yaakob.
Ini memang acara tahunan beliau. Alhamdulillah...


Antara SMS Ucapan yang saya terima sempena 1 Ramadhan 1429 H

KakMon/Abg Kamil : May you and your family enjoy blessings of Ramadan. May Allah accept your fasting and sacrifice. Amin.
Nota Jase : Inilah SMS pertama ucapan puasa yang saya terima tahun ini. Dari KM/AK nun jauh di Kemaman. Lewat tahun lalu saya ada melawat ‘teratak’ mereka semasa bercuti di Cherating. Entah bila lagi boleh pergi ke sana. Semoga KM/AK diberkati Allah swt hendakNya. Kalau turun KL, jgn lupa bagitahu ye.

Along : Mata kekadang salah melihat, mulut kekadang salah berucap, hati kekadang salah menduga. Selamat menyambut Ramadan AlMubarak bulan penuh berkat dan keampunan. Mohon Maaf Zahir Batin.
Nota Jase : Malulah pulak bila Along yang SMS dulu, sayakan adik. Sebenarnya saya masih menunggu SMS yang best2 untuk forwardkan pada Along. Tup2 Along dah hantar dulu. So kenalah guna mana yang ada untuk membalasnya.

Syed : Salam ramadhan yang mulia
Nota Jase : Syed yang saya panggil S.A.R.A.H adalah ex-housemate saya yang paling alim dan selalu juga mengimamkan solat terawih ketika bulan puasa. Meskipun kami masih berhubung dan rumah syed kini agak berdekatan juga dengan kediaman saya, kami cuma akan berjumpa bila Syed nak beli minyak enjin. Tak gitu?

Mubien : Esok posa isyak d kk dalam jam 7.35 mcm tu lah abg jef slmt beposa
Nota Jase : Aduuhhhh… SMS dari saudara ‘jauh’ saya ni. Mubien pemuda Bugis dari Tawau yang kini mengajar di Semporna. Sebenarnya SMS ini hendak mengingatkan saya agar tidak terlepas terawih meskipun tengah syok bercuti di KK. Bagus juga Mubien ni. Kali terakhir saya berjumpa Mubien ialah akhir tahun lalu ketika saya singgah di Tawau semasa dalam perjalanan pulang dari bertugas di Kalimantan (dengan ‘route’ yang penuh adventure : BalikPapan > Tarakan > Nunukan > Tawau (feri lagiii). Lama dah tuu...

Cute : Seiring berjalan antara waktu, tak terasa kesalahan dan dosa tcipta, baik scara lisan maupun perbuatan. M’yambut dtg’a bln suci RAMADHAN yg penuh ampunn & hidayah dgn sgala krndhan hati mhon dbukakan pntu maaf. SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.
Nota Jase : Alamak Cute… bila nak berbuka puasa dengan Mawi? Cute adalah sahabat yang saya kenal ketika sama-sama menyokong Mawi semasa AF3! Dulu, Kini dan selamanya menyokong Mawi (begitu juga dengan Mus - tapi Mus ni dah lebih 12 tahun saya kenal).

Yusri : Marhaban Ya Ramadhan. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa . Semoga Ramadhan tahun ini bisa menjadikan kita seorang insane yg lebih beriman & bertakwa dalam menempuhi perjalanan hidup ini . Maaf lahir & batin. Yusri & family, Jakarta.
Nota Jase : Yusri adalah ‘customer’ saya di Jakarta. Dialah bossnya. Rakyat Malaysialah. SMS ini seakan mengingatkan saya agar mempercepatkan penghantaran ‘requirement’ beliau yang berkontena-kontena tu (25 X 20’ semuanya). Lebaran makin hampir ya Pak !!! Kamu ada Promo !!! Aku perlu ngantarin. Apa gratisnya kali ini?

Halim : Alhamdulillah we’ve been granted another apportunity to face the holy month, let’s seize it with iman and taqwa. D forgive our past mistake and may Allah bless us. Halim & family.
Nota Jase : Halim yang pulang ke Jakarta tanpa meninggalkan pesan pada saya. Namun kini, daripada rakan-rakan saya tahu dia berada di KL. Adakah masih terguris dengan persengketaan kita yang lalu? Tapi… Kan kemaafan itu dendam yang terindah? 0-0 ye.

Arie : Slmt mnymbut rmadhan al mubarak n slmt bpuase.
Nota Jase : Saudara kat kampung ni…. Sekarang kat Melaka, melawat kakak katanya. Eh.. Jadi tak singgah berbuka sebelum balik Kedah? Arie nii antara yang paling kerap SMS saya pasal cerita2 kat Kedah.

Yoyo : Marhaban ya Ramadhan. Namamu di ingati. Kedatanganmu di nanti. Fadhilatmu di cari. Ganjaranmu di hajati. Ibadahmu di berkati. Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.
Nota Jase : Rakan Blogger. Rakan Korea. Crocs Lover. Fanatik Mawi juga. Tapi X nak ngaku, hehehe. TQ sebab ingat kat saya dan send SMS nii...

Umi : dekati sejadah menyemai cinta, membilang tasbih, menghitung rindu, Al Quran di baca pengubat di jiwa, ingat mengingat tanda bersaudara, ALLAH sayang pada yang berkasih, Selamat Berpuasa Umi & Ajai.
Nota Jase : TQVM Umi. Peminat No 1 Mawi yang baik hati ni. Ingat jugak dia kat saya.... Eh, Ajai anak bujang Umi tu ye?

Rahimi : Sentiasalah setting niat, Upgrade Iman, Download sabar, Upload Usaha, detele dosa, update doa, topup ilmu supaya dapatlah redeem pahala banyak2. Selamat berpuasa Rahimi sekeluarga.
Nota Jase : Rahimi... rakan UPM. Rasanya 3X setahun saya akan dapat sms beliau. Posa, Raya Posa & Raya Haji... Sabo ye bro !!!

Azwan : Slamat berpuasa abangku ......! Make sure cukup taw
Nota Jase : Adik saya yang sorang nii.... ingatkan dah lupa... Nasib baik sms ni masuk, kalau tak... siaplah dia !!! Hahaha.....

Mihar : Ya Allah kedatanagn bulan ramadhan yg barakah ini, muliakan dan sayangi hambamu yang sedang baca SMS ini. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati rezekinya, kuatkan imannya. Beri kenikmatan ibadah, jauhkannya dari fitnah. Suburkan benih keislaman pada zuriat dan keturunannya serta masukkan dia dalam syurgamu tanpa hisab. Amin Ya Allah. Selamat menyambuy bulan ramadhan dan Selamat berpuase.
Nota Jase : Lama giler tak dengar citer si Mihar nii… rakan kat UPM amnya, dan Blok Helang KK2 khasnya. Wow… sudah lama ku tinggalkan… tempat bermain itu.

Adam : Ramadhan Mubarak ! Semoga Allah mengikhlaskan niat puasa kita, terima puasa kita da berikan kita lailatulQadar thn ini!
Nota Jase : Kali terakhir berjumpa Adam masa Majlis Perkahwinan beliau pertengahan tahun ini. Selain daripada itu kami cuma chat kat GMail, itupun sebelum GMail kena block kat opis dia. Eh… bila nak ngeteh lagik? OOppsss…. Posa laa. Lepas raya ye…

Ramadhan...
Di sisimu persis terhimpun
Seribu ketabahan,
Selaut kesabaran
Berbaur kemanisan
Sejernih keikhlasan
Semurni ketulusan
Berbalam kenikmatan
Yang amat sangat...


(Reedza - 2001 - Lembah PERMATA)



No comments: