Showing posts with label nightatthemuseum. Show all posts
Showing posts with label nightatthemuseum. Show all posts

Tuesday, October 20, 2009

My Heritage Night @ The Museum - The Finale, The Ship, The Flor De La Mar !!!
























Nota Jase :
I know... I know... everybody is waiting for this. THE FINALE. Hehehe... saya pun memang tak sabar nak mencoretkan sesuatu YANG ISTIMEWA; cuma masa yang tidak mengizinkan. Saya pun sebenarnya baru pulang dari bercuti ke Hemisfera Selatan (Di mana? Tunggu...). Tentu ada coretan juga yang perlu dikongsi juga. Maka... Baik saya langsaikan hutang cerita My Heritage Night @ The Museum ini dahalu.

Begini... Setelah penat berjalan dan mendengar celoteh Mr Desmond lebih dua jam lamanya, maka akhirnya sampailah kami ke destinasi dan tujuan utama program ini, iaitu My Heritage Night @ The Museum !!! YES... Kami akhirnya sampai betul-betul berhadapan dengan Kapal Replika Flor De La Mar yang sememangnya telah sebulan lebih menunggu kedatangan kami. Betul...

Acara pertama tentulah bergambar. Ingatkan tiada juru gambar rasmi rupa-rupanya ada. Mengapa saya kata ada? Kerana secara tanpa sedar gambar kami telah keluar di dalam Akhbar Sinar Harian (Edisi Melaka/Negeri Sembilan) bertarikh 13 Oktober 2009. Kakitangan PERZIM juga ramai yang menyambut kami. Ya lah... bukan senang nak dapatkan kumpulan 'pelancong' dari berbagai latar belakang ini yang akan tidur di dalam Muzium. Kan? Usai bergambar kami menghilangkan penat dahulu dengan menjamah minum malam yang di sediakan oleh pihak Hotel Naza. Makan mengalas perut sebelum tidur, lagipun kami perlu tidur nyenyak malam ini kerana tidak mahu 'diganggu'. Oleh siapa? Huhuhu...

Seterusnya kami di bawa untuk lawatan berpandu di dalam Flo De La Mar dengan petugas PERZIM (En Mohd Nor) yang begitu arif dengan sejarah kapal ini dan sejarah Melaka juga. Penerangan yang lengkap, terperinci, tidak membosankan dan diselit juga dengan beberapa 'dongengan' - sebab itu ianya menjadi menarik. Jangan marah yer.. Boleh tahan jugalah sesi lawatan berpandu ini. Jangkamasa lawatan dan sesi soal jawab tamat lebih kurang jam 11.30 malam di mana kami kemudian di beri masa untuk aktiviti bebas samada untuk makan (lagi), bersembang, bergambar dan membersihkan diri sebelum bersiap untuk tidur.

Saya kira lebih kurang jam 12.15 malam semua lampu di tutup kecuali lampu keselamatan. Alat penghawa dingin juga amat sejuk sekali. Peserta wanita tidur di tingkat bawah sekali, sementara peserta lelaki di tingkat kedua atas. Yang berkelamin juga terpaksa berpisah malam ini. Semua kelengkapan tidur seperti bantal, selimut dan tilam di sediakan oleh Hotel Naza yang memang amat prihatin dengan kesejukan Muzium ini. Saya fikir secara peribadi saya memang rasa tidak ada apa yang perlu di takutkan atau difikirkan akan berlaku. Saya, Reza dan Alang bersembang. Sedar-sedar Rezza dah terlelap. Saya dan Alang pula... sedar-sedar sudah jam 6.00 pagi !! Begitu juga Nizam dan Yeo yang bersembang sakan sedar-sedar sahaja sudah jam 6.15 pagi. Semuanya tidur nyenyak akibat keletihan dan kesejukan saya kira.

Usai Solat Subuh, ada yang bersolat di Surau di Medan Samudera. Ada juga yang bersolat di dalam kapal tersebut. Tandas sememangnya berada di luiar kapal jadi kenalah rajin sedikit untuk keluar yang melakukan hajat. Tapi tak mengapa. Sementara menunggu pengangkutan mengambil kami untuk kembali ke Hotel Naza yang cuma tiba jam 7.30 pagi kami mengambil kesempatan untuk bersembang-sembang lagi dengan kakitangan PERZIM, En Mohd Nor dan juga En Abu Hassan, Pengurus Hotel Naza Talyya. Maka terkeluarlah cadangan agar kami menganjurkan program untuk tidur di Muzium yang lebih mencabar. Ada berani?

Sampai di Hotel semuanya 'menyerbu' Coffee House di Lobi Hotel Naza Talyya untuk sarapan. Kami lebih banyak bersembang dari makan sebenarnya. Kami bersembang sehinggja jam 9.45 pagi. Jam 10.30 pagi, semuanya check-out kerana ingin bersiar-siar untuk makan Cendol Jam Besar sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kakitangan Hotel Naza Talyya Melaka, terutama Pengurus Hotelnya, En Abu Hassan dan Cik Ileena (KL) yang memungkinkan program ini di anjurkan. Begitu juga En Desmond, Pemandu Pelancong yang yang amat sabar dengan karenah kami dan tidak lupa kepada semua petugas PERZIM terutama En Mohd Nor yang amat sporting sekali. Kepada semua peserta program My Heritage Night @ The Museum - A JaseMario Friendship Project ini, jangan serik untuk turut serta lagi jika ada program susulan di masa hadapan ya. InsyaAllah.

Akhir kata, perlu di ingatkan bahawa cuma ada 3 program bermalam di muzium yang di anjurkan di dunia ini. Satu di Amerika Syarikat, satu di Australia. Dan 1 lagi di Muzium Samudera Melaka. Tentunya saya dan rakan-rakan tergolong dalam kumpulan mereka yang BERTUAH !!!

Tuesday, October 13, 2009

My Heritage Night @ The Museum - The Riverwalk Trail


Setelah menuruni bot di Jeti Padang Niru. Mr Desmond meneruskan penerangan beliau. Maka bermulalah 'Riverwalk Trail' kami. Yang sungguh memenatkan lagi mencabar. Kesabaran pun juga tercabar lebih-lebih lagi apabila Mr Desmond makin rancak bercerita. Memnag banyak benda baru yang dipelajari daripada Mr Desmond ini. Jika nak dikirakan, jika berjalan bersendirian atau dengan teman memang boleh mengambil masa 'at our own paste' tetapi bukan semua maklumat tertulis di papan tanda maka disinilah perlunya Pemandu Pelancong Bertauliah untuk menerangkan kepada kita.


Katanya Gereja St Francis Xavier ini condong seperti menara Jam di Telok Intan. Lihatlah sendiri. Benar atau tidak. Percaya atau tidak. Saya cuma mengambil gambar, tidak lebih dari itu. Mungkin lebih bijak untuk datang melhat sendiri. Ada juga diterangkan berkenaan sejarah bangunan ini. namun saya kiranya memang masuk telinga kiri keluar telingan kanan, maaf ya Mr Desmond !!!

Dari mana asalnya nama Melaka? Pastinya semua tahu jawabannya dari pokok melaka. Tetapi bukan semua orang pernah melihat pokok melaka. Apatah lagi memakan buah melaka. Memanglah kalau kuih buah melaka kita pernah makan terutama di bulan puasa. Maka Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil inisiatif untuk menanam pokok melaka ini di persisiran sungai Melaka sebagai salah satu tarikan pelancongan. Daun pokok ini akan menguncup sebelah malam dan mengembang kembali ketika matahari terbit. Hebatkan. Buah Melaka? Sekaran ini sudah ada jusnya. Boleh di beli di Gerai-Gerai di Medan Samudera yang berhadapan dengan Muzium Samudera. Rasalah...


Ini merupakan gambar berkumpulan pertama yang di ambil. Nasib baik sempat dan semua sporting untuk bergambar termasuk Mr Desmond sporting untuk mengambil gambar. Dan latar bangunan ini juga amat bermakna sebenarnya. Ini adalah Papan tanda Terbesar yang Memberitahu kita tentang penganugerahan Melaka & Georgetown sebagai salah satu Bandar Warisan Dunia di Persisir Selat Melaka. Ini juga di jadikan antara momen untuk kami berehat kerana perjalanan sebenarnya masih panjang.


Cerita persisir sungai sebenarnya memang menarik dan mempunyai sejarah yang panjang. Sesungguhnya penempatan terawal selalunya bernula di tepian sungai. Lihat sahaja tamadun-tamadun terdahulu. Kita memang tidak dapat lari dari hakikat ini.


Contoh sampel batu bata zaman Belanda yang masih di gunakan sekarang terutama untuk hiasan.


Batu Laterit juga yang di gunakan di zaman Belanda untuk membina kubu. Kebanyakan batu ini di ambil dari Pulau Upih. Namun batu ini telahpun habis di gali di sana. Lantas sumber sekarang tentunya dari Thailand !!!


Pemandangan di dataran Bangunan-Bangunan Merah di waktu malam. Banyak juga sejarah di sini. Terutama kenapa ia berwarna merah. Ada yang lucu. Tetapi nasib baik kami dibenarkan untuk melencong sebentar untuk mengadakan 'Jonker Walk' untuk menjamu mata selepas itu !!!


Antara Cenderamata yang nboleh di beli di Jonker Street. Saya cuma mengambil gambar itupun dek kerana teruja dengan sekumpulan pelajar dari kelab Fotografi di Institut Pengajian mereka yang sibuk mengambil gambar untuk projek mereka. Hahaha...


Jonker Street juga terkenal dengan Cendol "Famous Authentic Nyonya Cendol" selain daripada tat nenas nyonya melaka yang dijual di sepanjang jalan. Lebih menarik mereka akan bakar tat nenas tersebut di hadapan mata kita !!!


Saya perlu belajar kembali sejarah jika ingin menulis berkenaan Kota belanda ini. Namun ia tidak kurang menarik untuk di alwati di sini. Untuk lepak-lepak di waktu malam juga boleh !!!


Saya tutup entry ini dengan gambar saya di Kota Belanda ini. Kota Belanda ini letaknya di sebelah Dataran Quayside River Melaka. Siang dan malam pasti akan kelihatan orang lalu-lalang. Ini adalah destinasi terakhir sebelum kami melangkah masuk ke Flor De La Mar. "Aku Datang Flor De La Mar... sudah penat aku berjalan !!! Tunggu Aku ya..."

My Heritage Night @ The Museum - The Cruise


Saya memang nak letak gambar saya; malangnya gambar tersebut 'blur' lah pulak. Jadi terpaksalah menjadikan Yeo sebagai model iklan di hadapan Melaka River Cruise ini. Destinasi pertama kami ini sebenarnya ialah Melaka River Cruise dan bermula di Taman Rempah. Hentian utama ini memang amat teratur dan menarik sekali. Proses untuk membeli tiket dan beratur juga kemas dan lancar. Tetapi bagi kumpulan kami memanglah cepat dan pantas kerana bot telahpun di tempah awal. Turut mengikut kami 'Rombongan JaseMario' ialah 2 orang kakitangan daripada PERZIM. Orang PERZIM kenalah pastikan yang kami selamatkan. Huhuhu...


Memang segak dan bergaya sekali dengan t-shirt MHN@TM Hitam Glow In The Dark ini. Tambahan pula semua peserta sporting dan menepati masa dan begitu menghormati antara satu sama lain. Tidak ada yang berebut-rebut menaiki bot. Ya sememangnya tidak perlu berebut kerana tempat duduk melebihi para peserta. sebab itu semuanya relax sahaja. Meskipun ini bukan pengalaman pertama saya menaiki Melaka River Cruise ini , tetapi setiap kali pasti ada keistimewaannya. Cuma kali ini bersama kawan-kawan ianya menjadi lebih istimewa.


Seperti biasa Mr Desmond menjalankan tugas beliau sebagai pemandu pelancong yang baik. Terutama dalam menyampaikan maklumat berkenaan Negeri melaka dengan amat terperinci sekali. Kelebihan Mr Desmond bukan sahaja beliau mempunyai maklumat mendalam tentang Melaka tetapi beliau fasih berbahasa malaysia dan Inggeris. Bahasa memang membantu beliau dalam menjalankan tugas seharian beliau. bermaca-macam cerita yang dikongsi oleh beliau dengan kami.


Perjalanan di dalam bot mengambil masa kurang lebih 45 minit (lama juga sebenarnya). Perjalanan bot ini memang agak perlahan jika hendak di bandingkan dengan bot penumpang biasa. Ini mungkin mengambil kerana untuk mengambil kira celoteh Mr Desmond yang perlu dihabiskan dalam masa perjalanan tersebut juga. Meskipun tidak banyak soalan yang di ajukan oleh kami kepada beliau dek kerana kami lebih teruja menghabiskan masa dengan menikmati keindahan alam dan tinggalan sejarah di kiri dan kanan, sedar- tidak sedar kami sudah sampai ke destinasi iaitu Jeti Padang Niru. Maka bermulalah episod yang lebih mencabar !!!

Monday, October 12, 2009

My Heritage Night @ The Museum - The Dinner


Mus, Cikgu Jah, Muz (Alang) & Shakeel. Cikgu Jah memang telah di rancang sejak mula untuk duduk di meja ini semasa makan malam. Dah namapun Guru Bahasa Inggeris memang sedang elok untuk duduk bersama merka yang tidak boleh berbahasa Melayu. Kita patut gunakan kelebihan masing-masing. Yang mana satu yang tidak boleh berbahasa melayu itu? Agak-agak? dari raut wajah macam sedap sahaja makanan di Hotel Naza ini. Terutama Asam Pedas. Kan?


Arnie, Ayob, Rezza & Awin nampaknya segar sekali. Ya... Lah sebentar lagi perjalanan kami akan mengambil masa lebih kurang 3 jam. jadi mereka perlu makan sehabis banyak, kan? Menu perjalanan pula... Mula-mula naik van (Van Anugerah Bintang-Bintang Popular lagi), kemudian menyusuri Sungai Melaka dengan bot dan akhir sekali berjalan kaki. Boleh tahan jugalah penatnya sebelum dapat sampai ke Muzium Samudera. Nasib baik beg yang di bawa masing-masing ringan, Kalau tak...? Lagilah mencabar.


Kami turun kiranya usai Solat Maghrib yang dijamakkan bersama Isyak. Ini adalah untuk memudahkan proses logistik terutama ketika berada di Muzium Flo De La Mar kelak. Di beritakan, tandas terletak di luar kapal sementara surau adalah di seberang jalan. Nyatanya semua OK akan jadual ini. Maka waktu makan kami yang berkongsi dengan para pelajar IKBN hampir 1 jam jugalah. Jadi boleh makan dengan aman sambil menikmati juadah dengan selesa.


Yati & Maidiah yang memulakan makan malam memandangkan mereka yang pertama sekali turun ke lobi. Alhamdulillah kerana ada bayak kumpulan yang menginap di Hotel Naza Talyya ini maka kami pun dapat merasai sama 'buffet' yang boleh di katakan mewah !!! Jika tidak mungkin hidangan makan malam kami cuma nasi ayam sahaja. Baik sungguh pihak pengurusan Hotel Naza Talyya ini. Saya kira semua puas hati dengan makan malam ini.

My Heritage Night @ The Museum - The Preview





I know.. most of my friends are waiting for the updates on my very first outing project under the banner of my blog (The World of JaseMario). Tetapi... sebenarnya saya teramatlah tidak larat, tidak mampu dan tidak bertenaga. Pulang dari Melaka tadi meskipun Alang (Murzafar) yang memandu saya memang keletihan habis. Sampai saja di rumah usai mandi, solat dan bertukar baju melayu; saya dan Lisa bergegas ke Restoran Seri Melayu untuk menghadiri Majlis Hari Raya syarikat di mana Lisa bekerja. Sementara Alang terus menghantar Cikgu Jah pulang setelah 'beraya' di rumah kami. Pulang lebih kurang jam 5.00 petang dari RSM, sempat tidur-tidur ayam sehingga hampir waktu maghrib. Kemudian bersiap lagi untuk ke Majlis Hari Raya Kolej Kedua UPM. (Lantaran Alumni di jemput...) Lebih kurang jam 10.30 malam sampai di rumah terus memuat naik gambar-gambar My Heitage Night @ The Museum ke FaceBook... Sedar-sedar dah jam 12.00 tengah malam dan... esok adalah hari bekerja !!! Jadi untuk preview... gambar di atas dahulu ya.... Gambar di atas adalah gambar hadapan dan belakang baju kami yang mendapat pujian daripada pihak Hotel NAZA Talyya & PERZIM !!! Betul... The Most Prepared Group !!! Wow... usaha ini memang berhasil selepas berberapa rintangan yang di hadapi...:)

Thursday, September 10, 2009

MY HERITAGE NIGHT @ THE MUSEUM - A JaseMario Friendship Project


MY HERITAGE NIGHT @ THE MUSEUM
10 – 11 October 2009 (Sat – Sun)
Flo De La Mar Museum, Melaka
A JaseMario Friendship Project



Package Rate

RM150.00 per pax.

Package Rate Inclusive

1) Hotel room usage at Naza Tallya Hotel.
2) Welcome drink.
3) Service of a registered tour guide for Melaka River Cruise, River walk & Museum Tour.
4) Sleepover facilities (mattress, pillow & blanket).
5) Supper at the Museum.
6) Breakfast at Naza Tallya Hotel.
7) Certificate of Participation.
8) One way boat ride
9) Project’s T-Shirt
10) Buffet Dinner at Naza Tallya Hotel

Itinerary

10 Oct 2009
1400 hrs - Check-in into hotel.
1900 hrs - Pre Sleepover Buffet Dinner ( optional ).
1945 hrs - Sleepover briefing by Facilitator/Tour Guide.
2000 hrs - Transfer to Taman Rempah Jetty.
2015 hrs - Depart for Guided Tour of Melaka River.
2100 hrs - Disembark at Padang Niru Jetty.
2115 hrs - Proceed for the Guided Riverwalk Trail.
2200 hrs - Arrived at Maritime Museum (Flo de la Mar).
2210 hrs - Guided tour of the Maritime Museum.
2230 hrs - Supper.
2300 hrs - Sleepover activity.
2345 hrs - Settle down time ( toilet & wash up ) & lights out.

11 October 2009
0600 hrs - Solat Subuh time for Muslim participants.
0715 hrs - Pack-up and transfer to Naza Hotel for breakfast.
1200 hrs - Check out of hotel.

Interested?
Please contact me latest by 16 September 2009 at jasemario@gmail.com or jase_mario@yahoo.com (please leave you hp no for me to contact you back)