Tuesday, September 2, 2008

Negeri Kedah... Negeri Ku


Biar Jasa Jadi Kenangan – Lagu Keramat Pasukan Bola Negeri Kedah


Kedah, Kedah Pantang Kalah
Walau Sakit Jatuh dan Rebah
Bangun Lantas Semula Gagah
Bujur Lalu Melintang Patah


Hijau Kuning Tanahku
Darul Aman Negeriku
Hijau Kuning Darahku
Negeri Kedah Negeriku


Yakinkanlah Diri Sendiri
Berjuanglah Sejiwa Murni
Tekun Berani Sesungguh Hati
Demi Sukan Mengharung Negeri


Biar Jasa Jadi Kenangan
Hijau Kuning Lambang Kemegahan
Jelapang Padi Tempat Sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman




Nota Jase :

Dua minggu lalu ketika rakyat Malaysia tengah hangat demam Final Piala Malaysia di antara Kedah D.A. dan Selangor D.E. Azwan, yang memang dah tahu-tahu saja saya orang Kedah telah mem'bluetooth'kan saya mp3 lagu diatas. Tambahnya lagi, Lagu Pasukan Bola Negeri Kedah yang juga dikenali sebagai Kenari @ Hijau Kuning. Lantas itu, dengan tiba-tiba semangat patriotik terhadap Negeri Kedah Darul Aman membuak-buak. Memang telah lama saya tinggalkan negeri tumpah darah saya ini tapi semangat cintakan negeri ini masih kebal. Lantaran itu, saya pun menjadikan mp3 lagu ini sebagai 'ringtone' untuk sms masuk saya dari hari tersebut sehinggalah ke hari ini. Maka hebohkan kat pejabat akan ke patriotikan saya ini. Terus terang saya katakan yang saya bukan peminat bola tetapi jika menjadi rakyat bagi negeri yang memenangi 3 piala serentak (Liga Super Piala Malaysia, Piala FA & Piala Malaysia) dalam satu musim untuk kali kedua berturut-turut tentu saya perlu untuk tumpang berbangga. Begitulah ceritanya...

Sehubungan dengan itu, teringin pula saya untuk memaparkan di sini beberapa Loghat Kedah untuk tatapan & 'pelajaran' mereka yang ingin mengetahui loghat negeri ini. 'Jenuh' jugalah saya memerah otak untuk mendapatkan senarai ini. Rakan-rakan memang sedar yang saya cuma bercakap loghat Kedah dengan Orang Kedah sahaja. Ya... 'betoi'. Untuk perbualan seharian saya lebih selesa menggunakan Bahasa Malaysia Standard. Alasannya, saya akan sedih jika melihat loghat kedah saya 'diperkosakan' oleh mereka yang tidak tahu menyebutnya dengan betul... Itulah sebenarnya. Jika ada yang ingin menambahkan perbendaharaan kata ini, silakan !

Loghat Kedah

Awat = Kenapa
Ayaq = Air
Ayaq Serbat = Air Sirap
Baloq = Malas
Bededam = Banyak
Belanga = Kuali
Belengaih = Melekit-lekit, lembab
Besaq Gajah Tok Mia = Besar
Belemoih = Comot
Carik = Koyak
Camca = Sudu
Cherok Tok Kun = Tempat Ulu Banat
Gerek = Basikal
Gheyaw = Menangis/Teriak
Habaq = Beritahu
Haluih = Kecil
Hang = Kamu/Awak
Hawaq = Nakal
Hitam Meghelit = Hitam Sangat
Hingaq = Bising
Kalut = Kelam Kabut
Kampit = Beg
Katup = Tutup
Kawaq = Pencuri
Kedaqhah = Makan
Kepak = Patah
Ketegag = Degil
Lau = Reban
Loglaq = Cuai
Kona = Belok
Mai = Datang/Mari
Makan Dadah = Makan Dahulu
Manih Melechaih = Minis Sangat
Mengaji = Belajar
Meghuwah = Kencing
Meluat = Benci
Menyoghok = Sarapan Pagi
Merela = Gedik/Gatal
Mottan = Rambutan
Nangnaih = Nenas
Paet = Pahit
Parpu (kuah/kacang) = Dhall (kuah/kacang)
Peghongoih = Pemarah
Peghosek = Selongkar
Pi = Pergi
Rhetaih = Kertas
Rhimbok = Belasah
Sayup = Lambat
Segan = Malas
Senayan = Isnin
Sengkak = Kekenyangan
Tetomoih = Tersungkur
Teloq = Telur
Tokak = Gigit

5 comments:

Wanpetunjuk said...

Salam bro...tu dia ada kelas bahasa ka???...selamat berpuasa dan selamat berterawih...sahur..beribadat....

JaseMario said...

Tambahan Perbendaharaan Kata :

1. Cemuih = Bosan
2. Celuih = Muat

p/s : Thanks Lisa.

JaseMario said...

Hidayat : Salam... Apa kata kita belajar Loghat Ganu & Pahang lak dari Hidayat? Selamat beribadat juga untuk kamu.

Diamilikku said...

hahahhaha..
saya org kedah..
tapi ada dak perkataan yg saya baru tau

JaseMario said...

Hahahaha... Sue, saya pun dok men'sharpen'kan loghat Kedah ni... Kita ni kan dah lebih 10 tahun jadi raykat Selangor...