Tak mengapa mawi, balik rumah nanti boleh baca puas-puas.
Kad Ucapan Hari Raya untuk Mawi memang ada dalam agenda kami. Sebenarnya Kak Nora CB yang nak uruskan. Namun awal-awal pagi Ahad, ketika saya masih lena di buai mimpi tiba-tiba saja sms masuk dari Kak Nora CB. Menurut beliau, dia tak jumpa cari Kad Hari Raya yang besar di Jalan Tunku Abdul Rahman dan meminta saya mencari alternatif. Sejam kemudian barulah saya balas sms tersebut dengan mengatakan yang saya akan ke Jusco Taman Equine mencari Kad seperti yang diperlukan. Saya tiba di Jusco taman Equine lebih kurang jam 11 pagi. Puas mencari, namun tidak bertemu dengan kad yang sesuai. Setelah bebincang dengan Lisa, kami bersetuju untuk membeli album gambar sahaja dan kertas warna untuk dijadikan Kad Ucapan Hari Raya Berlapis. Dalam usaha mencari album gambar yang sesuai saya pun menelefon Kak Nora CB untuk mendapatkan persetujuan. Setelah berjumpa dengan album dan kertas warna yang berkenan saya pun membuat bayaran dan pulang ke rumah. Tanggungjawab saya sebenarnya lebih berat kerana saya perlu ke pejabat untuk membuat 'kolaj' - menampal deko, guntingan kad hari raya lama, sampul duit raya dsb (bahan-bahan tersebut tiada di rumah). Nasib baik saya baru membeli pena 'sharpie' pelbagai warna untuk di jadikan alat tulis - selamat satu bab. Sampai di pejabat lebih kurang jam 3.00 petang. Segalanya selesai dalam masa 2 jam. Alhamdulillah. Sampai di JW mariot lebih kurang jam 6.15 petang bersama Galzean, saya mengedarkan kertas berwarna untuk mereka yang hadir menulis ucapan hari raya untuk Mawi. Semuanya berjalan lancar. Cute dan Mus pula membantu melekatkan kertas-kertas ucapan tersebut dan koleksi gambar peribadi mereka dengan Mawi di dalam album. Semuanya selesai sebelum azan maghrib berkumandang. satu kejayaan sebenarnya. Cikgu Jah, Kak Nora CB dan saya menyampaikan Album Ucapan raya tersebut kepada Mawi mewakili semua yang hadir. Sudah tentu kegembiraan terpancar di wajah Mawi ketika menerima album ini.
No comments:
Post a Comment