Maafkan jika saya terpaksa katakan ini merupakan hasil terburuk PPAG sepanjang pementasan mereka di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP). Setidak-tidaknya mana-mana persembahan yang saya sempat menonton sejak DFP mula di buka. Secara mudahnya kisah Muzikal Pak Pandir ini berdasarkan cerita rakyat lama mengenai sepasang suami isteri miskin yang tinggal di pedalaman. Pak Pandir watak utama adalah watak seorang yang lurus bendul, bodoh lagi dungu. Sebarang tugas yang di berikan akhirnya menemui kemusnahan, kegagalan dan sia-sia dek kerana Pak Pandir tidak pandai menggunakan akal yang rasional. Kemuncak kepada kedunguan Pak Pandir ini apabila beliau memandikan anak beliau yang baru lahir dengan air panas untuk menghilangkan demam !! 'Katanya' ingin membawa Generasi Y untuk menghayati dongeng lama; tetapi saya kira kisah kedunguan melampau ini mungkin tidak dapat di terima oleh masyarakat kini. Lantaran pula bagi mereka yang pernah membaca metos ini semasa kecil tentu akan terkejut dengan hasil kreatif 'tokok tambah' terbaru penulis di mana telah memasukkan cerita baru seperti Pak Pandir di sambar burung garuda, berkahwin dengan puteri raja, dihalau dari istana dan akhirnya berbaik semula dengan Andeh isterinya.
Bagi saya penambahan ini sengaja di adakan untuk mamastikan durasi pementasan larut sehingga 2 jam. Sepatutnya kisah ini perlu di tamatkan setelah Pak Pandir memandikan anaknya. Dan carilah penamat yang lebih memberi impak pengajaran.
PPAG memang terkenal dengan Drama Tari tanpa dialog. Bhakan mereka amat berjaya dalam pementasan genre ini. Percubaan (untuk mengikut trend saya kira) untuk mementaskan Muzikal ala-ala Istana Budaya ini bukanlah 'makanan ruji' PPAG malah memakan diri. Cuma seorang sahaja pelakon yang benar-benar melebihi tahap piawai pelakon teater iaitu Haslinda Mohd Ali yang memegang watak Andeh. Yang lainnya masih di tahap amatur. Ada tiga situasi jelas apabila pelakon utama terlupa dialog sehingga menjejaskan pementasan, antaranya "meremanglah bulu Pandir???". Tarian Burung Garuda yang ala-ala tarian kontemporari juga lari dari konsep etnik yang ingin di bawa oleh Muzikal ini. Selain daripada itu penataan cahaya yang ada ketika tidak selari dengan mood keseluruhan pementasan menjejaskan penumpuan penonton.
Komen saya mungkin banyak dan agak pedas. Tetapi ini bukan beerti saya tidak akan menonton pementasan PPAG lagi. Kita harus menyokong industri seni tempatan kan? Bukan begitu Cute, Mus, Mas & Oxford - yang turut sama menonton pada 18/6/2009 yang lalu?
3 comments:
x best ke jase...review mcm best je...
Malis... itu pendapat saya sahaja yang dikongsi bersama dengan Lisa dan juga Mas. Mungkin review di surat khabar macam best.. tapi inikan pendapat masing2. Kena nonton baru tahu...:)
Sedih melihat komen di atas Malangnya sy baru terbaca....
Post a Comment