Friday, June 5, 2009

...at The Southernmost Point of...


Istimewanya Taman Negara ini adalah kerana ia merupakan "the southernmost point of Mainland Asia". Memandangkan saya dan Lisa pernah menjejaki "The Tip of Borneo @ Tanjung Simpang Mengawai" maka lawatan ini merupakan pelengkap kepada lawatan tersebut. Sementara Arnie pula ini merupakan lawatan kali kedua ke sini. Dalam pada itu, Tanjung Piai adalah impian 'Cuti Cuti Malaysia' saya yang telah lama tertangguh sebenarnya. Ketika menghadiri Majlis Menyambut Memantu di Kampung Mawi (FTA) Disember lalu imipan ini lebur dek kerana keletihan dan semua ahli rombongan ingin pulang awal.

Taman Negara Tanjung Piai adalah santuari alam sekitar di mana tanah, pinggir laut, unggas dan ikan dan tumbuhan paya bakau serasi mengharung hidup. Lebih kurang 90 kilometer dari kesibukan Bandaraya Johor Bahru, cara yang terbaik untuk sampai ke sini ialah dengan memandu (dek kerana tiada perkhidmatan bas yang samapai ke sini). Tiket masuk adalah RM3.00 seorang. Taman Negara ini di buka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Kami meulakan perjalanan agak lewat setelah menikmati sarapan pagi di Old Town White Coffee. Perjalanan agak mencabar juga dan kami tiba lebih kurang jam 11.30 pagi setelah menghampiri 1 jam perjalanan. Bermula di lebuhraya, melewati jalan persekutuan sehinggalah merintis denai tanpa tar.

Antara kemudahan yang terdapat di sini termasuklah jeti, menara pandangan, denai laluan, tapak perkhemahan, galeri informasi, kompleks pelancong, platform memancing, kiosk cenderamata dna juga kedai makan. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuklah 'bird watching', 'raptors migration', 'park trails' dan 'sunset view'. Kami menghabiskan masa lebih kurang 1 jam 30 minit di sini sebelum meneruskan perjalanan. Kan... Muzium Nenas dan Jom Heboh dah menanti !!!


No comments: