Tuesday, June 30, 2009

La la la la la... Superstar !!!







Percaya atau tidak... akhirnya Mawi berjaya juga muncul di KKP Superstar 2009. Perbincangan yang hampir gagal akibat sedikit salah faham. Alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik dek kerana kesungguhan dan keikhlasan. Jauh di lubuk hati saya percaya Mawi memang hendak datang pun untuk turut serta, menjadi juri & menghiburkan peminat. Permulaan yang baik pasti akan berakhir dengan baik itulah hakikatnya. Saya berdoa dan berharap perhubungan yang baik ini akan berkekalan dan Mawi akan dapat juga beraksi di Pentas Grand Finale KKP 2010 bulan Jun akan datang. Itulah rancangan saya dan akan saya usahakan. (Maaf; intro ini agak berat dan berbelit)

Usai menjadi juri, memberi markah dan mengulas persembahan peserta pertandingan, Mawi menyampaikan dua buah lagu - "Ya Salam" & "Rindu Padamu". Seolah-olah membuat tribute kepada Yasinlah pulak (yang khabarnya tidak berapa sihat - jangan tanya saya kerana saya juga kurang pasti). Mawi bergegas pulang sesudah menerima sejambak bungan sebagai penghargaan daripada penganjur tetapi tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada para peminat dan penganjur serta berharap dapat bertemu lagi tahun hadapan.

Begitulah sedikit sebanyak 'engagement' saya bersama Mawi hari Sabtu lepas dari jam 9.30 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. InsyaAllah jika diizinkan tentu akan bertemu lagi.

Maaf banget Mawi kalau layangan tak seadanya...:)

1 comment:

Anonymous said...

lrazqhxit http://www.free-mass-traffic.net/free-mass-traffic/free-mass-traffic-review Free Mass Traffic