Sunday, June 21, 2009

Rakaman Raya Mawi di Masjid Al-Hasanah Bangi


















Tidak banyak yang dapat saya ceritakan. Cuma saya rasa bertuah kerana dapat turut serta dalam rakaman program Hari Raya untuk Astro Prima terbitan Mawi Entertainment yang judul dalam pembikinan ialah Raya Mawi. Rakaman bermula kira-kira jam 10 malam dan tamat kira-kira jam 12.00 tengah malam, tetapi kami sudah mula berkumpul sejak solat Maghrib lagi di Masjid Al-Hasanah, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Biasalah SEMANGAT. Tidak ramai juga dari rakan-rakan yang dapat turut serta terutamanya lelaki, yang kaum Hawa memang boleh di katakan ramai juga. Antara yang dapat meluangkan masa termasukkah Cute, Cikgu Jah, Mazita, Mak Hani dan anak-anak, Rezza dan Awin, Ibu sekeluarga. (Maaf jika ada yang tercicir). Ekin sudah tentu ada, Aein juga datang. Antara 'scene' yang dirakam ialah Takbir di malam raya dan juga 'Moreh'. Rakaman suasana Rumah Terbuka Mawi semasa Hari Raya akan di adakan pada Hari Selasa ini di Kediaman Mawi. saya masih berkira Baju Melayu mana yang akan di pakai tahun ini.... Yang penting bukan warna merah ya !!!

2 comments:

Unknown said...

Amboi..siap dok sbleah Mawi lagi..

JaseMario said...

Alamak... jeles yer? Hehehe... X sengaja... X di rancang. Laariiiik !