Wednesday, June 3, 2009

Adik Angkat Harian Metro !!!

Yang di katakan Adik Angkat Harian Metro itu sebenarnya ialah Iqwal Hafiz bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Iqwal. Nama Iqwal ini mula menjadi sebutan ramai setelah beliau mengharumkan nama negara ketika mewakili Malaysia di dalam Pertandingan World Championship of Performing Arts, Hollywood tahun lalu. Iqwal telah memenangi 4 Pingat Emas bagi kategori Pop, Rock, Kontemporari & Open Style dan 1 Pingat Perak bagi kategori Original Works. Tidak cukup dengan itu, Iqwal juga telah memenangi Anugerah Artis Antarabangsa Terbaik ketiga mewakili Malaysia ke Best New Talent 2008 di Kodak Theatre. (Gambar di atas di ambil di Jom Heboh TV3 di danga Bay di Booth Harian Metro. Iqwal sedang mendendangkan lagu "Mentera Semerah Padi").



Saya mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Iqwal... seingat saya saya lebil suka memanggilnya Iwal sahaja... Nasib baik sempat berjumpa di JB. Mula-mula memang beria sakan nak menghadiri Pelancaran Album Iqwal '09 pada 30/5/2009 di istana Budaya tetapi sebab kami telah menyusur ke JB maka memang elok sangat melunaskan janji dengan Iqwal di sini meskipun lewat sehari !!! Iqwal yang mula dicungkil bakat ketika berumur 12 tahun kini telah remaja, 17 tahun lah tu... dah ada jerawat pun... Ooppsss !!!


Sempat lagi Iqwal menandatangani CD terbaru beliau untuk saya. Pertemuan memang singkat. saya pun perlu memberi peluang kepada peminat Iqwal juga untuk beramah mesra dengan beliau. Lgipun tak apa... saya masih boleh berhubung dengan Iqwal melalui FB kan. Hmm... kalau nak tahu Iqwal ini di katakan boleh menyanyikan lagu di dalam 14 bahasa termasuk Spanish, Itali, Hindi, Mexico, Jepun, Tagalog, Arab dan sudah tentu Bahasa Melayu & Inggeris !!! Hebat tuu...

Ini adalah kulit CD Iqwal yang ditunggu-tunggu itu. Mengandungi 8 buah lagu dengan 4 trek bonus minus one. Dijual dengan harga RM25 sekeping (katanya harga istimewa di Jom Heboh). Berbaloikah untuk melabur? Sudah tentu berbaloi. Album ini bersandarkan kepada kemampuan Iqwal menyanyi lagu pelbagai rentak. Sesuai untuk semua golongan, meskipun ada lagu yang terlalu 'muda' untuk saya. Dari 8 lagu ini 4 memang betul-betul telah menghantui saya berlandaskan dengan 3 kali pusingan CD yang saya putarkan ketika pulang dari JB ke KL pada 31/5/2009 yang baru lalu. Trek pumbukaan "Akan Ku Kembali (Nas Afandi)" memang akan membuatkan kita melekat untuk terus mendengar keseluruhan album. Sedikit sebanyak menaikkan lagi 'rating' Iqwal di mata saya. Trek Ketiga " Sendiri (Hadi Hassan/J Looi)" juga hebat dan memenuhi halwa telinga saya. Saya juga meminati "Iqwal '09 (Pak Ngah/Siso) yang berentak Irama Malaysia dan "Ku Bawa Cinta (M. Nasir/Ad Samad)" yang sedikit berat. Jika di radio, kini Iqwal berkumandang di udara dengan "Cukup Cukup (Hadi Hassan/ J Looi)". Apa ditunggu lagi, dapatkan segera di Music Store berhampiran !!!. Jika ingin mengetahui perkembangan terbaru Iqwal; klik di sini.

No comments: