Thursday, June 4, 2009

Let's Go Ananas !!!




Teringat saya satu ketika dahalu semasa hendak memesan makanan di sebuah restoran bersama dengan Azwan, dia ada mengeluarkan kenyataan ini kepada saya; "Abang ni suka minum jus yang jarang orang minum". Sebenarnya ketika itu saya memesan jus nenas. Memang betul, jus nenas sebenarnya tidak digemari ramai, tetapi saya amat menggemarinya. Antara jus lain yang saya suka termasuklah mangga (yang ini favourite ramai), karet (tanpa susu) dan papaya (atau betik). Samada sedar atau tidak semua jus kegemaran saya berwarna OREN !!! Berbalik kepada nenas, saya kira produk utama nenas yang kita makan selalunya berkisar kepada jem nenas dan tat nenas. Tat Nenas? Sudah tentu ianya biskut No 1 kegemaran saya !!!

Hujung minggu lalu di mana 'kegilaan' saya dan Lisa menjadi-jadi, kami meluncur ke selatan tanah air selepas waktu kerja hari Jumaat. Sebagaimana yang telah di ketahui rakan-rakan YM, saya dan Lisa singgah untuk 'bertanya khabar' dan 'bertandang' ke rumah Arnie di Taman Perling JB. Memang banyak cerita, tetapi untuk entry ini saya akan fokuskan kepada 'Cuti Cuti malaysia' kami di Muzium Nenas di KM 52 Jalan Pontian. Kiranya ini merupakan perjalanan pulang kami dari Tanjung Piai setelah gagal untuk meninjau Muzium Bugis (sebab terlepas) dan makan di Restoran Kak Erna dan Abang K dek kerana hari Ahad ianya cuma di buka jam 4 petang dan Kak Erna juga ketika itu sedang berada di KL. Jadi lokasi menarik yang kami singgah ialah Muzium Nenas.

Muzium ini terletak di laluan pelancongan "JB - Kukup - Tanjung Piai" mengambil masa kira-kira 45 minit dari JB. Muzium ini menjadi rujukan utama jika kita ingan mengetahui tentang industri nenas negara. Antara pameran yang di ketengahkan ialah berkenaan sejarah nenas di Malaysia, pengenalan kepada tanaman nenas (ada banyak maklumat biologi yang cara-cara mengenal nenas). Di pameran Agronomi nenas pula kita boleh mendapatkan maklumat berkenaan penyelidikan nenas di Malaysia. Jika berminat untuk menjadi pengilang nenas tin ada pameran menunjukkan pemerosesan nenas kaleng. Tahukah anda yang terdapat 18 jenis nenas? Muzium ini dikendalikan oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor Darul Takzim. Jika tersesat di Pontian apa salahnya berkunjung ke sini, lagipun tiket masuk cuma RM2.00 seorang. Dan saya... puas meninjau muzium ini.


Sudah terang lagi bersuluh bahawa gambar ini tidak di ambil di Muzium Nenas. Apa yang pasti tiada jualan nenas di muzium tersebut. Jadi, jika ingin merasa keenakan Nenas Josephine, Nenas Moris, Nenas Sarawak dan lain-lain lagi bolehlah singgah di tepi jalan di kawasan ini yang banyak menjual hasil pertanian Negeri Johor Darul Takzim !!!

2 comments:

LadyM said...

wah! cuti2 msia ghupenye...x tau lak ade muzium nenas..thanx for sharing...

JaseMario said...

malis : ada lagi laaa.... tunggu !!! TQVm for keep reading my story ya...:)