Jemputan Megat & Kak Habsah untuk menghadiri Majlis Perkahwinan puteri kedua mereka, Farah di Dewan Perdana Felda pada 27 Jun 2009 jam 8.00 malam tidak dapat saya dan Lisa tolak di mana implikasinya kami terpaksa melupakan untuk makan durian di Grand Finale KKP 2009. Memandang ini merupakan jemputan keduadaripada Megat setelah saya tidak dapat menghadiri kenduri pertama dahulu kerana ada tugas di luar negara ketika itu maka saya memang perlu (lagi terpaksa) menghadiri kali ini. Lagipun Farah (yang pernah menyertai Malaysia Idol 1) memang saya kenal sejak kecil lagi. Ini dek kerana Megat selalu berbicara tentang anak-anaknya kepada saya dan rakan-rakan jika ada masa kami bersembang. Megat secara rahsia kami gelarkan Bapa Mithali. Alamak... saya memang tidak boleh bercerita secara terperinci dan panjang lebar di sini kerana nanti ada perkara yang sepatutnya tidak di ketahui orang terbongkar... Hahaha.
Untuk Megat (atau juga dikenali sebagai Abang Long) & Kak Habsah - Tahniah. Selamat menerima menantu lagi. Untuk Farah dan Azmir - Semoga Berbahagia.
No comments:
Post a Comment