Wednesday, June 24, 2009

Lagi.... Rakaman Lensa di Raya Mawi !!!


Cute yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Jutawan Nash suami Sazzy Falaq. Eh... Dah berlakon pulak ye Mamat ni. Dalam telemovie ini Nash memegang watak Iqram yang menjadi jiran kepada Mawi & Ekin. Yang hampir putus jantung melayan karenah isterinya. Cuba teka siapa yang menjadi isteri Iqram di dalam cerita ini? Okay... saya bagi klue.... Dia sedang mengandung 5 bulan !!!



Yeo pula mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Ekin. Yang menarik semasa penggambaran ini ialah apabila kumpulan anak-anak yatim juga memakai baju hijau... jadi kira macam Yeo ini menjadi bapak Yatimlah. Tak gitu? Nasib baik saya awal-awal lagi sudah merancang untuk berbaju biru dengan Lisa. Lagipun... tahun lalu kan dah warna Hujau. This Year Go Blue Deep Ocean Strategy.... Waduuuuuh !!!



Ini mungkin gambar pertama saya dengan Aein. Rasanyalah... (Siapa nak verifykan?) Inikan hari raya, apa salahnya. Jadi... sayapun mengambil kesempatan yang datang ini. Lagipun kebetulan dah pakai baju raya sakan. Hahaha. Ada saja nak dijadikan alasan. Jika telahan saya betul maka di dalam Telemovie ini Aein menjadi adik (mungkin kembar) Ekin dan tinggal bersama Mawi dan Ekin di Banglo mereka di Bangi. Beliau sama-sama dengan isteri Iqram berlawan-lawan untuk memikat Dr Fazley. Kita tunggu saja ya...



Setelah lebih setahun menghilangkan diri dari pelbagai aktiviti bersama Mawi, tiba-tiba Manis muncul kembali. Mungkinkah Manis ingin membuat comeback? Antara kenangan yang masih boleh diingati tentang Manis tentulah peristiwa semasa AGM Mawi FC di Shah Alam. Khabarnya juga Mawi pernah bergambar dengan kereta Manis ni.... Alahai (Kereta apa yang Manis pakai?). Kedatangan Manis kali ini juga membawa pesanan berat dari seseorang untuk Mawi. Banyak lagi story paparazi menarik yang saya nak cerita. Bukan di blog lah yer... Ooopppsss !!! (Saya memang sengaja mengundang spekulasi... sabo je lah).



Tentunya Mawi & Ekin masih mengekalkan tradisi lama. Tradisi yang baik perlu dikekalkan. Saya juga percaya akan pendapat ini. Pulut Kuning memang selalu menjadi penyeri majlis-majlis tradisi. Yang ralatnya cuma satu kerana saya dan Lisa harus pulang awal kerana ada komitmen lain jadi tidak sempatlah menjamah pulut kuning yang cantik, menarik, tetarik dan da bomb ini !!! Rasanya...? Macam terliur saja...

No comments: