Monday, June 29, 2009

Alahai... Konsert AKON Ditunda ke 24 Oktober 2009lah Pulak !!!







Klik video di atas ini untuk mendengar sedikit pesanan daripada AKON berkenaan penangguhan konsert tersebut.

Konsert AKON akan dijadualkan pada hari Sabtu, 24 Oktober 2009 di tempat yang sama - Surf Beach @ Sunway Lagoon bermula jam 8 malam. Harga tiket yang dijual sebelum ini iaitu RM 88 (Zon Pantai), RM 138 (Zon Rock) dan RM 188 (The Pitt) tidak mempunyai sebarang perubahan. Tiket yang sudah dibeli masih boleh digunakan untuk konsert pada hari berkenaan.

Bagi peminat yang sudah membeli tiket sebaliknya tidak pasti mengenai tarikh konsert sebenar, pemulangan duit tiket boleh dibuat dari 6 - 18 Julai 2009 ini di pejabat Axcess, Petaling Jaya Selangor D.E.


Menurut sumber yang saya baca AKON terpaksa menangguhkan konsertnya kali ini di KL & Manila atas faktor peribadi yang mempunyai kaitan mengenai keluarga Akon. Akibat faktor itu, AKON tidak berkesempatan untuk menunaikan janji berkunjung ke negara ini dalam masa terdekat. (Kan keluarga perlu diutamakan).


Saya? Sudah tentu akan menyimpan tiket ini. Seakan terkena badi pula... sudahlah kes Konsert Rihanna yang ditangguh tiada sebarang berita sehingga kini. Ini pula Konsert AKON ditangguh. Tapi tak mengapa... AKON pasti akan ku tunggu !!!


2 comments:

LadyM said...

AKON tu turut bersedih atas kematian MJ tu, sbg tanda penghormatan...so tiket ade jual lagi tak? tgk lah kalo ade rezeki, boleh gak g...dlm mimpi daaaaaa...ahaks

-malis-

JaseMario said...

Malis : Jom laaa gi... 24/10/2009... sempat lagi simpan duit tuh...:)