Sunday, June 7, 2009

Tahniah Alif OIAM 1 !!!









Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH kepada ALIF OIAM 1 kerana telah mengharungi cabaran PLKN dengan berjaya sekali. Tahniah juga kerana telah di anugerahkan Anugerah Khas Komandan, Kem PLKN Princess Haliza, Kumpulan 2 Siri 6/2009. Sebenarnya, saya berkesempatan menghadiri Majlis Penutup Program Latihan Khidmat Negara Kem PLKN Princess Haliza pagi tadi bertempat di Padang Kawad, Kem PLKN tersebut. Meskipun tiba agak lewat tetapi masih sempat menyaksikan peristiwa-peristiwa penting. Kami pulang lebih kurang jam 1.00 petang setelah semuanya selasai. Terasa benar yang kehadiran Alif di dalam program ini bukan sahaja memberi impak yang positif terrhadap program PLKN itu sendiri tetapi juga membuahkan hasil yang amat lumayan buat Alif dalam menempuh kehidupan sebagai artis selepas ini. Kita nantikan sahaja...:)

Nota Jase : Lagu Alif "Akan Tiba" baru sahaja di calonkan di dalam MuzikMuzik 2009. Bagaimanakah lakaran lagu ini di dalam carta? Dari apa yang saya difahamkan Alif yang muncul dengan Album baru. Yang ini memang saya tunggu !!!

2 comments:

Unknown said...

amboi..
jauhnye jalan..

JaseMario said...

Jauh ker? Hehehe...