Dah tamat sign dan sembang sikit-sikit maka bermulalah sesi bergambar... Memang Mawi tak bersedia dengan baju raya. tapi kan lebih baik ada gambar sebelum dan sesudah. Begitulah kata-kata kami. Nasib baik Mawi masih spoooorrrttttting !!! Cuba teka brand t-shirt Mawi tu brand apa? Carik je kat Parkson... Ahaks.... Saya serkop jarang je. Usah bertanya lagi... Kerana saya tidak akan memberi jawabannya.
Secara peribadi saya memang jeles habis dengan trend dan fesyen baju melayu dan songkok Mawi. Kalaulah saya ada penaja juga... alahai. Tapi memang cantik giler baju melayu Mawi ini. Sudah tentu saya akan menjadi pelanggan Butik Ekin jika baju melayu seperti ini dijual di sana. Kan...Kan... Kan... Yang penting Kaler Biru Juga, jangan jeles !!! Lagipun saya memang memakai baju melayu ke pejabat setiap hari Jumaat. Teringat pula bila nak buat entry; My Baju Melayu Profile ni?
Kalau tak ambil gambar beramai-ramai tak best lah kan. Nasib baik ini dapat juga bergambar beramai-ramai bersama Mawi. Ye lah... kita bukan saja-saja datang rumah terbuka Mawi. Ini adalah rakaman telemovie. Jadi perlu peka akan keperluan lokasi penggambaran. Jika shooting berhenti rehat, pelakon pun berhenti melepaskan penat. Rasa macam tak wajar nak ganggu mereka kan? Tapi kalau ganggu Mawi untuk bergambar memang perkara wajib lah kan.
No comments:
Post a Comment