Saturday, June 6, 2009

Is This My New Dream Car?






Mula-mula nampak iklan KIA Soul ini di dalam surat khabar inggeris di dalam penerbangan dari Doha ke KLIA. Terus jatuh cinta akan reka bentuk kereta ini. Tambahan pula kereta yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut berwarna Oren dengan motif perak yang amat ranggi dan anggun. Betul-betul mengancam!!! Bila pulang ke tanah air, puas saya 'meng'Google dan 'meng'YouTube mencari maklumat lantas bertemulah dengan iklan KIA SOUL yang menggunakan hamster ini. Cute giler !!! Hmm... adakah di Malaysia nanti ia akan di namakan 'NAZA Soul' ataupun 'NAZA Jiwa'? Kita tunggu saya. Yang pasti saya akan ke ruang pameran kerana telah teruja. Namun persolan terus bermain difikiran... Adakah Jiwa ini akan menjadi kereta kelima yang akan saya beli? Cuma masa dan kedudukan ekonomi yang akan menentukan. Jika ada rakan-rakan adala maklumat berkenaan kereta ini... jangan lupa berkongsi ya !!!

No comments: