Wednesday, July 1, 2009

Sandal Crocs & CD Tower For Sale


Ini merupakan sandal Crocs terbaru yang saya beli melalui on-line tetapi tersalah saiz. Selalunya saya memakai saiz M10 (@W12). Tetapi telah terbeli saiz M9 (@W11). Model ini namanya Baya. Warnanya Chocolate. Yang menariknya model Baya ini ialah terdapatnya tulisan 'crocs' di sebelah kiri dan tangan sandal ini. Model ini mungkin adalah 'enhance' daripada model utama Crocs iaitu Beach. Saya belum memakai lagi, cuma sekadar mencuba-cuba. Harga yang saya tawarkan ialah RM90.00 sepasang. Jika berminat sila emel saya di jasemario@gmail.com ataupun jase_mario@yahoo.com Saya akan nantikan e-mel anda.



Sebagai mana yang diketahui saya telah memiliki rak CD baru di dinding. Meskipun sebenarnya saya belum berkongsi di blog ini. InsyaAllah dalam masa yang terdekat ini saya akan menulis berkenaan rak CD baru ini. Dan gambar di atas adalah Menara CD saya yang lama. Menara CD ini boleh menyimpan sehingga 112 keping CD. Saya memiliki 7 unit CD Tower seperti ini yang saya beli di IKEA satu ketika dahulu. Jika berminat, saya ingin menjualnya dengan harga RM50.00 bagi 1 unit. Mudah saya, hubungi saya di jasemario@gmail.com ataupun jase_mario@yahoo.com

2 comments:

Wanpetunjuk said...

Crocs lagik.......

Ok..kumpul byk2 kannnnn....

Selamat maju jaya bang!

JaseMario said...

Dayat : Saiz dayat ke tu? Nak ke? Hehehe... Kecik laa Dayat. Tuu yang nak let go...