Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke XX untuk adik saya yang seorang ni yang kini sedang bertugas di Arab Saudi (wow bestnya - boleh buat umrah selalu). Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik hendakNya. "Abang memang tak ada hadiah nak bagi kat Halim laa, jauh sangat, kira broadcast kat blog ni hadiah istimewalah, ok?". Ini merupakan gambar terakhir yang sama ambil dengan Halim (pada 13/3/2007, di rumah saya) sebelum beliau menamatkan zamat bujangnya pada tahun yang sama juga. Isteri Halim, Fae sekarang ini sedang melanjutkan pelajaran di UK. Halim pula bekerja di Middle East; international habis. Saya juga yang masih setia di Malaysia. Dulu semasa bujang ada juga Halim ni transit di rumah saya ketika pulang dari luar negara sebelum pulang ke kampung halaman.
Yang di atas ini merupakan permohonan Halim pada tahun 2002 (yang masih saya simpan)untuk menjalani Latihan Industri di sebuah syarikat eksplorasi minyak dan gas di Kerteh. ('Halim, kalau nak balik naskhah ni kena bayar harga seperti artifek @ antik, ok'). Salinan ini di hantar kepada saya 'kononnya' hendak mintak bantuan saya (menggunakan 'kabel' saya di Jabatan PSTM syarikat tersebut) agar beliau mendapat tempat untuk menjalanai latihan di syarikat/jabatan yang diminta. Saya kira bantuan saya mungkin sedikit sahaja tetapi 'result' akademik dan kegiatan 'co-curricular' beliau yang melayakkan beliau sebenarnya. Apa yang pasti, bantuan kecil tersebut adalah titik tolak yang membuatkan Halim rapat dengan saya sehingga kini meskipun sebenarnya Halim telah mengenali saya setahun sebelumnya ketika projek pelajar sekolah & UTP sempena F1 yang dikendalikan oleh syarikat saya bekerja. Ketika itu saya terlibat sebagai facilitator. Begitu pantas masa berlalu.. dulu 2001, sekarang 2008!!!
3 comments:
salam abg jeff..
wah.. istimewanyer birthday present untuk halim.. :)
saya pun tak bagi lagi present untuk dia..;)
a'way, kim salam kat kak lisa ya...
regards,
fae
aduhai... terima kasihla ya....
nnt, balik m'sia kiter jumpa mana2... artifak tu kirim kat muzium negara pun laku...
fae : salam fae... mmg laa istimewa... hadiah yang tanpa perlu keluarkan ongkosnya... hahaha. Nanti abang sampaikan salam fae tuu kat Kak Lisa.
halim : sama-sama. Kena biar lama sikit lagi kalau nak hantar muzium negara... kasi kuning sikit... kan, kan, kan.
Post a Comment