Wednesday, November 19, 2008

The King of Ballad - Glenn Medeiros

Ini merupakan CD Glenn Medeiros yang pertama saya miliki. Sejarahnya bermula dengan Along menghadiahkan saya kaset Glenn Medeiros ini dari USA dalam tahun 1990. Memandangkan saya telah 'mengupgradekan' diri saya dengan memiliki alat pemain cakera padat sejak tahun 1996, maka sejak dari itu saya berusaha mendapatkan album ini dalam bentuk CD. Saya berjaya membelinya di Flea Market Amcorp Mall dengan harga RM17.00 sahaja dua tahun yang lalu. Saya beria sangat ingin memiliki CD ini memandangkan ia mengandungi satu-satunya 'No 1 Song (di Billboard Hot 100 - USA) yang berjaya di rakamkan oleh Glenn. She Ain't Worth It menampilkan Bobby Brown adalah lagu yang dimaksudkan. Selain daripada itu album ini mengandungi lagu-lagu sedap seperti Just Like Rain, Me-U=Blue (menampilkan The Stylistics), All I'm Missing is You (menampilkan Ray Parker Jr) dan Doesn't Matter Anymore. Mungkin ramai yang tidak mengenali Glenn tetapi sebenarnya Glenn pernah singgah di Malaysia dalam rangka promosi album beliau kalau tak salah saya dalam tahun 1995 atau 1996.



Ini pula album pertama Glenn Medeiros yang saya terpaksa beli melalui amazon.com dua bulan lalu. Sudah tentu kerana ia tidak mungkin dapat di beli di Malaysia lagi. Album ini sebenarnya memperkenalkan Glenn di persada antarabangsa setelah memenangi satu pertandingan nyanyian di kampung beliau di Hawaii pada tahun 1987. Album ini menjadi hit setelah single pertama beliau 'Nothing's Gonna Change My Love For You' melonjak ketangga ke 12 di Billboard Hot 100 pada tahun 1987. Kejayaan ini telah membuatkan syarikat rekod beliau ketika itu 'mengekspot' beliau merentasi lautan atlantik ke United Kingdom di mana lagu ini telah menduduki puncak di UK Official Singles selama 4 minggu dalam tahun 1988. Antara lagu lagu lain yang meruntun hati dalam album ini ialah Lonely Won't Leave Me Alone, Watching Over You & Knocking At Your Door.


Ini adalah jawaban kepada tajuk di atas. Saya menggelarkan Glenn sebagai King of Ballad kerana CD di atas. Seingat saya, saya ada membeli album di atas dalam bentuk kaset sekitar tahun 1991. Dan kaset tersebut masih ada dalam simpanan. InsyaAllah akan saya hadiahkan pada Angah yang masih memiliki radio kaset. Sekian lama saya mencari CD di atas baru minggu lepas saya berjaya mendapatkan CD tersebut di lubuk 'used CDs' di Flea Market Amcorp Mall, mana lagi kan? Tapi kali ini harganya agak mahal ialatu RM30.00 kerana saya kira kemungkinan penjual tersebut tahu yang saya memang sudah lama mencari CD ini dan 'berkeras' tidak mahu menurunkan harga yang dicatatkan meskipun berkali-kali saya memujuk. Nasib badanlah gamaknya. Tapi saya puas melewati lagu-lagu balada meruntun jiwa yang terkandung di dalam CD yang mengandungi 14 trek ini. Antara lagu-lagu merdu malar segar ialah Me-U=Blue, Love Always Find A Reason (duet bersama Elsa - penyanyi Peranchis), Watching Over You, Lonely Won't Leave Me Alone, Just Like Rain, Doesn't Matter Anymore, Heart Don't Change My Mind, You're My Woman, You're My Lady, Long And Lasting Love dan lagu berhantu Nothing's Gonna Change My Love For You. Dan CD ini sebenarnya telah melengkapkan koleksi Glenn Medeiros yang perlu saya miliki.


No comments: