Saturday, November 15, 2008

Tertekannya Bond Kali Ini...


20 minit pertama saya tersengguk-senguk menonton Bond !!! Selain permulaan yang tidak begitu 'inviting', saya juga agak letihan setelah lewat tidur sebelah malamnya selain daripada terpaksa bangun awal untuk program dengan budak-budak sekolah di Bangsar.

Rata-rata mengatakan watak Bond sejak Daniel Craig lebih keras, dingin, tegas dan selalu tertekan. Kisah kali ini bertolak daripada kisah ke 21 (Casino Rayale) yang lalu di mana Bond kali ini lebih sibuk mengejar masa untuk membalas dendam dan memburu pembunuh kekasihnya di serata dunia. Bagi mereka yang suka melancong pasti akan terpesona melancong di dalam panggung dari Itali, ke Haiti, kemudian England, selain Panama, Chile, Bolivia dan Austria !!!

Watak jahat dalam filem kali ini ialah Greene yang dalam usaha projek kemasyarakatan (CSI)penghijauan Quantum di Bolivia dengan niat untuk menguasai sumber air di negara tersebut.

Yang paling ketara dalam filem kali ini ialah terlalu banyak aksi dan kepantasan yang mana sehinggakan saya mengalami kesukaran untuk menghayati plot. Atau memang plotnya tidak seberapa dan kaitan dengan kisah lalu sengaja diabaikan?

Hmmm... Kalau tak mahu ketinggalan penduduk dunia lain, bolehlah menonton filem ini. Hahaha...

No comments: