Wednesday, October 29, 2008

Salam Perpisahan




Semalam saya menghadiri Majlis 3 dalam 1 di tempat kerja lama saya. Sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Sambutan Hari Jadi dan juga Majlis Perpisahan untuk Kakitangan yang telah meninggalkan syarikat tersebut. Maka saya adalah antara yang diraikan. Sambutan kecil-kecilan ini amat bermakna sekali. Paling bermakna untuk saya ialah kali ini saya tidak perlu lagi menjadi emcee. Jika tidak dahi saya ini macam ada chop emcee tetap untuk setiap kali program sebegini. Bagi rakan-rakan mereka selalunya menunggu pantun-pantun saya yang kadang-kadang 'unsangkarable'. Sesungguhnya saya sememangnya jika di ajak pantun spontan memang tidak begitu mahir tetapi jika dalam pertanding berbalas pantun, insyaAllah meskipun telah lama meninggalkan bidang ini. Untuk majlis kali ini kami yang telah meninggalkan syarikat ini seperti biasa perlu menyampaikan ucapan. Secara 'impromptu' dan saya tidak membuat sebarang persediaan yang wajar. Namun apa yang pasti saya kira ada satu pepatah lama yang dapat menghuraikan segalanya; "tempat jatu lagi dikenang, inikan pula tempat bermain". Meskipun sejauh mana saya pergi, sepantas mana saya berlari, setinggi mana saya terbang memori bersama syarikat ini tentu akan saya bawa bersama - yang baik jadikan teladan, yang kurang enak dijadikan sempadan.

‘MAIN BUAIAN DI KUALA PERINGIT
LEPAT PULUT MASAKAN NYONYA
BUDIMU TUAN SUJUNJUNG LANGIT
MANAKAN DAPAT GALANG GANTINYA’

‘KASIH DIBERI PENUH SAYUGIA
DENGAN SAYUGIA PATRI IKATAN
DALAM PERGI MEMBAWA NOSTALGIA
DALAM NOSTALGIA MEMBINA HARAPAN’

5 comments:

Anonymous said...

baru best ada blog sendiri kan... masuk la muka wife ke, muka kengkawan ke baru la meriah sikit majlis.... arioss..amigos...

Anonymous said...

lupe lak nak tulis papa jahat td.. bye..

Anonymous said...

kalo mintak hadiah kasut croc mi leh tak? nak gak merasa... asyik pakai selipar jepun je... papa jahat

JaseMario said...

papa jahat : kalau ada kesempatan muka papa jahat punj boleh di masukkan... hahaha. Crocs? Hmm... Ada 5 sebab?

Anonymous said...

Store louis vuitton menrather poor the cost of rent, Independent knick nacks might be popping raise,http://louis-vuitton-belt.finniwolf.com giving an modern associated with stockings as anniversary gifts. for additional reading contemporary knick nacks, Louis Vuitton handsbags