Sedar tak sedar..... MuzikMuzik (salah satu rancangan pertandingan penciptaan lagu popular tahunan yang paling lama bertahan) telah hampir sampai ke kemuncaknya bagi tahun 2008. Mulai minggu hadapan, para peminat industri tanah air akan mula hangat membincangkan tentang lagu mana yang bakal melepasi peringkat separuh akhir dan melangkah penuh gaya ke JUARA LAGU 2008. Dan saya, yang sebenarnya yang tidak dapat mengikuti MuzikMuzik tahun ini dengan dekat dek kerana siaran MuzikMuzik tahun ini tidak memungkinkan saya menonton seperti biasa ada pandangan dan calon favourite sendiri. Berikut di senaraikan lagu-lagu yang akan berentap di perinkat separuh akhir.
CATEGORY ETNIK/KREATIF (9 malam, Jumaat 28 November)
Doa Dalam Lagu (Mawi & Heliza)
Lambaian (Fazli Zainal)
Dusta Berkalang (Aiman)
Persoalan Cinta (Farawahida)
Songo (Amy Search)
Panas (Ifa Raziah)
Pujangga Merindu (Syura)
Jarak Rindu (Azfar)
Puteri Tarian Kasih (Anis Aneesa)
Mengharap Sinar (Dior)
Nota Jase : Mengikut sejarahnya, saya cuma berjaya menonton secara live di Plaza Alam Sentral ketika pencalonan lagu Doa Dalam Lagu (Mawi & Heliza). Selain daripada itu, tiada episod yang saya tonton meskipun melalui kaca TV. Bagi kategori Etnik/Kreatif ini cuma ada dua lagu sahaja yang saya gemar iaitu Doa Dalam Lagu dan Jarak Rindu (Azfar OIAM). Saya kira jika Jarak Rindu berjaya melepasi halangan maka ialah akan menjadi medan Azfar untuk 'showcase'kan kebolehan beliau. Saya kira Syura mungkin bernasib baik lagi kali ini. Lagu-lagu lain...? aiman tak kisah....

CATEGORY BALADA (9 malam, Jumaat 5 Disember)
Sampai Syurga (Faizal Tahir)
Bila Nak Saksi (Spider)
Dingin (Ziana Zain)
Sejauh Ini (Dina)
Teman Terulung (Anuar Zain)
Hanya Di Mercu (Ayu)
Ada Untukmu (Nubhan)
Tanpa (6ixth Sense)
Bila Terasa Rindu (Dafi)
Cinta Terhalang (Bob)
Cuba (Faizal Tahir)
Lagu Kita (Aizat)
Nota Jase : Pertama sekali ingin saya katakan saya agak kecewa kerana lagu Ketentuan dendangan Kak Melah tidak berjaya melangkah ke Separuh Akhir. Bagi saya lagu ini adalah material untuk menjadi Juara Lagu. Kehilangan Kak Melah membuka ruang kepada Lagu Teman Terulung untuk membuat kejutan. Selain daripada saya juga berharap agar lagu Tanpa (6ixth Sense), Bila Nak Saksi (Spider) dan Ada Untukmu (Nubhan) mampu melangkah ke final. Dua Pencalonan Fizal Tahir? Dua-dua saya tak berkenan. Kalau lima lagu boleh masuk final.... saya juga ingin melihat Bob AF2 beraksi di pentas akhir.
CATEGORY POP ROCK (9 malam, Jumaat 12 Disember)
Kalis Rindu (Elyana)
Mila Bila Cinta (Mila)
Separuh Masa (The Lima)
Bukti (Fiq)
Cinta Si Rama-Rama (Hattan)
Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)
Yang Pernah (Estranged)
Mabuk (Spider)
Ku Merindu (Shah & Ella)
Aku Lebih Tahu (Mila)
Aku Stacy (Stacy)
Rimas (The Fabulous Cats)
Nota Jase : Kategori Pop/Rock adalah yang paling sengit. Harap-harap agar 6 lagu dapat berentap di final. Kalau tidak sayang lagu yang baik tetapi tercicir. Pilhan saya sudah tentu Fiq, Meet Uncle Hussain, Shah & Ella, The Fabulous Cats & Elyana. Biarlah Mila dan Estrange (Juara Lagu 2007) berebut satu lagi tempat... hahaha. Hmm... Eh, kenapa lagu Bawaku Terbang (TFC) tak berjaya melepasi Separuh Akhir nii....
Apa-apapun kita tunggu 'verdict' juri profesional ye...
No comments:
Post a Comment