Saya mengambil kesempatan ini untuk membuat promo sedikit, untuk Yasmin salah seorang pengarah hebat di Malaysia meskipun saya bukanlah peminat setia filem-filem beliau. Ada yang saya suka ada juga yang tidak. Sepet dan Gubra sebenarnya bukanlah filem-filem Yasmin yang saya kagumi. Kerana pada pandangan saya ada beberapa naratifnya yang saya tidak setuju seperti mana yang Yasmin gambarkan di filem. Ada juga kacau-bilau dibuatnya. Tetapi kalau membicarakan tentang Mukhsin, ya... ini merupakan hasil Yasmin yang paling saya sanjungi.
Namun begitu, sebenarnya saya lebih mengagumi iklan-iklan perayaan dan kemerdekaan PETRONAS hasil pemikiran Yasmin. Sungguh ideal. Sungguh universal. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Ia lebih menyentuh hati dan selalunya akan lama terpendam di ingatan.
Sesungguhnya, saya amat bertuah kerana sapaan saya terhadap Yasmin dan pertanyaan saya berkenaan filem Talentime bulan Oktober tahun lalu di KLCC telah membuahkan hasil yang amat lumayan. Dengan tidak semena-mena Yasmin mengajak saya untuk menonton 'raw version of Talentime' ketika itu, di pejabat beliau. Katanya, ada pranonton kepada rakan-rakan beliau dan jika saya ingin turut serta; silakan. Saya pun apa lagi - pucuk di cita, ulam mendatang. Alhamdulillah - tidak sia-sia. Tidak syak lagi bahawa Talentime adalah garapan terbaik Yasmin setakat ini. Ceritanya amat melankolik, bersahaja dan telah membawa dimensi baru terhadap tenknik penceritaan di dalam filem. Lakonan mantap Adik Syafie "Mukhsin", Kak Yan, Kak Dibah, Mahesh dan Jac menambahkan lagi nilai filem ini.
Ada berbagai moment yang mencuit hati di dalam filem ini. Moment untuk anda bergembira, bersahaja, mengimbau kisah lalu dan yang paling penting moment sedih yang amat jujur (terutama ketika saat akhir antara Kak Yan & Mukhsin; mereka saling mengimbangi antara satu sama lain). Ia sebuah hasil yang amat menyayat hati. Berlinang air mata saya di auditorium. Runut bunyi filem ini? Wow... Bravo !!! Lagu dendangan Aizat? Tunggu saja.
Yang pasti walaupun saya telah menontonnya secara percuma. Saya akan ke panggung lagi 26 Mac 2009 ini; InsyaAllah. Jom ramai-ramai...
1 comment:
WAH! JASE, JELES SUDAA SY...DH DPT YE TGK TALENTIME TU YE...NNT KALO JD TGK DI MOVIE 26 MAC, JGN LUPE AJAK SY OK...
Post a Comment