Tuesday, February 24, 2009

1 Jam Bersama CEO Air Asia X


Hari ini saya berkesempatan menghadiri Innovation And Learning Culture Convention 2008 di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Tema bagi Convention ini ialah Enhancing Learning Through Innovation And Creativity. Antara yang paling membuat saya teruja ialah Ucaptama yang di sampaikan oleh En Azran Osman-Rani, CEO Air Asia X. Azran mewakili Generasi - X yang amat berjaya. Masih di dalam usia 30an dan telahpun menjadi CEO di salah sebuah JENAMA yang paling berpengaruh di Malaysia. Di Air Asia X, Azran bertanggungjawab membangunkan rancangan perniagaan, mendapatkan Sijil Operasi Udara Air Asia X dan memilih destinasi Air Asia X melalui perundingan yang di jalankan dengan Lapangan Terbang dan Kerajaan NEGARA terbabit. Sebelum memegang jawatan ini beliau pernah bekerja di ASTRO, KLSE & McKinsey. Azran memegang ijazah Kejuruteraan Elektrik dan Ijazah Sarjana Pengurusan Sains & kejuruteraan dari Stanford University.

Dalam Ucaptama beliau, Azran ada menyentuh tentang "Believe in Unbelievable, Dream the Impossible. Don't Take No for An Answer". Mungkin ini juga yang perlu menjadi Tag Line saya, InsyaAllah. Ooopppsss... siapa kata saya cuma bergambar dengan Artis sahaja... Hehehe.

No comments: