Sunday, February 22, 2009

Cebisan-Cebisan Undangan

Kad Undangan Perkahwinan memang ada yang cantik dan menarik. Ada juga yang berbaloi untuk disimpan dan dijadikan contoh terutama untuk mereka yang belum berumah tangga. Terasa ingin di hati untuk menyimpan kad-kad ini sebagai koleksi. Tetapi saya kira saya sudah mempunyai banyak hobi yang lain. Jadi menyimpan Kad Undangan tidak mungkin akan menjadi hobi saya. Maafkan saya. Namun izinkan saya berkongsi dengan para pembaca antara undangan-undangan yang saya terima sepanjang tahun 2008.



Mohd Hafizal Abu Hassan atau yang kami panggil Epit telah meraikan tambatan janji, izin berwali, ijab bersaksi antara dua hati yang di kasihi dengan Fuziana Kamaruzzaman pada 27 Disember 2008 yang lalu di Kuala Terengganu. Malangnya saya tidak dapat hadir. Doa saya semoga mereka bahagia. Bagaimana Epit di PLISB sekarang ya? Sudah lama saya tidak menghubungi beliau. Gambar tepak sireh dalam kad ini memang cantik sekali.


Grah anak Uncle Din & Kak Ungku juga melangsungkan perkahwinan pada 27 Disember 2008 yang lalu dengan Rudino. Sudah tentu juga saya terpaksa untuk tidak menghadirinya. Tetapi dari blog-blog ahli YM yang saya baca; majlis ini amat meriah sekali. "Sayup tinggi memecah awan, tegap berdiri di pohon jati, hajat di hati membawa undangan, ke majlis meraikan ikatan suci."


Kad Undangan Jan & Lan paling susah nak di 'scan'. Pasangan ini memang begitu obses dengan kulit kayu manis. Semasa menghadiri majlis perkahwinan pasangan ini di kediaman Jan, hiasan utamanya ialah kulit kayu manis. Sebenarnya sejak dari majlis pertunangan lagi kulit kayu manis menjadi pilihan. Jan & Lan merupaka pelopor kepada Program TEKAD yang saya sertai pada tahun 2007. Mereka ini memang obses dengan kerja-kerja amal yang berkaitan dengan pendidikan.




Cik Pus, kini kami perlu memanggil beliau Puan Pus setelah melangsungkan perkahwinan beliau dengan Rafi pada 20 Disember 2008 yang lalu. "Kompang Di Pukul Bertalu-talu, Menyambut Kehadiran Pengantin Baru, Mesra Ikatan Kasih Berpadu, Mereka Hulurkan Untuk Tetamu".



Pada 23 November 2008 yang lalu saya mendapat undangan melalui Pos Laju daripada saudara saya yang jauh di Tawau. Keluarga Mubien ini bagaikan keluarga saya juga. Allahyarham ayah Mubien amat baik terhadap saya, satu ketika dahulu beliau bukan sahaja memberi saya frame 'Ayat Seribu Dinar' tetapi juga merungkaikan satu persatu maknanya kepada saya. Frame 'Ayat Seribu Dinar' itu masih tergantung utuh di dinding rumah saya. Apa Khabar Kak Mukarramah? Apa Khabar Abg Tagiling? Mubien mengahwini Sarimah yang masih belajar di UiTm Shah Alam; sementara Mubien pula seorang guru di Tawau. Lama betul tak jumpa adik saya ni.


Saya mengenali Jaja yang satu kelas dengan Mimi (Mimi mana? Camelia laaa) di UiTM Shah Alam semasa AF3. Beliau juga penyokong fanatik Mawi ketika itu. Sekarang? No Komen. Jaja melangsungkan perkahwinan beliau dengan Madi pada 17 Ogos 2008 yang lalu. Namun saya juga tidak dapt hadir tetapi rombongan Kak JELita tiuh di Kuantan katanya !!!


Undangan di atas datangnya dari Fazni Izwan. Di sebab nama dia macam nama awek, kami memanggilnya Jack. Nama Mat Salehlah pulak. Saya juga mengenali keluarga Jack ni. Pernah juga bermalam di kampung Jack. Ayah dan arwah ibu Jack melayan saya dengan baik sekali. Sempat lagi melawat Teratak Zaaba yang memang menjadi idola saya itu. Mula mengenali Jack semasa Jack yang ketika itu menuntut di UTM yang ketika itu menjalani latihan orientasi untuk Pelajar Tajaan sebuah Syarikat Multi Nasional di pejabat tempat saya bertugas. Jack mengahwini Juniadah. Majlis di sebelah Jack berlangsung pada 16 Ogos 2008. Memandang saya ada tugas, saya terpaksa ke majlis sebelah Juniadah di Seri Serdang. Yang pentingnya hadir...


Untuk Majlis Mukhriz dan Syaris ini, saya kira saya memainkan peranan yang agak besar juga. Bukannya apa, pengacara majlis perkahwinan ini telah mengenakan syarat kepada Mukhriz yang beliau cuma akan menjadi pengacara jika saya yang menulis teksnya. Ada ke patut? Maka di sebabkan oleh kerana persahabatan saya pun 'terpaksa rela' menyetujuinya. Sudah lama sebenarnya saya meninggalkan bidang ini. Nasib baik saya tidak perlu menjadi pengacara, kalau tidak lagi satu kes naya.... Hahaha.


Adam sahabat saya... Bekas Majestret. Bekas Pengacara Hijrah Remaja juga. Sekarang rasanya beliau adalah seorang penyelidik dan juga blogger yang aktif. Tidak lupa menjemput saya ke majlis perkahwinan beliau bersama Liyana pada 6 April 2008 yang lalu di TTDI. Majlis yang amat meriah sekali, ala-ala 'English Garden Wedding'. Sampaikan buah epel pun ada di gantung pada pokok apa ntah. Dah laa tu, Adam terpaksa melalui pelbagai tol sebelum boleh disandingkan. Juadahnya pun enak sekali. Adam dan Liyana memang sama cantik, sama padan bagai cincin dengan permata. Pujilah pulak. Pada ketika itu juga baru saya tersedar yang saya juga pernah mengenali ayah Adam tanpa mengetahui hubungan antara mereka. What a small world.

Lepas ini semua kad0kad ini boleh dibuang. OK....

No comments: