Thursday, February 5, 2009

Siapa Yang Saya Sempat Jumpa Di AJL 23?

Yang Pertama... Adik saya ni. Si Alif OIAM. Sekarang ni tengah HANGAT juga. Antaranya isu pasal di tamatkan kontrak menjadi Pengacara Bersama Remaja TV3. Hmm... Kesina juga kalau dapat nostis melalui SMS kan. Rasa sangat macam diri tak berharga. Selain daripada itu, kita telah dapat lihat Alif muncul dengan single terbaru yang menjadi lagu tema Rona Roni Makaroni. Ini yang paling best... Alif yang sekarang ini sedang menjadi Pengacara sebuah rancangan realiti bola sepak di TV2 baru pulang dari UK. YES United Kingdom !!! Dan... yang paling baru, beliau baru sahaja menandatangi kontrak dengan Sony Music untuk melahirkan satu lagi single, dan mungkin juga mini album? Kita tunggu. Satu 'copy' untuk abang ya... ALIF !!!

Farish Aziz the Dak Doyan. Hmmm... Kalau kita jengok kat FB beliau... sakan berjalan budak Sabah ni. Semasa di AJL yang lalu seingat saya beliau baru sahaja pulang dari Gold Coast, Australia dan Jepun. Bukan berjalan-jalan semata tetapi tentunya bekerja. Saya kira, memang seronok menjadi Pengacara TV sekarang ini, bidang penyiaran sekarang inimemang tanpa sempadan. Eh... ada lagi satu yang terbaru, Farish tengah 'shooting' Ponti Anak Remaja kan? Ke Pontianak Remaja? Farish... abang nak bagi 'advance' punya 'birthday wish'lah... Happy Birthday. Kan hari jadinya jatuh pada 14 Februari?


Yang ini pula Si Aiman. Bukan Aiman tak kisah tetapi Aiman Dusta Berkalang. Cepat betul dia tukar kostum. Hahaha... Saya tidak mengenali dengan rapat Aiman, jadi tak bolehlah nak bersembang. Jadi tak adalah yang dapat saya ceritakan. Tapi yang heboh sekarang pasal baju firaun dan Aiman ni dah tak mahu nyanyi lagu nasyid ke? Dengar kata tengah proses merakam album. Kita tunggu hasil Hafiz Hamidun yang juga jiran kepada ex-house mate saya ini. Alamak...

Akhir sekali... saya sempat bergambar dengan Aizat atau yang kami gelar Paus di kantor dan warung kopi. Hahaha... Jangan marah ye Aizat, kan pakai buton No War tuh. Dia yang semakin kurus bila saya tanya seseorang yang amat rapat dengan beliau satu ketika dahulu katanya hampir 6 bulan tidak makan nasi dan asyik bersenam sahaja. Alahai... mampukah saya. Juga tidak ada perkembangan terbaru mengenai Aizat selain daripada gossip entah apa apa dengan Lydia Jasmay dan sedang mencari material untuk album kedua.

1 comment:

teatheth said...

a1d99y3f19 h8d44w6d39 s6j73y7o82 i5g61t5x12 i0q30e0a56 m8x73a2o54