Saturday, February 21, 2009

Hadiah Dari Seberang Lagi..


Terima Kasih Bung Joko (sahabat saya dari tanah seberang) yang telah membuat 'Barter Trade' dengan saya. Disuruhnya saya beli-in Novel Inggeris untuk istrinya dan VCD 9 Naga (yang telah habis salinannya di Jakarta) lantaran menghadiahkan saya pula VCD Perempuan Punya Cerita. Kata Bung Joko lagi, saya ni memang fans berat Fauzi Baadila. Memangpun, Fauzi memang pelakon berkarisma dan hebat. Berilah apa saja watak, 'deliverynya' pasti Grade A. Kalau di Malaysia tentunya di aras yang sama dengan Zulhuzaimy Marzuki. Kan... Kan... Kan...

Perempuan Punya Cerita sebuah filem yang hebat hasil 4 pengarah wanita Indonesia yang profilik. Filem ini telah mengelilingi dunia dengan menyertai Pusan IFF South Korea (2008), JIFFEST (2007), VC Online Los Angeles (2008) dan IFF Mexico (2008). Terdapat 4 cerita di dalam filem ini iaitu Cerita Pulau, Cerita Kota Wisata - Yogya, Cerita Kampung - Cibinong & Cerita Ibokota Jakarta.

Yang menarik minat saya tentulah Cerita Yogya tentang seorang wartawan (Jay Anuar- lakonan Fauzi Baadila) yang menyamar sebagai seorang mahasiswa dari Jakarta yang ditugaskan untuk membongkar kisah remaja Yogya yang membesar bebas dengan cinta, tardisi, teknologi dan masalah sosial yang meruncing dan tentang bagaimana mereka terpaksa belajar menelan kebenaran yang amat pahit.


Naga Bonar Jadi 2 (NBJ2) juga filem yang menarik. Tetapi saya belum menonton lagi. Sebuah filem arahan Deddy Mizwar ini adalah kesinambungan daripada filem Nagabonar produksi 1986. Filem NBJ2 ini telah memenangi Piala Citra FFI 2007 bagi kategori Filem Terbaik, Pemain Pria Terbaik, Skenario Terbaik, pendukung Pria Terbaik dan Tatasuara Terbaik. Filem Komedi ini sarat dengan pesanan-pesanan tentang cinta orang tua dan anak, cinta dalam persahabatan, cinta kepada tanah air begitu juga dalam melihat perbezaan dalam cinta. Waduh.. Waduh... saya memang perlu mengambil masa untuk menonton ni.

Sekali lagi, Thanks Banget Bung !!!

No comments: